Apa yang kau buat?
Bila kau buat satu benda, ia takkan bermakna kalau kau buat untuk diri kau seorang.
Contohnya ada mamat ni nama Ahmad, dia kaya raya, rumah besar, kereta besar. Tapi dia duduk seorang dan dia rasa dia happy dengan apa yang dia. Memangnya dia happy, tapi adakah kegembiraannya itu bermakna.
Jadi mungkin kau akan tertanya-tanya.
Bagaimana kalau Ahmad tiada keluarga? Tiada adik beradik? Jika Ahmad bermuka pecah maka tiada awek atau isteri yang mahukan dia.
Jadi mugnkin Ahmad perlu fikir. Demi siapa dia buat itu semua? Kalau dia buat demi Allah. Maka mungkin dia akan mendapat kegembiraan yang bermakna. Jika tidak, itu terpulanglah kepada Ahmad.
Apa yang kau buat, merupakan cuma sebahagian dari kejayaan dan keseronokan. Tapi dengan siapa kau kongsi merupakan lagi satu bahagian yang sangat penting dari apa yang kau buat.
4 carutan balas:
"happiness is only real when it is shared.."
-into the wild
Itu kalau sharing happiness. Kalau benda benda sedih macam mana letaknya sharing tu?
kaukopiakuamar
salam bro
weh,aku rasa ko pun tau pasal hal ni, tp aku nak cakap jugak.
aku rasa salah satu sbb ko punye blog dah tak ramai org komen ialah sebab ko semakin matang dalam menulis dan entry ko dah tak kontroversi macam dulu. memandangkan demografi pembaca ko ialah siswa siswi yg huha huhi, maka diorg tak dapat menerima perubahan sebegini maka semakin hari semakin berkurangan lah jumlah kunjungan mereka ke laman sesawang ni.
weh ko keje mane skrg?
amar
anak kepada umar :
aku sebenarnya sendiri dah lama tak bukak blog sendiri. haha. Aku bukak untuk menulis sahaja. Sori lah kalau lambat reply ye.
aa. aku tak kerja sekarang. Aku ambil gambar sepenuh masa dan aku hepi dengna apa yang aku buat. huhu
tu la. aku pon tau kurang komen. tapi takpelah. aku pon menulis kebanyakan masa untuk diri sendiri je.
Catat Ulasan