Trip ke redang!
Aku rasa blog aku ini sudah kurang komen dan kurang pembaca sebabnya aku dah mula cerita benda yang sampai tahap orang tak faham mungkin.
Aku dah mula cerita benda yang terus keluar dari hati tanpa ditapis otak. Atau mungkin terus dari otak tanpa ditapis hati orang lain.
Nabila farhana cakap, "orang dulu baca blog awak sebab awak cerita best, mengarut, ataupun orang cuma nak tahu pasal awak. Sekarang orang tak baca sebab orang tak faham apa yang awak tulis. Awak je faham"
Jadi di hari Ahad pagi ini, biar aku update sikit cerita yang tidak serius.
ok,
Selalunya mana-mana tempat yang pertama kali aku pergi. Mesti aku ada belajar sedikit sebanyak tentang perihal orang-orang disana. Tapi di Redang aku tidak belajar apa-apa. Mungkin cuma sedikit, perihal budak-budak pulau yang dapat awek-awek cun meletup-letup. Sampai aku terasa ingin menjadikan budak pulau sebagai karier.
Pergi bukan nak tangkap gambar, jadi kamera aku jarang-jarang keluar, banyak masanya di dalam beg. Atau di dalam bilik. Tapi kadang-kadang tangkap jugaklah.
enjoy la sikit sikit.
2 carutan balas:
Terutamanya mat saleh sebab diorang ni biasanya backpackers... jadi nak saving setakat mana yang boleh. Kalau mengendeng budak pulau ni dapat la diorang snorkeling free ke, scuba ke. Budak pulau tu pulak dapat la habuannya.. haha
ye je ko ni? haha
Catat Ulasan