salah faham jealousy
jealousy atau cemburu.
Setiap orang ada kadar yang berbeza tentang tahap kecemburuannya. Tapi paling penting bagaimana mereka handle kecemburuan tersebut.
Ia juga bergantung kepada orang yang terkena cemburu tadi itu.
Konon jika aku ada awek, dia cemburu dekat aku sebab ramai orang cuba add aku di Facebook.
Mungkin tak salah cemburu. Tak pernah salah pon cemburu. Ia membezakan antara kau dengan haiwan. Kalau kau tak reti cemburu. Mungkin kau sejenis amfibia atau kau sepohon kayu daunnya rimbun.
Tapi persoalannya bagaimana kau mengawal tahap cemburu kau. Ada cemburu buta, ada cemburu tak bersebab dan ada cemburu bersebab.
Jadi sekarang kau cakap kau cemburu bersebab,
Tapi bagaimana kau marah perkara yang berbeza. Ada orang marah yang dia lepaskan marahnya atas sebab cemburu tersebut. Ada orang marah dengna cuba menyakitkan hati orang lain kerana dia cemburu. Dengan tujuan supaya orang itu tau rasanya.
Mungkin aku ok untuk yang pertama, tapi tidak untuk cara marah yang kedua.
Sebab kadang-kadang perkara yang disakitkan hati itu berlebihan pula.
Contohnya, jika ada orang add aku di Facebook, orang yang cemburu itu terus dating dengan orang lain pula. Sakit hati lah kan?
Jadi geramlah.
Tiada cara yang betul pon untuk mengawal cemburu. Tapi bagaimana orang yang lagi satu mahu menerima dan cara kau mengawal.
Kadang-kadang kau buat sehabis baik supaya orang tidak cemburu. Tapi cemburu juga. Sampai kau rasa mungkin paling terbaik ialah dengan duduk dalam peti ais sepanjang hidup dan tidak bergaul dengan orang.
Dan jika orang susah untuk terima dan kau tak boleh kawal. Aku rasa. Cubalah belajar.
Aku pon pernah lalu zaman bodoh juga. Tapi bukanlah selamanya bodoh.
6 carutan balas:
cemburu bertubi2 itu boleh membawa kebengangan hahaha!
ade sedikit emo di situ..haha
itu sebab sifat suka membalas. bila cemburu, rasa nak membalas untuk menyakitkan hati pihak yang membuat kita cemburu. itu tak matang. masalah pun tak selesai .
btw. nice. thanks.
cemburu itu sebenarnya, menyakitkan hati sendiri...buat apa nak sakitkan hati sendiri...bila cemburu, kata je..saya cemburu..kan senang..tak payah la nak pening kepala pikir apa nak buat bila rasa cemburu...bila pikir apa nak buat...dah jatuh ke ego pulak...sebab orang ego takkan mengaku dia cemburu...dia akan cuba buat orang tue pulak cemburu dengan dia...
cemburu bertempat je
titik!
Masa akak mula2 kawen dulu, kalau ada je pompuan cun mengikut pandangan mata akak.. Akak akan peratikn laki akak pandang tak kat dia. Kalau sekali akak nampak dia mengerling, mmg nahaslah jawabnya. Padahal pada mata dia pompuan tu x menarik langsung. Macam tgk kucing melintas je.
Tapi kalau pompuan x cun mengikut penilaian akak... Dan laki akak pandang kat pompuan tu, akak tak rasa jeles pun. Ntah2 dimata laki akak pempuan tu sgt menarik. Mungkin laki akak pun pelik apasal bini aku tak jeles lak ni!
Benda ni aneh dan selalu terjadi. Apa yg kita pikir mmg x sama dgn org lain pikir. Jadi x leh nk cakap cemburu bertempat. Pada satu pihak dia rasa mmg dah cukup bertempat dia cemburu.
Dan sekarang dah 10 thn kami kawen, mmg kita kene tinggal dalam ais box.. Ia memberi ketenangan.
Catat Ulasan