25.12.09

Kat new york pon takde salji, kat KL ade salji

1.Maaf kepada orang yang aku tak list kan blog mereka dekat blog list. Sebab aku dengan bangangnya sudah terbuang layout yang dulu dan terpaksa tukar balik semua.

2.Tadi aku jalan-jalan di pavillion. Aku lupa hari ni krismas jadi orang ramai nak mampos. Ada salji kat pavillion. Gle ar. Tapi tak sempat jejak tanah, salji dah cair. Panas kot. Memang la cair. Aku cakap kat Nabila Farhana, kat new york pon takde salji sebab global warming, kat KL selamba je ade salji keluar daripada tulisan pavillion tu. Huhu

3. Ingat tak aku pernah cakap perempuan sebagai tiang negara? Jadi mereka perlukan kawalan. Apakah cara terbaik untuk mengawal perempuan? ialah dengan perkahwinan. Kurang dosa, institusi keluarga pon makin terkawal. Sebab nak jumpa orang tak respek mak bapak senang, nak jumpa orang tak respek suami memang ada, tapi jarang-jarang.

4. Keluarga yang sihat menjamin kehidupan sosial yang terlebih sihat. Jadi, berkeluargalah dengan baik-baik. Belajar untuk mengawal.

5. Aku kalau ada anak perempuan aku nak suruh kahwin awal. Kurang dosa aku, tak payah tanggung dosa anak perempuan aku pulak.

6. Sebab itu Islam habis mudahkan perkahwinan, adat di Malaysia ni menyusahkan.

7. Aku cakap pasal kahwin ni bukan semata-mata sebab nafsu. Tapi atas sebab cara paling mudah mengawal manusia. Bila lelaki rasa ada tanggungjawab, bila perempuan rasa dikawal.

8. Aku tau mesti ramai yang tak berpuashati, atas sebab nanti banyak isu penceraian bila kahwin awal, keluarga jadi lebih rosak. Dan mungkin pelbagai lagi bantahan yang aku tak terfikir.

9. Akhirnya semua berdasarkan kematangan seseorang. Sama ada bersedia atau tidak.

10. Budak UIA banyak kahwin awal, sebab dalam kelas UNGS ada belajar pasal kahwin dan betapa kahwin awal ni bagus. haha. Aku lepas keluar dari kelas tu, aku lepak borak-borak semua nak kahwin. Gile kelakar. haha

11. Jadi, tahniah untuk ridzuan atau duan atau apekzer atas perkahwinan anda dengan mira. Aku suka dan teruja member aku sorang dah kawin. Gile rock.



Read more...

24.12.09

AHHH shiT!!!!

ayat pertama yang keluar dari mulut aku setelah tersalah tekan dan menukar habis template ni menjadi super fucker!!!

esok lah baru tukar..
leceh kot nak buat ni..

tekanan!
sial!!!



Read more...

kepada nadiah dan rahman

DSC_0256

DSC_0149

DSC_0259

DSC_0064

DSC_0061

DSC_0050

DSC_0038

DSC_0043

Murah aja ni.RM70 sahaja. Kalau nak sila email ke:

akukopikausiapa@gmail.com



Read more...

22.12.09

Taman dan kepentingannya

Semalam ialah ulang tahun keempat aku bersama nabila farhana. Tahniah kepada kami.

Hari itu aku duduk-duduk di taman klcc, hari sebelum tu aku duduk-duduk di taman tasik perdana, lagi ditaman orkid. Di melaka aku duduk-duduk di taman bukit serindit. Aku suka taman.

Aku suka lihat orang-orang ditaman, lalu buat aku terfikir, mengapa orang bercinta suka ke taman(tolak orang yang ingin beromen di taman), keluarga semua suka bergembira di taman, kawan-kawan semua seronok di taman.

Aku tak suka orang yang beromen di taman, sebab menyusahkan aku yang suka ke taman, nanti dituduh ingin beromen jugak. Padahal aku suka duduk di kerusi sambil tengok-tengok orang, sambil berborak sahaja. Tak pasal-pasal aku dituduh beromen bila ingin ke taman dengan Nabila Farhana.

Taman bagi aku ada atmosfera kasih sayang, bila duduk di taman aku rasa happy dan mendamaikan, aku boleh duduk senyap di taman lama-lama tanpa rasa kisah. Semua orang suka hati di taman. Banyak kasih sayang tersebar. Cuba bayangkan satu dunia ini penuh dengan taman, pasti semua orang berkasih sayang kan? Akibat daripada aura yang disebarkan oleh taman.

Bunga dari taman juga boleh jadi lambang kasih sayang, sebab itu orang bercinta mahu kasi bunga.

HAdiah cincin, baju, kasut nampaknya tidak cukup asli. Bunga nampak lebih asli perasaannya.

JAdi cuba bayangkan dunia ini penuh dengan taman, pasti seronok, semua orang berkasih sayang, tidak susah-susah. Tidaklah bunuh-buruh, rogol-rogol, perang-perang.

Kita sekrang banyak bangunan keras-keras. Keras sama keras macam hati hati. Orang-orang didalamnya keras, Aktiviti-aktiviti yang dilakukan didalamnya kelihatan keras. Tidak seronok.

Aku cuma harap sekarang lebih banyak taman, lebih banyak kasih sayang.



Read more...

15.12.09

saya suka gambar family!!

DSC_0249

DSC_0244

DSC_0218

DSC_0216

DSC_0215

DSC_0107

DSC_0211

DSC_0133

DSC_0114

DSC_0112

DSC_0078

DSC_0072


Kalau nak family anda diambil gambar juga..Email sahaja..Cuma RM70.

akukopikausiapa@gmail.com



Read more...

13.12.09

Hari ini 35 : Sudah mula terasa

DSC_0308

Hi, sudah seminggu di UIA, kerja-kerja studio sudah terasa. Seronok mungkin, kumpulan kali ini harap dapat memberikan yang terbaik, maklumlah, sudah studio yang last, jadi buat betul-betul harapnya oleh rakan-rakan.

Semalam pergi karaoke bersama keluarga dan nabila farhana pon join sekaki. Macam nak gila menyanyi. 4 jam. Gila babi lah.

Ada benda yang dari kecik aku terbawa-bawa sampai sekrang, sebagai contoh tidur dengan tutup muka, dari dulu sampai sekarang aku tidur tutup muka, salah satu sebabnya, masa kecil aku fikir, kalau tidur tutup muka nanti hantu tak dapat ingat muka kita jadi hantu tak kacau kita kalau kita jalan-jalan tengah malam.

Lepastu aku fikir, hantu mana ada kamera untuk dia ingat muka orang, jadi mungkin hantu lukis muka kita, so kalau dia nampak budak kecik jalan-jalan waktu malam, dia ingat muka kita, nanti dia kacau. bodoh gila. haha

Sampai sekarang aku tidur tutup muka.

Apa benda mitos yang kurang fikir masa kecil dan terbawa-bawa sampai sekarnag. Mesti ada kan? huhu



Read more...

11.12.09

Harijadi terjadi

DSC_0089

DSC_0038

DSC_0361

DSC_0337

DSC_0233

DSC_0211

DSC_0175

DSC_0134

DSC_0100

DSC_0078

DSC_0059

DSC_0046

DSC_0032

DSC_0123

Jadi kalau ada memerlukan khidmat aku, boleh la kasi email kat aku. murah aje.

RM70.

Jadi kalau kau takde budget untuk gambar kahwin, gambar kau dengan bf kau jalan-jalan di bukit bintang, gambar birthday party, gambar kawan-kawan kau semua pergi karaoke. Gambar outdoor. Apa-apa gambar la senang cakap.

Silalah email akukopikausiapa@gmail.com . Aku amek rm70 je. Untuk suka-suka.

Pakej yang akan kamu dapat:

1. Ambil gambar sesukahati dan sebanyak yang boleh.
2. Photographer yang hensem dan cool
3. Edit lebih daripada 70 keping gambar.
4. Siap dalam masa seminggu.
5. Bergembira dan berseronok bersama encik akukopi semasa sesi ambil gambar.
6. Gambar yang lebih kurang sama tapi bawah sikit dari orang amek ribu-riban.

Benda yang kamu takkan dapat

1. Custom album kerawang-kerawang
2. Sticky album kerawang-kerawang
3. gambar pakai lens wide angle.
4. Gambar yang terlampau cantik macam harga ribu-riban.

oklah, RM70 je. Takkan korang expect gambar letup-letup kot. huhu.




Read more...

7.12.09

Copy paste lagi. aih.

Jadi aku terdapat satu soalan di email aku. Yang aku rasa aku suka. Sebelum ini banyak gak orang tanya aku soalan-soalan. Tapi yang ini aku rasa berminat untuk copy paste disini. Jadi kalau rajin. Bacalah ya.

Soalan oleh estimaratikonita(bukan nama sebenar)

assalammualaikum...
hye mushi, aku selalu baca blog ko. story ko menarik. aku segan nak tanya kat blog. so aku mendengar nasihat ko supaya guna email saja.
kesah aku macam ni,
ada mamat kat tempat aku keje. dia baru jer masuk kerja kat situ. lebih kurang 2 atau 3 kali aku ada cari pasal sket ngan dia. dia pun ada jugak buat perkara yang sengaja wat aku marah. kitorang tak gaduh directly, biasanya menggunakan orang tengah. dan aku pun tak pernah bercakap ngan dia.


tapi lama lama, aku rasa macam suka kat dia. ermmm susah jugak aku nak explain suka macam mana. tapi tetiba jer aku rasa macam suka kat dia lah. kalau boleh dalam 1 hari tu lebih sepuluh kali aku wat wat terserempak ngan dia. tapi tak tau la dia perasan ke tak. aku tak tau dia suka kat aku ke tak. aku tak tau dia dah ada awek ke tak. ada sekali ari tu aku mengambil langkah drastik dengan menghantar sms kat dia. hampeh! tak balas pun. so aku rasa dia mungkin tak suka kat aku.

tapi kan mushi, dah 2 bulan dan aku masih mengharapkan dia. macam mana ek?
p/s: ko jawab betul betul sket, jgn main main, jawapan ko menentukan masa depan aku nih.
thankz in advanced



Jawapan oleh hafizudin hamdan(ya..ini nama sebenar beliau) a.ka akukopi a.k.a mushi

w'salammaaf lambat sikit reply email ko..

mula-mula kau perlulah tahu status die. sama ada die dah ade awek ke, manalah tahu die dah kawin ke. Barulah boleh start keje.

Tapi untuk mudah aku bagi kau 2 situasi. iaitu dia dah ade awek dan single.

UNTUK ADA AWEK DAH.

Kalau dia ada awek, mungkin itu sebab utama dia tanak layan kau dan dia tak suka kau, tapi mcam biasalah, die tetap lelaki kan, selalu lelaki ada awek macam mana pon mesti die layan jugak.Kalau kau still nak kat die jugak kalau die ade awek ialah dengan cuba cari alasan kerja, masa kau sms tu jangan lah cakap hi terus, lelaki selalnuya tak suka perempuan yang buat 1st move. Nak-nak lelaki yang cool macam kau suka ni, sebab ikut cerita kau aku rasa lelaki ni pastinya hensem, berambut pendek, agak tinggi sikit, berjalan agak bongkok sikit dan kurus. betul?

Bila kau sms kau pastikan message atau perbualan kau tu sedaya upaya berbentuk kerja, contohnya macam, eh..bos cuti eh minggu depan? pinjam tong sampah kat bawah meja kau tu? ade highlighter? pinjam pen. benda-benda kecil macam tu je.

Dan bila kau rasa dia ade awek, elakkan soalan macam "awek sihat?", itu soalan biasa nak tau ade awek ke tak, sebaliknya cuba tanya macam, "cuti aritu aku bosan gila duduk rumah, ko watpe weekend aritu?" dan biasanya laki akan jawab macam,"dok umah je, tengok tv.bla bla", atau keluar tengok wayang." dan masa ni barulah kau celah, "ngan awek?" then nanti die baru jawab.

Perlu diingat jangan la hari-hari kau tegur, cuba selang sehari, 2-3 hari sekali, barulah kau boleh tanya soalan berat sikit pasal awek ke ape ke.
ok?

Teknik buat-buat terserempak tu bagus, tapi jangan lah sampi sehari 10 kali, nanti nampak sgt kau desperate, yg penting janganlah macam tunjuk sangat, cuba act cool, dan paling penting mulakan komunikasi.

Ok, kau hanya akan tahu kau berjaya kalau dia ada awek bila die dah start cerita problem die ngan awek die, masa ni aku boleh kasi kau jaminan 70% berjaya. Pada masa-masa ni paling penting ialah kau layankan je dia cakap, sebab ini teknik biasa lelaki yang ade awek nak start tackle orang. Bila kau layankan, kau kena hipokrit sikit yang kononnya kau adalah berlawanan dengan sikap awek die tuh,

logiknya ialah bila orang ada masalah dengan awek ni, die akan mencari perempuan yang berlawan dengan sifat buruk awek die tuh. Tapi paling penting, kau jangan tunjukkan terang sangat yang kau berlawan, sebaliknya biar dia analisa sendiri sifat kau, sebab orang lelaki biasanya hebat analisis. Jadi kau gunakan kelebihan lelaki tu supaya die boleh analisis kau.
Sebagai contoh, awek die kuat gile babi marah2. Suka maki hamun, Kau janganlah sengal sangat cakap, "i baik, i tak marah-marah, i tak pernah mencarut tau, awww!" kalau macam tu mungkin kau perlu di siku, kau cakap macam, "oh..yeke?.urmm.." ok, cukup. Then dah abis proses tu boleh lah kau ajak die makan ke, apa-apa lah. Yang penting cuba jadi macma sifat berlawan dengan awek dia.

Ok, lepas tu kau kene pandai-pandai, nanti die mesti suka kau, then nak kat kau.

KALAU TAKDE AWEK

kalau die takde awek dan die tanak layan kau ada beberapa sebab, 1. mungkin kau bukan taste die 2. Mungkin die memang tak suka kau 3. Atau mungkin die seorang yang pemalu 4. Mungkin die sangat hensem dan die rasa kau tak layak(lelaki pandang luaran, perlu diingat, tubuh badan pon luaran, bukan dalaman, walaupun ianya di dalam baju. haha.) 5. mungkin die gay 6. mungkin die memang malas nak ade awek. 7. apa-apa saja kemungkinan yang kau dapat buat
Tapi jangan risau, segala kemungkinan itu boleh diubah dan buat dia suka kau.

Kunci utamnay seperti yang aku cakap sebelum ni ialah komunikasi. Wujudkan komunikasi, guna teknik aku cakap kat atas.

Kemudian perlulah jual mahal, jangan tunjuk desperate.

Kau perlu analisis nya dengan perempuan lain, adakah mesra? adakah memang jenis dingin dengan wanita? Atau adakah dia digilai wanita?

Tapi tak kira apa kemungkinan die, kau cuma praktikkan benda yang sama macam aku cakap untuk ada awek, Mulakan perlahan-lahan, jangan terlampau rushing. Jangan tunjuk kau nak tackle die dulu. Cuba carik apa lebihnya kau berbanding orang lain, contohnya kau hebat dalam acara lompat tinggi. Cuba cari kesempatan untuk kau tunjuk kau hebat dalam acara lompat tinggi atau lari berganti-ganti.. Tu contoh jelah.
Kadang-kadang lelaki ni suka sebab awek dia terer. So dia akan macam teruja lah.

Ok?

Urm.. bagi aku 2 bulan mengharap dia adalah satu tempoh yang cukup lama lah. Aku rasa kau betul-betul suka,jadi cuba lah tackle, tapi tolong, jangan nampak desperate, jangan kasi die rimas kat kau, lagi ok kau kecewa sendiri daripada kau tahan malu gila babi kalau die cita kat semua orang betapa desperatenya kau kan?
ok.?

eh..boleh aku copy paste benda ni tak letak kat blog aku? nama kau aku buang lah. Belakangan ni takde idea lah. huhu.kalau takleh takpe.
Yang ikhlas

-akukopiguarockgilababi-


Mesti malas nak baca kan? haha



Read more...

5.12.09

Benda kelakar minggu ini 2

DSC_0041copy

Macam biasa lah, bila orang tulis blog ni dah takda idea, Maka mereka akan paste benda yang orang type di search engine dan tersinggah kat blog diorang.

Aku pon sama

Jadi disini aku akan jawab, jadi bila ada orang yang bangang dan tertaip benda yang lebih kurang sama, maka mereka akan jumpa jawapan.

1. No Telefon perempuan ym seks
Kalaulah semudah ini nak dapat no phone perempuan.

2. haiwan ku
Kucing

3. Macam mana nak jadi seorang yang cool
Dengan tidak bertanya di google bagaimana menjadi seorang yang cool

4. Lelaki pentingkan awek atau kawan perempuan bila dua gadis dilanggar lori.
siapa yang lebih cun?

5. gambar punggung perempuan paling besar
HAHAHAHAHa

6. Fesyen untuk berpunggung besar
Boot cut

7. Ada tak budak uia lesbian?
Ada. Bodoh sial soalan ni. Adeh.

8. pil hormon puki
Apa tujuan pil ini?

9. Vagina pakai legging ketat
Vagina yang pakai legging? kepala hotak.

10. Tajuk aku dan salahku
haha. Tak tau nak cakap apa.

11. Punggung seksi makcik bertudung
Gila bodoh sial

12. Gadis suka laki macam mana?
Macam aku

13. pegang-pegang perut
Tanda kenyang

14. Perangai perempuan berpunggung kecil
Aku tertanya-tanya, perengai perempuan mengikut size punggung ke?

15. adakah pengkid ada sperm?
Minta maaf, tapi kamu terlampau bodoh.

16. duit banyak beli aper?
Beli buku, baca, jangan tanya soalan bodoh kat google.

17. sekolah orang gemuk
haha..sekolah gemuk pon ada sekolah khas ke? mesti kene tipu ngan member.

18. aku suka perempuan yang garang
Aku suka sikit ar.

19. macam mana jadi perempuan
Berfaraj

20. macam mana nak buat seks dengan perempuan seksi
Seperti buat seks dengna perempuan tak seksi.

21. hana comel
terima kasih

22. cantik ke aku?
cantik atau tidak sudah kira tak penting. Tapi kamu sengal.

Esok aku akan pulang ke UIA. Jadi purata aku menulis dalam seminggu akan berkurang sedikitlah. Selamat pulang kepada semua rakan sejawat aku.



Read more...

2.12.09

Pattern manusia

Aku selalu cakap pasal pattern manusia, tapi aku tak pernah cakap pattern manusia ni terbahagi kepada berapa jenis. Aku sendiri pernah cakap kat hanif pasal pattern manusia dan dia cakap ada buku tajuk personality plus yang dia ada, tapi dia tak habis baca lagi. Jadi aku terpaksa tunggu sebelum tengok buku tu.

Jadi aku cuba-cuba google pasal personality plus dan ada lah keluar bahagian pattern ni. Tapi takde detailnya. Jadi aku cuba buat kesimpulan sendiri.

Jadi, dia cakap manusia ni terbahagi kepada 4. Iaitu :

1. Choleric - Ini adalah orang yang jenis keras kepala, yang selalu keluar dengan decision, merasakan diri sendirinya sentiasa betul, ketua, pandai cakap. berpengaruh.

2. Melancholy - Ini ialah orang yang analytical, memandang sesuatu perkara secara menyeluruh, tersusun, bijak, membuat keputusan dengan betul.

3. sanguine - ini ialah orang yang sambil lewa, suka mahu main-main aja. Tak serius dalam perkara yang dilakukan, buat perkara separuh jalan, mudah bergaul dengan orang, sentiasa mencari jalan yang lebih seronok untuk melakukan sesuatu perkara.

4. Phlegmatic - Ini orang yang pasif, senyap, takde cadangan.

Jadi kau mesti perasan dalam satu kumpulan tu mesti ada ciri-ciri ni kan? Dan sebab tu jugak ada orang bergaduh dengan kerja sebagai contoh mamat choleric mesti selalu bengang dengan mamat phlegmatic sebab mamat phlegmatic ni macam sial pemalas nak buat kerja. Macam tula.

Yang dia cakap aku rasa mungkin secara terlampau general sahaja. Kiranya bukan secara detail gila babi lah. Aku pon tak baca buku tu lagi, tapi mungkin macam tulah.

Pembahagian pattern manusia ni takda yang bagus atau yang tak bagus. Semuanya ada kebaikan dan keburukannya. Contohnya Phlegmatic mungkin dilihat sebagai sesuatu yang lemah. Tapi dia boleh jadi followers yang bagus. Kalau takde orang macam Phlegmatic, siapa yang nak buat kerja? Jadi masing-masing melengkapi.


Ini aku punya result.Seorang yang Choleric, campur melancholy dengan sanguine, dan sedikit phlegmatic. haha.

Personality Plus
Your Result: Choleric
Result Breakdown:
77% Choleric
43% Melancholy
43% Sanguine
5% Phlegmatic
Quiz URL: http://www.gotoquiz.com/personality_plus_1


Cuba korang try buat pulak.






Read more...

1.12.09

Televisyen sebagai magic

Aku sedang cuba sedaya upaya menolak penulisan berunsur emosi, tak tahu apesal, minggu ni ialah minggu emosi gila babi. Kau pernah rasa tekanan gila dan kau tak tahu nak buat apa pon. Semua jadi macam sial? pernah? Ini aku rasa sekarang. Macam nak jadi gay. Fuck.

Ok,

Belakangan ni aku banyak berbual dengan hanif pasal televisyen, drama, perincian dalam movie, minda luar sedar,watak manusia, 2012, dajjal(topik tak pernah bosan, sebab banyak pandangan), apa-apa lah lagi tapi kebanyakannya mengenai perincian yang diluar sedar. aku suka betul topik tu, tapi aku rasa aku tak pernah cakap kat sini.Sebab susah nak terangkan.

Mungkin sudah berkembang sikit perbincangan aku dengan hanif sebab kalau dulu pastinya mengenai politik yang aku tak tahu apa pon, dan selalunya aku senyap je, lagi mengenai trend semasa, idea2 merepek(baru aku perasan aku kurang menulis pasal idea yang bodoh2 lagi macam dulu), pembangunan mapan, gadis, tubuh badan, perkara jahat yang dilakukan di sekolah, fesyen,tokoh, apemende lagi ntah aku tak ingat.

Tapi dapat rasakan "shifting" dalam topik perbualan aku. Terasa matang. haha

ok, jadi aku cuba nak tulis pasal cerita

Televisyen ini macam magic. Kerana magic mengawal otak kamu tanpa kamu sedar. Sama macam televisyen. TV yang kau tengok sebenarnya mempengaruhi kehiduan harian kau.

Alah, kita jangan tengok benda details gila macam dalam series the arrival of dajjal tu. Tengok sendiri, malas nak terangkan. Kita tengok benda yang biasa dan jelas tapi kurang diberi perhatian aja. Senang cerita aku bagi contoh :

1. Adakah culture kita bila ada orang ketuk rumah kita biarkan dia masuk? Tapi dalam cerita banyak macam tu kan? Bagus ke?

2. Dalam cerita, wanita ini mudah, pergi club, borak-borak sikit, one night stand. Cuba tengok cerita how i met ur mother. Rasa macam nak pergi club dan tarik je sorang. Tanpa rasa salah.

3. Kebanyakan cerita akan guna perkataan ini yang dipanggil 'universe'. Perasan tak? aku banyak perasan dalam movie akan guna. Contohnya macam 'the universe have decided'. Dia dah tak guna "faith" atau "god". Cuba try tengok dokumentari atau buku "the secret". Dia ckp psl universe ni lah lebih kurang. Susah nak terangkan.

4. Watak ibu selalunya digambarkan sebagai seorang yang annoying, dan ianya ok untuk kita marah.

5. Wanita selalu jadi dagangan utama dalam cerita. Yang mengakibatkan kita rasa wanita ini orang yang tak patut direspect, lemah dan bodoh.

6. Banyak lah lagi yang aku tak ingat, tapi kau boleh tengok sendiri, dan cuba tengok details die.

Paling penting cuba jangan tengok cerita secara seluruhnya. Maksudnya jangan tengok cerita dengan plotnya, jalan ceritanya. Biarkan itu jadi benda yang kedua. Apa yang paling penting ialah perincian dalam cerita tu. Tengok babaknya, wataknya. Benda-benda kecil macamtu, akan bagi impak luar sedar yang perlahan-lahan meresap masuk dalam kepala kau. Akhirnya akan mengubah hala tuju hidup kau.

Cuba kau lihat short film, yang aku buat, ada aku selitkan perincian, terutamanya dalam watak-watak. Benda-benda kecil yang susah nak perasan. Oh, dan perasan tak masa perempuan mengandung tu type kat laptop tu, die tulis ape? haha

Atau tengok cerita p. ramlee. Watak-watak dalam cerita dia banyak tunjuk pasal sekeliling kita dan sebenarnya sinis.

Susah betul nak terangkan topik ni. Tapi aku harap boleh faham lah.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP