politik dan wanita yang power
Aku kurang sikit baca atau sekurang-kurangnya tahu pasal politik dalam Malaysia ni. Aku cuma rasa terlampau bodoh dan tak berbaloi untuk aku begitu ambil tahu. Aku rasa tak penting untuk aku tahu pasal pilihan raya dan segala. Semua sama sahaja. Sebabnya ialah politik di Malaysia ini bukan politik untuk pembangunan. Bukannya politik sebab masing-masing ingin memajukan rakyat.
Kalau mereka betul-betul mahu menang pilihanraya untuk memajukan rakyat. Mengapa tak majukan sahaja secara bersama-sama. Nampaknya mereka lebih suka untuk menang. Untuk kuasa. Wang. Mungkin.
Berkaitan dengan politik. Aku rasa bini Anwar Ibrahim seorang yang power.
ok,
cuba kau bayangkan, laki kau kene tuduh jolok bontot orang, freemason lah, skandal seks lah. Kau rasa, perempuan biasa akan tahan ke benda-benda tu semua.
Semua orang mahu kehidupan yang bahagia. Tanpa orang lain kacau mereka. Tenang. Aman.
Tengok macam mana bini Anwar Ibrahim tahan dan percaya dengan Anwar.
Kau bayangkan tiba-tiba keluar suratkhabar, muka macam laki kau, dengan pelacur. Sentap sial.
Siap ada sumpah laknat segala. Kau rasa kau tak goyang? Kau rasa kau sanggup percaya? Kau rasa macam kau tak suruh ke laki kau stop je politik. Bukak bisnes jual tudung ke, jual fridge magnet ke. Hidup biasa. Kau tak rasa kau akan suruh laki kau buat macam tu ke?
Mungkin kau percaya dengan laki kau sebab kau lebih kenal dengan laki kau. Tapi aku cukup respek macam mana Wan Azizah tu boleh tahan tekanan dari sekeliling. Terhadap keluarga dia. Macam mana dia sanggup berjuang kononnya mahu tegakkan kepercayaan dia terhadap laki dia. Aku cuma rasa tak semua perempuan sanggup macam tu.
Kau cuba bayangkan Wan Azizah seorang yang kuat merajuk. Seorang yang perlu dipuaskan hatinya. Kau tak rasa akan memberi tekanan kat Anwar? Aku rasa kalau bini dia seorang yang tak supportive lansung. Pasti Anwar macam hilang tujuan tak tau nak buat apa.
Macam mana hebat dan hensem seorang lelaki. Pasti memerlukan support wanita.WAJIB. Samaada ibunya atau isterinya. Jadi, jatuh bangun suami anda pasti sedikit terpulang kepada diri anda(isteri)
Wan Azizah ni sanggup berjuang bersama-sama laki dia dan sentiasa sokong apa yang laki dia mahu buat sebab dia tahu cuma diri dia yang betul betul belakang Anwar. Hebat kan?
Tapi kalau Anwar tipu. Jahat gila. Untuk isteri dan anak-anak dia.
6 carutan balas:
hanya mampu tersenyum dengan ayat ni
"Macam mana hebat dan hensem seorang lelaki. Pasti memerlukan support wanita.WAJIB. Samaada ibunya atau isterinya. Jadi, jatuh bangun suami anda pasti sedikit terpulang kepada diri anda(isteri)"
Jangan tak pedulikan politik negara. Sedikit sebanyak kena ambil tahu untuk elakkan ditipu oleh mana-mana pihak.
Tapi memang respek dgn WA sebab she's really an inspirational lady and strong too! Sememangnya dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sentiasa menyokong suaminya tanpa kira apa yang berlaku.
Tengah imagine kalau bik Mama kena macam ni..ngaa
Salam kenal :)
bro,
just one word,
high 5! (oke aku tipu, one word, 1 digit)
we are in the same boat.
Enuff said.
dah lama rasa jugak.
wanita macam mana azizah tu??
hebat sangat!
i loikkeee n3 ni...
Catat Ulasan