31.5.09

hari ini 23: syarikat bas batang.

1. percayalah, dalam menulis blog ini, tajuknya yang paling sukar ditulis. Tajuk diatas ni mengambil masa kira-kira 10 minit untuk aku fikirkan. Tapi tak menarik jugak.

2. Mula-mula, hari ini seronok. Gile bes gile! haha

3. Tiba-tiba aku teringat dekat kawan aku, Ariffin nama dia. Kawan zaman sekolah rendah dulu. Cita-cita dia ingin jadi pemandu bas Batang(nama syarikat bas dekat Melaka. tak tahu ada lagi ke tak sekarang. tapi nama bas itu agak lucah. bas batang.haha)

4. Normal lagi cita-cita ingin jadi polis, askar, ataupun cikgu untuk budak sekolah rendah pada awal tahun 90-an. Tapi kalau ingin jadi pemandu bas mungkin agak pelik, dan abangnya pula(kembarnya) ingin jadi konduktor bas. Tapi ok lagi, cita-cita paling pelik aku pernah dengar ialah ingin menjadi televisyen. Supaya hari-hari boleh tengok TV. Mungkin budak tu tak tahu televisyen bukanlah sejenis pekerjaan.

5. Berbalik kepada Ariffin, dia yang ingin jadi pemandu bas itu sangat taksub dengan bas. Walaupun aku kecil, aku tetap tak faham mengapa ada orang begitu taksub dengan bas. Hobi Ariffin ialah memegang mata sendiri(macam jim carrey buat tu. Dimana aku sangat takut bila dia buat depan aku) dan melukis gambar bas. Pastinya bas Batang.

6. Ariffin ada bukunya sendiri, buku lukisan, penuh dengan gambar bas, Bas yang sedang laju, bas sedang berhenti, bas tiada asap dan ada asap. Masalahnya ialah gamabr bas itu semua sama sahaja, nanti baru Ariffin cakap ini bas sedang laju, yang itu pula bas berhenti. Padahal sama aja aku tengok.

7. Aku pernah tengok Ariffin melukis, dia akan melukis sambil membuat bunyi bas menggunakan mulutnya. Sampailah dia habis lukis. Kemudian tunjuk kat aku. Ariffin sangat suka mendekati aku walaupun aku cuba berjauhan dengan dia. Sebab dia terlampau pelik untuk aku terima. Dia dalam kelas mahu dudk sebelah aku. Kadang-kadang bukan sebelah, mahu dudk kerusi yang sama dengan aku. Peliklah.

8. Aku teringat Abidin(abang ariffin) ada hobi iaitu makan tahi hidung sendiri. Cikgu dan budak perempuan selalu bengang dengan hobinya itu. Dia pula seakan-akan tidak faham apesal orang bengang dengan hobinya.

10. Namun begitu, ramai budak perempuan yang suka dengan Ariffin sebab dia hensem bagi budak sekolah rendah. Tapi malangnya dia sangat pelik. Tapi dia sangat sayangkan kat mak dia.

11. Aku ingat dulu dia selalu telefon aku bila hari tak sekolah, tanya macam-macam. Macamlah esok tak jumpa di sekolah. Tapi sebab aku baik aku layan jelah. Aku pon kecik-kecik sengal gak.

12. Dulu masa kecik-kecik aku ingat aku mempunyai kuasa. Tapi kuasa itu kena tunggu sampai besar baru keluar. Tapi bila dah berumur 22 tahun ni. Takde kuasa pon. Oh, aku sangat kuat berangan, berimiginasi sejak dari kecik. Cikgu aku selalu marah. Padahal aku tengah pikir ape yang cikgu aku cakap. "mungkin cikgu tak faham", kata aku yang masih kecil dan sangat comel dan menjadi kegilaan budak sekolah menengah.hahaha.

13. ok. Ini semua cerita betul tau. Aku tak tipu. Aku cuma teringat cerita dulu. Asalnya ingin tulis benda lain.

14. Manalah kau Ariffin

15. Hari ni hari tembakau sedunia? maknanya kena isap rokok tembakau la? rokok gulung? takleh isap rokok dunhill atau rokok dalam kotak biasa? haha

p/s: aku nak cuba masuk pertandingan menulis tentang hari bapa lah. Gay tak bunyik dia? klik sini kalau nak tahu lagi lebih. Haribapakkau



Read more...

28.5.09

perubahan dalam tumbesaran




Aku suka la dengan tajuk tu. Bunyinya 'catchy' dan agak 'hip'. Ceh, perasan.

Aku ada persoalan. Ada ke budak yang sejak dari kecil memang jahat sampai lah kebesar. Dia memang jenis nakal? Bila sudah besar die jadi jahat. Masa bayi memang tak duduk senyap. Besar sikit jadi nakal, lagi besar jadi rempit. Ade?

Kalau kita cakap pasal balasan, contohnya, mamat A kurang ajar dekat bapak dia masa kecik2. Nanti bila dia ada anak, anak dia pulak kurang ajar kat dia. Orang banyak cakap macam tu. Jadi macam mana perubahan dalam tumbesaran tu? Jadi kalau satu baby tu sangat nakal bukan sebab dia memang nakal, sebab mak bapak dia suka susahkan orang? camne eh?

um..

Aku percaya perubahan dalam diri adalah bergantung kepada sekeliling. Keluarga adalah institusi yang palaing awal sekali membentuk perubahan dalam tumbesaran. Macam aku perrnah cakap dalam entri dulu-dulu.

lagi satu, tentang ketipikalan. Selalu kita dengar melayu tipikal, lelaki melayu tipikal, budak UiTM tipikal, apa-apa jelah yang tipikal. Tapi, macam mana dia boleh cakap tipikal? Siapa yang mengecop seseorang itu tipikal? Apakah peratusan yang ditetapkan supaya seseorang itu layak dicop tipikal?

Tipikal selalunya dilihat sebagai sesuatu yang keji.

Sifat tipikal itu wujud akibat pengaruh. Sebgai contoh, Budak-budak kampung A semuanya pakai seluar dalam di luar. Tapi ada 2-3 orang yang akan pakai seluar dalam di dalam sahaja. jadi 2-3 orang yang tadi akan mengecop, budak kampung A yang tipikal memakai seluar dalam di luar.

Tapi, sebenarnya, kalau dilihat balik, semua orang adalah didunia bersifat tipikal. tidak akan ada orang yang perangai dia seorang shaja macam tu. Ok, sebagai contoh, budak kampung A akan memandang orang kampung lain sebagai tipikal pakai seluar di dalam, orang kampung lain pula memandang orang kampung A yang tipikal pakai di luar.

Jadi mengapa tipikal itu dilihat sebagai sesautu yang keji?

"typical malay guys", kata minah berambut perang yang perasan mat saleh itu.

jadi kamu typical malay girls yang perasan mat saleh.

apa bezanya pon?

P/s: maaf point aku agak berterabur.



Read more...

26.5.09

jangan lansung percaya gadis

1. sengaja aku gunakan perkataan lansung di situ sebab aku teringat Zamru yang bila dia cakap lansung bunyinya lain macam.

2. sudah lama aku tak tulis pasal isu gadis dan lelaki. Asyik tulis pasal siri motivasi dan pasal hari ini. Mesti bosan kan? walaupun kedua-duanya entri yang aku paling suka tulis.

3. Ok

4. Jangan percaya gadis ketika dia marah.

5. Bila perempuan ni marah, dia selalunya akan cakap mungkin 0.2%(anggaran bodoh aku sahaja. jangan qoute ini) daripada kewarasannya keseluruhannya. Lain-lainnya cuma emosi.

6. Jadi kalau kau rasa macam ada gadis mengadu dekat kau, pasal kejahatan orang lain atau tentang perasaannya bencinya pasal orang lain tuh, kau tidak boleh percaya keseluruhannya. Sebab selalunya cerita itu akan ditokok tambah, dilebih-lebihkan.

7. Perempuan ini selalunya ingin sokongan sahaja, jadi bila dia cerita memang sengaja diburuk-burukkan secara melampau supaya orang yang mendengar itu akan rasa ingin menyokong.

8. Tapi sangat haram kalau kamu mengikut kehendak hati perempuan yang tengah marah tu. Sebagai contohnya perempuan tu nak tembak kepala orang yang dia benci tu. Sangat lah bodoh kalau kau sebagai lelaki ikutkan apa yang perempuan tu cakap semata-mata kononnya ingin mengorat perempuan tu atau menunjukkan kesetian kamu atau menunjukkan betapa kau ambil berat tentang perempuan tu.

9. Cuma jangan jadi bodoh.

10. Perlu faham kebanyakan cerita tentang buruknya hanya ditambah-tambah, dan supaya kamu menyokong kebenciannya.

11. Aku sudah terlampau biasa dengar cerita-cerita perempuan pasal keburukan lelaki masing-masing bila tengah marah. Macam lelaki tu la paling bodoh, paling sial dan paling celaka. Selalunya aku dengarkan sahaja sebab sudah faham sangat, cuma perlu dengar dan sokong sahaja masa tu. Cuma jangan percaya.

12. Tidak kira betapa benci, betapa buruk cerita, betapa celaka atau sial sekalipun, takkan boleh buang perasaan. Sebab perasaan suka tu datang selalu, benci tu datang sekali-sekala, tapi dicerita macam selalu je.

13. Ayat lesak aku nak qoute tiba-tiba sebab teringat,"lelaki suka perempuan sebab body, sebab muka, sebab kaya sebab boleh berlagak kat kawan-kawan, perempuan suka lelaki sebab 'nama'. Memang sebab lelaki tu tanpa tengok benda lain"

14. ok?faham?bagus.......

15. die tanak kat kaulah.



Read more...

24.5.09

Memang rumah kau sendiri paling bes

Untuk pengetahuan kamu semua, aku orang Melaka. Semalam aku balik Melaka untuk ambil barang-barang yang tertinggal di rumah. Jadi aku bawak Hana sekali dengan aku.


Jujurnya aku lama gila tak jalan Melaka. Aku sampai tak puas semalam. Rasa macam mahu tidur esoknya ingin sambung jalan lagi. Tak sempat aku nak naik rivercruise dan pergi Kg.Morten dan mahu lihat orang portugis menari.

Tak apa, lain kali pergi lagi. Ini sikitlah gambar-gamabr. Tak amek banyak sebab malas mahu keluar kamera dari beg. Nak camera yang lebih kecil sikitlah. Kamera besar ini macam susah je nak bawak ke hulu ke hilir.







Read more...

22.5.09

adab dihadapan rokok

Hisap rokok ini adalah satu perkara yang mulia disisi penghisap rokok yang lain. Semua perokok di dunia tidak kira apa jenama akan bersatu semasa menghisap rokok, tidak kira rokok paling keji, SAAT atau pun Luffman akan duduk sekali dengan perokok Camel ataupun Lucky Strike.

Kami perokok akan berkenal-kenalan antara satu sama lain hanya dengan 'minta api', kalau bosan duduk sorang-sorang di KL Sentral hanya cuma perlu cakap, "ada api bang?", pastu buat macam borak-borak. Aku selalu guna trick ni kalau bosan duduk sensorang.

Tapi perlu hisap rokok ada adabnya, jangan ingat hisap rokok boleh main hisap je. Kalau salah caranya, boleh mengundang bencana.(ceh..berlebih-lebihan.haha)

1. Jangan buang rokok sebelum hisapan terakhir. Contohnya, kamu tarik, hembus, lepastu baru buang, itu salah. Kamu perlu tarik, hembus serentak dengan perbuatan menjentik rokok untuk membuang sampah merata-rata, selepas sahaja rokok itu sampai ke tanah, baru hembus secara habis-habisan. Ini adalah sebagai tanda kepuasan dan kekuasaan.

2. Kalau kawan kamu mintak rokok yang kamu hisap, jangan hulurkan muncungnya ke arah kawan kamu.

3. kalau kamu mintak rokok kawan kamu sikit, jangan buang sebelum mintak kebenaran.

4. Rokok yang terpadam semasa dihisap adalah sangat mencabar kejantanan.

5. Perbuatan merampas rokok semasa rokok dimulut, boleh membawa pergaduhan.

6. "rokok batang(ada rokok sebatang?)",kalau kamu kedekut macam sial kamu perlu jawab,"tinggal sebatang je", maka selamat lah kamu dari di pow walaupun rokok kamu banyak lagi.

7. Rokok yang terakhir oleh tuan punya rokok adalah sangat haram diambil, diminta atau dicuri. Tuan punya rokok boleh mengamuk, lebih-lebih kalau kamu duduk asrama. Memang boleh jadi amukan. Tidak kira berapa jahat, kalau ingin curi rokok dan nampak tinggal sebatang je, mesti orang tu takkan curik. Kalau curik jugak itu memang syaitan namanya.

8. Tidak hisap rokok lepas makan, maknanya lebih baik kamu berhenti rokok sahaja.

9. Kamu hanya diiktiraf sebagai boleh berhenti rokok jika boleh tahan tak hisap rokok masa buang air besar dan lepas makan.

10. Banyak lagi ni sebenanrnya, tak terfikir la..kamu perokok ada tambahan?


*Kotak rokok yang gambar kaki teruk tu kamu pernah tengok kan?

Member aku dengan selambanya cakap sambil hisap rokok dan tengok gambar tu,"alah...kaki je..hisap rokok pakai tangan, bukan pakai kaki",

aku,"hahahahahahahahahahahahahaha"


bodoh sial kau muiz.



Read more...

21.5.09

hari ini 22:tentang memilih

1. seperti dah lama tak update kehidupan dengan penulisan bawah label hari ini.

2. jujurnya label hari ini paling aku suka tulis. Rasa seronok. Patutlah banyak orang suka tulis blog pasal kehidupan sehari-harian.

3. Isnin ini dapat gaji! Seronok gila! haha. Senarai beli sudah ada dalam kepala, perkara pertama perlu disambar ialah sehelai seluar kemudian perkara lain-laian dalam senarai mesti beli bulan julai. Kalau ikut kira-kira macam cukup. Mungkin perlu beli iPhone.haha.

4. Semua gitar-gitar aku jual termasuklah amp dan pedal. Tinggalkan satu sahaja kerana sayang. Mahu beli violin pulak. Susah tak? Aku tak pernah cuba pon. Tapi aku rasa sama macam gitar kot. Tapi aku pelik macam mana dia punye note sebab takde fret dekat violin. Tak apa. Nanti belajar.

5. Mulai minggu depan aku cuti seminggu sekali sahaja. Gila babi. Tapi gaji memang meletup la nyah.

6. Pilihan itu sukar, tidak boleh ikut hati, tidak boleh ikut akal, tidak boleh ikut perasaan apatah lagi mengikut nafsu. Sangat sukar membuat pilihan.

7. Memilih tidak boleh dipengaruhi apa-apa. Sama ada orang sekeliling atau diri sendiri.

8. Cuma yang mana satu keutamaan?



Read more...

20.5.09

senyap itu tak salah

Dalam perbualan pasti ada satu masa iaitu sunyi. Senyap sahaja dari perbualan. Dua-dua tak cakap. Masa ini untuk mengamati perasaan, memikirkan tentang orang yg berborak dengan kita, dan memikirkan isi perbualan seterusnya.

Senyap itu bukan tanda tidak serasi, tidak masuk kepala atau pon bosan. Senyap itu seronok kalau digunakan dengan sepenuhnya. Perbualan yang dipaksa-dipaksa akan menghasilkan isi percakapan yang tidak membawa maksud dan hanya akan mengakibatkan rasa sakit hati dan menyimpan dendam.

perlu diingat lebih banyak cakap, lebih banyak silapnya.

Cuma apakah yang dalam fikiran kamu semasa kamu senyap dalam perbualan? Kalau apa yang kamu fikir itu bagus, itu perasaan kamu, dari dalam hati, perasaan yang bukan dari mulut sahaja. Sebab itu senyap itu lebih cantik dalam perbualan.

Kerana sekurang-kurangnya perasaan itu asli dan tulus.



Read more...

19.5.09

maksud bagi puisi berdiri

tanpa sebab yang kukuh dan munasabah, aku ingin tulis maksud bagi benda yang aku tulis dalam puisi kedua tuh. sebab bagi aku maksud untuk benda yang aku tulis tu bermakna, sekurang-kurangnya untuk aku. jadi aku ingin kongsi bersama semua.

baik,

berdirilah,
-berdiri di sini membawa maksud mara, maju ke hadapan.

dah, jangan duduk lagi
-jangan malas-malas lagi.

nak berjalan pon boleh,
berlari lebih bagus,
-majulah dengan laju, dengan penuh semangat.

kan ada kaki?
bukan untuk digoyang,
untuk dipijak kan?
-kaki itu kekuatan bagi orang yang berdiri, jadi gunalah segala kekuatan yang ada, jangan disia-siakan dengan digoyang-goyangkan sahaja.

tapi perlu dengan stabil,
kalau salah cara dirinya jatuh pula
-tapi perlu maju dengan bijak, dengan stabil supaya tidak jatuh

kalau ada inersia,
pegang sahaja benda sekeliling,
-kalau ada rintangan yang tidak dapat dikawal, semua orang di sekeliling kamu ada untuk kamu pegang dan kamu harapkan, tapi perlulah benda yang dipegang itu cukup kuat untuk tidak kamu jatuh.

kalau tidak nanti jatuh,
tersungkur,
tergolek-dog
-maksudnya jelas disini, kalau tidak betul pegangnya atau tidak pegang lansung, jatuhla nanti.

berdirilah,
kalau lenguh duduk sahaja
-majulah, kalau malas tak payah.

sekian terima kasih.

selamat,



Read more...

17.5.09

tribute to kelana(AF)

semalam aku tengok final af. sama seperti kebanyakan rakyat malaysia, aku juga tengok af. final sahajalah.

keseluruhan aku perlu katakan tak bes lansung. kecuali persembahan oleh stacy. dan tiba-tiba ada beberapa orang yang menaynyi dengan gelabah tak tau siapa mereka semua, dengan melompat tak tentu pasal, dengan nyanyi suare macam karaoke, dan yang paling penting ialah encik kelana. haha.

tunjuk je muka die aku ngan abang ipar aku sudah bantai gelak gila babi. satu kali nyanyi lagu lefthanded pulak. bersemangat gila.

lu rock la beb! gua nak buat fan club Kelana lah. haha.



Read more...

apa beza jati diri, kendiri dan berdiri?

tajuk di atas tiada kene mengena lansung.

ini puisi kedua dengan tajuknya :

berdirilah kamu sebelum kamu berdikari(main hentam saja..bukan tajuk yang betul)

berdirilah,
dah,
jangan duduk lagi,
nak berjalan pon boleh,
berlari lebih bagus,
kan ada kaki?
bukan untuk digoyang,
untuk pijak kan?
tapi perlu dengan stabil,
kalau salah cara dirinya jatuh pula,
kalau ada inersia,
pegang sahaja benda sekeliling,
kalau tidak nanti jatuh,
tersungkur
tergolek-dog,
berdiri lah,
kalau lenguh duduk saja.



Read more...

16.5.09

antara bumi dan dunia

mengapa hari bumi tidak hari dunia?dunia lebih meluas. dunia tidak spesifik kepada sesuatu benda yang nampak. dunia kelihatan lebih menyeluruh. dunia ialah sekeliling manusia. ia tidak spesifik seperti bumi. dunia bukan sesuatu yang kita hanya pijak. dunia ialah keseluruhan kehidupan, perjalanan hidup dari kecil sehingga mati, apa yang kita tak lihat, apa yang kita cuma rasa tanpa boleh ada kata-kata boleh beritahu perasaannya.

bumi ini lebih jelas, nampak, benda yang yang kita pijak dan hanya sedikit di atas kita. tidak begitu jelas menyampaikan kehidupan.

jadi apa kata buat selamat hari dunia, bukan selamat hari bumi.



Read more...

13.5.09

hari ini 21 : kuala lumpur

setiap pagi aku naik tren, dari salak selatan ke masjid jamek, kemudian ke klcc. pukul 8 pagi mesti sampai. Jujurnya aku benci hidup macam tu. semua orang membuat muka serius dalam tren tanpa sebab yang munasabah. Adakah ingin menunjukkan tahap keprofesionalan dengan muka yang serius?

bagaimana agaknya kalau di dalam tren semua orang bertegur antara satu sama lain. ini masing-masing buat muka ketat. akibat terpengaruh dengan televisyen rancangan apprentice berlatar belakangkan kehidupan new york. warga kota keriangan kuala lumpur menjadi kelam kabut, terkejar-kejar dan seperti tidak cukup masa.

jujurnya aku benci kehidupan kerja kuala lumpur, sebelum ni kerja di Vincci tidak terasa sangat, bila kerja pejabat,walaupun aku cuma part time sahaja, aku sudah terasa kebenciannya. masa bergerak terlampau laju, orang-orang sekeliling terlampau laju, pagi pagi bontot sudah disontot orang belakang dalam tren. cibai.

aku faham kelajuan mentafsirkan produktiviti, tapi aku lihat macam kelajuan tak pasal pasal sahaja, kalau terlampau laju gerakan dalam kota keriangan kuala lumpur ni, apesal ada mamat india ni kepala sudah kene cucuk dengan kaca, nurse kat hospital boleh selamba suruh tunggu?sipa berdarah-darah kepala. Apesal aku nak mintak peta kawasan bangsar aku kena naik turun lif dalam DBKL tu beberapa kali? apesal benda berkaitan urusan, urusan kerajaan mesti lambat? tak faham lah. tiada motivasi mungkin?

selamat,

p/s: masa aku tulis ni, sudah ada orang sms aku mahu beli kasut aku, maknanya sudah sold. mekasih.



Read more...

11.5.09

ikut resmi anjing

permasalahan dalam diri manusia ialah bila takut lari. lari dari masalah, tak mahu berdepan dengan masalah dan takut dengan cabaran.

tahu anjing? bila dia rasa ada gangguan atau ancaman lagi dia kedepan, lagi dia kejar. cuma satu masalahnya ialah anjing tiada akal untuk berfikir, betulkah apa yang didepaninya? betulkah tindakannya? waraskah pemikiran anjing itu?rasional?

perbezaan antara manusia ialah manusia mempunyai akal untuk menganalisa apa yang berada di depan, tapi perlu semangat macam anjing untuk berdepan dengan segala cabaran, sehingga sampai satu tahap melampaui keupayaan seseorang manusia itu sendiri.

kalau bergocoh(bak kata orang kelantan) atau dalam bahasa melayu biasanya ialah bergaduh, cuma gunakan akal, jangan dipenuhi ego, belum tentu siapa yang menyerah itu kalah, tapi yang penting siapa yang lebih faham dengan situasi, siapa yang lebih banyak belajar dari keadaan.

orang yang menang masa itu cuma akan menang masa itu, dipenuhi dengan rasa bangga dan takbur kerana menumpaskan pihak lawan, tapi orang yang kalah lebih banyak belajar tentang kesilapan, kesalahan yang dibuat semasa kalah. dan akan menaikkan semangat untuk belajar benda-benda baru. dan mungkin satu masa lebih besar keupayaannya berbanding orang yang menang tadi.

tapi aku cakap macam ni kau jangan pulak asyik nak kalah sahaja. itu bahlol namanya. malah terlebih bangang.

lawan sahaja, ikut resmi anjing, tapi dengan gaya manusia berakal.



Read more...

9.5.09

hari ini 20 : selamat

1. jika kamu pernah berselisih dengan aku, dan aku menegur atau aku ditegur, aku akan berborak-borak. update-update kehidupan masing-masing. dan di akhir perbincangan aku akan sering menggunakan perkataan 'selamat', seperti menggantikan 'bye'. aku cakap 'selamat'

'selamat' itu aku gunakan sejak lama dahulu. tapi kebanyakan orang bila aku cakap 'selamat' dan pasti tertunggu-tunggu,"selamat ape?" aku cuma akan jawab, "sila sambung sendiri, selamat pengantin baru ke, selamat tinggal ke, selamat malam ke, cuma selamat dengan apa yang kau buat"

2. aku baca blog "kelamkabot", dia cakap die tulis bila baca aku punye blog. aku terharu sedikit. terima kasih, sudah habis sekolah nanti kita boleh lepak minum sama-sama. tarak hal.

3. lagi 1 blog aku yang aku suka reverie malaya. aku suka dengan cerita-cerita dia. tapi sudah macam mahu tulis benda serius pulak die sekarang. takpe. teruskan. aku tetap terus jadi pembaca setia blog kamu.

4. aku suka dengan blog yang bukan tentang diri sendiri, tidak politik, tidak terlampau keagamaan, blog yang kelakar, dan lebih kepada kehidupan sahaja. kamu ada cadangan? aku memang malas nak melompat-lompat dan carik satu-satu blog orang.

selamat,



Read more...

mak kau punya hari

selamat hari ibu kepada sesiapa yang bakal jadi ibu(haslinda), sudah jadi ibu(helmi liza), dan juga nak kahwin,semoga jadi ibu(nur nadiah).

syurga di telapak kaki ibu kan? sebab bila dibawah telapak kaki itu maknanya kau sangat hormat, sehingga taraf kepala kau sama dengan telapak kaki ibu kau. maknanya kau perlu tunduk hingga ke taraf paling bawah sekali. demi syurga.

aku ingat masa aku kecik-kecik, cikgu aku cakap syurga bawah tapak kaki ibu, balik sekolah aku cium bau kaki mak aku, pastu cakap,"takde pon mak". kelakar betul. memang kecik-kecik aku suka fikir bukan-bukan dan terlampau kuat berangan. sengal.

memang sukar nak tunduk hingga taraf kaki kepada ibu, aku bukan macam tu. pasti ada benda yang aku nak melawan, tak puas hati. ingin memberontak kononnya. walaupun pemberontakan itu akan berakhir dengan penyesalan. dan tidak kira betapa kau memberontak sekalipon, pastinya mak kau tak kesah untuk terima kau balik dan pasti tetap sayang kau. dan jika mak kau yang buat kau tak puas hati, mesti kau rasa benci kat mak kau. beza betul kasih sayang.

mungkin darah muda, jiwa bergelora.badan sengsara.

selamat hari ibu, kepada yang ada, dan tiada.



Read more...

mulakan dengan penjualan

maaf, aku bermula semula dengan penjualan kasut, jangan meluat ya. haha.

hi semua, aku ada kasut mahu jual. ini adalah kasut aku sendiri. sebab kasut ni aku tak pakai sangat. buat menyemak sahaja. jadi lebih baik aku jual je.

ini kasut zara, saiz 7. macam baru lagi. cantik pakai dengan skinny. aku beli rm200. jadi mahu jual rm120. sesiapa nak boleh email aku.








Read more...

8.5.09

beroperasi seperti biasa

aku ingat boleh kalau tak menulis. memang tak best sebenarnya. jadi korang bolehlah gelakkan aku sekrang. sbb aku pon nak gelakkan diri aku jugak. siut. malu.



Read more...

7.5.09

tak tahan!!

kamu akan kalah bila orang tahu kelemahan kamu, orang cuma boleh tahu kelemahan kamu bila mereka tahu cerita kamu. blog ini cerita aku, kalau kamu tidak perasan aku sedang cerita pasal aku sbb kamu tidak faham, kerana kamu bukan dalam lingkungan orang disekeliling aku, tapi aku suka cerita untuk aku kongsi dan mungkin kamu boleh gelak ketawa atau jadi pengajaran untuk kamu.

sebenarnya aku tak boleh berhenti menulis, seronok kan? aku suka tulis, walaupun sebenarnya aku baru mula tulis bila aku mula tulis blog ni, bukan sejak dari dulu2 lagi pon. saja suka-suka.

tak tahan sebenarnya, sial betul.



Read more...

6.5.09

last

terlampau banyak masalah. berhenti.



Read more...

skim jutawan!!!

Mahu dapat duit dengan klik sahaja??!!Malas mahu jual barang??!! mahu dapat income 20ribu seminggu?!!memperkenalkan program terbaru dengan modal bisnes hanya 50 ringgit sahaja! anda boleh terus jadi jutawan kurang dari seminggu!! pasti susah percaya bukan??!! inilah kenyataannya!! masukkan sahaja 50 ringgit ke akaun bank saya, dan bulan depan anda terus dapat 20 ribu!!


1. apesal skim cepat kaya kene mula dengan tanda soal?

2. macam mane boleh ade orang boleh pcaye dengan benda macam nie?

3. aku selalu akan baca iklan macam ni tampal kat dinding di pondok bus, dan baca sambil macam menjerit-jerit. hahaha. sebab banyak tanda seru kan? mcm teruja gile.

4. aku tau. aku tulis tajuk entri ni mcm ni, mesti dapat banyak hits, sbb sume org nak tengok kan?ahaha..mengaku jelah.



Read more...

4.5.09

jangan tulis perasaan

benda yang aku sedang kawal ialah marah. kerana mungkin aku cepat marah, sakit hati tapi cepat cool. so tak kesah sangatlah. dan aku sedang kawal supaya tidak menulis masa tengah marah. bila menulis masa tengah marah, ayat yang dikeluarkan lebih kepada nafsu amarah daripada menggunakan pemikiran.

jadi mungkin aku perlu berhenti sebentar, sebelum aku menulis perkara yang membuatkan orang terasa hati, marah dan menyebabkan aku tidak disukai.

p/s: sebanrnya aku sudha tulis, tapi delete kesemuanya, terlampau ganas.



Read more...

2.5.09

wayang gila dan sedikit iklan

mula mula masuk sini

belilah baju di situ, banyak baju-baju yang cantik untuk gadis.

ok, cerita sebenar. tadi itu iklan sikit,

aku terfikir untuk buat wayang yang pelakonnya ialah penonton. Tapi idea ini hanya boleh diguna pakai dalam panggung wayang sahaja.

konsepnya begini,

mula-mula semua penonton masuk dalam panggung wayang, kemudian intro cerita seperti biasa ada nama pelakon semuanya, kemudian keluar white noise. Iaitu macam tv rosak tuh.

kemudian keluar gambar dalam wayang itu sendiri, macam ada kamera di skrin wayang yang menghala ke arah anda semua. maknanya setiap orang akan nampak diri sendiri lah. sebab memang ada kamera yang rekod secara live keadaan dalam wayang.

semua orang pasti sudah gelabah, ataupon tergelak2.

jadi semua orang akan terus melihat di skrin wayang yang tunjuk gambar keadaan dalam panggung.

jadi babak seterusnya ialah, ada hantu keluar dalam skrin. sebagai contoh, skrin tunjuk di kerusi belakang sekali kosong, dan tiba-tiba ada orang baju putih rambut panjang duduk di situ, pastinya semua orang akan melihat kerusi kosong tuh, tapi takde, hanya ada dalam skrin sahaja.

semua orang akan gelabah la kan? jadi masa tu semua orang cuba nak keluar, tapi pintu akan dikunci, semua orang tak boleh nak keluar, mungkin kemudian bunyi pintu wayang seperti di cakar-cakar, kemudian skrin dalan wayang akan tunjuk keadaan luar panggung pula, ada tunjuk gambar hantu sedang cakar-cakar luar pintu.

mungkin perlu ada seorang pelakon tambahan yang akan duduk dalam wayang tersebut dan berlakon dirasuk, semuanya boleh dilihat depan mata, tapi bila dilihat dalam skrin, macam ada hantu cuba masuk badan orang yang berlakon tadi.

mungkin ada tambahan-tambahan idea lain dari kamu untuk menjadikan ia lebih menakutkan. tapi semuanya perlu ada teknologi lah, tapi aku rasa tak mustahil untuk buat.

macam tu lah lebih kurang konsepnya, mesti takut kan? kalau aku dah terus pengsan tengok wayang gila macam ni. haha



Read more...

1.5.09

hari ini 19 : akukopi berwajah baru!

1. semoga layout aku yang baru ini membuatkan blog aku lebih cepat load dan lebih memudahkan kamu semua untuk baca. tapi sebenarnya aku lebih suka yang lama.

2. Sekarang aku berada di Melaka, cuti hari pekerja, sabtu cuti, ahad pon cuti. huhu. seronok.

3. minggu depan sambung recording, tak sabar-sabar mahu sambung projek yang tertangguh sudah sekian lama. hampir 2 bulan sebenarnya. Nanti hasilnya aku kongsi sedikit. sedikit je.

4. Nawwar jumpe akak-akak aku semalam. Masaklah kau. hahahahaha.

5. Cuba fikir betul-betul apa yang kau nak? betul ke ape yang kau nak? setiap pilihan perlu ada kualiti yang dilihat. Kualiti yang dilihat itu berapa lama tahannya? Tahan lama atau hanya jangka masa pendek sahaja? mengikut emosi atau mengikut fikiran yang sudah fikir masak-masak?

6. banyak benda yang kita belajar secara luar sedar, setiap perkara yang kita buat, kita dengar atau kita lihat. Tapi persoalannya, baikkah benda yang kita belajar tu? bagaimana jika yang masuk secara luar sedar itu benda yang tak bagus? maknanya kita jadi jahat secara tidak sedar?

7. apa itu lubang? sesuatu yang tiada kan? jadi macam mana boleh jadi lubang? apa itu lubang? jika kita buat satu lubang di dinding. lubang itu sebenarnya kosong. tiada. lubang itu sebenarnya tiada.

8. kita diberi pokok-pokok yang hijau, kemudian kita hancurkan. betapa kurang ajar kita tak menghargai benda yang diberi. seperti diberi hadiah dan dicampakkan ke muka orang yang bagi kita hadiah.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP