30.11.11

Mengenai mengikut kepala orang

Hai

Lama sungguh tak tulis disini. Mungkin sejak belakangan ni begitu sibuk nak mampos. Serius tak tipu. Sibuk sungguh. Bukan sibuk tidur. Sibuk buat kerja. MEngedit gambar, buat album. Ambil gambar. Apa jadah ntah lagi.

Dan, persiapan nak kahwin. Yup. Bagi yang tidak tahu. Aku sudah bertunang. Dengan Nabila Farhana. Bagi sesiapa yang baca blog ini sejak dari awal kemunculannya pastinya banyak tahu turun naik aku dengan Nabila Farhana.

Sejujurnya aku tak sabar mahu kahwin. Besederhana semestinya. Paling utama tiada pelamin. Kerana bagi aku, pelamin dalam perkahwinan tiada signifikasi. Cuma tempat menepung tawar. Dan untuk ambil gambar.

Jadi aku rasa dari setakat tempat ambil gambar. Lebih baik aku buat satu dinding yang sangat cantik untuk tempat ambil gambar. Lagi hensem.

Ok.

Balik kepada topik asal.

"mengenai mengikut kepala orang"

Ok.

Aku jenis susah ikut kepala orang. Sebenarnya susah sangat.

Jadi aku keluar dengan kesimpulan. Ada dua jenis orang di atas dunia ini dalam kategori "sakit menyakitkan hati"

1. Orang yang membuat sesukahatinya dan tidak memikirkan pasal orang lain
2. Orang yang berfikir mengenai orang lain dan selalu berfikir tentang apa yang orang buat terhadap dirinya.


Aku mungkin jenis yang pertama.

Aku susah nak marah. Setiap apa yang aku buat adalah berdasarkan diri aku sendiri. Bila aku buat sesuatu kat orang lain. Dan mereka marah. Aku akan pelik. Sebab kalau orang lain buat benda yang sama kat aku, aku takkan marah, jadi apesal kau nak marah?

Contohnya aku tak kisah orang main-main handphone aku. Jadi aku tak faham apesal orang lain kisah kalau aku main handphone mereka.

Yang bagusnya mungkin ialah benda yang boleh buat aku marah sedikit. Dan benda yang aku marah seperti orang kurang ajar dengna aku, aku takkan buat dekat orang lain. Dan semestinya aku sangat menjaga benda-benda macam tu. Kiranya supaya aku takkan buat benda yang aku marah kepada orang lain.

Jenis yang kedua adalah orang yang jenis sentiasa menjaga adabnya. Tapi perlu hati-hati. Mungkin mereka cepat marah. Banyak betul benda yang tidak dipuas hatikan. Semua benda tak betul. Semua benda salah. Ada sahaja yang salah.

Yang bagusnya mereka jaga adab mereka. Setiap apa yang dibuat, mereka akan fikir perasaan orang lain walaupun bagi mereka benda itu ok.


Tertinggal. Ada yang ketiga.

Yang ketiga mungkin paling celaka.

Mereka marah bila orang buat kat mereka, tapi mereka sendiri buat. Mereka sendiri takkan tahan kalau orang lain buat terhadap mereka. Tapi, mereka sendiri buat.

4 carutan balas:

Mami Booluck 30 November 2011 pada 2:33 PG  

wow!TAHNIAH encikkopi..Akhirnya...

Semoga kekal bahagia smpai bila2,amin..

Sy pon jenis yg pertama tapi kdg2 jadi jgk yg jenis kedua!!

Rindu nk baca bebelan encikkopi ;)

ringo 30 November 2011 pada 3:33 PG  

wah bila pulak. tahniah bro. semoga kahwin cepat dan kekal bahagia. peh corny nya ucapan

Jurnal Murahan 30 November 2011 pada 8:09 PTG  

kahkahkah

nombo 3 tu ramai dow. aku rase aku nombo satu. careless, carefree.

Aku fikir2 masa zaman studio agak ramai yg nombo 2, geng-geng smoke ramai nombo 1

.

Lisa 1 Disember 2011 pada 6:49 PG  

tahniah atas pertunangan anda!
ok skema pulak ayat, but still :)

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP