strategi pemasaran bazaar ramadhan terutama kepada peniaga baru.
salam,
aiceh. Jarang jarang aku punya entri ada salam. haha.
Setelah 3 hari berpuasa, ketiga-tiga hari aku ke bazaar ramadhan. Di tasik permaisuri aja. Dekat dengan rumah. Malas pergi jauh-jauh. Maklumlah, orang macam aku ni kerja dari rumah. JAdi tiada masalah sangat.
Ketiga-tiga hari aku melakukan pemerhatian tentang pemasaran di bazaar ramadhan. Aku tengoklah kedai mana yang ramai orang, kedai mana yang tak ramai orang. Lepastu aku cuba tengok apa masalah kedai yang tak ramai orang tu.
Dan kemudian aku analisa dan aku tuliskan di sini.
1) Hari pertama puasa ialah hari yang paling penting. Kalau boleh biar masa tu kau punya makanan paling sedap sekali dalam dunia. Sebab orang ni, terutamanya kuih-kuih. Kalau dapat satu kedai yang sedap, dia dah tak pergi kedai lain dah. Dia akan target satu kedai je untuk beli kuih tiap-tiap hari.
2) Orang tak kisah untuk bayar mahal untuk benda yang sedap. Jadi, kalau kau jual mee sup contohnya, biarlah letak harga RM5 satu bungkus pon. Tapi kalau sedap mesti orang beli juga. Sebab ini makan, setiap harga berbeza rasa. Ini bukan macam jual kerusi. Ada kerusi sama berbeza harga. Ini makan, kalau mahal bersebab orang tak kisah.
Kau bayangkan orang lapar puasa satu hari, kalau mahal setakat seringgit dua ringgit aku tak rasa orang takkan beli. Tapi yang penting mestilah sedap.
Kalau murah mungkin ramai orang untuk hari pertama, lepastu dah takde orang dah nak datang gerai kau. Mee sup RM2.50. Tapi sikit, lepastu rasa macam sial.
3) Pastikan ada awek cun jaga kedai kau. Selalunya ramai orang.
4) Servis lambat sikit tak apa. Logiknya disini ialah,
Bila servis kau lambat yang tidak keterlaluan, orang akan beratur atau berkerumun di depan gerai kau. Aku perasan, gerai yang ramai orang kerumun ni akan menyebabkan makin ramai orang kerumun. Ok, bila dah terlampau ramai orang kerumun, baru kau lajukan gila babi kau punya servis.
Maka orang akan sentiasa bertambah. Tapi jangan dilupa, makan mesti sedap dan ikhlas. Lepastu mesti hari hari kedai kau orang berkerumun.
5) jangan jerit-jerit panggil orang datang gerai kau. Mereka lagi tak mahu datang. Buat rileks. Selamba. Kalau orang tak datang gerai kau, kau berdiri je. Mesti ada orang pandang-pandang. Pandang je sudah bonus. Bila mereka sudah pandang, baru kau cakap, "tauhu bakar bang?" atau mungkin, " tauhu sumbat bang?"
Kalau tiada orang pandang, jangan jerit.
6) Dari segi pemakaian, kalau boleh biarkan nampak seperti penjaga gerai yang berpengalaman, Selalunya memakai topi percuma lusuh, pakai baju kolar belang-belang yang sudah buruk-buruk sikit. Banner kedai yang direct dan tidak terlampau funky lepastu macam banner tu sudah lusuh macam nampak sudah lama. Dan apron yang lusuh juga.
Elakkan berpakaian kemas. Nampak sangat baru berniaga.
Kalau boleh biar ada orang tua yang berkopiah jaga kedai. Untuk menambahkan efek berpengalaman.
7) Jangan menggatal, berlagak cool macam sudah biasa berniaga. Jangan nampak begitu teruja.
8) ok. ada tambahan?
5 carutan balas:
Yang ni ramai dah apply rasanya
Harga tu paling kurang kasi bundar 50 sen, atau pun 1 ringgit. Senang nak kira, orang pun tak tunggu lama nak ambil baki.
masak benda-benda yang bau sedapp.
sure naik hidung masing-masing.
dari jauh orang dah cari bau datang dari mana.
perlu buat-buat busy. kasi orang respek workrate kita. haha
diloz:
yup. bau bau sedap.
Peniaga burger patut pakai.
Kira, masak burger sambil goreng bawang sekali. fuh..
paling penting mesti ade awek, tuje..awek cun ok
Menarik artikel ini..
Catat Ulasan