30.11.10

Aku pon sudah mula buat soalan


Meniru blog-blog lain, bila dah takda idea mahu tulis apa maka akan ada sesi soalan yang mana kau boleh tanya aku apa sahaja dan aku akan jawab.

Soalan boleh jadi apa sahaja, bukan soalan tapi cuma komen tentang blog ini pon boleh juga, tapi kalau maki aku mungkin cuba cari sebab asal kau maki, kalau puji aku akan cakap terima kasih.

Jangan tanya lansung perihal sensitif seperti politik dan agama atau sukan atau bidang permotoran.

soalan boleh diajukan di komen.

Selamat bertanya!



Read more...

kritikan terhadap perumahan dan cadangannya

aku kurang study tentang skim-skim perumahan di london, tentang perumahan untuk rakyat miskin ke apa, aku kurang baca pasal benda tu. Tapi aku lihat dia punya rekabentuk agak menarik perhatian aku..

jadi aku sertakan pelan tipikal perumahan teres di sana.




seperti dalam gambar, rumah2 mereka kebanyakan tiada gate, kalau ada pon kecik, muat untuk orang je masuk, kawan perumahan memang tiada gate,kereta tak boleh masuk, di depan rumah pejalan kaki, lepastu kereta parking atas jalan, rumah kebanyakannya 3-4 tingkat dengan latar langit yang sekata. dibina rapat-rapat, mungkin atas faktor sejuk.

kelebihannya bagi aku ialah jiran akan lebih kenal satu sama lain, kerana tiada gate, kalau ada gate pon rendah, jadi sekurang-kurangnya nampak muka lah, pejalan kaki akan lebih selesa kerana tiada putus-putus. maknanya laluan pejalan kaki dia terus aja. Lebih bagus.

Di malaysia. pelan tipikal untuk rumah teresnya begini




seperti yang kau tengok, kereta kita parking di dalam, kalau ada laluan pejalan kaki pon akan terputus-putus sebab untuk lalauan kereta masuk dalam rumah, rumah dibina rapat-rapat juga yang mana akan memanaskan rumah kerana kurang ventilation, laman selalunya di renovate untuk bagi kereta 2 bijik sekali masuk, latar langit memang sekata, tapi selalunya tidak menggalakkan pejalan kaki kerana aspek keselamatan dan jauh.

bagusnya mungkin selamat, kerana gate tinggi, susah bagi pencuri masuk, tapi kadang-kadang sehingga tak kenal jiran pula, sukar bermesra, panas kerana kurang laluan angin, dan kalau laluan rumah kita itu merupakan jalan short cut seperti di ampang jaya, maka akan jadi sesak pula kawasan perumahan.

Jadi ini cadangan aku





rumah yang jarak-jarak sedikit untuk memberi laluan angin, laman mengelilingi perumahan dan tanpa gate, kemudian di depan ialah pejalan kaki supaya memebri keselesaan, kereta parking di tepi jalan raya, menggalakkan cul-de-sac supaya lebh privasi.

kelebihannya ialah pejalan kaki akan lebih selesa kerana kurang gangguan, rumah jarak-jarak sikit akan memberi ventilation, laman yang dikongsi bersama pemilik lain akan merapatkan hubungan dan interaksi sosial.

sekian terima kasih.

maaf sedikit akademik.

ok, sekarang siapa cakap aku pergi london untuk suka-suka je?

lepas ni aku cerita pasal dinamik pelan pembangunan di london dan beza dengan malaysia serta cadangan aku untuk menggantikan pelan pembangunan malaysia.



Read more...

28.11.10

perbandingan sosial dari sudut geografi-London


Lama gila tak update blog.

Aku baru balik dari UK setelah 10 hari di sana. Dengan kawan-kawan. Sepatutnya ia merupakan study trip di London, mana kitorang perlu baut comparative study antara Malaysia dan London. Tapi takkanlah skema gila babi kau nak buat study je kan, banyak jalan sebenarnya.

Jadi, macam biasa, setiap kali ke tempat baru aku suka melihat-lihat sekeliling, memerhatikan orang, dari segi fizikal dan juga sosial. Ekonomi dan alam sekitar aku tak begitu terer.

Dari segi fizikal, aku tengok mereka sangat mementingkan nilai warisan. bangunan tidak dipecahkan dengan sesukahati. Reka bentuk bandar yang begitu menarik, sangat mementingkan sudut pandangan dan vista terutamnya bagi pejalan kaki.

Rancangan guna tanah juga begitu baik, Central London merupakan pusat, dikelilingi oleh perumahan, dihubungi melalui public transport.tapi, setiap perumahan juga mampu berdikari, dengan penyediaan kawasan komersial di setiap kawasan perumahan.

Aku perasan orang di situ begitu lembut, terlampau lembut, lebih lembut dari orang Melayu. Sangat hormat-menghormati. Sentiasa beratur, sentiasa cakap minta maaf, cakap terima kasih yang melampaui batas, begitu menepati masa. Siapa yang didepan akan membuka pintu untuk orang di belakang, kemudahan untuk orang kurang upaya sangat dititikberat, orang panggil barrier free design.

Terlampau panjang kalau aku nak terangkan satu persatu,

aku juga dah buat kesimpulan mengapa mereka berperangai macam tu, setelah aku tengok-tengok, aku dah faham mengapa ada konsep "ladies first", konsep "bukakkan pintu untuk orang belakang", konsep "berjalan laju" dan konsep "toilet kering", konsep "pintu ada dua"

Tapi nanti aku terangkan, sebab panjang.



Read more...

15.11.10

Ani yang dulunya dara

Aku terfikir. Macam mana kalau kita buat filem, berdasarkan video 3gp melayu? kira, bagaimana agaknya keadaan sebelum video itu dirakam? keadaan selepas video itu dirakam? apa ayat yang digunakan sampai pompuan tu sanggup dirakam?

Aku mahu tahu behind the scene atau di sebalik tabir rakaman video 3gp melayu yang hangat. Pasti best kalau buat short filem. Kira mungkin filem tu akan start dari video 3gp yang terkenal(suapaya semua orang tahu. Sebagai contoh, "najwa Ampang") tu habis. Kira konon mamat A dah pancut. Filem tu akan start dari situ. Tak tunjuk la lucah-lucah. Tapi aku nak cuba sampaikan keadaan selepas tu macam mana. Kira mungkin akan kelam kabut kemas atau apa. Atau mungkin tiba-tiba mak bapak dia balik. Mesti best.

Jadi aku sudah buat satu skrip. Aku sertakan video sebagai rujukan.


pelakon :

-Budak lelaki berumur lingkungan 17 tahun, budak KL asli, sekolah tak pandai, bajet urban, dikelilingi rakan-rakan yang bajet urban jua. Gemar shuffle dan bercakap dengan nada kuat.Aku beri nama Aznan

-Budak perempuan berumur 16 tahun, percaya pada cinta sampai mati, dan berambut basah. Aku beri nama Ani.

OK,

ceritanya

Ani dan Aznan sudah bercinta setahun.

Aznan merupakan seorang yang kaki perempuan. Kawan-kawannya semua respek Aznan sebagai playboy sekolah. bertambah respek bila Aznan yang muka buruk dapat banyak awek. Salah seorang awek Aznanl ialah Ani. Si rambut basah.

Itu hari Aznan keluar dengan Ani di KLCC. Kawan-kawan Aznan yang lain semua tunggu dekat BB. Diorang kata mahu lepak tepi-tepi Sungei Wang, sebab semua orang pon lepak tepi-tepi Sungei Wang, siapa tak lepak tepi-tepi Sungei Wang, tak cukup remaja kata mereka.

Mula Aznan dengan Ani mesra-mesra bertepuk tampar di Taman KLCC. Sudah boring bertepuk tampar, Aznan tenung KLCC, dari jauh. Dia cuba ukur KLCC dengan meletakkan jari di mata dan mengukurnya di sebelah KLCC. Dalam hati Aznan cakap, "Kecik je KLCC ni rupanya"

Tiba-tiba Aznan tanya Ani yang sedang sibuk membasahkan rambutnya itu,

Aznan: "B, u rasakan, KLCC dengan I mana lagi tinggi?", sambil masih mengukur ketinggian KLCC menggunakan jari dari sudut matanya.

Ani : "Hurmm..I rasa KLCC la. Tapi bila tengok dari sini macam u je lagi tinggi. I confuse", sambil mula mengeluarkan syampu dari beg tangan yang di beli di danau kota.

Aznan : "B..u ni, jangan la macam-macam, cakapla sapa lagi tinggi"

Aznan: "ok, i dah buat keputusan, i rasa KLCC lagi tinggi dari u"

Aznan : "APAA???KLCC??..sebagai orang urban, i mesti merajuk, sekarang i nak merajuk", sambil keluarkan telefon dan telefon kawan-kawannya.

Ani : Aznan!!!. sori Aznan..I tak sengaja, i sayang u..i rasa u lagi tinggi. I tak pilih KLCC

Aznan : "u dah kecewakan i, sanggup u pilih KLCC dari I.i dah bagi pilihan. I tak penting. I rasa i lagi tinggi dari KLCC. Tak percaya cuba ukur. macamni kita BREAK je lah!!

Aznan sudah lari sampai pavillion jmpa kawan-kawannya. Ani kejar Aznan.

Kemudian.. ini sambungannya





Selepas kejadian ini, Ani sudah tidak tahu malu, dalam teksi, belakang semak, tepi tangga, semua dia bantai jadi port.Setakat tepi jalan tiada hal.

Sekarang, Ani tidak lagi dara. dan sudah blonde pula.

Dengar cerita, Aznan sekarang sudah menetap di new york bersama rakan-rakannya.



Read more...

13.11.10

nasihat keibu bapaan : budak-budak masa hadapan

semalam aku borak-borak dengan akak aku, akak nadiah, dia sedang mengandung, dia cakap betapa risaunya perihal budak-budak zaman sekarang. bukan pasal kurang ajar dengan ibu bapa, suka mencuri atau apa. tapi perihal seks yang makin berleluasa.

Dia cakap pasal kes budak baru umur 12 tahun sudah buat three some dengan kawan-kawan. Umur 8 tahun sudah kantoi main. Ini gila ni. Sebab aku fikir, masa aku kecik-kecik dulu. Takda pon benda-benda macam ni semua jadi.

Jadi hasil perbincangan dengan akak aku, dan dengan hana. Aku keluarkan dengan beberapa konklusi. Sebab aku betul-betul risau.Serious, tak tipu. Termenung jugaklah aku memikirkan apa akan jadi pada budak-budak masa hadapan.

1. Bagi aku masalahnya ialah konflik. Konflik nafsu dan batasan. Nafsu yang membuak dalam diri kanak-kanak dicampur dengan batasan oleh masyarakat menjadikan perkara lebih teruk. Kira sebagai contoh, aku nak cium di khalayak ramai tak boleh, jadi aku cium di bawah tangga, jadi bila cium di tangga, takkan kiss je kot? Batasan masyarakat menjadikan nafsu lebih meluap-luap.

2. Jangan jadi bodoh. Aku tak cakap batasan tu salah. Nafsu tu yang salah.

3. Nafsu itu normal. Cara melepaskan nafsu yang mereka(budak-budak) belajar menjadi masalah. Terutamanya dari televisyen. Dan perangai ibu-bapa.

4. Asingkan tempat tidur, kalau boleh sejak dari umur satu tahun. Sebab kalau budak tu tidur sekatil dari kecik, sampai ke besar la dia tidur sama dengan mak bapak. Dah tu mak bapak pon buat projek. Nanti anak tengok. Bila kat tadika. Nak test dengan kawan-kawan.

Kononnya budak kecik tak paham. Yang tak paham tu lah kita takut.

5. untuk ibu bapa, Tunjukkan kasih sayang dengan percakapan. Bukan dengan perbuatan berunsur seksualiti. seperti berciuman, tepuk bontot atau memegang kemaluan di depan anak-anak yang masih kecil. Bukan sebab tak manis. Tapi bahaya.

6. Tv merupakan pengaruh terbesar. Potong astro. Astro hanya ada di bilik ibu bapa. Kat ruang tamu tengok tv1,

7. Yang paling penting kawalan. Aku sangat takut melihat kanak-kanak sekarang. Aku dengar jiran aku, budak kecik, borak-borak cerita pasal spender dan panggil kawan dia sebagai 'sarah bogel'. Aku rasa baru 4 tahun budak tu.

8. Aku teringat khutbah jumaat itu hari, "kalau kita tak peluk anak kita, orang lain peluk anak kita, kalau kita tak cium anak kita, orang lain cium anak kita"

9. Sayangilah anak anda, terutamanya yang masih kecik dan tak paham.



Read more...

11.11.10

konsep pengambilan gambar baru


keadaan aku sekarang ni ialah.

setiap minggu aku ada ambil gambar, sabtu ahad.takde cuti. kadangkala 4 hari berderet.jumaat sabtu ahad isnin. Aku sedar bukan sebab gambar aku cantik sangat. tapi sebab servis bagus dan murah.kot? aku tak kisah amik gambar, sebab aku suka. Masalahnya aku ni student. sibuk. Kang lambat kang tak best la pulak.

jadi,

Target aku dalam tahun depan aku nak mula ambil gambar dengan betul-betul. Tak mahu lagi main-main. Sekarang ni aku ambil gambar main-main. Ikut suka hati aku.

aku rasa kalau fotografer gila babi profesional tengok style aku, dia gelakkan je. mamposlah sama mereka. pro kedekut ilmu baik tak payah.

ok,

Jadi petang tadi aku fikir-fikir bagaimana aku nak buat supaya ia kelihatan macam main-main. tapi serius sebenarnya.

1. Aku fikir kunci utamanya adalah di sebalik lagu. kalau kau masuk sukasukaphoto. ada lagu vampire weekend. itu tujuan utama aku letak lagu. supaya ia kelihatan seronok sambil tengok gambar..orang kata baru feel.

Jadi aku mahu letak lagu yang macam main-main untuk cover keseriusan aku. ini contoh lagu yang aku dah cari.




dan




comel tak? comel kan?ok

2. Kemudian aku mahu buat flash punya website. sekarang ni aku sedang usha-usha harga atau aku mahu belajar sendiri macma mana nak buat. aku nak dia jadi macam ni fotologue

3. aku mahu buang sukasukaphoto.. akan jadi hafizhamdan dot com

4. aku mahu website tu berunsur tidak masuk akal. kiranya aku tengok banyak website photoblog orang lain semuanya terlampau serius. aku mahu ia kelihatan main-main dan tidak nampak profesional. kalau boleh kelihatan macam kebudak-budakan.

5. aku juga cuba tambah pembantu untuk memudahkan kerja.

6. jadi dengan ini aku mahu beritahu.

tempahan januari ke atas untuk wedding ialah RM1350, apa yang korang akan dapat benda biasa macam frame, album la apa jadah ntah lagi yang orang biasa buat tu.

untuk outdoor akan jadi RM130, tak masuk transport. yang ini takde frame ke apa-apa. dapat cd je.


sekian terima kasih



sebarang tidak puas hati..boleh tulis di komen. layan tak layan lain cerita.haha



Read more...

9.11.10

hari ini 49 : update kehidupan akukopi

kau perasan watermark aku dah tukar kepada yang lebih serius?itu maknanya harga pon akan lain. Mulai dari januari.

1. Aku akan ke kota london minggu depan. Trip studio aku selama 10 hari. Untuk buat comparative study. Orang kata sekarang dekat sana sejuk. Aku dah siap-siap beli benda-benda untuk panaskan badan di sana. Aku singgah UNIQLO di Fahrenheit itu hari. Babi barangnya mahal nak mampos. Dah la buruk.

2. Jujurnya aku excited. serius tak tipu. Mula-mula tak excited sebab masalah kewangan, kemudian kerana pakcik Hamdan yang hensem dan kacak bergaya menyelesaikan segala permasalahan aku. Aku rasa begitu teruja.

3. Sebenarnya aku suka kalau ramai orang ikut aku untuk ambil gambar, supaya aku boleh share segala apa yang aku tahu, dan aku ambil segala apa yang kamu tahu. Supaya aku boleh share trick-trick dan cara melayan client, cara bagaimana nak suruh orang pose dan segalanya. Dan aku mahu belajar cara kamu pulak.

4. Sebenarnya aku sangat suka share. Tanya orang yang aku pernah lepak sama diorang. Semua benda aku share. Sampai cara editing, cara pakai lampu, cara nak bercakap dengan client. Semua. Semua free. Tak tinggal pon. tak payah kau tak tanya aku dah beritahu macam mana nak buat.

5. Aku teringin betul mahu lepak dengan ramai orang yang suka ambil gambar, yang tidak tua dan berlagak, yang bukan seorang yang technical dan perfectionist, yang tidak berlagak dengan kamera besarnya, yang tidak bawak lens sampai 8 semata-mata untuk ambil gambar kucing mengandung.

Tapi yang main-main macam aku. Yang gambarnya mengarut-ngarut dan ikut suka hati, dan paing penting mahu share segalanya.

Aku teringin betul

6.Siapa nak?



Read more...

8.11.10

mengenai kebodohan

Sukasukaphoto dah update!



kebodohan tak boleh diukur sebenarnya. Sebagai cntoh kalau aku cakap kau bodoh, bukan bermakna kau bodoh.. Tapi cuma benda yang kau buat tidak kena dengan kehendak aku. Cuma bagi aku, kau bodoh sebab kau buat tidak ikut apa yang aku mahu.

Contoh, mungkin bagi aku kau memang bodoh gila sebab makan nasi guna punggung, Tapi mungkin bagi orang lain yang suka melihat punggung kau, mereka rasa kau makan nasi guna punggung adalah sesuatu yang terlampau bijak.

Atau mungkin aku rasa kau bodoh gila sebab kau keluar dengan lelaki lain, tapi bagi lelaki lain tu, kau ialah bijak sebab keluar dengna dia. JAdi, ianya berbeza-beza mengikut orang - kebodohan.

Tapi pastinya ada kebodohan yang asli, yang padu dan terlampau abadi sekali. Yang tidak kira berapa orang fikir kau bjak sangat. Tapi ia sebenarnya paling bodoh sekali dalam dunia.

Benda yang kau buat, kemudian kau rasa bodoh sebab buat.

Sekurang-kurangnya kau rasa bodoh, supaya kau tak buat lagilah.



Read more...

1.11.10

mimpi aku semalam : tulisan mengubah dunia

nikon D90>>mounting board hitam>>assisstant photographer yang hot


semalam aku mimpi aku tulis blog.

Aku tulis benda yang terlampau hebat pasal dunia. Akhirnya tulisan aku tu diterjemah dalam begitu banyak bahasa sehingga akhirnya ia mengubah dunia dengan begitu hebat sekali.

Kononnya apa yang aku tulis tu menjadi rujukan ramai orang untuk memahami keadaan sekeliling dengan lebih mudah.

Lepastu aku menjadi begitu terkenal tapi aku rileks je dan rendah diri. Kira kalau setakat orang mintak sign tu perkara kecik je la. Tapi aku stay cool pakai kain pelikat lagi pegi masjid.

Bos time aku praktikal dulu, En. Nazri pon respek aku dalam mimpi tu. Dia cakap aku best. Dia cakap, "Hafiz, kamu ni best. kamu patut jadi perdana menteri".

Sebelum aku bangun, aku sedar yang tu mimpi je. Jadi dalam mimpi tu aku cepat-cepat baca balik apa yang aku tulis. Lepastu aku rasa kagum. Sebab ia memang betul-betul akan mengubah segalanya. Apa yang kau pandang. Dan apa yang kau rasa terhadap sekeliling kau.

Lepastu dalam mimpi tu aku cuba hafal. Lepastu aku ingat.

Bangun tidur aku tak ingat lansung. Melainkan aku ingat topik yang aku tulis. Tapi samar-samar.

Lepastu sebab pagi tadi ada exam, aku tak ingat lansung. Topiknya pon aku tak ingat lansung. Tak ignat apa-apa lansung. Tapi aku ignat macam mana keadaan mimpi tu.

Kalaulah aku ingat apa yang aku tulis, pasti aku dah tulis sekarang. Dan semoga ia mampu mengubah semua orang.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP