30.12.10

Review AFF Suzuki dari akukopi



Tahniah kepada pasukan malaysia kerana menang piala Suzuki. Aku seorang yang tak minat bola. Jadi bila aku review pasal bola pastinya sesuatu yang pelik.

Jadi, daripada aku review pasal bola, aku mahu review pasal disebalik bola.

1. Aku rasa untuk pertama kalinya aku beli jersey. Semata-mata sebab itu hari aku pergi bukit jalil nak sokong team Malaysia. Sumpah best gila. Adrenalin meluap-luap. Jadi lepas ni kalau Malaysia ada main lagi lawan mana-mana team. Aku dah mula rasa nak pergi tengok.

2. Kau ingat senang ke rakyat malaysia semua nak berkumpul depan dataran merdeka tengok bola ramai-ramai tengok team Malaysia lawan? Pernah ke sebelum ni? Aku tak rasa pernah. Aku rasa begitu bangga, tiba-tiba macam semua rakyat Malaysia tau malam tu Malaysia ada game. Yang mana sebelum ni tak pernah ada orang kisah pon. Ini macam semua orang nak balik cepat, semua orang status kat facebook pasal team Malaysia. Gila pelik.

3. Semalam aku tengok bola satu family dekat rumah akak aku. Tiba-tiba jadi aktiviti keluarga. Akak-akak aku yang tak tau apa itu offside pon, bersemangat gila. Buat pertama kalinya aku tengok bola sambil menjerit-jerit. Sebelum ni goal ke, tak goal ke. Aku buat selamba je.

4. Team Malaysia menjadi begitu feymes sampai yang tak hensem pon orang cakap hensem.

5. Aku tunggu bila diorang nak keluar majalah mangga.

6. Aku cuma harap mereka tidak terlampau terkenal sampai jadi terlampau bangga sebab diorang muda.

7. Abang ipar aku cakap, "lepas dah menang suzuki cup ni, bolehla masuk yamaha cup, kawasaki cup, honda cup". Akak aku jawab.."eh..ada eh?"

haha.

Apa-apa pon. Tahniah. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia rasa happy masa tengok team Malaysia main bola. Kalau tak, memang kena maki je.



Read more...

gambar seketul (13) : rokok

IMG_0612

SUKASUKAPHOTO DAH UPDATE!!!!



Read more...

27.12.10

ketamadunan

ketamadunan diukur oleh masyarakat dalam negara tu sendiri. jadi, secara tak lansung sifat setiap individu mempengaruhi ketamadunan dan kemajuan sesebuah negara.

Orang yang fikir asyik nak bergaduh, sentiasa tidak puas hati, hidup berpuak-puak, memikirkan kroni, gaduh atas sebab-sebab bodoh, tidak menggunakan otak dan tidak berpendidikan ialah contoh orang yang tidak bertamadun.

Orang yang tidak bertamadun ini seperti monyet, tidak ada toleransi, tidak tahu sabar dan gemar bergaduh, tidak maju juga.

Jadilah orang yang bertamadun. Rasional.



Read more...

19.12.10

review 2010 : review fotografi

baru aku perasan, sebenarnya aku baru mula dalam fotografi masa december 2009. Kira cincai kira aku baru start setahun la. Kira 2010 ialah tahun paling aku aktif sekali ambil gambar orang.

Aku start ambil gambar, dengan main hentam je. Aku tak pernah ada pengalaman, main hentam. Buat je apa aku suka. Aku start solo. Takde group. Pakai d40x cabuk aku je amik gambar. Masa tu pikir kamera bukan ada efek sangat pon.(walaupun sebenarnya efek banyak gila).

Aku ingat aku mula dengan RM70. Sekadar untuk suka-suka ambil gambar orang. Sebab aku rasa ia sangat fun. Aku suka budak-budak kecik dan aku tak rasa kisah untuk ambil gambar diorang dan tengok balik. Sebab aku rasa seronok sepanjang sesi fotografi. Aku suka tengok loving couple dan aku rasa bangga untuk ambil gambar diorang yang mana mereka boleh happy lepas tengok gambar aku amik.

Aku ingat dulu aku pernah ambil gambar satu family ni, suami dia fotografer, dia cakap, "servis kau ni murah sangat ni. Spoil market" Masa tu aku tak kisah. Aku tak tau nak cakap apa. Masa tu aku letak RM90. Dan lebihkan duit minyak. Jadi RM120. Betul la tu kan. aku bukan ada album apa pon.

Aku rindu gila time aku teruja gila babi nak amik gambar tetiap minggu. Fikir nak buat apa kali ni, nak buat macam mana semua. Sampai sekarang pon aku teruja sebenarnya. Tapi kadang-kadang idea kering. Haha.

Jadi, disini aku akan letak gambar-gambar yang aku ambil, dari awal tahun 2010, sampai la sekarang.

DECEMBER 2009

DSC_0123
Ini lah start servis RM70 aku.

DSC_0211
ini family akak aku. Yang aku amik untuk buat portfolio.

DSC_0043
akak aku jugak.

JANUARY 2010

DSC_2249
gambar kahwin first. Member aku.


DSC_3433 copy
first aku amik gambar orang yang aku tak kenal. kira first client la ni.

1
ini masa aku buat promosi paling hensem. Aku tangkap gambar free. Start dari sini baru orang nak aku amik gambar couple. Tanx azza dan izat.

MARCH 2010

DSC_0864
ini family yang paling happening sekali. Aku ingat masa ni aku bawak trampoline supaya diorang boleh main lompat-lompat time aku amik gambar. haha. Gila.

APRIL 2010

DSC_0225
ini anak dia sangat comel. 1st time aku pegi bukit tinggi.

DSC_0014
ini apakai aperture. Tak reti. Habis kuning gambar. Tapi dah betulkan sebelum bagi.

MEI 2010

5
ini family jugak. Yang best. Siap belanja aku makan. Berborak sampai ke pukul 2.

DSC_0296
1st time aku ambil gambar orang seramai ni. Agak sukar. Tapi seronok.

JUNE 2010

DSC_0087
1st time aku buat maternity. Lepas baby tu keluar. Dia panggil aku lagi untuk buat baby photoshoot pulak.

JULY 2010

14
Pertunangan diana dan mahathir. Aku suka gila dengan gambar-gambar dia. serious.

AUGUST 2010

DSC_0061
Ini couple yang sangat kelakar dan sempoi. Enjoy gila amik gambar diorang.

DSC_0311
Gambar konvo 1st. Best gila!!!!

OCTOBER 2010

DSC_0016
bro apai yang datang dari dubai. Dia bagi aku pinjam kamera dia. haha

1
Couple yang tak kisah. Kalau mintak baring, dia baring, Semua boleh. Mamang best. huhu. Aku rasa bangga bila time bini dia beranak dia SMS aku beritahu yang dia dah jadi bapak. Terharu.

NOVEMBER 2010

DSC_5970
1st time shoot baby. Pakai mounting board hitam jadi background.

DECEMBER 2010

DSC_7975
aku rasa ini lah couple paling rock n roll sekali aku pernah amik. haha

4
first time aku ke pontian.

IMG_9583
ini ialah honeymoon second time mereka setelah 7 tahun kahwin. Best kan? aku amik gambar dalma bilik je semua.

IMG_0053
couple yang aku cakap rock n roll tadi. Ini wedding dia. Memang rock gila. haha




Ada jugak yang aku tak letak. Kalau letak semua banyak gila. Aku harap tahun depan lagi best. Dan semoga aku lebih maju dalam benda yang aku buat. Dan semoga orang yang membaca blog aku pon sama.

Terima kasih!



Read more...

17.12.10

harap in bukan pesan terakhir 10

kau tau,

Kadang-kadang kau punya tindakan dekat orang mempengaruhi tindakan orang tu dekat kau.

Misalnya, mari kita anggap perbuatan mencubit peha adalah perkara yang sungguh keji dan menyakitkan hati.

Jadi kononnya aku bukan seorang yang suka mencubit peha orang lain. Kerana aku tau ia sungguh membencikan dan menyakitkan hati. Tapi kononnya kawan kau seorang ni suka mencubit peha kau. Pastilah kau sangat sakit hati, bukan?

Secara tak lansung ia akan mempengaruhi tindakan kau, secara tak lansung kau menjadi seorang yang suka mencubit peha. Tapi bukan peha orang lain, tapi peha kawan kau yang suka mencubit peha tu.

Walaupun kau bukan seorang yang suka mencubit peha orang, dan kau tahu tindakan kau tu bangsat dan membencikan.



Read more...

12.12.10

balik

assalamualaikum,

aku sudah mahu pulang ke tempat yang aku belajar.

ini, sudah siap la ni,

lepas je aku update aku akan tutup laptop ni kemudian terus gerak.

jadi, lepas ni mungkin kurang sikit update.

bye,



Read more...

10.12.10

maaf. tapi ni sangat bangsat. Tentang shuffle.

Kumpulan "the Kilat" merupakan kumpulan shuffle terbaru dari kampung keratong. Mereka merupakan 5 budak yang akrab atas satu nama...S.H.U.F.F.L.E

Sudah 2 tahun mereka menari bersama. Tapi tak pernah dapat show di mana-mana majlis. Di Keratong tiada pula kelab malam untuk mereka tunjuk bakat. Lebih-lebih pon menari kat tepi-tepi jalan, menari kat kedai mamak malam-malam, atau di balai raya. Penontonnya budak-budak 3-4 tahun main guli kat balai raya.

Satu hari seorang ahli "the Kilat" datang perjumpaan macam biasa. Dia cakap dia sudah dapat show. Mereka gembira bergelimpangan, kemudian melakukan tarian shuffle beramai-ramai sambil menjerit yahuuu!!! dan dengan gaya gelabah.

Mereka bercadang beli baju sama, topi sama, sarung tangan pon sama. Bila tangan pusing-pusing tu, baru nampak seragam, kata mereka masa mahu beli sarung tangan.

Baju mesti kilat, warna-warni, kalau boleh jaket. Malaysia ni panas. Mahu pakai jaket tebal. Tapi tak apa. Shuffle punya pasal.

Topi mesti mahu senget.

Sekali diorang shuffle untuk orang kahwin da..

biar aku, akukopi, perkenalkan, kumpulan THE KILAT




komen aku ialah :

1. tak kena lansung. Tak kene setting dengan majlis, lainlah kau punya majlis kahwin berkonsepkan party.

2. Panas kot pakai jaket tebal tu.Aku amik gambar je dah berpeluh-peluh pakai tshirt. kau pakai jaket, memang mandi ar.

3. Aku punya cadangan ialah, kalau nak sangat shuffle tu, :

patutnya diorang pakai baju melayu, joget ala-ala tarian melayu, tapi digabungkan dengan sedikit shuffle. Baru kena tema.Bodoh. Tak kreatif lansung.



Read more...

hari ini 51 : masuk sem dan hajat di hati


isnin ni dah mula dah semester baru. Sumpah malas. Malas gila babi. Mungkin aku akan rajin balik uia kalau kat uia ada internet yang laju, ada tv, ada dapur, dan ada bilik yang aku boleh tinggal sorang. Atau sekurang-kurangnya aku perlu masuk je bilik tanpa perlu register, bawak barang-barang. Masuk je bilik dan ada semua dan bilik kemas. Gila best.

Sem depan perlu siapkan project paper. Aku takut gila tak sempat buat. Kalau tak sempat kena extend. Kena extend kena duk uia lagi lama.

Seperti biasa, setiap kali semester baru aku akan tulis perkara-perkara yang aku aku nak beli dan buat, mengikut priority :

1. Nikon d300(wajib)
2. nikkor 85mm 1.8
3. berjalan di Bali bersama rakan-rakan
4. hard disk
5. Berjalan di perhentian bersama rakan-rakan dan nabila farhana.


Aku harap sem depan ni lebih mudah, dimurahkan rezeki, lebih bahagia, dan menjadi lebih hebat dalam apa sahaja yang aku buat.

salam



Read more...

9.12.10

siapa nak kahwin 25 disember ni?

siapa nak kahwin 25 disember ni?

banyak orang email aku tanya free tak 25 disember, malangnya aku sudah dibook. jadi terpaksa ditolak.

Secara tiba-tiba orang yang book itu cancel atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Jadi, sesiapa yang mahu book aku,

aku free 25 disember ni untuk majlis perkahwinan sahaja.

siapa2 nak, sila email aku di

akukopikausiapa(at)gmail.com

terima kasih.



Read more...

8.12.10

gadis dan kekucingan

semalam aku naik lif, ramai gila budak-budak kolej yang tak hot. tak hot lansung.

depan lif ada kucing.

Aku perasan bila sekumpulan gadis, yang tak begitu hot, dan kemudian ada benda yang konon-konon bagi mereka comel, contohnya macam kucing, teddy bear, bayi. Ditambah dengan kewujudan lelaki gagah macam aku di kawasan berhampiran.

Serta merta mereka jadi menggedik, macam caring lebih. Macam tiba-tiba menggedik nak mampos macam aku rasa nak tendang satu persatu. Tiba-tiba mereka rasa kucing tu ialah binatang paling comel sekali dalam dunia, kucing tu lah segalanya, Kucing tu akan mengubah hidup mereka.

Aku gila geli tengok. Geli geleman dan rasa geli hati.

Macam tiba-tiba bercakap macam bercakap dengan bayi kat kucing tu, macam tiba-tiba rasa macam kucing tu comel gila..Padahal aku tengok kucing tu biasa ja. Taklah comel sangat macam yang ditonjolkan.

Padahal kucing tu di hari biasanya, masa gadis tersebut berseorangan dan tidak beramai-ramai, diorang pon buat tak kisah je kat kucing tu.

Tiba-tiba masing-masing nak jadi caring lebih, nak ajak kucing naik lif sekali la apa lancau. Kepala butoh!

pergh!

gedik gila babi!

Tensen gua!



Read more...

6.12.10

hari ini 50 : penat

pakai canon 5d Mark II..ehem.wahahahahahaha


kau tau, aku penat gila babi.

Aku punya tidur tak begitu betul sekarang ni. Takkan lah jet lag tak abis-abis lagi.

Jumaat itu hari aku ke pontian untuk amik gambar wedding, on the way ke pontian tayar kereta aku boleh pecah pulak. Tengahari panas buta aku tukar tayar tepi highway kat pedas-linggi. Lepastu singgah di melaka untuk jumpa bapak aku, petang sikit gerak ke pontian terus. Sampai sana aku lepak-lepak dengan family Azmir, memang cool family diorang. Sampai ke malam aku lepak. Padahal penat.

Lepastu balik hotel, pagi esok da bangun. Amik gambar satu hari, petang tu dah gerak balik kl sebab ahad tu nak amik gambar di genting.

Aku drive balik kl dengna begitu berpenat lelah sebab lepas amik gambar.

Aku bajet nak stop dekat yong peng, sebab nak tidur,

sekali aku boleh tidur dalam kete sambil driving, masa tidur tu aku mimpi aku dah sampai yong peng. Aku mimpi aku drive masuk tempat parking, lepak-lepak, lepastu tidur.

Sekali aku terjaga, kete aku dah macam ketepi sikit. Satu kali jantung berdegup punya rancak. Cuak gila. Aku pikir ini kalau accident ni memang boleh mati ni. Sudahla hujan.

Lepastu sampai yong peng aku tidur,

lepastu esok paginya nik genting untuk amik gambar couple pula, dah balik dari genting, dengan nabila farhana, petang aku balik rumah, malam tu janji nak tengok midnite dengan nabila farhana. Sekali aku tidur, sampai esok. Tak sedar lansung.

nabila farhana bengang sikit.

sori.

update yang gila boring.



Read more...

2.12.10

pelan pembangunan baru malaysia

Pembangunan di Malaysia adalah sejajar dengan pelan fizikal malaysia. Dari pelan fizikal yang digubal 5 tahun sekali tu akan jadi panduan kepada semua pembangunan di malaysia. Jadi setiap negeri akan tafsirkan pelan tu dengan buat pelan struktur negeri. Pelan struktur negeri akan ditafsirkan leh setiap daerah menjadi rancangan tempatan. Rancangan tempatan ni cerita detail pasal setiap inci pembangunan dalam kawasan dia.

Contoh macam majlis bandaraya shah alam ada rancangan tempatan daerah, jadi dalam tu cerita semua pembangunan yang akan dibuat dalam masa beberapa tahun ke hadapan.

Perkara begini kadangkala mengelirukan, kerana kadang-kala mempunyai visi yang berbeza. Atua boleh jadi juga tersalah tafsir oleh pihak daerah.

Jadi setelah dipelajari dari pengalaman, kita sepatutnya mempunyai pelan baru yang lebih ke arah pembangunan mapan(sustainable development)

sustainable development ialah seimbang dari segi sosial, ekonomi dan juga environment.

JAdi kita patut buat pelan berdasarkan perkara tersebut. Maknanya kita perlu ada satu pelan malaysia yang patut kita panggil. pelan mapan malaysia.

Pelan mapan malaysia(walaupun bodoh namanya), akan cover tentang sosial, ekonomi dan juga alam sekitar serta fizikal. Pelan ini cuma perlu cakap hala tuju pembangunan mapan sahaja. Maknanya dia perlu beritahu strategi-strategi yang dia mahu setiap daerah laksanakan, serta budget yang diperuntukkan.

Maka setiap daerah akan keluarkan dengan empat pelan, dengan menggunakan pelan mapan malaysia sebagai rujukan. empat pelan tersebut ialah pelan pengangkutan dan lalulintas, pelan spatial dan alam sekitar, pelan ekonomi dan juga pelan kebudayaan dan sosial.

empat pelan ini merupakan pelan yang berbeza-beza dan supaya aim kita ke arah pembangunan mapan lebih jelas dan supaya setiap daerah lebih berjuang ke arah sustainable development.

Pelan struktur negeri dibuang terus kerana ia cuma polisi-polisi yang cuma di copy-paste dari pelan terdahulu.

terbuka untuk diskusi



Read more...

1.12.10

beberapa ketul gambar











Read more...

jawab soalan

punya lah tak bagus blog ni, ada 4 soalan. memalukan betul. haha. Ok, lepas ni aku dah tanak buat sesi tanya salan ni lagi. Memalukan diri je. haha.

tapi aku jawab je la 4 soalan tersebut

Nurul nadea :

1. ko grad bile?

2. mana n tahun bila kau start blaja benda2 fotografi n men dslr?

3. ko pernah x cancel kat customer bila dah deal photoshoot n kalo pernah, macamana ko deal? (sbb aku byk kali cancel gak)

4. kau pernah buat klas fotog or editing?

ok, itu sahaja..paling penting jawab no. 3 ya =)


1. sem depan yang bakal masuk ni ialah sem terakhir aku

2. Aku memang suka ambil gambar. Tapi sebenarnya aku lebih suka videografi. Tapi tiada peralatan. Semuanya aku belajar sendiri. Tanya kawan-kawan. Tengok google dengan terlampau banyak.

3. Aku rasa setakat ni aku tak pernah cancel lagi. Sebab aku pakai calendar. Lagipon, aku tak pakai deposit, jadi kalau cancel pon aku tak rasa bersalah sangat. Tapi customer yang cancel dengna aku banyak la..

4. Tak. Tak pernah. Sebab aku rasa tak cukup hebat lagi untuk buat kelas. Tapi kalau nak follow aku amik gamabr. Aku sangat alu-alukan.

Diloz :

Apa pendapat kau tentang 'perkahwinan'?

Perkahwinan ialah suatu yang sangat bangus. Terutamanya dalam menolak maksiat. Aku kalau ada anak, kalau boleh aku suruh kahwin awal je. Kurang dosa aku tanggung.

M :

1.kenapa pilih uia at first place?

Uia memang pilihan pertama aku, sebab aku nak buat degree terus dalam architecture. Aku tanak masuk matrik kerajaan sebab nanti dia campak aku kat course merepek-repek.

slay :

kenapa entri ni dibuat? kau kan ada formspring.

Soalan yang bagus. Aku pon tak tahu apesal. Mungkin sebab aku saja-saja sebab tak tahu nak tulis apa. Tapi jangan risau. Lepas ni aku tak buat lagi.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP