27.12.11

Kejantanan jantan

Kau tau dalam diri setiap lelaki akan ada beberapa bahagian.

Bahagian budak lelaki

Bahagian jantan.

Bahagian budak lelaki bersama ibunya. Tak kira berapa umur, bila dengan ibunya dia jadi budak lelaki. Disebabkan aku sudah tiada ibu. Jadi perangai budak lelaki aku bila aku dengan akak-akak aku atau dengan Nabila Farhana.

Bahagian jantan mungkin perkara yang terpenting.

Bahagian ego. Aku mungkin kurang ego. Tapi aku tetap jantan.

Tak jantan kalau ditolak tapi makin mendatang.

Tak jantan kalau perempuan tinggalkan lalu menangis dan merayu.

Tak jantan kalau biar dikutuk dimaki perempuan.



Bukan tak jantan. Tak cukup jantan.



Read more...

4.12.11

dalam membuat keputusan

Aku rasa dalam blog aku ni sudah berapa banyak kali cerita pasal membuat keputusan.

dari keputusan yang menentukan hidup kau untuk saat seterusnya hinggalah keputusan yang akan cuma berkesan mungkin 2-3 tahun akan datang.

Membuat keputusan adalah benda paling sukar sekali dalam hidup manusia bagi aku. Dan pastinya kita diberi kebebasan untuk membuat keputusan. Keputusan untuk makan untuk minum, untuk berak, untuk tendang kepala member kita atau pon usap kepala member kita yang curi rokok terakhir.

Semua itu keputusan.

Jadi bagaimana kita buat keputusan adalah yang paling sukar.

Bagi aku, kita buat keputusan melalui pandangan secara komprehensif. Maksudnya secara menyeluruh.

Kita carik silap, kita analisis kesilapan, kita tengok apa alternatif yang ada, kemudian kita buat keputusan, kemudian kita kaji balik keputusan dan tengok cari balik mana silap. Kemudian ianya cycle semula bermula dari kita cari silap.

Yup. Itu cara buat keputusan.

Keputusan bukan sesuatu yang kita cuma rasa masa tu.

Sekarang contohnya aku rasa mahu campak macbook aku dan beli iMac.

Itu cuma yang aku rasa.

Dan kalau aku buat bererti aku bodoh.

Tidak kira bagaimana kau analisis masalah sekalipon, kau akan sentiasa nampak silap. Paling penting bagaimana untuk kau berdepan dengan kesilapan tu.

Cuma jangan blah.



Read more...

30.11.11

Mengenai mengikut kepala orang

Hai

Lama sungguh tak tulis disini. Mungkin sejak belakangan ni begitu sibuk nak mampos. Serius tak tipu. Sibuk sungguh. Bukan sibuk tidur. Sibuk buat kerja. MEngedit gambar, buat album. Ambil gambar. Apa jadah ntah lagi.

Dan, persiapan nak kahwin. Yup. Bagi yang tidak tahu. Aku sudah bertunang. Dengan Nabila Farhana. Bagi sesiapa yang baca blog ini sejak dari awal kemunculannya pastinya banyak tahu turun naik aku dengan Nabila Farhana.

Sejujurnya aku tak sabar mahu kahwin. Besederhana semestinya. Paling utama tiada pelamin. Kerana bagi aku, pelamin dalam perkahwinan tiada signifikasi. Cuma tempat menepung tawar. Dan untuk ambil gambar.

Jadi aku rasa dari setakat tempat ambil gambar. Lebih baik aku buat satu dinding yang sangat cantik untuk tempat ambil gambar. Lagi hensem.

Ok.

Balik kepada topik asal.

"mengenai mengikut kepala orang"

Ok.

Aku jenis susah ikut kepala orang. Sebenarnya susah sangat.

Jadi aku keluar dengan kesimpulan. Ada dua jenis orang di atas dunia ini dalam kategori "sakit menyakitkan hati"

1. Orang yang membuat sesukahatinya dan tidak memikirkan pasal orang lain
2. Orang yang berfikir mengenai orang lain dan selalu berfikir tentang apa yang orang buat terhadap dirinya.


Aku mungkin jenis yang pertama.

Aku susah nak marah. Setiap apa yang aku buat adalah berdasarkan diri aku sendiri. Bila aku buat sesuatu kat orang lain. Dan mereka marah. Aku akan pelik. Sebab kalau orang lain buat benda yang sama kat aku, aku takkan marah, jadi apesal kau nak marah?

Contohnya aku tak kisah orang main-main handphone aku. Jadi aku tak faham apesal orang lain kisah kalau aku main handphone mereka.

Yang bagusnya mungkin ialah benda yang boleh buat aku marah sedikit. Dan benda yang aku marah seperti orang kurang ajar dengna aku, aku takkan buat dekat orang lain. Dan semestinya aku sangat menjaga benda-benda macam tu. Kiranya supaya aku takkan buat benda yang aku marah kepada orang lain.

Jenis yang kedua adalah orang yang jenis sentiasa menjaga adabnya. Tapi perlu hati-hati. Mungkin mereka cepat marah. Banyak betul benda yang tidak dipuas hatikan. Semua benda tak betul. Semua benda salah. Ada sahaja yang salah.

Yang bagusnya mereka jaga adab mereka. Setiap apa yang dibuat, mereka akan fikir perasaan orang lain walaupun bagi mereka benda itu ok.


Tertinggal. Ada yang ketiga.

Yang ketiga mungkin paling celaka.

Mereka marah bila orang buat kat mereka, tapi mereka sendiri buat. Mereka sendiri takkan tahan kalau orang lain buat terhadap mereka. Tapi, mereka sendiri buat.



Read more...

14.11.11

cara buang marah

kurangkan expectation.

Rileks.

aih. Penat.



Read more...

1.11.11

Jadi sekarang kau rasa kau penulis blog yang hebat?


Aku ada buat contest untuk semua blogger. Sebagai tanda terima kasih dekat penulis blog yang membuatkan aku kerja sekarang ambil gambar sahaja.

Jadi tunggu apa lagi.

Mari klik link sini



Read more...

Sikap alasan dan pertolongan

Alasan ada beberapa jenis.

Mungkin yang paling jelas punya alasan ialah, alasan untuk menyelamatkan diri.

Contohnya macam, bila orang tanya, " asal kamu tak buat kerja sekolah? " Maka mereka jawab, "kucing saya bawa lari kerja sekolah saya cikgu"

Ini alasan yang sakit hati, tapi sejujurnya aku selalu juga bagi alasan jenis macam ni, terutamanya masa sekolah.

Kemudian ada lagi satu alasan yang aku menyampah dan aku rasa yang melemahkan seseorang itu ialah "alasan sebelum buat"

Ini yang aku mahu cakap disini.

Alasan sebelum buat ialah alasan yang diberi sebelum sesuatu perkara dibuat.

Contohnya, "Aku bukan taknak bukak bisnes, tapi masalahnya mak aku tak bagi", atau, " aku ni kecik, mana lah mampu nak panjat bukit"

Kalau alasan sahaja sudah cukup menyakitkan hati, yang lebih menyakitkan hati ialah, minta tolong dengan beri alasan.

Aku mungkin tak begitu kisah dengan orang yang minta tolong dengan aku, malah aku lebih dari gembira bila ada orang minta tolong pada aku. Sekurang-kurangnya aku rasa diperlukan.

Tapi aku ada kurang gemar bila orang minta tolong semata-mata untuk memudahkan diri dia sendiri.

Kita minta tolong, bila kita tak mampu nak buat. Kita bukan minta tolong semata-mata untuk bagi diri kita sendiri senang. Kemudian diselitkan sedikit dengan alasan itu ini.

Kita panggil. Drama.



Read more...

27.10.11

Aku pun muslim

Aku muslim.

Bukan asyraf muslim. Tapi orang islam.

Aku percaya Allah sebagai tuhan yang satu. Dan Muhammad sebagai rasul. Dan aku sayang kedua-duanya.

Aku percaya kita kena berbuat baik. Kita tak boleh jahat.

Tapi aku ada beberapa kemusykilan.

1. Masa belajar dulu ustaz aku cakap kita perlu moderate. Atau dalam bahasa melayunya bersederhana. Maknanya bersederhana dalam segala yang kita lakukan. Atau dengan kata lainnya supaya orang mudah sikit faham, kita perlu cool.

Maknanya kita tak boleh jadi ekstremis. Kita tak boleh ekstremis sehingga was-was dengan ibadah. Kita perlu cool. Kita tak boleh macam over berlebih-lebihan. Dan paling penting kita perlu seimbang antara kehidupan duniawi dengan akhirat.

Itu yang lecturer aku cakap

kemusykilan aku ialah, jadi mengapa ada orang yang alim, atau kuat agamanya ekstremis?

Kiranya, mereka tak cool yang macam rileks. Kutuk-kutuk agama lain, benci benci orang lain. Cari kesalahan orang lain. Berceramah kutuk kutuk orang.

2. Mengapa ada orang Islam yang kutuk agama lain? Aku selalu tengok dalam youtube, kadang kadang ada komen yang memaki hamun macam F**k Christian. F**k Jesus. Aku pelik sebab macam Jesus tu Nabi Isa a.s kan? Jadi asal dia F**k kan nabi lain?

3. Kemudian macam isu orang tukar agama ni. Ada orang bantah penubuhan gereja. Aku percaya, biarpun gereja sebesar batu caves tu pon ditubuhkan, tapi kalau orang Islam sendiri tahu jaga anak mereka, itu semua takde hal lah.

4. Ustaz ialah bahasa arab, dalam bahasa melayu maknanya cikgu. Jika aku panggil seorang ustaz dengan nama cikgu. Dia akan terasa kedudukannya jatuh. Lalu membetulkan bahawa dia seorang ustaz. Kelakar kan?

5. Point paling penting aku ialah. Mengapa melayu muslim sendiri tak baik? Buang anak, rogol, rompak, bunuh, gengster. Semua melayu dan Islam.

Tak boleh ke kita macam rileks?

Kita sembahyang

Kita puasa

Kita jangan buat benda jahat.

Kita jaga hubungan baik dengan orang lain.

Sudahlah. Susah sangat ke?



Read more...

20.10.11

worldview

Aku tau aku dah lama gila tak update blog.

Aku juga tau takde orang pon rindu untuk aku berblogging.

Sekarang dah tua lah, takde idea nak tulis apa. Kau ingat senang ke nak tulis eh? Kepala otak kau mesti sentiasa berfikir je.

kau mestilah nak tulis sesuatu yang digemari orang. Contohnya pasal perihal lelaki perempuan ke, pasal hidup kau sekeliling ke, pasal apa-apa yang membautkan orang berfikir.

Banyak orang suka baca tentang apa yang orang lain fikir, tentang falsafah orang lain, tentang ideologi orang lain, tentang hidup orang lain.

Banyak orang suka baca benda macam tu.


Sejujurnya itu satu benda yang bagus. Sebab dengan membaca worldview orang lain, tentang ideologi orang lain, kita akan trigger kita punya kepala otak untuk fikir.

Tapi kalau kita memilih untuk fikir lah,

Kalau kita memilih untuk ikut. Maknanya kita cuma seorang yang tiada pendirian.

Cuba buat ni, ini yang aku selalu buat, kalau tak berjaya aku senyap, kalau berjaya, biasanya aku akan tulis dekat blog ni.

Kau amik satu buku, apa sahaja buku, janji bukan novel lah. Tentang ideologi orang orang atau falsafah orang.

then amik satu point dalam buku tu.

Then cuba argue dengan point tu, cuba persoalkan, cuba jangan ikut, cuba fikir lain, cuba fikir lebih dari point yang diberi.

Cubalah.




Read more...

18.10.11

gambar seketul (20)

Tunang empat.




Read more...

7.10.11

Mengenai status, pekerjaan dan keturunan melayu

Aku konvo ahad ni.

Tahniah la kat diri sendiri.

Lepastu membuatkan aku fikir,

Untuk apa kita kerja?

Pastilah untuk mencari duit. Mahu makan. Di dunia kapitalis ini duit itu sangat perlu. Kalau tiada duit, nak makan macam mana? nak duduk kat mana? nak bergerak macam mana?

Semua tak boleh.

Tapi Melayu, bagi aku kebanyakan kita bekerja kerana status.

Status sebagai pemain bola, pelumba basikal, penulis, atau bekerja sendiri dipandang ringan. Maknanya kerja yang nampak remeh. Tidak tetap. Tada masa depan. Ia dipandang ringan dan sukar untuk melayakkan kau sebagai calon menantu.

Jadi akibat kpentingan status ini, ramai antara melayu, yang merupakan pemain bola, pelumba basikal, pelukis, peulis atau bekerja sendiri gemar menunjukkan kekayaan mereka.

Mereka mahu kereta yang hebat dan rumah yang hebat, serta pakai pakaian yang mahal. Bukan sahaja mereka mampu, malah bagi aku cuma untuk beritahu yang mereka juga ada status. Mereka tidak bolehlah nak berlagak pasal pekerjaan mereka. Jadi mereka mahu membuka mata Melayu lain yang pandang remeh pekerjaan mereka supaya buka mata.

Ada orang rela bergaji kecil asalkan bunyi kerjanya sedap didengar.

Kurang orang yang mahu status pekerjaannya nampak remeh tapi gajinya sebenarna besar.

Kerana orang mana ada tanya gaji. Orang tanya, "kerja apa?"

Jadi sekarang kita nampak macam ada dua sebab sahaja mengapa orang bekerja?

Duit dan juga status.

Jadi bagaimana pula dengan sesuatu yang kita suka?

Adakah ia tidak dipanggil kerja?

Misalnya ada orang suka membuat kek. Dan dia sungguh hebat sekali membuat kek. Lalu dia tak berhenti membuat kek dan setiap hari keknya bertambah sedap. Adalah satu kerugian jika kemahiran membuat keknya ditinggalkan. Ia bukan sahaja satu benda yang kita boleh menjana pendapatan, malah ia sesuatu yang disukai oleh orang tu. Dan bak kata Steve Jobs dan aku simpulkan, dia kata yang dia lebih suka hidup dengan menahui yang dia dah buat sesuatu yang bagus untuk dirinya berbanding menjadi orang yang paling kaya sekali.

Macam aku, aku suka ambil gambar dan mungkin membentuk manusia. Dan aku begitu suka subjek pengangkutan. Serius aku suka. Aku mahu buat sesuatu yang kita satu dunia boleh happy dengan sistem pengangkutan baru.

Benda tu takde dalam kepala aku lagi, tapi aku pasti seronok kalau aku dapat masuk dalam sesuatu bidang yang melibatkan pengangkutan.

Jadi aku fikir,

Aku terlampau sayangkan fotografi untuk tinggalkan.

Jujurnya sekarang aku buat fotografi sepenuh masa dan aku begitu suka dengan kerja aku. Aku control kerja aku sendiri dan control masa aku sendiri. Aku belajar banyak pasal disiplin. Aku rasa aku boleh hidup, cukup makan pakai dan paling penting aku happy dan aku sentiasa belajar benda baru.

Tapi, jujurnya. Aku mungkin tukar fikiran. Malah sedang berfikir-fikir sekarang.

















Read more...

3.10.11

Sekali sekala aku cerita pasal fotografi


Aku jarang cerita pasal fotografi dalam blog ni. Aku rasa lah. Sebab aku rasa fotografi ni macam satu perniagaan paling bangsat sekali dalam dunia.

Tiada had. Maknanya sesiapa pon boleh masuk dalam bisnes ni. Ia bukan macam doktor yag perlu ada kelulusan, atau perniagaan runcit atau hartanah yang memerlukan modal besar gila. Bukan macam perancangan bandar atau arkitek yang memerlukan kau seorang yang diiktiraf.

Sesiapa yang ada kamera, tidak kira kecil atau besar, boleh buat bisnes fotografi.

Dia juga tiada orang panggil ekuiti kot nama dia tak silap aku. Maknanya lepas hari terakhir kau cakap kau nak pencen. Kau punya bisnes bernilai RM0. Ada ke orang nak beli syarikat fotografi? Kau boleh jual syarikat kau dengan harga ratusan ribu bila kau rasa kau nak stop. Tapi syarikat fotografi. Bernilai RM0.

Tapi kita pelik,

Macam mana masih ada orang buat duit dengan fotografi. Dan masih hidup sampai sekarang.

Ia dipanggil sebagai meletak diri kau di tempat lain dari apa yang ada di sekeliling sekarang.

Atau nama lainnya dipanggil style.

Macam ada orang gaya gambarnya tradisional, maknanya gambar yang intai intai belakang pokok la, keluar kepala separuh-separuh kat pokok la. Gambar tunjuk-tunjuk tepi jambatan la, tepi air terjun la. Walaupun orang yang diambil gambar tu pon tak tau mereka tunjuk apa. Gambar dalam hutan la, baring-baring atas rumput la. RO3 diorang punya bread and butter.

Ada orang gambarnya classic. Lebih simple, background simple. Lebih emotional. Banyak extreme close-up. Gambar plain. Center. Tak serabut. Aku patut cakap, aku letak style aku dekat sini.

Ada orang yang stylenya ala-ala journalist. Gambar suasana, gambar makcik-makcik tengah muka kelaparan, budak-budak tengah makan gula-gula, pakcik-pakcik tengah intai kat tingkap.

Ada orang suka ambil still life, jadi mereka akan dapat gambar detail-detail masa hari kahwin semua cantik-cantik. Dia punya hiasan atas meja la, kerusi la, pokok la, inai la. Benda-benda macam tu. 

Tapi,

Apa pon style kau, jangan tukar.

Secara bisnesnya, ia meletakkan kau di tempat yang lain, Maknanya, setiap style tu pasti ada orang yang suka. Tidak kira la tradisional ka, classic ka, journalist ka, apa jadah semua. Mesti ada orang yang suka.

Jadi sekarang kau sudah ada marketlah. Kirakan, bagi sesiapa sahaja di Malaysia ni yang suka dengan gambar tunjuk-tunjuk atau sembunyi belakang pokok, mereka dah tau mereka nak cari siapa. Sebab kau seorang je dalam Malaysia ni yang masih ambil gambar tunjuk-tunjuk dan sembunyi belakang pokok. Jadi semua orang yang suka gambar macam tu, mereka mesti cari kau dulu la.

Jadi, jangan tukar-tukar style. Campur-campur sikit tak apa. Tapi pastikan ada satu yang orang kenal kau sebab benda tu.


Berbalik kepada asal,

Pasal fotografi perniagaan terbangsat.

Pasal yang ni lain hari aku sambung.





Read more...

15.9.11

tak best nya online pakai handphone

Geli tak baca tajuk untuk entri ni?

Sengaja aku gelikan.

Supaya kelihatan seperti blog gadis gadis yang hari hari cerita pasal diri sendiri di blog.

Kalau kau nak tahu, aku sekarang sudah duduk menyewa sendiri. Seorang diri. Beberapa hari lepas kereta aku baru hilang. Jadi aku patut cakap  dugaan yang begitu sukar.

Aku rasa semua orang patut ada komitmen untuk menjadikan mereka rajin berusaha. Contohnya bila orang mahu kahwin, banyak orang kata masa itu rezeki melimpah ruah. Aku patut cakap, betul rezeki melimpah ruah, tapi masa itu buat kita rajin berusaha.

Masa itu kau fikir kau sudah ada komitmen, kau perlu capai sesuatu benda untuk memastikan diri kau hidup, dan mungkin orang yang disekiling kau.

Jujurnya, sebelum ini aku duduk di rumah akak aku, kerja aku sejujurnya agak perlahan. Selepas aku sudah fikir mahu bayar duit kereta, duit rumah sendiri, yang mana aku sengaja bebankan diri aku supaya aku belajar, aku rasa kerja aku bertambah laju.

Jadi makin cepat, sebab kalau album lambat siap, payment pon dapat lambat. haha.

Jadi buat bersungguh-sungguh, supaya payment dapat laju, maka cukuplah aku untuk hidup sepanjang bulan tu.

Dulu, kalau aku malas, aku rasa penat, aku tak ambil booking untuk minggu tu. Kononnya cuti la.

Tapi bila sekarang, fikir rezeki, Aku ambil dan buat bersungguh-sungguh.

Tak boleh dah nak main main sekarang.

Aku pon dah nak kahwin.

Sila berkomitmen. Tahulah susah senang.













Read more...

3.9.11

Entri khas untuk bapak kau.

Aku terbaring satu malam fikir apa yang orang pernah beri dekat aku. Tidak kira lah dari segi pengorbanan mereka atau dari segi yang material iaitu wang dan harta benda. Mungkin yang paling banyak pemberian tu aku terfikir datangnya dari bapak aku sendiri.

Banyak.

Wang.

Barang.

Kasih sayang.

Sepanjang aku belajar. Walaupun aku cari duit sendiri masa aku belajar masa dah nak abis-abis tu. Aku pernah jual sandwich dari studio ke studio. Aku ingat dia punya tagline, "semakin hari semakin sedap". Setiap hari bolehla dapat untung RM20. Aku buat dengan kawan aku. Bila dia kantoi studio, aku pon dah tak buat lagi dah.

Lepastu aku amik gambar potrait. Family potrait. Lepastu couple. Aku jarang ambil wedding sebab busy. Kalau potrait mudah sikit. 2 jam je. Cukuplah belanja setiap minggu.

Tapi perbelanjaan lain? yang dari tadika sampai la ke habis universiti. Duit kereta, duit belanja, minum, makan, baju, spender, beli itu, beli ini. Kira duit yang aku carik sendiri tu memang tak mampu nak tanggung. Tapi sekurang-kurangnya mengurangkan perbelanjaan. Mungkin?

Lepastu aku fikir,

Pelik bagaimana ada orang masih ada hati untuk bersifat kurang ajar? bagaimana ada orang masih ada hati untuk berkira dengan orang yang begitu banyak memberi. Atau kata lainnya mungkin tak menghargai. Pelik kan?

Sejujurnya, sebagai orang biasa, aku sendiri pon ada terfikir macam, "alaa..ayah buat macam ni dekat akak-akak lain, dekat apis(aku bahasakan diri aku apis), tak boleh pulak?"

Tapi aku terfikir je, aku jarang cakap atau luahkan benda-benda macam tu.

Kemudian aku fikir semula, bodoh gila cakap macam tu. Tak terfikir ke berapa banyak bapak aku bagi dekat aku? Macam mana aku boleh ada hati nak cakap macam tu. Yang mana kemudiannya aku cuma senyap aja. Dan buang perasaan bodoh itu jauh-jauh. Sebaliknya menghargai dan berhenti untuk meminta berlebihan.

Jadi aku menjadi bukan orang yang sebegitu. Dan aku cuma tak faham orang yang bersifat sebegitu.

Jujurnya aku seperti kau yang mempunyai bapak juga, menghormati bapak aku, merasa terhutang budi yang amat sangat, atas segala yang diberi, kata kata bijaksana dia, kata-kata semngat seperti bapa-bapa yang lain,(oh, bapak aku sangat hebat memberi motivasi), dan sifat kasih sayangnya dan berlembut.

Dan aku juga seperti anak-anak lelaki yang lain, yang jarang bersifat kekeluargaan sehingga mempunyai keluarga sendiri dan seorang yang mempunyai target dan selalunya mereka usahakan sehingga target mereka tercapai. Sehingga kadang-kala banyak perkara dilupakan.

Tulus ikhlasnya aku meminta maaf.

Namun perlu diketahui aku sedang berdikari.






Read more...

31.8.11

Gambar raya citarasa awal 90-an

hafizudin hamdan wedding and potrait photography

Korang ada tak gambar yang jenis macam ni, macam gambar zaman dulu-dulu awal 90-an dulu.

Mereka suka tangkap gambar dekat pokok la, dekat pasu bunga la, dekat kereta la. Lepastu gambar macam blur-blur sikit sebab dulu-dulu punya kamera manual focus, jadi payah sikit nak dapat tack sharp punya focus kalau orang jarang-jarang pegang kamera.

Selalu macam gambar korang dengan pakcik korang, atau dengan bapak korang, Selalunya gambar tu gambar masa korang kecik dan mesti ada seorang dewasa. Yang mana gambar tu bila korang tengok balik, mesti rasa kelakar

Jadi,

itu yang aku cuba buat.

ini gambar aku dengan anak buah aku, dengan citarasa awal 90-an.

Bagi aku ia lebih sentimental, dan lebih evergreen.


gambar lebih di hafizudinhamdan.com



Read more...

26.8.11

untuk orang obses blogger

Kau tau jenis orang yang obses dengan blogger?

Orang yang macam masuk blog contest sana sini, tulis komen sini sana walaupun komen tak penting. letak kat shoutbox orang dia punya link. Nak cari follower seramai boleh. Ada lagi tu sampai plagiat. Apakah kepentingan blog peribadi ni?

Contohnya macam blog aku ni, tiba-tiba aku nak buat contest. Kira link kat blog ni, letak banner kat blog kau apa jadah semua. Nanti aku bagi kau RM100 kalau referral paling banyak.

Ok sekarang dah ada pemenang, kau bagi dia RM100. Lepastu konon traffic ke blog kau jadi banyak. Ramai orang baca blog kau sekarang.

Lepastu?

seriously, lepastu apa?

Macam aku mula-mula tulis blog aku tak harap pon ramai orang baca blog ini atau tidak. Sebenarnya aku pon tidakla begitu hirau sama ada blog ini akan bertambah follower atau tak. Aku pon jarang reply komen, kecuali komen yang membina dan layak direply. Atau pon meninggalkan komen di shoutbox orang.

Aku tulis sebab aku rasa aku ada pandangan, aku ada perspektif. Aku mahu cerita benda yang aku mahu semua orang tahu apa yang aku fikir. Jadi mungkin apabila mereka tahu, kemungkinan besar mereka akan melakukan kritikan terhadap apa pandangan aku.

Kadang-kadang aku tulis sebab aku tak tahu nak cakap dengan siapa. Kira kalau aku sedang emosi, pastinya aku rasa nak tulis disini. Jadi aku tulislah.

Sebenarnya blog kau sukahait kau lah nak tulis apa. Cerita pasal hari hari kau buat seks atau melancap pon aku tak hirau.

Cuma aku tak faham dengan orang yang obses blogger.

Bukan kutuk.

cuma tak faham.








Read more...

16.8.11

Pandu uji canon + sigma 30 1.4

Terima kasih kepada Abang Diloz sebab kasi pinjam kamera dia. Sebab mula-mula aku ingat nak buat video. Tapi macam tak sempat hari tu. Jadi terpaksa batal sebab esoknya tu dah masuk puasa dah.

Dari dulu aku sangat teruja dengan warna Canon. Semua fotografer yang aku suka macam amelia lyon, we are the parsons, heandshe photography, semua pakai canon. Aku perasan warna mereka macam ada satu pattern.

Jadi aku pon pandu uji la, dan mahu tengok sendiri macam mana. Jadi ini lah lebih kurang.

Jujurnya, aku suka warna dia, tapi pendapat persendirian aku, ialah kurang sharp dan kurang contrast berbanding Nikon. Mungkin faktor lens dan body. Aku pon bukan pandai sangat benda-benda alah ni. Ikut sedap mata je lah.

Jadi tengok je la gambar.













Read more...

14.8.11

gambar seketul (19)


Tiada apa yang istimewa pon gambar ni. Cuma fake tilt shift, dirotate ke kiri. Dan mungkin kebanyakan perkara yang tersembunyi ialah, mari lawati hafizudinhamdan.com



Read more...

10.8.11

salah faham jealousy

jealousy atau cemburu.

Setiap orang ada kadar yang berbeza tentang tahap kecemburuannya. Tapi paling penting bagaimana mereka handle kecemburuan tersebut.

Ia juga bergantung kepada orang yang terkena cemburu tadi itu.

Konon jika aku ada awek, dia cemburu dekat aku sebab ramai orang cuba add aku di Facebook.

Mungkin tak salah cemburu. Tak pernah salah pon cemburu. Ia membezakan antara kau dengan haiwan. Kalau kau tak reti cemburu. Mungkin kau sejenis amfibia atau kau sepohon kayu daunnya rimbun.

Tapi persoalannya bagaimana kau mengawal tahap cemburu kau. Ada cemburu buta, ada cemburu tak bersebab dan ada cemburu bersebab.

Jadi sekarang kau cakap kau cemburu bersebab,

Tapi bagaimana kau marah perkara yang berbeza. Ada orang marah yang dia lepaskan marahnya atas sebab cemburu tersebut. Ada orang marah dengna cuba menyakitkan hati orang lain kerana dia cemburu. Dengan tujuan supaya orang itu tau rasanya.

Mungkin aku ok untuk yang pertama, tapi tidak untuk cara marah yang kedua.

Sebab kadang-kadang perkara yang disakitkan hati itu berlebihan pula.

Contohnya, jika ada orang add aku di Facebook, orang yang cemburu itu terus dating dengan orang lain pula. Sakit hati lah kan?

Jadi geramlah.

Tiada cara yang betul pon untuk mengawal cemburu. Tapi bagaimana orang yang lagi satu mahu menerima dan cara kau mengawal.

Kadang-kadang kau buat sehabis baik supaya orang tidak cemburu. Tapi cemburu juga. Sampai kau rasa mungkin paling terbaik ialah dengan duduk dalam peti ais sepanjang hidup dan tidak bergaul dengan orang.

Dan jika orang susah untuk terima dan kau tak boleh kawal. Aku rasa. Cubalah belajar.

Aku pon pernah lalu zaman bodoh juga. Tapi bukanlah selamanya bodoh.





Read more...

9.8.11

Ego

Ego salah.

Bila kita salah. Kita tak patut ego.

Bila kita salah. Kita cakap orang ego. Salah.

Orang bukan ego. Orang cuma mahu kau tidak ego. Belajar.

Kita bukan tak mahu, tapi cuma mahu tengok. Adakah kau mahu?





Read more...

8.8.11

Maaf

Maaf bergantung kepada cara cakapnya, dan cara penerimaannya.

Ia boleh mengubah banyak benda.




Read more...

Mengada bukan manja

Dua perkara yang orang keliru. Bagi aku.

Mengada-ngada dan juga manja.

Bagi aku dua benda ni lain. Lain sangat.

Manja mungkin digambarkan sebagai sikap yang kuat meleset. Bersikap bergantung. Cakap lemah lembut. Pijak semut tak mati.

Mengada-ngada mungkin mudah digambarkan sebagai, "princess" - kuat merajuk, kehendak hati yang kuat dan mesti dapat, jual mahal. terlampau mahal.

Aku boleh tahan orang yang mengada-ngada. Tapi bila aku tahan, aku harap orang yang mengada-ngada tu menghargai sifat aku yang aku tahan ni dengan kurangkan mengada-ngadanya.







Read more...

5.8.11

Mengenai meminta

Kau tahu,

Untuk memastikan kau dapat apa yang kau hajati kau perlu minta. Benda tidak akan muncul depan mata kau secara tiba-tiba. Jika kau kaya nak mampus pon. Kau perlu minta baru kau dapat.

Mana ada orang kaya fikir dalam hati tiba-tiba keluar. Sekurang-kurangnya dia perlu pergi ke kedai dan beli apa yang dia mahu. Jadi dia perlu minta.

Tapi ia terpulang kepada reaksi selepas kau dapat apa yang diminta dan paling penting ialah cara kau minta.

Mula-mula kau perlu tahu apa yang kau ingin minta.

Sebab kadang-kadang ada orang tidak tahu pon apa yang dia mahu. Dia kurang pasti. Tapi dia pasti, dia mahukan sesuatu untuk puaskan hatinya.

Jadi orang, atas sebab sayang dan ambil berat memberi sesuatu yang mereka pon kurang pasti tentang tahap ketepatan perkara yang diberi sama ada ia akan memuaskan hatinya atau tidak.

Jadi salah,

Lalu diberi lagi,

Lagi salah,

Lalu dimaki kerana salah.

Lalu yang terakhir mungkin tepat,

Puas hati.



Read more...

3.8.11

strategi pemasaran bazaar ramadhan terutama kepada peniaga baru.

salam,

aiceh. Jarang jarang aku punya entri ada salam. haha.

Setelah 3 hari berpuasa, ketiga-tiga hari aku ke bazaar ramadhan. Di tasik permaisuri aja. Dekat dengan rumah. Malas pergi jauh-jauh. Maklumlah, orang macam aku ni kerja dari rumah. JAdi tiada masalah sangat.

Ketiga-tiga hari aku melakukan pemerhatian tentang pemasaran di bazaar ramadhan. Aku tengoklah kedai mana yang ramai orang, kedai mana yang tak ramai orang. Lepastu aku cuba tengok apa masalah kedai yang tak ramai orang tu.

Dan kemudian aku analisa dan aku tuliskan di sini.

1) Hari pertama puasa ialah hari yang paling penting. Kalau boleh biar masa tu kau punya makanan paling sedap sekali dalam dunia. Sebab orang ni, terutamanya kuih-kuih. Kalau dapat satu kedai yang sedap, dia dah tak pergi kedai lain dah. Dia akan target satu kedai je untuk beli kuih tiap-tiap hari.

2) Orang tak kisah untuk bayar mahal untuk benda yang sedap. Jadi, kalau kau jual mee sup contohnya, biarlah letak harga RM5 satu bungkus pon. Tapi kalau sedap mesti orang beli juga. Sebab ini makan, setiap harga berbeza rasa. Ini bukan macam jual kerusi. Ada kerusi sama berbeza harga. Ini makan, kalau mahal bersebab orang tak kisah.

Kau bayangkan orang lapar puasa satu hari, kalau mahal setakat seringgit dua ringgit aku tak rasa orang takkan beli. Tapi yang penting mestilah sedap.

Kalau murah mungkin ramai orang untuk hari pertama, lepastu dah takde orang dah nak datang gerai kau. Mee sup RM2.50. Tapi sikit, lepastu rasa macam sial.

3) Pastikan ada awek cun jaga kedai kau. Selalunya ramai orang.

4) Servis lambat sikit tak apa. Logiknya disini ialah,

Bila servis kau lambat yang tidak keterlaluan, orang akan beratur atau berkerumun di depan gerai kau. Aku perasan, gerai yang ramai orang kerumun ni akan menyebabkan makin ramai orang kerumun. Ok, bila dah terlampau ramai orang kerumun, baru kau lajukan gila babi kau punya servis.

Maka orang akan sentiasa bertambah. Tapi jangan dilupa, makan mesti sedap dan ikhlas. Lepastu mesti hari hari kedai kau orang berkerumun.

5) jangan jerit-jerit panggil orang datang gerai kau. Mereka lagi tak mahu datang. Buat rileks. Selamba. Kalau orang tak datang gerai kau, kau berdiri je. Mesti ada orang pandang-pandang. Pandang je sudah bonus. Bila mereka sudah pandang, baru kau cakap, "tauhu bakar bang?" atau mungkin, " tauhu sumbat bang?"

Kalau tiada orang pandang, jangan jerit.

6) Dari segi pemakaian, kalau boleh biarkan nampak seperti penjaga gerai yang berpengalaman, Selalunya memakai topi percuma lusuh, pakai baju kolar belang-belang yang sudah buruk-buruk sikit. Banner kedai yang direct dan tidak terlampau funky lepastu macam banner tu sudah lusuh macam nampak sudah lama. Dan apron yang lusuh juga.

Elakkan berpakaian kemas. Nampak sangat baru berniaga.

Kalau boleh biar ada orang tua yang berkopiah jaga kedai. Untuk menambahkan efek berpengalaman.

7) Jangan menggatal, berlagak cool macam sudah biasa berniaga. Jangan nampak begitu teruja.

8) ok. ada tambahan?



Read more...

31.7.11

Selamat berpuasa seikhlas hati

Hari ini hari puasa, sepanjang bulan ini.

Maknanya kita tak bolehla nak makan tengahari, minum petang, hisap rokok sesukahati. Tak elok dipandang orang, berdosa untuk diri sendiri.

Jadi disini,

saya, akukopi atau akukopikausiapa atau hafizudin hamdan atau mushi atau hafiz,

Ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada orang yang berpuasa sepanjang bulan ini. Semoga puasa ini tidak dilakukan secara terpaksa.

Moga lepas puasa perkara baik yang dilakukan sepanjang puasa diteruskan dan perkara jahat yang ditinggalkan sepanjang puasa tidak dibuat selepas habis bulan puasa.

Salam,



Read more...

25.7.11

Benda yang lebih penting

Ada orang yang pandai cakap.
Mereka pandai cakap benda betul benda salah dan sebagainya. Dan mungkin juga apa yang dibuat. Apa yang perlu buat dan apa yang tak boleh buat.

Tapi mungkin kita rasa mereka itu cuma pandai cakap. Tapi tak reti pula mahu buat sahaja.

Tapi kalau difikirkan. Mereka cakap sebab mereka ada pendapat. Cuba bayangkan ada ramai orang yang ada pendapat. Pendapat yang mereka mahu cakap pasal pemain bola malaysia. Takkan seramai-ramai itu mahu turun padang main bola pula?

Jadi mereka suarakan pendapat mereka mengenai pemain bola. Maka pemain bola perlulah cuba analisis pendapat orang mengenai mereka.

***

Semua orang ada ego.

Macam aku benda paling pantang ialah terasa bodoh. Maksudnya bila aku rasa diperbodoh-bodohkan. Pantang beb.

Selalu aku rasa marah aku cakap. Aku bagi pendapat aku. Aku cakap apesal benda itu salah, dan apa yang betul.

Sekarang, dewasa sikit. Aku sudah malas cakap. Aku lebih rela senyap.



Read more...

20.7.11

sambungan entri sebelum ini

kau tau,

aku bukan tolak orang yang belajar di universiti. Aku bukan cakap baca buku tak penting. Aku tak cakap yang apa sahaja kau buat sekarang tak penting.

Kalau aku fikir macam tu, dah lama aku berhenti belajar. Dah lama aku pasang cita-cita nak jadi katil. Supaya hari hari boleh baring tak buat apa-apa.

Aku cuma cakap supaya kau buat sesuatu yang kau gembira.

Kalau kau rasa menjadi perancang bandar itu sesuatu passion kau, kau enjoy bekerja membangunkan negara dan rakyat dan ekonomi. Tak salah. tiada siapa cakap salah. Malahan kerja yang mulia.

Aku cuma cakap kerja tidak sepatutnya untuk memenuhi kehendak orang lain. Sebagai contoh bila orang tanya kau mahu cakap kau kerja sebagai Pengurus syarikat ternama dunia. Jadi kau dipandang tinggi.

Kerja sepatutnya sesuatu yang kau happy untuk buat.

Semua orang ada impian. Peluang untuk impian kau kadang-kadang datang tapi kau lepaskan sebab kemahuan orang lain.

Sekarang orang lain itu bila sudah tiada dengan kau. Kau rasa dia kisah pasal kau?



Read more...

19.7.11

hari ini 53 : update kehidupan akukopi



Kau tahu sekarang ini aku tak kerja?

Jika kau menggambarkan kerja itu sebagai sesuatu yang korporat. Duduk di ofis. Pakai tali leher. Praktikkan apa yang dipelajari di universiti. Kan universiti sekarang bukannya mengajar orang untuk jadi orang yang baik. Universiti sekarang sebagai kebanggaan ibu bapa memberitahu jiran-jirannya anaknya belajar di universiti sekian-sekian dan supaya anaknya dapat kerja bila sudah habis belajar.

Sampai kalau yang ada duit terlebih sikit, beri anak mereka belajar di luar negara. Walaupun universiti di luar negara itu setaraf kolej komuniti. Yang penting luar negara. Orang di Malaysia ini bukan tahu pon.

Sekarang ini aku hidup sepenuhnya dengan mengambil gambar, jujurnya ini pekerjaan yang aku paling happy sekali untuk buat.

Tipulah kalau aku cakap aku boleh buat sukahati aku, bangun pukul 12 tengahari.

Kau tahu aku tetap bangun pukul 8 pagi. Aku bangun, mandi, bukak komputer, edit gambar, reply email, update page, cuba belajar benda baru di internet, pukul 1 tengahari aku masak sebab aku suka masak, lepastu kadang-kadang malam aku jumpa client.

Hari jumaat sabtu ahad, selalunya aku keluar ambil gambar.

Lepastu kau rasa aku duduk rumah mengangkang tak buat apa-apa?

Sama dengan kau..bezanya cuma aku kerja dari rumah.

Begini,

Apa yang buat akhirnya aku memilih untuk mengambil gambar berbanding kerja professional yang aku sepatutnya buat kalau menurut apa yang dipelajari?

Bagi aku dunia ini sudah tak lama. Betul-betul sudah tak lama. Kau lihat sahajalah sekeliling. Macam-macam.

Lebih baik kau buat sesuatu yang kau gembira, dan kau hidup dengan apa yang kau buat tu. Dari kau sibuk nak kejar itu ini.

Kejar sangat dunia ini kononnya kau nak jadi kaya raya nak mampus. Biar sakit asal kaya, biar hati orang lain sakit asal kaya. Sibuk kerja kerja kerja kerja.

Jadi, aku ikut apa yang aku rasa. Aku happy ambil gambar. Aku kerja ambil gambar.



Read more...

16.7.11

Trip ke redang!

Aku rasa blog aku ini sudah kurang komen dan kurang pembaca sebabnya aku dah mula cerita benda yang sampai tahap orang tak faham mungkin.

Aku dah mula cerita benda yang terus keluar dari hati tanpa ditapis otak. Atau mungkin terus dari otak tanpa ditapis hati orang lain.

Nabila farhana cakap, "orang dulu baca blog awak sebab awak cerita best, mengarut, ataupun orang cuma nak tahu pasal awak. Sekarang orang tak baca sebab orang tak faham apa yang awak tulis. Awak je faham"

Jadi di hari Ahad pagi ini, biar aku update sikit cerita yang tidak serius.

ok,

Selalunya mana-mana tempat yang pertama kali aku pergi. Mesti aku ada belajar sedikit sebanyak tentang perihal orang-orang disana. Tapi di Redang aku tidak belajar apa-apa. Mungkin cuma sedikit, perihal budak-budak pulau yang dapat awek-awek cun meletup-letup. Sampai aku terasa ingin menjadikan budak pulau sebagai karier.

Pergi bukan nak tangkap gambar, jadi kamera aku jarang-jarang keluar, banyak masanya di dalam beg. Atau di dalam bilik. Tapi kadang-kadang tangkap jugaklah.

enjoy la sikit sikit.

Main pool

Nabila Farhana

Nabila farhana dan kawan-kawannya

bukan aku. Aku lagi tough.

kerusi di tepian pantai

pakcik bot

biru


aku tak shave. Macam sial

sengaja OOF
gadis-gadis pantai

got to dance UK di Astro channel 711




Read more...

10.7.11

cara mengawal manusia lain

Cara mengawal orang dengan mudah ialah dengan kuasa. Jadi bagaimana kita mahu dapat kuasa? kita dapat kuasa bila kita ada sesuatu yang ingin diberi. Contohnya wang, perasaan selamat, perasaan seronok, gadis, makanan, bantuan atau apa segala yang menjadi keperluan sebagai manusia.

Kita gunakan apa yang dimahukan oleh orang lain sebagai alat untuk menonjolkan kekuasaan. Sebagai contoh orang yang mempunyai banyak duit. Mereka akan guna duit mereka untuk mengarahkan orang lain melakukan apa yang dikehendaki mereka. Kalau tidak mereka tidak beri duit. Orang pon jadi takut lalu ikut arahan mereka.

Kalau dari segi lain seperti perasaan selamat. Kita perlu ikut arahan mereka. Macam perhimpunan bersih. Siapa mahu selamat. Jangan ikut perhimpunan itu. Jika tidak, mereka tembak atau tangkap. Jadi untuk rasa selamat, mereka tidak mahu ikut perhimpunan ikut. Maka orang-orang yang takut dengan ugutan kehilangan perasaan selamat, maka mereka tidak ikut. Tambahan ditakut-takutkan dengan pengaruh media dan segalanya yang berkaitan.

Ia boleh jadi dari institusi sebesar negara sehingga sekecil keluarga malahan hubungan dengan orang sesama orang.

Masing-masing mahu ada kuasa. Cuma tak semua orang mahu mengalah.

Mengalah dengna kuasa orang lain selalunya sebab takut kehilangan.

Ada orang gemar dengan kuasa yang mereka sedia ada. Tapi kejap. Sehingga orang yang berkuasa itu sudah tidak ada kepentingan lagi.



Read more...

7.7.11

Signifikasi BERSIH

Seperti yang kau tahu. Aku bukan peminat besar politik. Malahan aku selalu ambil tak kisah. Sebab bagi aku tiada politik yang jujur sekarang ini.

Jika satu orang cakap kerajaan sekarang tak betul. Adakah orang yang cakap itu betul? Atau mungkin dia mahu kelebihan apa yang ada pada kerajaan sekarang terhadap dirinya sendiri?

Jadi orang kata undian di Malaysia tidak bersih. Tidak jujur. Jadi disertakan dengan bukti pengundi-pengundi hantu. Main tipu.

Macam lebih baik tidak perlu ada pilihan raya kalau pilihan raya pon tipu. Lebih baik kasi BN menang setiap kali pilihan raya. Tidak perlu undi undi semua buang masa. Buang duit kerajaan buat kempen.

Manusia memang sifat menentang terhadap pihak berkuasa. Kita akan cuba salahkan pihak berkuasa. Jalan berlubang kita salahkan kerajaan. Minyak mahal kita salahkan kerajaan. Isteri merajuk kita salahkan kerajaan. Semua salahkan kerajaan. Sebab kita tak tahu nak marah siapa. Takkan minyak naik kita mahu salahkan diri sendiri pulak?

Lalu bila kita rasa kerajaan salah. Kita mahu orang lain jadi kerajaan. Kita mahu orang yang kita rasa kita boleh percaya. Orang yang sama menyokong kebencian. Lalu mereka rasa mereka ramai. Cukup ramai untuk memastikan kerajaan sedia ada kalah dalam pilihan raya.

Lalu pilihan raya kerajaan sama masih menang. Lalu berbalik kepada asal, kita salahkan kerajaan. Kita cakap kerajaan main tipu. Mereka sertakan bukti-bukti.

Kemudian contohnya pilihan raya seterusnya orang yang menentang kerajaan tadi menang pilihan raya. Kerajaan tukar kepada orang baru. Lalu mereka( kerajaan baru) suka pula dengan kuasa yang ada. Mereka suka dengan wang, suka dengan kuasa. Cakap apa sahaja decision semua orang ikut.

Kemudian mereka rasa tercabar di pilihan raya berikut. Mereka guna helah yang sama dengan kerajaan sebelum ini. Lalu orang tidak puas hati balik. Kemudian berlaku perhimpunan aman lagi.

Kemudian berulang-ulang lagi.

Aku tak salahkan orang yang ingin mengikuti perhimpunan bersih. Malahan mereka bijak kerana peka dengan apa helah kerajaan sekarang. Mereka mahu hak suara mereka didengar secara adil melalui pilihan raya.

Tetapi yang aku risau ialah kebodohan segelintir orang. Kau tahu jenis orang yang semangat lebih? macam, " pakcik..lek lek ar"

Ataupun cuma sesetengah orang yang enjoy dengan kerosakan. Secara sifat semula jadi atau dibayar itu tidak tahu. Tapi orang yang suka dengan kekecohan dan kekacauan. Yang sepatah haram tak tau pon pasal apa kejadah bersih ini semua tapi cuma mahu kekecohan dan gemarkannya.

Aku harap dijauhi orang bodoh yang begitu.

Tolong. Jaga diri.



Read more...

24.6.11

Apa yang kau buat?

Bila kau buat satu benda, ia takkan bermakna kalau kau buat untuk diri kau seorang.

Contohnya ada mamat ni nama Ahmad, dia kaya raya, rumah besar, kereta besar. Tapi dia duduk seorang dan dia rasa dia happy dengan apa yang dia. Memangnya dia happy, tapi adakah kegembiraannya itu bermakna.

Jadi mungkin kau akan tertanya-tanya.

Bagaimana kalau Ahmad tiada keluarga? Tiada adik beradik? Jika Ahmad bermuka pecah maka tiada awek atau isteri yang mahukan dia.

Jadi mugnkin Ahmad perlu fikir. Demi siapa dia buat itu semua? Kalau dia buat demi Allah. Maka mungkin dia akan mendapat kegembiraan yang bermakna. Jika tidak, itu terpulanglah kepada Ahmad.

Apa yang kau buat, merupakan cuma sebahagian dari kejayaan dan keseronokan. Tapi dengan siapa kau kongsi merupakan lagi satu bahagian yang sangat penting dari apa yang kau buat.



Read more...

20.6.11

Sikit pasal EGO di faraj

Tiba-tiba belakangan ini dari tidak diupdate sekian lama tiba-tiba jadi blog berperasaan pula. Macam sial pon ada.

Tapi aku tetap mahu cerita pasal ego.

Ego adalah suatu benda yang sukar dilihat. Tidak seperti televisyen, televisyen adalah sesuatu yang ditonton oleh seisi keluarga.

Ego tempatnya berbeza bagi lelaki dan perempuan.

Bagi perempuan ego mereka terletak di faraj.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, faraj wanita mempunyai kuasa. Salah satu kuasanya untuk menundukkan ego.

Contohnya seperti ini, kita ambil pasangan suami isteri.

Adakah lelaki yang sanggup mengutamakan ego berbanding bermesra-mesra dengan isterinya?

Jadi faraj secara tak lansung mempunyai kuasa untuk menundukkan ego.

Berbanding lelaki. kuasa menundukkan egonya terletak di mulut. Wanita tidak akan terpengaruh dengan kuasa zakar. Malahan zakar tidak lansung mempunyai kuasa, terutamnya kepada wanita melayu.

Kerana zakar mudah didapati, ia menyebabkan kuasanya lemah berbanding faraj.

Ayat di mulut keluarnya melalui otak atau hati.

Jadi kebijaksanaan dan kelembutan hati menentukan kuasa untuk menundukkan ego bagi lelaki.

Ini entri terbabi



Read more...

18.6.11

Dalam benda yang kau ingin

Keinginan pastinya berubah-ubah. Contohnya macam apa yang kau bercadang nak jadi untuk kerjaya kau. Contohnya masa sekolah aku bercita-cita nak jadi pelukis, polis, jadi bomba, Masa itu ada sesetengah budak kelas aku yang nak jadi televisyen supaya hari-hari tengok tv. Ada juga yang bercita-cita jadi pemandu bas kerana dia suka lukis bas.

Kemudian besar sikit nak jadi jurutera, lepastu masuk sekolah menengah aku nak jadi arkitek. Lepastu tak lepas, aku nak jadi perancang bandar. Lepastu aku tak sangka sekarang aku ambil gambar orang pula.

Mungkin sekarang orang di Malaysia ini memandang kerja ialah sesuatu yang korporat, yang perlu masuk ofis, pakai tie dan kemeja. Perkara yang lain macam pelukis, pelumba basikal bukan dipandang satu karier.

Bagi aku kerja yang betul ialah kerja yang kau suka dan cinta dan perkara itu membawa kau rezeki.

Sekarang ini aku suka dan cinta kerja aku. Alhamdulillah ia membawa rezeki untuk aku.

Seperti yang aku cakap keinginan sentiasa berubah, bukan?

Dulu masa dulu aku nak bini cun, meletup-letup, biar masa kahwin kalau dah mengandung dah 30++ pon masih MILF.

Lepas itu dah jumpa tapi tak boleh pakai.

Lepastu kita mahu yang sedap mata memandang sudahla. Tapi masih perlu cun supaya tak sakit mata bila tengok. Kalau aku pon rasa tak selera mahu tengok, nak tengok hati pon dah tak sempat. Jadi, kita carik yang cantik dan hati yang baik.

Kemudian makin matang dan besar kita rasa hati yang baik tak cukup lagi, kita mahu sesuatu. Kita mahu orang yang sekurang-kurangnya pandai berfikir, yang sedar kesalahannya, yang memahami, yang sentiasa di belakang kita bila kita perlukan, yang pandai memujuk, yang sweet, yang dominan yang pandai buat decision dan macam-macam.

Lihat bagaimana keinginan kita berubah-ubah bersama kematangan.

Mustahil cukup. Takkan pernah cukup.

Persoalannya ialah bagaimana kita mahu berubah beserta dengan tahap keinginan kita.

Contohnya jika kita mahu orang yang pandai memujuk dan sweet. Adakah keinginan kita setanding dengan perbuatan kita? Adakah kau cuma mahu orang beri tapi kau sendiri kedekut?

Kira mungkin kau perlu memberi sesuatu untuk mendapat sesuatu yang lain.

Keingin kau yang berubah, terhadap apa sahaja perkara di dunia ini. Pastinya memerlukan sesuatu yang kau perlu beri atau korbankan. Tapi kau sanggup?

Kalau tak sanggup jangan minta.



Read more...

15.6.11

Isteri yang menyerah

Aku berbual dengan akak aku hari tu pasal "A Surrendered Wife". Atau dalam bahasa melayunya isteri yang menyerah. Maknanya isteri yang menyerah segalanya kepada suaminya. Dari hujung kaki sehingga hujung rambut adalah terhadap suaminya serta tuhannya.

Aku patut cakap aku agak bersetuju dengan konsep isteri yang menyerah.

Digambarkan dalam konsep isteri yang menyerah ini adalah yang menurut perintah segalanya dari suaminya. Seorang yang bersabar, seorang yang ikut cakap, penyayang dan segalnya yang lelaki mahukan dari seorang isteri.

Tapi ada juga beberapa persoalan lah macam layakkah lelaki itu mendapat isteri yang menyerahkan segalanya tapi perangai lelaki itu macam haram kuat maki hamun dan segalanya yang perempuan tak mahu daripada lelaki?

Lalau akak aku cakap, seseorang mesti bertindak dan kemudian bersabar. Ini adalah proses dalam menjadi isteri yang menyerah.

Jadi lebih baik kamu(isteri) bertindak dan kemudian bersabar dan tidak mengharap respond sepantas kilat dari lelaki. Hampir mustahil untuk kamu mendapat respond sepantas kilat. Dan penting sekali ialah kamu jangan meminta. Macam minta dibelai, minta dipujuk, minta duit, minta itu minta ini. Minta kasih sayang lah senang cakap.

Eh. Rimaslah. Rimas.

Sebab mesti ada sampai satu time yang orang lelaki ini akan beri tanpa kamu sedar, tanpa kamu perasan. kata kuncinya, lagi diminta, lagi rimas, lagi malas nak bagi.

Tapi sangat penting untuk kamu (perempuan) jangan lupa bila diberi.

Aku betul-betul faham. Jika dalam masa seminggu, 6 hari lelaki tu meluangkan masa dengan perempuan tu, kemudian tinggal lagi satu hari lelaki tu tak layan perempuan tu tapi masa tulah yang perempuan tu paling nak lelaki itu, 6 hari yang diluangkan bersama tu hampir tak bermakna.

Benda macam ni yang selalu buat jadi benda mengarut-mengarut. Kemudian lelaki tu malas dah nak beri. Baik dia beri perhatian kepada kerjayanya. Sekurang-kurangnya kerjayanya memberikan wang. Kalau diberi perhatian terhadap isterinya, isterinya lupa pula dan tak hargai. kata lelaki itu.

Pasti kau yang mendengar seperti tidak adil kan?

sebenarnya ia adil dari segi yang susah mahu digambarkan.

Hubungan lelaki dan perempuan merupakan sesuatu yang kompleks.

Jika kau cakap kuncinya ialah tolak ansur.

Tidak. Jika kau berdua merupakan pasangan suami isteri yang sentiasa bertolak ansur. Kau tidak akan jadi pasangan suami isteri.



Read more...

13.6.11

theREALSHOP!! ( kursus fotografi )

Saya rasa inilah benda paling teruja saya nak buat sepanjang saya mengambil gambar. Ini bukan workshop. Tapi ini theREALSHOP!! (sila baca sambil jerit)

Saya akan sangat gembira untuk menerima anda dan memenuhi hari kita bersama untuk shooting, post processing, networking, share idea dan juga mendapat inspirasi. YEAH!





Ini bukan macam workshop yang biasa anda pergi, yang mana mereka gnakan model yang sudah tentunya biasa di depan kamera dan mereka cuma ajar bagaimana untuk tangkap gambar jadi cantik. Terlampau teknikal. Tak cool.

Kita akan berbincang dari awal sehingga ke habis.

Dari branding, marketing, composition, post processing, blogging, cara reply email, cara untuk stay inspired, cara untuk bercakap dengan client, cara untuk pose client supaya kelihatan natural dan rileks , custom album designing, melihat perkara-perkara detail dalam pose, kita juga akan buat simulasi meeting dengan klien. Dan macam macam lagi. Fuh. Banyak gila.

Kita akan bekerja dengan real couple yang tak pandai pose pon tapi kita akan buat mereka sampai pandai pose. Kita takkan bekerja dengan model yang sudah biasa dengan kamera. Itu tak real. Ini real!


Semuanya cuma dengan bayaran RM150 sahaja! . Kira macam harga pengenalan. Tapi ia limited kepada 15 orang sahaja! Jadi baik cepat-cepat book seat anda!

Kita akan buat dari pagi sampai lah ke petang.

Pagi : Shooting. Composition.Basic lighting. How to talk and pose your client. Details.

Tengahari : Blogging. Emailing. Customer relation marketing. Branding. Simulation.

Petang : Post-processing, album designing.

makan tengahari, minum petang disediakan!


Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan sila email saya di akukopikausiapa(at)gmail.com


masuk sini



Read more...

9.6.11

Penghargaan itu magis

Satu hari ada 24 jam.

Mari kita ambil orang dewasa tidur 5 jam.

Jadi tinggal 19 jam.

Makan minum hisap rokok, buang air, mandi ambil masa kira-kira 2 jam keseluruhannya.

Jadi kita tinggal 17 jam.

Satu hari kita kerja 9 jam termasuk di atas jalanraya, jadi kita tinggal 8 jam.

2 jam untuk aktiviti sampingan seperti tengok tv, dengar radio, terbaring tak buat apa, tengok internet.

Kita tinggal 6 jam.

Tapi ada juga yang masih tak menghargai 6 jam yang diberi.



Read more...

8.6.11

video seketul

http://hafizudinhamdan.com/blog



Read more...

6.6.11

hai hai hai saya akunescafe

Dah lama aku tak update blog ini. Aku tau.

Aku juga perasan entri aku belakangan ni agak muak sikit. Tiada lagi isu kutuk mengutuk, isu sensitif, atau sesuatu yang boleh difikir bersama.

TAPI!!

Ada perkara yang betul-betul menggelikan hati aku baru terjadi yang aku baru perasan tengahari tadi.

Mari lawati web ini ya.. http://akunescafe.blogspot.com/2011/05/apa-nak-jadi.html

Dan kemudian sila bandingkan dengan yang ini http://akukopi.blogspot.com/2011/05/kalau-kau-mengejar-wangini-bukan-mlm.html

Sila baca entri beliau yang lain-lain juga. Sebijik gila! haha

Wah, terharu aku. Tak sangka blog yang semakin bosan dan muak ini ada juga selera orang mahu copy paste. Tak tahan gambar nabila farhana pon ada sekali. Setahu aku Nabila Farhana tak curang. Malahan siap ada gambar aku sekali. haha. Tergelak-gelak aku baca.

Tahniah akunescafe.

Semoga entri yang ini kau copy paste di blog kau juga.

Mungkin kau tak tahu berbahasa melayu.

Yang hebatnya. email dia : akunescafekausiapa@gmail.com

best kan?



Read more...

1.6.11

Cara untuk memulakan perbualan

Sebenarnya aku sedang membaca buku how to talk to anyone oleh leil lowndes. Ada satu chapter dia tulis tajuk dia How to start conversation kot tak silap aku. Sambil aku baca aku tergelak-gelak. Sebab teknik yang sama aku guna selalu untuk tegur orang yang aku tak pernah tegur.

Dalam tu dia panggil sebagai "whaazit?"

Aku mungkin panggil sebagai.... "apekejadahnya tu?"

Ok.

Benda ni aku selalu pakai masa majlis perkahwinan yang aku amik gambar, dan aku perasan ada sedara mara atau sahabat handai yang juga menggunakan kamera besar-besar gedabak dan kadang-kadang terlampau besar. Untuk mengelakkan dia daripada menghalang laluan aku mengambil gambar, ataupon mungkin menculik pasangan pengantin dan keluar melakukan sesi outdoor. Aku perlulah approach mereka dan supaya mereka tahu aku dibayar oleh pengantin tuntuk mengambil gambar mereka dan aku sedang menjalankan tanggungjawab aku.

Jadi benda yang aku buat ialah bertanya apa yang ditangan mereka.

Contohnya,

Aku : wah, d700. full frame. best ar.
Pakcik tersebut : Takla. Biasa je.
Aku : Jap. ni lens apa ni?
Pakcik : 24mm f/1.4
Aku : Pergh. gila best. 24mm mount dekat FX. Memang wide la kan
Pakcik : Haha. tu la pasal
Aku : oh, lupa nak cakap, saya hafizudin, tukang amik gambar untuk event ni la. Abang memang amik gambar orang kahwin gak ke selalu?
Pakcik : oh..saya pakcik pengantin. Taklah. Saja-saja amik gambar je. Hobi.
Aku : Oh. ok. Ni kad saya(sambil beri kad), Eh. Nanti kalau saya terblock shoot abang ke abang bagitau la eh, atau kalau abang terblock shot saya nanti saya bagitau ok?
Pakcik : orait tarak hal.
Aku : Aa. saya masuk dulu eh.
Pakcik : sila

Cara macam tu sebenarnya menurunkan ego dia. Sebab benda yang aku paling perasan orang ambil gambar ni, terutamanya yang agak berumur, mereka ada ego yang besar. Mereka rasa orang muda-muda macam aku ni tak reti amik gambar macam mereka masa zaman filem dulu. Jadi dengan approach mereka, sekurang-kurangnya menurunkan ego mereka.

Jadi lepastu kau akan lebih mudah berurusan dengan tukang ambil gambar lain tanpa ada pandang-pandang jeling-jeling yang lain. Percayalah cakap aku. Bagi sesiapa yang amik gambar orang kahwin, pasti biasa dengan keadaan ni.

Itu mungkin pasal kamera, cuba kita lihat cara dengan orang lain.

Kau perlu perhatikan mereka dari jauh, tengok apa benda pelik yang paling jelas sekali ada mereka pakai. Contohnya macam pin 1 malaysia. Kau boleh cakap macam, "eh. pin ni dari dulu saya carik. Sebab najib pakai" Pandai-pandai lah carik benda di badan mereka. Tapi janganlah kau tegur perihal fizikal mereka atau buah dada mereka ke macam, "wah.buah dada kamu menarik. Saya berminat untuk mendapatkan satu sepertinya" Mungkin kau akan dibelasah lepastu.

Dan untuk menggalakkan diri kau ditegur juga boleh guna teknik yang sama. Pakai sesuatu benda yang macam rare di badan jadi orang boleh tegur kau kalau kau susah sangat nak tegur orang.

bagi aku, semua orang atas dunia ni baik hati, cuma kau patut tahu macam mana nak approach mereka.



Read more...

26.5.11

keinginan, marah dan berkaitan

Salah bila kau fikir pasal diri kau sendiri sahaja. Bila kau fikir semua benda yang kau nak perlu kau dapat. Semua orang perlu beri sepenuh perhatian dekat kau yang bila kau tak dapat perhatian yang sebegitu kau merasa marah.

Ada beberapa cabang cara marah yang paling jelasnya pasti ialah bila marah yang membina dan marah yang buat kita rasa menyampah.

Tentang marah yang membina,

Marah yang membina pastinya sesuatu yang logik. Sebagai contoh kau jolok bontot kawan kau dengan kayu. Walaupun respon marah dia seperti memukul kawan kau tu. Tapi ia membina. Maksudnya ia akan mengakibatkan kawan kau minta maaf. Kira, membuat kawna kau rasa bersalah dan minta maaf kerana jolok bontot kau dengan kayu. Dan rasanya dia tak akan buat lagi.

Untuk kelihatan lebih jelas lagi, kita guna contoh yang sama untuk marah yang buat kita rasa menyampah.

Jika bontot kita dijolok dengan kayu, kita marah orang itu dengan menjolok bontot ibu bapanya dengan kayu, jolok bontot teman wanitanya dengan kayu. Pasti kawan kau yang menjolok bontot kau dengan kayu tidak akan meminta maaf bukan? pasti dia akan rasa lebih marah.

Maka berlakulah pergaduhan yang sepatutnya boleh dielakkan.

Walaupun bagaimana kau marah sekalipon, kau perlulah ingat, tiada orang suka orang yang tiada rasa hormat.

Bapak aku pesan, jangan buat jahat dekat sesiapa pon, sebab sesiapon boleh buat jahat dekat kau.





haih~



Read more...

S.A.B.A.R

saya sabar



Read more...

23.5.11

sikit pasal penjenamaan

penjenamaan atau kata lainnya ialah branding bagi aku sesuatu yang orang jarang ambil kisah sangat.

Branding ini macam identiti bagi diri kau. Mari kita lihat wondermilk, kedai cupcake tu. Mungkin cupcakenya perasaan biasa aja. Apalah sangat istimewa cupcake wondermilk dengan cupcake orang lain. Resepinya pasti lebih kurang sahaja.

Tapi dilihat, wondermilk ada concept, conceptnya yang ala-ala vintage dan hippies sesuai untuk anak muda sekarang. Tanpa sedar kita suka kedai tu semata-mata untuk lepak-lepak.

Branding boleh jadi bisnes card kamu, rekabentuk blog kau. Dan mungkin sedikit tambahan, cara kau bercakap, berbual boleh jadi penjenamaan diri kau jugak.

Contohnya, masa aku buat name card aku, aku fikir mahu bila ia beralih tangan, aku mahu ia kelihatan seronok. Bila orang tengok card tu aku mahu orang fikir, "budak ni mesti seorang yang menyeronokkan".

Nasiblah orang nak rasa poyo ke apa, itu mungkin satu strategi aku. Aku mahu orang bila tengok name card aku fikir, "nak tengok website dia lah, reflect name card dia tak?"

Jadi aku buat name card aku tidak serius, nampak mesra dan tidak tipikal. Aku tulis "HI, MY NAME IS HAFIZ!" sebesar-besarnya kat depan card tu.

Aku bercadang kalau ada name card baru aku tak mahu tulis diri aku sebagai photographer, aku mahu tulis diri aku mungkin sebagai, "your new friend..and he is a photographer".

Aku cuma mahu orang lihat sesuatu yang berbeza dalam lambakan tukang ambil gambar sekarang.

ok,

Aku cuma mahu cakap benda itu branding lah. Banyak orang terutamanya yang terlibat dengan home business yang tak perasan benda-benda tu semua.

Branding akan dilihat berkesan bila orang tengok produk kau, mereka tahu itu hasil kau, itu cara kau dan sebagainya.

Banyak lagi cara lain, yang kau boleh baca dan carik sendiri. Kalau takde duit mahu beli buku, pegi google.



Read more...

20.5.11

pengaruh filem dalam kehidupan

Aku suka tengok pi mai pi mai tang tu. Sejak dari sekolah dulu aku suka gila tengok pi mai pi mai tang tu. Bagi aku cerita dia kelakar, banyak isu, dan macam menunjukkan Malaysia. Bayangkan cerita tahun awal 90-an sudah perasan isu-isu ni semua.

Aku suka pemerhatian dia yang orang india bukak kedai belajar memandu, orang cina bukak saloon, orang tua melayu bukak kedai kopi kecil dan beberapa orang muda yang tiada wawasan.

Mereka berbincang isu-isu yang mungkin sebenarnya betul kalau dengar betul-betul. Tapi akhirnya isu-isu mereka tu semua jadi perbincangan di kedai kopi dan kemudian berakhir di situ dan esok cerita lain.

Tak sangka sampai sekarang benda-benda macam tu hingga sekarang masih wujud. Bincang bukan main tapi kosong. tiada implementation.

Tak ubah macam aku juga, cerita di blog pungpangpungpang dan akhirnya aku pon sama.

Sekurang-kurangnya pi mai pi mai tang tu jauh lebih intelligent dari cerita senario yang lawak kosong dan bodoh. Mungkin kelakar. Tapi bodoh.

Tapi mungkin itu lebih baik dari sekarang ini cerita melayu yang sibuk buat cerita gaduh-gaduh, cerita hantu, cerita kelakar tak jadi. Cerita yang jual artis AF.

Mari kita tengok dua sedutan di bawah ya,

cerita melayu



cerita tamil



Jadi pendapat aku ialah,

Ingat tak bila cerita rempit keluar cerita Remp-it di wayang? tiba-tiba semua budak-budak jadi macam nak gila jadi rempit. Berleluasa bukan main. Semua jadi bangang.

Bila cerita kl gengster ni keluar pasti nanti dah budak-budak semua nak jadi gengster pakai rantai besi jalan mendada kerja asyik nak bergaduh je.

Langgar sikit gaduh, cuit sikit gaduh, picit telur gaduh.

Cuba la wayang tunjuk teladan baik sikit. Cerita pasal kucing ke, kekeluargaan ke, hidup seorang pesakit mental ke.

Dunia sekarang orang terlampau suka nafsu.



Read more...

14.5.11

Kalau kau mengejar wang(ini bukan MLM)

Dulu aku rasa aku pernah cakap pasal apa yang aku pilih. Mahu ambil gambar dan membuka perniagaan sendiri atau mahu kerja di pejabat macam orang lain di Malaysia buat.

Dulu masa aku cakap mungkin aku kurang membaca masa aku bercakap, aku tidak tahu lansung mengenai perniagaan, tidak tahu akaun. Tidak tahu duit masuk keluar yang membuatkan selama ini aku rasa job aku boleh dikatakan hampir tiap minggu tapi duit hilang entah kemana. Pengurusan wang aku sangat lemah.

Jadi aku google sebanyak-banyak yang boleh. Mencari pasal cara menguruskan akaun dan menguruskan perniagaan. Jadi aku rasa aku sudah dapat kesan di mana salah aku selama ni. Dan dapat merancang kewangan dengan lebih berkesan dan menguruskannya supaya perniagaan dapat terus berjalan. Insyaallah.

Aku belajar yang sebenarnya apa sahaja perniagaan yang kau buka, semuanya bagus. Kau buka kedai char kuey teow ke, yong tau foo ke. Menjahit ke, kedai gunting rambut ke. Semua boleh berjaya sebenarnya. Mungkin kau boleh bukak kedai char kuey teow macam kedai nasi lemak antarabgsa yang bersepah-sepah tu. Kalau kau jual yong tau foo mungkin kau boleh ada kilang untuk buat yong tau foo dan supply kepada orang macam kedai yang kat ampang tu. Tapi permasalahan yang sebenar ialah pengurusan perniagaan tu sendiri.

Persoalan dia bagaimana kau mahu start dengan capital yang kecil dan untuk uruskan duit itu supaya dia akan berkembang. Cara kau membuat 'costing' dan mendapat pulangan daripada benda yang kau usahakan dan bukan main caj ikut suka-suka hati je.

Aku fikir begini,

Aku harap aku tidak tersekat dengan ambil gambar sehingga bila-bila. Mungkin target aku ialah printing company macam Achik Print atau Advanco yang dekat melawati tu. Start small.

Sebab aku tengok kawan-kawan aku semua mintak kerja masih tak dapat.Beberapa je yang dapat. Aku sendiri mintak kerja tak dapat-dapat. Jadi sementara ni baik aku buat apa yang aku suka. Semoga google dan kepala otak aku dapat membantu aku menguruskan kewangan aku yang bersepah selama ni.

Tolong doakan semoga aku sudah pilih jalan yang betul ya.


p/s : Oh, jangan risau, perkara pertama sebab aku ambil gambar tetap sebab passion. Bukan sebab duit. Sebab itu caranya aku start. Dengan caj RM70. haha

http://hafizudinhamdan.com/blog



Read more...

11.5.11

Benda yang saya belajar di bangkok

Sebenarnya aku baru pulang dari bangkok untuk jalan-jalan dengan kawan-kawan aku. Trip yang sangat seronok. Mungkin aku patut cakap pengalaman yang susah nak lupa. Aku belajar banyak benda kat sana.

1.Aku belajar pasal betapa susah hidup mereka sehingga mereka buat banyak benda. Kalau aku jalan-jalan aku boleh lihat budak-budak universiti di sana pakai uniform(universiti mereka pakai uniform), jual-jual barang tepi jalan. Mereka takde macam kita ptptn atau loan. Kalau mahu belajar. Perlu cari duit sendiri.

2.Aku perasan mereka begitu lemah lembut. Terlampau lemah lembut. Ada mamat ni jual bukulima, pisau rambo, cota, benda yang elektrik cucuk kat orang tu. Siap pakai subang, tattoo banyak kat badan. Bila cakap, sikit punya lembut lagi. Terima kasih adalah wajib tak kira apa.

3.Mereka sangat hormat satu sama lain. Senyum tak putus-putus. Kalau di Singapore train mereka begitu senyap. Di london pon senyap(suara pak arab je memekak-mekak), di Malaysia lebih kurang. Di bangkok macam semua orang tegur menegur. Satu perasaan yang pelik.

4. aku rasa bila orang cakap pegi Thailand mahu cari pelacur, aku rasa tu suatu benda yang tak patut. Aku rasa mereka tak pilih untuk kerja macam tu. Mereka anggap kerja mereka sedang buat tu sebagai suatu kerja. Masa kami lepak borak-borak dengan mereka(pelacur), saja untuk tahu pasal mereka. Mereka berbeza bila aku jumpa bila dah habis kerja.

Kira lepas habis kerja, mereka normal, pakai baju biasa yang takla begitu menjolok mata. Tunggu bas dekat bus stop. Mereka sebenarnya bukan pelacur. Mereka macam penari bogel. Pelacuran haram di Thailand. Cuma strip club yang dibenarkan. Tapi macam tutup sebelah mata la.

5. antara jalan yang sesak dalam dunia ni ialah Bangkok. Tak percaya cuba banyak baca buku pasal pengangkutan. Semua case study cerita pasal Bangkok. Tapi hairan. Mereka tidak suka hon. Bawa kereta pon sabar.

6. Aku cuma rasa ia berkaitan dengan keagamaan mereka. Mereka kuat betul sembahyang. Dekat shopping complex besar gabak pon ada kuil sebelah. Dan tak kira pakai macam mana. Mereka akan singgah berdoa. Kira mereka sangat menghormati agama mereka.

Jadi, bila kita lihat cerita cerita di tv berkaitan Buddha. Banyak cakap pasal tenang, sabar, cool. Jadi aku rasa mereka begitu kuat agama sehingga berjaya mengadaptasikan keagamaan tu dalam diri mereka. Menjadi orang yang lembut, sabar dan cool.

Islam juga mengajar benda yang sama. Malahan mana-mana agama di dunia tak pernah cakap marah itu suatu perkara yang bagus.

7. Mereka begitu ramah. Sangat peramah sehingga kau boleh tegur siapa sahaja yang kau suka. Tanpa rasa risau.

8. Masa aku ke Bali beberapa tahun lepas, aku perasan mereka suka merenung orang. Kira macam kau bayangkan kau jalan kat kawasan yang ramai orang Indonesia. Mereka suka betul merenung orang. Aku cuma rasa merenung orang adalah satu benda yang bodoh.

Aku cuma rasa orang yang suka merenung orang atau suka pandang pelik dekat orang adalah orang bodoh. Suka menjaga tepi kain orang, kuat cemburu, hasad dengki dan kuat mengumpat.

Semasa aku di Bangkok, aku tak pernah rasa aku macam kena tenung.

9. Aku cuma rasa, Thailand satu negara yang kau patut lawat. Aku respek mereka atas kelembutan mereka dan betapa mereka hormat-menghormati. Aku terfikir untuk ke Vietnam. Orang kata di sana pon macam tu juga. Cakap macam menyanyi-nyanyi.

enjoy la sikit gambar. Ini gambar main uplaod je sebab malas nak pilih. Nanti lebih aku upload dekat Hafizudinhamdan.com



Grand palace


Chatuchak Park
Panas terik

Patung sami
grand palace. Masuk bayar RM35. Mahal
Bersama kawan-kawan melepak di Nana Plaza

Nana Complex yang begitu banyak cerita.Melepak-lepak



Read more...

3.5.11

Pasal masa depan saya, kamu dan dunia

Aku rasa dari dulu aku dah pernah cakap, aku tulis blog ini untuk rujukan anak cucu aku tentang kehidupan aku dan juga untuk diri aku sendiri bila dah tua nanti.

Mungkin aku sikit sentimental, tapi aku sentiasa mahu jadi orang yang lebih kekeluargaan. Aku mestilah mahu rapat dengan keluarga aku, kalau aku ada anak, aku mahu pergi main bola dengan anak aku, mahu belikan dia kamera supaya aku boleh ajar dia macam mana pegang kamera. Aku mahu jadi cool di mata anak aku.

Aku lebih mementingkan kebahagiaan yang diberi semasa berada dengan orang-orang yang aku sayang berbanding "membelikan" dia kebahagiaan.

Aku nak bila anak atau cucu aku baca blog aku ini, dan dalam buku-buku kecik yang aku tulis. Dia akan suka dan dapat tahu aku macam mana. Mungkin untuk dia belajar, atau mungkin untuk dia kenal aku.

Cuma aku harap, dunia ni cukup panjang untuk harapan aku, dan aku pasti ia harapan kamu juga.



Read more...

1.5.11

politik dan wanita yang power

Aku kurang sikit baca atau sekurang-kurangnya tahu pasal politik dalam Malaysia ni. Aku cuma rasa terlampau bodoh dan tak berbaloi untuk aku begitu ambil tahu. Aku rasa tak penting untuk aku tahu pasal pilihan raya dan segala. Semua sama sahaja. Sebabnya ialah politik di Malaysia ini bukan politik untuk pembangunan. Bukannya politik sebab masing-masing ingin memajukan rakyat.

Kalau mereka betul-betul mahu menang pilihanraya untuk memajukan rakyat. Mengapa tak majukan sahaja secara bersama-sama. Nampaknya mereka lebih suka untuk menang. Untuk kuasa. Wang. Mungkin.

Berkaitan dengan politik. Aku rasa bini Anwar Ibrahim seorang yang power.

ok,

cuba kau bayangkan, laki kau kene tuduh jolok bontot orang, freemason lah, skandal seks lah. Kau rasa, perempuan biasa akan tahan ke benda-benda tu semua.

Semua orang mahu kehidupan yang bahagia. Tanpa orang lain kacau mereka. Tenang. Aman.

Tengok macam mana bini Anwar Ibrahim tahan dan percaya dengan Anwar.

Kau bayangkan tiba-tiba keluar suratkhabar, muka macam laki kau, dengan pelacur. Sentap sial.

Siap ada sumpah laknat segala. Kau rasa kau tak goyang? Kau rasa kau sanggup percaya? Kau rasa macam kau tak suruh ke laki kau stop je politik. Bukak bisnes jual tudung ke, jual fridge magnet ke. Hidup biasa. Kau tak rasa kau akan suruh laki kau buat macam tu ke?

Mungkin kau percaya dengan laki kau sebab kau lebih kenal dengan laki kau. Tapi aku cukup respek macam mana Wan Azizah tu boleh tahan tekanan dari sekeliling. Terhadap keluarga dia. Macam mana dia sanggup berjuang kononnya mahu tegakkan kepercayaan dia terhadap laki dia. Aku cuma rasa tak semua perempuan sanggup macam tu.

Kau cuba bayangkan Wan Azizah seorang yang kuat merajuk. Seorang yang perlu dipuaskan hatinya. Kau tak rasa akan memberi tekanan kat Anwar? Aku rasa kalau bini dia seorang yang tak supportive lansung. Pasti Anwar macam hilang tujuan tak tau nak buat apa.

Macam mana hebat dan hensem seorang lelaki. Pasti memerlukan support wanita.WAJIB. Samaada ibunya atau isterinya. Jadi, jatuh bangun suami anda pasti sedikit terpulang kepada diri anda(isteri)

Wan Azizah ni sanggup berjuang bersama-sama laki dia dan sentiasa sokong apa yang laki dia mahu buat sebab dia tahu cuma diri dia yang betul betul belakang Anwar. Hebat kan?

Tapi kalau Anwar tipu. Jahat gila. Untuk isteri dan anak-anak dia.



Read more...

26.4.11

Sekali sekala ada gambar aku tiada salahnya

Hari tu aku minta tolong Diloz untuk ambil gambar aku dengan Nabila Farhana. Saja-saja. Setiap minggu aku asyik ambil gambar orang sahaja. Sekali sekala nak juga gambar sendiri diambil.

Sebenarnya sangat sukar bila gambar sendiri diambil. Aku tak boleh nak frame. Aku kurang pasti nak buat apa. Sepanjang proses gambar diambil. Aku tengok Diloz dalam kepala aku fikir, "Macam ni rupanya bila gambar kita diambil"

gambarnya semua cantik belaka! teruja jugak!

Kebanyakan gambar di direct oleh Diloz sendiri dan aku gaya-gayakan lebih kurang aja.

Semua gambar diambil oleh Diloz. Kecuali yang ada muka Diloz. Dan diedit oleh aku.


40d+sigma 30mm f/1.4


gambar feveret aku. Sepatutnya ada bangunan belakang tu. Tapi aku delete.

Bongkok.

saya suka awak punya senyum.

Nabila Farhana nampak garang.

Favourite juga






Aku suka idea gambar ni.


Seperti di angkasa.


terima kasih. Dan semoga aku dapat ambil gambar kau pula. Pasti cool.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP