Mengenai status, pekerjaan dan keturunan melayu
Aku konvo ahad ni.
Tahniah la kat diri sendiri.
Lepastu membuatkan aku fikir,
Untuk apa kita kerja?
Pastilah untuk mencari duit. Mahu makan. Di dunia kapitalis ini duit itu sangat perlu. Kalau tiada duit, nak makan macam mana? nak duduk kat mana? nak bergerak macam mana?
Semua tak boleh.
Tapi Melayu, bagi aku kebanyakan kita bekerja kerana status.
Status sebagai pemain bola, pelumba basikal, penulis, atau bekerja sendiri dipandang ringan. Maknanya kerja yang nampak remeh. Tidak tetap. Tada masa depan. Ia dipandang ringan dan sukar untuk melayakkan kau sebagai calon menantu.
Jadi akibat kpentingan status ini, ramai antara melayu, yang merupakan pemain bola, pelumba basikal, pelukis, peulis atau bekerja sendiri gemar menunjukkan kekayaan mereka.
Mereka mahu kereta yang hebat dan rumah yang hebat, serta pakai pakaian yang mahal. Bukan sahaja mereka mampu, malah bagi aku cuma untuk beritahu yang mereka juga ada status. Mereka tidak bolehlah nak berlagak pasal pekerjaan mereka. Jadi mereka mahu membuka mata Melayu lain yang pandang remeh pekerjaan mereka supaya buka mata.
Ada orang rela bergaji kecil asalkan bunyi kerjanya sedap didengar.
Kurang orang yang mahu status pekerjaannya nampak remeh tapi gajinya sebenarna besar.
Kerana orang mana ada tanya gaji. Orang tanya, "kerja apa?"
Jadi sekarang kita nampak macam ada dua sebab sahaja mengapa orang bekerja?
Duit dan juga status.
Jadi bagaimana pula dengan sesuatu yang kita suka?
Adakah ia tidak dipanggil kerja?
Misalnya ada orang suka membuat kek. Dan dia sungguh hebat sekali membuat kek. Lalu dia tak berhenti membuat kek dan setiap hari keknya bertambah sedap. Adalah satu kerugian jika kemahiran membuat keknya ditinggalkan. Ia bukan sahaja satu benda yang kita boleh menjana pendapatan, malah ia sesuatu yang disukai oleh orang tu. Dan bak kata Steve Jobs dan aku simpulkan, dia kata yang dia lebih suka hidup dengan menahui yang dia dah buat sesuatu yang bagus untuk dirinya berbanding menjadi orang yang paling kaya sekali.
Macam aku, aku suka ambil gambar dan mungkin membentuk manusia. Dan aku begitu suka subjek pengangkutan. Serius aku suka. Aku mahu buat sesuatu yang kita satu dunia boleh happy dengan sistem pengangkutan baru.
Benda tu takde dalam kepala aku lagi, tapi aku pasti seronok kalau aku dapat masuk dalam sesuatu bidang yang melibatkan pengangkutan.
Jadi aku fikir,
Aku terlampau sayangkan fotografi untuk tinggalkan.
Jujurnya sekarang aku buat fotografi sepenuh masa dan aku begitu suka dengan kerja aku. Aku control kerja aku sendiri dan control masa aku sendiri. Aku belajar banyak pasal disiplin. Aku rasa aku boleh hidup, cukup makan pakai dan paling penting aku happy dan aku sentiasa belajar benda baru.
Tapi, jujurnya. Aku mungkin tukar fikiran. Malah sedang berfikir-fikir sekarang.
9 carutan balas:
fotografi pun tak kurang hebatnya.
tahniah untuk graduasi. :)
setuju. macam aku, kerja jadi pengembala kambing, jadi aku nak tunjukkan yang dengan bela kambing pun boleh hidup senang.
tapi sebenarnya aku belum kerja pun lagi. menganggur. satu matlamat kenapa aku nak kerja - bayar ptptn!
settle ptptn aku mau duduk rumah jaga suami dan anak2. lol!
btw, congrats! all the best!
Kalau ada peluang kerja tu ambil je.. jadi kau akan ada pengalaman bekerja guna ijazah kau. Mungkin lepas tu kau boleh compare macam mana...
cantik. ak suke isu ini. tentang status dan pangkat. ramai orang dlu2 susah, pastu bile da jadi kaya sikit dgn bisnes kecil-kecilannya, da pki mercedez, which bulan2 bayar 2-3 ribu, roadtax smpai 2-3 ribu. bagi aku, satu pelaburan yang membazir. bisnes bru skit je.
Tahniah konvo!
tangkap gambaq banyak2 oke, suka sgt stail gmba2 awak =)
tahniah sbb dah convo shi.
betul apa yang ko cakap pasal buat apa yg kita suka utk hidup aku sokong 100%. aku pun pernah terfikir nak buat macam apa yg kau ckp. cuma...bg aku kita kdg2 terpaksa buat benda yg kita x nak sbb hidup kita byk berkait dgn org lain. maksud aku, bg kita, mungkin hidup yg cukup makan tp gembira adalah sudah memadai. tp mungkin bg orang sekitar kita, (bakal isteri ataupun keluarga) hidup kaya tp terpaksa berusaha keras dgn kerja yg x digemari adalah sesuatu perkara yg dianggap perlu dalam hidup. dan aku rasa zaman sekarang ramai yg memilih no.2. kalau kau berjaya buat yg no.1, aku amat jealous dengan kau dan pd masa sama mengucapkan tahniah pada kau skali lg. selamat berjaya dalam hidup shi.
p/s: sory shi aku mmg xde blazer, yg aku pakai time convo tu pun aku pinjam,muahaha
paf. awek kau cun,
tahniah..waaa.best convo...fotografi mmg best...
salam
tahniah sbb dah konvo.
konvo ni bagi aku ada 2 purpose: 1. utk amik gambar famili utk menggembirakan hati mak ayah dan 2. utk guna kertas bercop merah dan berborder emas tu utk tunjuk masa temuduga. (itupun kalau interviewer tu nak tengok)
dan paling penting. tak semestinya kita ada degree satu bidang kita wajib keje dalam bidang yang sama. byk org2 hebat keje sbb passion diorg dan bukannya keje sbb nak cari duit walau tak dinafikan passion tak boleh beli nasik tp duit boleh.
ape merepek ni. haha
anak umar
Catat Ulasan