30.9.10

perkara gadis lihat

Definisi cool itu mungkin berbeza-beza bagi setiap orang. Ia sellaunya berbeza mengikut peringkat umur. Dari zaman masa kecil-kecil mahu jadi raksasa kerana boleh hancurkan bangunan, kemudian main gitar dan menulis blog sudah menjadi cool bila usia sudah remaja.

Kemudian bila tua duit menentukan tahap cool anda. kemudahan-kemudahan seperti rumah atau bilik yang boleh bawak balik perempuan setiap masa dan sesuka hati dan juga kereta yang laju dipandang waktu remaja.

Mahu seronok katanya.

Gadis-gadis seeprti biasa memandang perkara yang cool dalam lelaki. ia berbeza mengikut peringkat umur. Bagi umur aku seperti sekarang ini. Gadis-gadisan memandang wang dan kemudahan-kemudahan seperti di atas yang aku sebut dan bukan lagi perkara-perkara yang dilakukan oleh mereka. Tidak kira jika lelaki mereka tokey ganja sekalipon, mereka tetap akan suka.

Jadi untuk umur seperti aku sekarang, tidak kira betapa baik, lemah lembut dan penyabarnya kamu. Tiada gadis yang mahu.

Itu mungkin pada masa gadis tersebut berumur 19-23 tahun. Tapi mari lihat jika umur mereka sudah beralih kepada 25 tahun dan ke atas, yang mana mereka dalam kepala cuma ada kahwin.

Adakah yang dilihat tadi perkara kemudahan-kemudahan tadi yang dipandang?

Pastinya perkara yang dilihat yang paling utama ialah wang, dan perangai. Kemudahan-kemudahan tadi cuma perkara yang sementara semasa kamu masih tidak matang dan kamu cuma anggap perkara itu sebagai cool pada usia kau sekarang.

orang memilih, adalah kerana perkara yang bakal berlaku di masa hadapan. jika tidak, orang tak akan kisah pon dengan pilihan.

Semoga apa yang aku tulis memberi panduan.



Read more...

29.9.10

di kelas AutoCAD 3D

kelas autocad 3d ini merupakan subjek yang aku patut ambil sejak dari 1st year.tapi aku baru ambil sekarang. Sehingga subjek ni dah dimansuhkan pon dari silibus. Aku terpaksa ambil bersama budak landscape.

Sekarang aku dalam kelas AutoCAD 3D,

sekarang bro hafnizam sedang ajar nak pakai 3ds MAX. Aku suka tengok benda-benda 3d ada macam wireframe. Rasa canggih.

Aku sebenarnya tak guna pon 3D max ni. Tak pernah berminat pon.

Tadi hantar assignment, buat gazebo. Aku copy paste daus punya. Aku hantar selamba je. Tak kantoi pon.

Tadi kuiz research method. Aku tiru zahrin, zahrin tiru notes, siap pakai google nak jawab.

Aku dah cakap. Semester ni memang paling terbaik.

Jadi, inilah nota aku di kelas AutoCAD 3D pada hari Rabu petang.



Read more...

22.9.10

hari ini48 : Hari ini hari jadi

Hari ini, 23 september ialah hari jadi aku. Kira dalam bahasa lainnya masa hari ini pada tahun 1987 aku lahir lah.

Kalau kau biasa tengok aku hari-hari, sebenarnya sekarang aku rasa fizikal aku paling jahanam sekali.

Jahanam sebab aku rasa muka aku macam gelap, bibir makin hitam dan kering , badan makin kurus, bulu makin banyak dan rambut macam helmet. Senang cakap, memang tiada gadis yang berselera dengna aku sekarang. Kalau dulu tak selerea. sekarang lagi tak selera.

Jadi azam aku untuk hari jadi aku kali ini ialah untuk menjaga kesihatan.

Aku nak kurangkan minum kopi kepada satu cawan satu hari. Sebab kalau dulu adalah lebih kurang 5-6 gelas satu hari, lepastu kurang pulak tu minum air masak.

Jadi sekarang aku dah ada botol air dalam bilik, hari-hari habiskan sekurangnya satu botol air masak, kopi pon minum waktu pagi sahaja.

Rokok pulak aku aku nak kurangkan sekotak dalam masa 24 jam. Kalau tak dulu 2 kotak. Dan waktu ada masalah, sebatang setiap 15 minit. Macam hari ini dan semalam, aku punya rokok tak habis-habis lagi. Hebat kan?

azam aku sebelum puasa ialah untuk belajar bersungguh-sungguh, jadi mula dari puasa hari tu, setiap hari jumaat dan isnin, aku akan ke library untuk membaca. Hampir apa-apa sahaja buku aku baca. Jadi perkara tu aku akan teruskan.

Antara azam-azam aku ni aku rasa, azam aku yang paling bodoh ialah aku membuat keputusan untuk tunggu.

Selamat hari jadi kepada aku dan kepada orang yang hari jadinya sama pada hari ini, semoga murah rezeki, panjang umur dan mudah dalam segala hal.

Selamat,



Read more...

19.9.10

silap langkah sikit

hari ni aku balik uia..malasnya. kerja sekolah banyak.

Kau pernah tak rasa "kalaulah'?

kiranya, kalaulah aku datang awal sikit, kalaulah aku boleh tahan lama sikit, kalaulah aku cakap begini atau begitu.

Sebab kadang-kadang, kesilapan sikit sahaja, cuma tersilap sebab tak datang awal, semua perkara sudah jadi lain. Kadang-kadang silap yang kalaulah itu sehingga bertahun-tahun lamanya.

kan?

tapi orang cakap, sebut kalaulah tu tak baik. Macam orang yang tak boleh terima hakikat. Tak nak fikir sebelum buat. Tak baik. jangan sebut.

Semoga yang terbaik untuk aku, untuk kau, dan untuk semua orang yang berdekatan aku.



Read more...

17.9.10

Untuk orang menunggu

Ada satu perkara ini yang dibuat tanpa disedari, iaitu menunggu. Menunggu ini seperti berjudi. Kira, kalau ok, jalan. Kalau tak ok, terpaksa biarkan sahaja. Itu maksud menunggu. Atau lebih tepat lagi, menunggu orang kita mahu, bukan menunggu air masak atau pon menunggu bus.

Dalam proses penungguan ini, perlulah kau untuk menahan rasa sakit hati, tidak boleh marah, tidak boleh biar sahaja sebab nanti takut lari, perlu banyak sabar. Paling penting, perlu asli. Hati yang betul-betul asli. Tidak berbelah bahagi.

Kita tunggu, kerana kita rasa berbaloi. Benda berbaloi selalunya memang payah mahu dapat kan? Tapi bila dapat, kita mahu jaga betul-betul. Itu kira macam habuan lah atas sebab menunggu.

Tapi perlu tahu, orang yang ditunggu tidak boleh tahu, sebab nanti dia tahu ada orang yang sentiasa tunggu dia, jadi dia akan macam sambil lewa. Tanpa fikir apa-apa. Buat sahaja ikut suka hati mak bapak beliau. Jadi lebih memeritkan orang yang menunggu.

Tapi kalau kau tunggu, dan akhirnya datang-datang balik, masa itu kena terima. Apa sahaja sudah jadi, tangan sudah hilang ke, kaki sudah kudung ke, rambut sudah botak ka, atau buah dada menjadi kecil. Itu semua kau kena terima.

Sebab konon kata hati kau hati asli kan? Jadi bila apa-apa jadi, terima sahaja.

Ia bukan menjadi bodoh, tapi cuma terlampau asli.



Read more...

15.9.10

Perubahan nilai atau turun naik nilai

Nilai kehidupan berubah-ubah. Ia berubah mengikut fahaman kau tentang dunia dan sekeliling kau. Jadi ia membezakan antara kau dan orang lain. Mungkin ada orang lain yang tidak kisah jika bontotnya dijolok dengan besi, orang yang normal seperti aku pastinya akan marah jika bontot aku dijolok dengan besi. Mestilah marah. Sakit kan?

Nilai ini berubah mengikut kebiasaan.

Jika hari pertama bontot aku dijolok dengan besi pasti aku marah. Cuba bayangkan selama setahun, bontot kau dijolok dengan besi setiap hari, lama-lama jadi biasa, sudah tak marah. Siap tadah. Inilah perubahan nilai.

Itu perihal nilai terhadap diri sendiri, benda yang paling penting pastinya nilai satu komuniti. Kerana selain diri kau sendiri untuk sedar apa yang kau buat, ialah komuniti atau orang sekeliling kau.

Kerana mungkin menjolok bontot dengan besi kedengarannya agak kotor. Jadi aku beri contoh lain.

Ok,

Contohnya, setiap hari kau mengikat kemaluan kau di besi panas. Kerana mungkin ia suatu sensasi bagi kau. Dan mungkin ia keji untuk orang lain. Bagi kau, tiada masalah nilai pun dengan mengikat kemaluan di besi panas. Kau takkan sedar, sehingga orang sekeliling kau menyedarkan kau.

Tapi jika makin ramai orang di dalam satu komuniti itu mengikat kemaluan di besi panas, maka semua orang akan rasa biasa, dan akhirnya nilai akan berubah. Dan perkara itu akan dipandang biasa. Malah ada pula perkhidmatan mengikat kemaluan di besi panas. Perlu bayar pula tu.

Nilai-nilai berubah ini perlu dipandang dengan serius.



Read more...

Short filem baru akukopi


Kalau ikutkan hati aku, aku nak je tulis skrip aku kat sini. Tapi disebabkan hadiah nya 10k. Aku taknak share. tunggu dah siap baru boleh tengok.

Tapi sebab aku tak tahan jugak, aku cerita sikit ideanya. Skrip penuh tak boleh.

ok,

Cerita yang aku ingin buat ialah mengenai perangai orang Malaysia membawa kereta, tentang perangai cibai mereka, dan pastinya ending yang ada "aaaa" atau "oooo" moment.

Cerita yang bakal aku baut ini berkonsepkan 'cepat', kerja kamera yang tidak banyak bergerak, lebih statik, dan satu scene ke satu scene yang lain tu lebih kurang mcm 1 saat je. Kira kalau short filem aku dulu, statiknya terlampau lama, yang ni macam..pap..pap..pap..dpt bayangkan tak? haha

Kalau boleh orangnya bergerak laju, macam iklan Colgate Plak yang kumur-kumur dalam wayang tu. Dapat?

Dan pergerakan watak ialah berlebih-lebihan. Dengan muka yang tiada perasan. Kira kau cuba bayangkan ada orang menari dengan over, tapi muka takda perasaan. Haa..macam tu.

Idea asalnya ada sedikit unsur musikal, aku betul-betul harap idea sedikit musikal itu akan menjadi.

senang cakap, tunggu je ar, lepas raya ni baru start.





Sebenarnya aku gila babi excited!!



Read more...

14.9.10

gadis dan rasional

Sebenarnya, aku rasa rasional aku sangat baik. Aku rasa aku boleh berfikir dengan baik, aku tau betul dan salah dengan senang, selalu aku rancang apa aku nak buat, aku selalu banyak strategi, apa yang aku buat sekarang selalunya sebab aku fikir akibatnya di masa hadapan.

Aku rasa banyak orang macam aku. Tapi ada juga orang yang bukan macam aku. Tapi kita lupakan, sebab kita nak cerita mengenai orang yang rasional ini.

Perlu pula diingat rasional dan perasaan ini perkara yang berbeza. Mungkin kau banyak rasional tapi perasaan kau menyebabkan rasional kau hampir tidak berfungsi. Itu yang kita panggil sebagai perasaan kau mengatasi akal kau.

Macam sekarang, aku tau perasaan aku dah macam cibai, melumpuhkan segala rasional aku. Malah aku tau perasaan cibai yang menyebabkan otak aku hampir tidak berfungsi, aku jadi tidak tahu nak buat apa, aku tidak lagi strategist, tak lagi berfikir, dan mula buat perkara mengarut-ngarut.

Keadaannya ialah kau tahu apa perlu buat, tapi kau tak sanggup nak buat atau kau tak mampu nak buat. Hebatkan perasaan?

Masa itu kau perlu belajar mengawal, sebenarnya sekarang pon aku sedang mengawal, kalau tidak kawal aku rasa aku tak tahu apa akan jadi kat aku sebenarnya.

Benda yang paling teruk dari kena tipu ialah, kau tau kau kena tipu, tapi kau tak boleh nak buat apa-apa. Sebab kau tanak orang tu blah. Jadi, kau cuma berpura-pura semua benda ok. Sampai tahap kau sanggup menolak semua orang yang nak dekat dengan kau.

Sebab kau tunggu.



Read more...

11.9.10

sikit pasal ayah

Kau mesti pelik macam mana raya macam ni aku boleh update blog hampir setiap hari. Sebab utama yang paling utama ialah aku tidak kemana-mana. Bapak aku sudah jadi atuk, akak-akak aku semua sudah kahwin dan ada keluarga masing-masing, sedara-sedara aku semua di Kuala Lumpur dan Singapura. Rakan-rakan aku di Melaka ni semua tidak begitu menghiraukan hari raya. Jadi hari raya cumalah cuti seminggu pertengahan sem yang biasa bagi aku.

Cuma nanti ada budak-budak datang rumah aku, makan minum, aku tipu diorang sebarang dua, kasi duit raya sikit. Sudah.

Tapi bukan benda tu yang aku nak cakap hari ni.

Aku nak cakap pasal ayah. Ayah aku dan ayah kau.

Benda yang aku perasan ialah, seorang ayah akan cuba untuk meluangkan masa dengan anaknya. Terutamanya anak lelaki. Terutamanya yang jarang dijumpai macam aku. Masa kecik mungkin bolehlah main bola sama-sama, buat layang-layang ke, letak mercun dalam post box rumah jiran ke(feveret) atau masukkan air dalam ekzos kete rumah jiran. Itu semua masa kecik-kecik.

Sekarang dah besar takkan nak buat benda yang sama jugak. Konfirm bapak aku kasi penyepak satu kali.

Jadi seorang anak ini yang masih muda ini akan berjiwa memberontak. Pada masa ini dia rasa rakan-rakannya dan internet lebih dari keluarga, kehadiran twitter, blog, tumblr, formspring dan kad raya di facebook yang membencikan itu menjadi penyebab hubungan kekeluargaan antara seorang bapak dan anak itu berkurangan. Bapak tengok tv sorang-sorang, anak duduk bilik sorang-sorang. Tak baguslah kan?

Jadi aku perasan seorang bapak akan sehabis baik menggunakan masa yang ada. Benda yang mudah-mudah menjadi sukar. Contohnya tentang televisyen. Contoh aja.

Seorang bapak akan tanya pasal televisyen tuh, sama ada televisyen itu boleh dibuka atau tidak, cerita apa dekat tv, astro sekarang bodoh, plasma TV sebenarnya tak bagus. Speaker tak kuat nak pasang sound system lah.

Kau kena faham, yang dia cuma ingin meluangkan masa, mungkin kau rasa "apa soalan ni?". Tapi percaya lah yang dia cuma ingin meluangkan masa. Sebab dah tau nak tanya apa. Cuma ingin komunikasi.

Pergi mamposlah hari ini hari raya ka, deepavali ka, thaipusam ka, krismas ka, good friday ka,

Aku cuma ingin minta maaf kat bapak aku kerana kurang meluangkan masa berkualiti. Senang-senang nanti kita lawan snuker.



Read more...

9.9.10

gambar seketul(10) : keganasan

1

2

Malas nak cakap banyak. Aku dah cakap dah taun ni baju aku paling ganas sekali dalam dunia. Esok aku jalan Melaka pakai baju ni. Kasi budak-budak Melaka cuak sikit.




Read more...

8.9.10

Habis

Aku habis



Read more...

Tradisi membaca buku cerita

Tadi aku tengok cerita epilog syurga cinta dekat tv3. Sementara tunggu waktu berbuka, cerita-cerita macam ni memang layan. Sangguplah aku buang ego keganasan aku sekejap dan melayan drama tv3.

Ada satu scene tadi yang dia baca buku untuk budak-budak sebelum tidur. Membuatkan aku teringat pasal banyak cerita terutamanya cerita dari inggeris yang buat benda ni. Kononnya untuk menunjukkan sifat kasih sayang ibu bapa kepada anak, membacakan buku cerita kepada anak supaya mereka boleh tidur.

Bagi pihak anak, Aku rasa sepatutnya lagi tak boleh tidurlah kan? Mestilah kau tak boleh tidur sebab kau nak dengar cerita sampai habis. Dapat pulak cerita yang panjang, mestilah lagi tak boleh tidur. Macam tengok tv lah, aku kalau tengok tv sebelum tidur mesti aku tak boleh tidur, nak tengok cerita sampai habis. Lepastu tekan info, tengok next ada cerita best, lagi lah tak boleh tidur sebab nak tunggu. Kadang-kadang terbawak sampai pukul 9 pagi.

Bagi pihak bapa pulak, mesti tensen gila. Aku baca buku cerita, mereka boleh tidur pulak. Gila bengang. Gua nak cerita, lu tidur. Gila tak respek ibu bapa. Tidur semasa ibu bapa sedang bercakap. Bangang gila. Aku pulak cerita dah habis bersungguh-sungguh. anak aku tidur. Esok aku sebat pakai rotan.

Aku kalau ada anak, tanak tidur jangan harap aku nak baca buku cerita. Aku suruh dia baca sendiri je.

* sambil aku menulis aku sedang tengok berita. Ada orang kat perlis sambut syawal awal. siap ada semayang raya dengan khutbah. Aku pon tak puasa penuh jugak, tapi takdelah bangang nak sambut raya awal. Bodoh gila. Tak pasal-pasal siap masuk berita.



Read more...

7.9.10

Khas untuk Nabila Farhana


Pasti dah lama kamu tak baca nama Nabila Farhana di sini kan?


Selamat hari jadi awak.

Semoga panjang umur dan murah rezeki dan hidup senang.



Read more...

Hari ini 49 : Selemet hawi wayewr hawau

Kerana aku di Melaka,mungkin ada carutan semasa menulis blog ini, harap maaf jika kamu terlampau lembut hati.

Maklumlah, darah Melaka, darah pahlawan, Hang Tuah. hati kena keras sikit. haha


1. Sekarang di Melaka yang aman dan damai ini. Aku selalu suka berada di Melaka walaupun sebenarnya aku malas balik atas faktor kewangan. Yelah, balik Melaka ini paling bangsat pon perlu ada satu ratus ringgit. Kos pengangkutan pergi balik. Aku punya duit belanja satu minggu cuma rm150 satu minggu. Kalau aku guna untuk balik Melaka, habis ar.

2. Di melaka ini boleh lepak sama dengan Muaz, sama dengan Jeghol. Muaz semalam tunjuk baru beli iphone 3gs. Ah butoh ar. Sakit hati aku tengok. Aku sorang je pakai handphone cikai lagi.

3. Lepastu aku nak minta maaf kepada semua pembaca blog aku sempena hari raya ni. Dari orang suka baca blog aku kepada orang dah jadi menyampah baca, dari orang menyampah baca kepada orang jadi suka, atau dari orang yang tiada perasaan baca kepada tiada perasaan baca juga. Minta maaf jika terlampau lepas.

4. Raya ini aku punya baju aku rasa ganas gila. Aku rasa baju aku yang paling ganas taun ni. Kira aku kalau jalan-jalan budak-budak mesti semua takut. Semua menggigil je kalau aku lalu sebelah. Kira aku dah tak hairan lagi la, memang mereka patut cuak. haha

5. Aku tak penah pegi bazaar kat Melaka ni, tapi bila bapak aku bawak balik kuih dan aku tanya harganya berapa. Kau memang rasa nak memaki je peniaga di Kuala Lumpur.

6. Tahun ni aku paling rindu arwah mak. Jadi setiap petang aku pergi kubur baca yassin. Sila sedekahkan al-fatihah jika kau membaca.



Read more...

5.9.10

Tentang keseronokan

Kau pernah tak rasa ini zaman kejatuhan kau? Kira macam aku sekarang, aku taklah rasa aku selama ni sedang menaik gila-gila. Cuma sekarang ini ialah masa diri aku yang paling jahanam sekali. Kira sebelum ni aku biasa-biasa, sekarang aku jadi jahanam.

Aku rasa aku dah berubah menjadi seorang yang begitu membosankan, cakap pun sudah kurang merapu, "love life" yang pernah aku rasa macam puki, duit PTPTN pon dah habis sebab sem ni nak pegi jalan dengan kawan-kawan, semua gadis yang aku nak dekat semua lari, tv pon cerita tak sedap sekarang. Semangat nak ambil gambar pon kekurangan. Tulis pon takda idea.

Aku rasa ia berkaitan dengan kegembiraan, bila kau gembira semua benda jadi betul, benda tak betul pon semua jadi betul, kau jadi sentiasa tahu apa nak buat.

Dengan keseronokan dapat menyeronokkan benda lain. Kalau kau sedih, semua benda yang biasa pon kau rasa macam pantat. Konsepnya sama macam kau gelak besar dengan
kawan-kawan kau. Apa sahaja benda kelakar yang sikit kau dah gelak besar. Semuanya sebab seronok. Keseronokan dapat menyeronokkan benda yang lain.

Haih,

Sejujurnya, sebenarnya aku rasa aku takkan kahwin pon.

fuck



Read more...

3.9.10

Rupanya sudah cuti

Rupanya sudah cuti,

cuti raya campur dengan cuti separuh sem.

Separuh sem ni separuh sem paling pantat sekali.

--------------------------------------------------------------

Dibawah ialah gambar family aku, berbuka puasa sekali dengan birthday nasirah.


DSC_0003
1.yang kiri abang ipar aku, tengah akak aku, kanan anak buah aku

9
2. Dak linda tiru gambar. Aku rasa muka aku macam detektif conan dalam gambar ni.

7
3. Mimie dan abang nadzeri tak tau buat apa.

5
4. Nasirah kecewa sebab tak dapat potong kek. Lepastu aku suruh diorang jerit.

3
5. Dak nor dan Man, tunggu perut besar sikit apis amik gambar outdoor.

2
6. Ini nasirah, hari tu hari jadi dia.

1
7. Pejuang babywearing.

DSC_0076
8. cake oleh delicious-cuppies. Sedap woo!!


9. Bapak aku gengster, buka kat Dome. Minum ekspresso.

DSC_0034
10. Ammar buat pandangan manja mintak kereta control.

DSC_0023
11. Feveret.haha

DSC_0021
12. Nasirah tensen sbb tak dpt makan.


Alaaa..silap saiz pulak!!



Read more...

2.9.10

Kepada melayu ku yang malas

(revolusi mental)

Mula-mula, maaf jika apa yang aku tulis ini mungkin menyinggung sesetengah pembaca melayu yang sifatnya begitu Melayu dan bersemengat Melayu yang sungguh kuat sehingga betul-betul tidak puas hati dengan apa yang aku bakal tulis. bukan hendak beritahu aku tidak bersemangat melayu. Tapi sebenarnya aku tidak suka dengan konsep bangsa. Yang mana, kita dilihat sebagai sebagai satu bangsa. Baik dilihat kita dari segi agama atau sekurang-kurangnya tempat asal.

Kiranya aku bukan orang melayu, tapi aku orang Islam, atau aku orang Melaka, atau aku orang Malaysia.

Sesuai dengna tajuknya, ia ditujukan kepada orang yang malas, jadi jika kau seorang yang rajin. Cuma baca dan sampaikan sahaja.

Ok,

Antara orang-orang penjajah yang pernah tulis tentang orang Melayu seperti Tome Pires, Barbosa, Francis light dan entah sapa-sapa lagi yang aku tak kenal, kebanyakan menyebut tentang sifat orang melayu sebagai "malas, tidak mahu mengumpul harta dan bersikap menerima sahaja. Juga cepat puas hati dengan cara biasa, kuat berhutang, sifat sarkastik, pantang dikutuk, kuat bercinta, sukakan hiburan dan berlaga ayam."

Dan dari segi positifnya ialah, baik hati, mempunyai sifat penyayang, sukakan kedamaian dan lemah lembut".

Mungkin mereka ini semua cakap orang melayu malas kerana pengaruh kapitalisme kolonial. Dan orang melayu sebagai orang yang tidak mahu menurut perintah kerana mempunyai sifat angkuh ini menjadi penyebab orang-orang Inggeris ini menulis perkara sedemikian. Kiranya, orang inggeris suruh mereka gali lubang, orang melayu taknak kerana tak mahu menurut perintah, jadi mereka tuduh orang melayu sebagai malas dan angkuh.

Syed Hussein Al-Atas dalam bukunya "mitos peribumi malas" menyebut tentang tidak puas hatinya terhadap konsep penyamarataan. Dia cakap bahawa tidak adil untuk memukul sama rata semua orang Melayu sebagai malas. Kiranya seperti melabel terus semua orang melayu sebagai pemalas.

Pendapat aku ialah, tidak salah memukul rata, kerana kita hidup sebagai satu komuniti, maknanya kita bergerak sekali, rutin kita hampir sama, maka kita akan dipandang sekali. Maka sudah jadi tanggungjawab kita untuk menasihatkan orang lain. Dalam Islam juga cakap tentang tanggungjawab kita bukan pada diri kita sahaja, tapi pada keluarga dan jiran-jiran(lepas ini mungkin aku akan tulis pasal "pembandaran dan kejiranan"). Jadi kalau kita dilabel, jangan melenting, itu salah aku, kau dan semua orang Melayu juga.

Kalau dicakap malas kerana kapitalisme kolonial, mari kita lihat sekarang ini, penjajah sudah berapa tahun keluar dari Malaysia ini? Apa yang kau lihat disekeliling? Dimana tempat kau dan aku? Bagaimana budaya sekeliling kita? Kau tak rasa betul apa yang orang lain tulis pasal kita?



Read more...

1.9.10

Pasal taman dan rekreasi

Siapa yang pernah keluar dengan aku pasti tahu yang aku sangat suka dengan taman, melihat orang lalu lalang dan menghabiskan masa minum berjam-jam. Aku tak tau apasal. Memang bosan. Tapi ia seronok untuk aku. Duduk dan bercerita.

Tapi ini aku mahu cerita pasla taman, bukan pasal diri aku.

Taman ialah ruang yang paling demokratik sekali dalam dunia. Di situ kita boleh lihat budak-budak main sesuka hati, orang tua buat tai chi atau aerobik, orang muda dating dan beromen atau melepak, keluarga berpicnic. Masing-masing ada hak untuk diri sendiri, untuk melakukan benda-benda yang mereka suka.

Dalam taman ada ruang yang peribadi, yang separa peribadi dan awam. Susun atur ruangan tersebut serta sirkulasi dan aksessibiliti dan juga pemandangan yang ada yang akan menarik orang untuk lalu atau tidak di situ. Maka menjadikannya ruangan-ruangan peribadi, separa peribadi dan juga awam. Pembahagian ini akan menambahkan suasana dalam taman.

Ok,

Taman ini menghidupkan bandar, dimana ia menjadi tempat pengumpulan satu komuniti, kenal tidak perlu hingga ke dalam, sehingga kisah peribadi semua tahu. Cukup sekadar kenal. 2 cara yang aku kesan untuk menghidupkan komuniti ialah ; 1. lebihkan rekreasi ; 2. kurangkan masa dalam kenderaan.



Taman ini ialah tempat untuk budak bermain dan belajar. Penyediaan taman rekreasi kepada budak-budak secara tidak lansung menentukan masa depan generasi kita.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP