28.2.11

pantang larang bergambar


gambar tiada kena mengena.
http://hafizudinhamdan.com/blog

Tidak kira lah kau ni jurugambar profesional nak mampos ke. Jurugambar for fun macam aku ke. Atau kau tak pandai ambil gambar tapi sebab nak duit kau amik jugak job ke. Atau kau cuma pandai cakap besar pasal apa yang kau pernah buat pung pang pung pang tapi aku tak pernah tengok pon gambar kau ke.Atau kau seorang yang ambil gambar pakai handphone dan kau sangat suka ambil gambar ke.

Kiranya sesiapa sahaja yang pegang kameralah.

Pastinya semua yang disebut diatas mempunya pantang larang yang sama.

Iaitu disuruh buat itu dan ini oleh orang yang tiada kena mengena dengan majlis.

Kalau orang yang diambil gambarnya yang suruh buat itu dan ini perkara biasa lah. Aku pon tak kisah

Tapi bila ada orang lain, maksudnya mungkin orang lalu lalang yang biasa. Tiba-tiba datang dan suruh kau buat macam yang dia nak. Perasaan dia sangat menjengkelkan. Tak selesa. Dan tiba-tiba dia jadi pengarah fotografi pula.

Bukan tidak hormat dengan cadangan orang lain. Kadang-kadang kalau idea baik aku ambil juga. Tapi bagi aku, kalau nak, buatlah sendiri. Bawak kamera sendiri. Ambil gambar. Senang.

Aku tak pernah kisah kalau aku pergi majlis kahwin orang lain dan nampak juragambarnya suruh pengantin buat benda mengarut. Tak pernah pulak aku nak pergi kat fotografer tu dan suruh dia buat macam yang aku nak.

Dah pengantin tu pilih dia. Pastilah ada sebabnya bukan?

Haih.

Sampai tahap aku terpaksa layankan. Sampai orang yang diambil gambar pon rasa jengkel.

Berat kan?




Read more...

24.2.11

sehari di pejabat pos

Setiap minggu aku akan ke post office. Pastinya untuk pos cd klien-klien aku yang disayangi itu. Sampai satu masa aku rasa aku dah obses dengan post office. Aku rasa mereka perlu kan re-branding. Supaya orang boleh obses dengan mereka. Sama macam orang obses dengan 'underground' di London. Orang mahu kumpul barang-barang 'underground'.

Aku rasa macam nak kumpul je kotak post laju dari kotak yang kecik sampai besar untuk buat hiasan. Dan kalau mereka buat kotak tu supaya nampak lebih cantik dan style. Mesti aku dah lama beli dah. Jadi pos malaysia, kamu memerlukan re-branding.

Aku baca "perkhidmatan yang disediakan" hampir setiap kali aku beratur. Aku rasa teruja sebab punya lah banyak perkhidmatan yand disediakan kat pos ofis.

Aku rasa aku dah kenal dah dengan semua pekerja post office kat UIA tu. Selalu aku mesti carik akak hitam manis sebab pos dekat dia murah sikit. Baru 4 ringgit lebih. Dekat brader rambut bajet beckham tu jap lagi kena 6 ringgit.

Masalh mereka ialah servis dia kurang mesra. Jarang senyum, dan kalau cakap dengan foreigner tu lagi macam nak jerit-jerit je.

Jadi sambil beratur aku buat kira-kira.

Aku anggarkan gaji mereka RM1800

Dalam seminggu mereka kerja selama 6 hari, jadi dalam sebulan mereka kerja 24 hari.

Setiap hari mereka kerja 8 jam. Maknanya dalam sebulan mereka kerja 24x8 = 192 jam

Anggaran setiap pelanggan mereka akan layan dalam masa 10 minit. Jadi dalam masa sebulan mereka akan memberi layanan terhadap, (192x60)/10 = 1152 orang.

Jadi, anggaran wang yang mereka terima dari setiap pelanggan ialah, 1800/1152 = RM1.56


Jadi setiap orang yang beratur cuma akan menerima layanan berharga RM1.56. Jadi patutnya post pon seringgit lebih jelah. Letak sampai 5 ringgit apesal?



Read more...

23.2.11

helo, nama saya hafizudin

hai, nama saya hafizudin hamdan. Seorang lelaki. Berumur 24 tahun. Belajar di UIA dalam jurusan perancangan bandar. Saya tinggal di Melaka bandar warisan dunia. Anak terakhir dari empat orang adik beradik.

Hobi saya menulis dan mengambil gambar. Bersiar-siar di taman dan juga melancong antara perkara yang saya buat di waktu kelapangan dan semasa poket berisi duit yang banyak.

Saya seorang yang tidak sensitif, terutamanya pada wanita. Seorang yang logik. Jarang mengambil berat perihal remeh-temeh dan seorang yang simple. Sebab itu saya selalu ditinggalkan oleh gadis kerana kebanyakan masa saya malas layan karenah mereka. Walau bagaimanapun saya mempunyai teman wanita yang memahami sifat saya itu.

Saya seorang yang gemar melepak seorang diri dan saya rasa tiada masalah dengan perkara tersebut. Saya jarang ambil pusing dengan apa orang lain cakap pasal diri saya. Sama ada itu baik atau tidak, selalunya saya buat tak kisah sahaja.

Blog ini ditulis oleh saya sepenuhnya, memaparkan kisah-kisah saya, ataupon mungkin kisah-kisah orang lain yang saya selalu harap ia akan kena pada diri kamu sendiri yang sedang membaca. Tidak senang menulis ini tuan-tuan sekalian. Mungkin dahulu saya menulis dengan pantas, tapi sekarang, sejak sibuk dengan perkara lain. Ia jadi makin sukar.

Jadi, selamat membaca.

sekian terima kasih.



*macam dah lama gila tak tulis blog. Mungkin perlu pengenalan semula.



Read more...

16.2.11

rimas yang silap

Akan sampai satu time. Biasanya orang-orang macam aku rasa rimas dengan tekanan sekeliling. Sekeliling yang memaksa kau melakukan perkara yang bukan diri kau sendiri. Contohnya kau seorang nelayan yang sangat hebat menangkap ikan. Kalau diubah disuruh kau bermain catur. Mungkin kau akan jadi sangat bangsat dan tidak hebat lansung bermain catur berbanding kau menangkap ikan.

Jadi mungkin kau memerlukan masa seketika.menyusun balik dan meluruskan kepala dan halatuju kau tentang apa yang kau nak.tentang apa yang kau perlu buat.



Read more...

13.2.11

gambar seketul (15)



Read more...

10.2.11

lelaki gula-gula dan cara memujuk

DSC_0026
cuma mahu beritahu hafizudinhamdan.com dah update. tiada kena mengena dengan entri.


bagi aku,

orang lelaki mereka lebih fikir secara logik manakala perempuan lebih suka sesuatu yang lebih ke hati. Maknanya orang lelaki suka sesuatu yang masuk akal seperti "mengorat siti nurhaliza"(masuk akal kan?) manakala gadis pula suka benda yang tidak masuk akal seperti "kalaulah boleh dipetik bintang ini satu persatu"(serius tak masuk akal)

Ini bukan diskriminasi, atau mengutuk gadis-gadis comel di atas dunia ini atau apa. Tapi jangan tipulah, kau mesti fikir macamtu jugak kan?

Jadi jika difahami konsep ini kita secara tak lansungnya terus dapat menyelesaikan misteri paling besar dalam dunia, iaitu cara memujuk wanita. walaupun tidak secara menyeluruh. Tapi mungkin sedikit sebanyak.

Ok,

Dari awal,dengan menggunakan contoh.

Mungkin gadis kau marah kau kerana lepak minum beramai-ramai dengan kawan perempuan kau. Kira mereka ini kawan sekolah lama kau. (sumpah ini bukan kes aku. Aku cuba bagi contoh aja). Mungkin bagi kau tiada apa masalah, tapi bagi yang gadis paling besar sekali masalah ini lah dia.

Jadi kiranya gadis kau kuat cemburu dan dia marah kau.

Maka, seperti kebanyakan lelaki yang lain di atas bumi ini. Mereka akan pening dan terkeliru. Dalam hati berkata, "aik? apehal nak marah ni? kawan sekolah je kot. Bukan ada feeling pon"

Lalu si gadis tidak mahu angkat telefon, cakap macam tiada mood, malas nak layan. Atau lebih teruk mungkin membalas dendam dengan mengorat driver taxi.

Kesilapan orang lelaki ialah mereka cuba menerangkan. Mereka cuba menerangkan mengapa gadis itu tak patut marah. Mereka cuba explain satu persatu. Mereka beri sebab mengapa gadis itu tidak boleh marah dengan tindakannya. Kemudian kejadian biasa ialah, perempuan itu tidak mahu dengar penjelasan dan kemudian bikin hati lelaki itu panas sebab gadis itu macam tak paham-paham kemudian lelaki pula yang marah. Yang gadis sudah malas mahu layan lelaki marah, kemudian sedapkan hati sendiri. Kemudian habis.


kan?

Kita berbalik kepada konsep logik tadi.

Gadis kurang logik, jadi mereka tidak mahu dengar logik. Mereka mahu sesuatu yang lebih fantasi. Atau sesuatu yang lebih ke hati. Jangan beri mereka sesuatu yang ke akal. Tidak berkesan.

Jadi cara menyelesaikan masalah ialah ;

Lelaki itu patut beri gula-gula. Gula-gula disini bermaksud ayat manis-manis.
kau tak perlu menerangkan mengapa yang gadis tak boleh marah, atau mengapa tindakan lelaki itu betul, kau jangan fikir siapa betul siapa salah. Kau cuma terus beri "gula-gula".

Contohnya dalam kes tadi, kau mungkin cuma perlu cakap betapa kau tiada feelingnya kau dengan kawan perempuan kau tu, atau kau cuma sayangkan gadis itu seorang, kemudian tambah efek pegang-pegang sana sini sikit. Kemudian sudah.

Contohnya macam budak kecik la kan.

bila budak kecik merajuk sebab tak boleh main pasir, kau tak boleh terangkan mengapa mereka tak boleh main pasir. Mereka takkan faham. Kau cuma beri mereka gula-gula supaya mereka lupa pasal main pasir tadi. Sama macam perempuan lah.



Read more...

6.2.11

kebosanan perhubungan


Nanti akan sampai satu time kau akan rasa bosan. Sebab nanti kau dah tau nak buat apa. Nak tengok wayang semua cerita dah tengok. Nak-nak time raya cina ni, semua cerita cina, memang aku tak layan la. Nak pegi makan, semua tempat kau dah makan. Dari yang paling mahal, sampai ke kedai atas kubur kau dah pegi.

Ok sekarang kau dah tak tau nak buat apa. kan?

Aku dengan Nabila Farhana. Campur tolak aku break ada sekejap tu, semua sekali dah 5 tahun aku dengan nabila Farhana.

Sejujurnya aku tak pernah bosan. Mungkin sebab aku jenis memang tak bosan dengan satu perkara. Jadi kalau menghadap muka yang sama hari-hari pon aku tak kisah.

Aku tak tau aku penah cakap atau tak.

Bila kau berkawan-kawan sekarang ini, sepatutnya tidak boleh terlalu lama. Sebab kau tak boleh buat seks.

Sebab bila kau kahwin, yang menambah keterujaan ialah seks. Jadi kau memang susah mahu bosan. Sebab banyak masa dalam rumah. Lebih banyak masa kau dalam bilik. Dan mungkin awal-awal kau sangat teruja. Benda itu jelah yang kau menghadap hari-hari.

Lepastu kau akan rasa bosan hari hari main dan kemudian nanti kalau ada rezeki kau akan ada anak pula. Jadi, seks, sebagai penyebab kasih sayang sudah berkurangan. Anak pula yang jadi penambah kasih sayang. Ia macam mewujudkan keterujaan yang baru.

Kemudian ada anak kedua pula, kemudian ketiga.

Kemudian bila sudah lama, kau terlampau tua untuk fikir yang kau mahu orang lain lagi.

Dan bagi yang tidak berkahwin lagi.

Untuk menambah keterujaan, sangat susah.Memang susah. Mungkin boleh dimulai dengan tidak begitu berharap terhadap keterujaan.



P/s : lama tidak menulis. kualiti penulisan aku macam bangsat.



Read more...

2.2.11

tutorial untuk kulit halus dan mulus





Disebabkan aku takde idea nak tulis apa. Jadi aku rajin nak buat tutorial pulak.

Tutorial ini mahu cerita pasal photoshop. Tentang bagaimana ingin buat gambar supaya nampak licin. Tapi tidak berlebihan supaya ia kelihatan tidak fake. Aku sebenarnya jarang buat macam ni sebab aku kurang suka ia kelihatan tidak natural. Tapi ada jugak orang suka. Jadi jika kau punya customer nak. Takkan kau nak cakap tak suka dan tak nak buat.

Customer is always right.

Ok. Mari kita belajar. Tapi style aku ajar, ialah at least kau kene ada basic Photoshop. Baru kau boleh faham.



1.mula mula bukak gambar.



2. Jadikan kebiasaan. Setiap kali edit gambar, duplicate layer.



3. Pegi kat layer yang kena duplicate tadi. Dan pegi filter > other > high pass.


4. Then nanti dia akan jadi macam di atas. radius terpulang kepada berapa besar size gambar kau. Tapi perlu diingat, lagi tinggi radius, gambar akan jadi kurang soft. Kalau kurang nampak sangat tipu. Jadi agak-agak tengah boleh la.



5. Kemudian pegi blending mode dan tukar daripada "normal" kepada "overlay"



6. Kemudian pegi image>adjustment> invert atau "command + i" ,"ctrl + i"




7. Kemudian setkan opacity nya agar nampak tidaklah begitu fake sangat kehalusan kulitnya itu.




8. Kemudian add new layer mask. button dia yang satu line dengan delete layer,duplicate layer, new group tu semua. Nanti ada yang add layer mask.




9. Kemudian amik brush. Warna hitam. Kemudian sapu je brush tu dekat mata + lubang hidung + bibir + kening




10. Kemudian amik lasso tool dan lukis kan keliling mukanya. Sebab kita mahu bahagian kulit sahaja yang nampak soft. Bahagian-bahagian lain macam tudung ke, background ke, apa sahaja yang lain dari bahagian kulit. Kita mahu ia nya di"mask". Atau senang cakap ia disorokkan.




11. lepas dah keliling kan muka dia. Tekan Ctrl+Shift+i. Kemudian amik paint tool. Kemudian letak aja warna hitam kat kawasan yang sudah di"lasso" itu.


12. (lupa nak screenshot). Tekan Ctrl + D. Kemudian siap tutorial kulit yang halus dan mulus!


sebarang soalan boleh diajukan di ruangan komen.










Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP