Pasal masa depan saya, kamu dan dunia
Aku rasa dari dulu aku dah pernah cakap, aku tulis blog ini untuk rujukan anak cucu aku tentang kehidupan aku dan juga untuk diri aku sendiri bila dah tua nanti.
Mungkin aku sikit sentimental, tapi aku sentiasa mahu jadi orang yang lebih kekeluargaan. Aku mestilah mahu rapat dengan keluarga aku, kalau aku ada anak, aku mahu pergi main bola dengan anak aku, mahu belikan dia kamera supaya aku boleh ajar dia macam mana pegang kamera. Aku mahu jadi cool di mata anak aku.
Aku lebih mementingkan kebahagiaan yang diberi semasa berada dengan orang-orang yang aku sayang berbanding "membelikan" dia kebahagiaan.
Aku nak bila anak atau cucu aku baca blog aku ini, dan dalam buku-buku kecik yang aku tulis. Dia akan suka dan dapat tahu aku macam mana. Mungkin untuk dia belajar, atau mungkin untuk dia kenal aku.
Cuma aku harap, dunia ni cukup panjang untuk harapan aku, dan aku pasti ia harapan kamu juga.
4 carutan balas:
aku suka. please be more to family :)
agak2 blogspot hidup lagi tak masa anak cucu cicit kita?
salam kenal.
yang penting kau ajar dia orang tulis blog.
aku nak follow.
aku doakan kau jumpe perempuan yang LAYAK bergelar isteri. :)
Catat Ulasan