Aku pun muslim
Aku muslim.
Bukan asyraf muslim. Tapi orang islam.
Aku percaya Allah sebagai tuhan yang satu. Dan Muhammad sebagai rasul. Dan aku sayang kedua-duanya.
Aku percaya kita kena berbuat baik. Kita tak boleh jahat.
Tapi aku ada beberapa kemusykilan.
1. Masa belajar dulu ustaz aku cakap kita perlu moderate. Atau dalam bahasa melayunya bersederhana. Maknanya bersederhana dalam segala yang kita lakukan. Atau dengan kata lainnya supaya orang mudah sikit faham, kita perlu cool.
Maknanya kita tak boleh jadi ekstremis. Kita tak boleh ekstremis sehingga was-was dengan ibadah. Kita perlu cool. Kita tak boleh macam over berlebih-lebihan. Dan paling penting kita perlu seimbang antara kehidupan duniawi dengan akhirat.
Itu yang lecturer aku cakap
kemusykilan aku ialah, jadi mengapa ada orang yang alim, atau kuat agamanya ekstremis?
Kiranya, mereka tak cool yang macam rileks. Kutuk-kutuk agama lain, benci benci orang lain. Cari kesalahan orang lain. Berceramah kutuk kutuk orang.
2. Mengapa ada orang Islam yang kutuk agama lain? Aku selalu tengok dalam youtube, kadang kadang ada komen yang memaki hamun macam F**k Christian. F**k Jesus. Aku pelik sebab macam Jesus tu Nabi Isa a.s kan? Jadi asal dia F**k kan nabi lain?
3. Kemudian macam isu orang tukar agama ni. Ada orang bantah penubuhan gereja. Aku percaya, biarpun gereja sebesar batu caves tu pon ditubuhkan, tapi kalau orang Islam sendiri tahu jaga anak mereka, itu semua takde hal lah.
4. Ustaz ialah bahasa arab, dalam bahasa melayu maknanya cikgu. Jika aku panggil seorang ustaz dengan nama cikgu. Dia akan terasa kedudukannya jatuh. Lalu membetulkan bahawa dia seorang ustaz. Kelakar kan?
5. Point paling penting aku ialah. Mengapa melayu muslim sendiri tak baik? Buang anak, rogol, rompak, bunuh, gengster. Semua melayu dan Islam.
Tak boleh ke kita macam rileks?
Kita sembahyang
Kita puasa
Kita jangan buat benda jahat.
Kita jaga hubungan baik dengan orang lain.
Sudahlah. Susah sangat ke?
12 carutan balas:
biasala DUNIA
macam2...
yg penting kita nih jgn jd cam mereka cukupla
pelihara diri,anak2 dan keluarga
sekian... :p
Sebab kadar iman majoriti umat islam kini sangat rendah
eh kayah!:D:P whataryudoingheremysistah?:P
ya..sbb iman.iman kite boleh bertambah dan berkurang.knape iman berkurang?
terlalu byk sbb.
kefahaman tentang Islam xda.rata2 sume nak jd matsaleh. makin ramai yg dah tunduk pada cultural slavery. xdpt guidance dari parents/sape2 la yg patut. tapi tu x ptt jd alasan. ade yg lahir dlm keluarga yg x amalkan Islam tp die jd Muslim yg baik.
so at the end of the day, sebagai manusia dewasa yg punya akal, kite sendiri kene sentiase cari ilmu agama dan sama2 ingat-mengingati. sbb fitrah manusia mudah lupa.
oh ye lg satu pasal yg extremis tu. pernah terbaca yg bnde ni terjadi sbb bergurukan diri sendiri, org yg bergurukan diri sendiri ni sebenarnye berguru dgn syaitoooon.
you know what? i was just curious about the exact same thing. thank you! (:
Setuju... Jangan dok sebarkan macam2 khabar angin tentang agama lain yg tak ada bukti..
Silap2 jatuh dosa fitnah...
Nabi tak aja kita macam tu...
'We can't direct the wind but we can adjust our sail'
Soalan yang sangat bagus.
1. Orang kuat agama atau orang alim tak cool sebab dorg ingat dorg bagus atau mulia sangat.
2. Jesus panggilan bg penganut agama kristian. Jesus dan Nabi Isa sama je.
3. Masalahnya, emak bapa zaman sekarang ni pun tak reti bab2 agama, macam mana nak didik anak2 kalau diri sendiri pun gagal dalam beragama. Lebih tepat lagi, tak kenal apa itu dosa dan pahala.
4. Seorang doktor, kalau kita tak panggil dia doktor. Dia sendiri pun akan terasa. Setiap manusia berpangkat akan merasa bangga apabila dibanggakan oleh org lain.Hukum alam.
5. Melayu itu bangsa. Islam itu agama. Yang silap, yang hina yang tak baik itu bangsa.Bila berlakunya kemalangan, jangan salahkan kereta tetapi salahkan pemandu. Sebab pemandunya tidak mengambil langkah berjaga-jaga untuk menjaga kereta dengan baik.
Islam is the way of life. Tak susah pun. Yang suka menyusahkan adalah umat islam itu sendiri.
Sekadar berkongsi :)
rmai yg mngaku islam. Allah yg satu, Muhamad sebagai rasul. Islam mnjadi kan Al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk dan pedoman hidup. tp bape rmai yg btul2 ambil ajaran utk kehidupan. rmai yg berpaksikan ajaran nenek moyang dan orang kebanyakan. tu yg sebabkan Islam berada dibawah skrg..same2 la kite tegak kan ye.. :)
haram hukumnya menghina agama lain,
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Al-An'aam 6:108)
kedua, ustaz itu rasa riak dengan ilmu sebagai ustaz . Ustaz dan guru adalah perkara sama. Sikap takabbur itu telah mengelami sikap taqwa seorang mukmin.
Wallahualam.
aku suka cara ko memerhati sesuatu isu. selalunya org yg 'reactive' dia akan meletup bila satu isu tu keluar, tp bila bende tu dah cool down, dia pun lupa dah isu tu dan pegi carik isu hangat lain utk diperdebatkan. org yg mcm ni slalunya hangat2 tahi ayam. nanti bila dia dah penat dia akan diam.
okeh kembali kepada 5 kemusykilan ko, aku nak share lah barang lima posen pendapat aku.
1. tentang moderate dan ekstremis ni masalahnya terletak pada 'definition' moderate atau ekstremis tu sendiri. sampai hari ni, kedua2 terms tu maksudnya sangat kabur, dan kadang-kala berubah2 bergantung kepada pihak mana yang memberi gelaran tu.
kalo kita di tengah2 org tak pakai tudung, di US misalnya, kita pakai tudung pun org label kita 'ekstremis'. walhal, benda tu adalah satu yg normal di negara islam.
tentang yg ko kata org alim itu ekstremis, aku rasa itu satu generalization yg kurang tepat. org yg alim (org berilmu) pasti tak ekstremis kerana islam mengajar umatnya besederhana. kalo dia ekstremis jugak, dia tak alim lagi lah tu. pura2 alim je kot.
2. mengapa org islam kutuk agama lain? kerana org islam itu kurang adab. dalam surah al-kafirun kan dah cakap, "untukmu agamamu, dan untukku agamaku". kalo org islam tu paham pasal ayat ni dia takkan kaco org lain nak mengamalkan agama dia.
3. aku setuju dgn pndapat ko.
4. aku setuju jugak. sungguh kelakar ustaz itu.
5. org melayu islam itu tak baik sebab diorg tak mengamalkan islam. kenapa diorg tak mengamalkan islam tu ada mcm2 pulak sebabnya.
akhir skali, sy budak baru belajr, kalau ada salah di luar pagar tolonglah jolokkan. heheh.
Apabila melayu menghakis islam.Tipikal.
Catat Ulasan