27.7.09

misi hampir mustahil hafizudin

Ada dua misi hampir mustahil encik Hafizudin yang perlu dilaksanakan oleh tidak lain dari dirinya sendiri. Misi yang pertama adalah untuk menaikkan berat badan sebanyak 8kg dalam tempoh satu semester. Telah disenaraikan penterjemahan dalam bentuk perbuatan supaya matlamat dan visi encik Hafizudin akan tercapai.

Perlaksanaan yang perlu dilakukan dalam mencapai misinya ialah tidak merokok setengah jam selepas makan. Tanpa sebab yang munasabah. Encik Hafizudin merasakan mungkin ada sedikit faktor badan akan sedikit gemuk jika lambat sikit merokok selepas makan. Ini menggunakan konsep yang sama dengan makan ubat lepas makan. Mungkin. Encik Hafizudin pon tidak tahu.

Perlaksanaan kedua ialah minum susu tiap-tiap malam. Atas pengaruh Zul, Encik Hafizudin minum susu tiap-tiap malam sebelum tidur. Zul cakap boleh badan berisi. Encik Hafizudin pon percaya sahaja. Jadi dia buat.

Ketiga ialah melakukan senaman ringan tiap-tiap petang seperti tekan tubi, dan sedikit regangan badan dengan tujuan membentuk badan. Tidak perlu dijelaskan kesan melakukan senaman ringan kerana ia pastinya menyihatkan tubuh badan.

Keempat ialah makan dengan banyak dan tidak menentu. Walaupun begitu, Encik hafizudin cuba mengelakkan makan tengah malam walaupun dia tahu itu akan menggemukkan, kerana makan tengah malam membuncitkan, bukan beri isi. Buncit buruk sial.

Misi hampir mustahil kedua ialah belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan blog sebagai salah satu medium pembelajaran. Maaf jika kamu akan kadang-kadang terbaca entri tentang apa yang aku belajar. Pasti sangat membosankan kamu. Entri tentang isu lelaki dan perempuan lambat sedikit mungkin sebab aku sedang bahagia sekarang. Tidak perlu cerita masalah.

P/s : tidka kira kamu muda, tua nak mampos, kaya gila babi atau miskin telanjang, hormat sikitlah.



Read more...

20.7.09

Pasal Kampung dan Perancangannya

Perancangan bandar ialah tentang susun atur ruang. Ruang-ruang yang disusun mengikut saiz dan tempat yang betul supaya tidka menerima padah masa akan datang. Ruang mempengaruhi sifat manusia kerana ruang yang sempit akan mengakibatkan tekanan dan tidak menyenangkan. Jadi ruang mempengaruhi bagaimana manusia bergerak sekaligus mempengaruhi perangai, sifat dan perangai manusia. Definisi mudah.

Jadi, perancangan yang bagus ialah bilamana ia menepati ciri 'sustainable development' iaitu pembangunan yang bagus dari ekonominya, sosialnya dan dari segi alam sekitarnya. Aku pernah cakap pasal ni sebelum ni. Cuba lihat-lihat balik entri sebelum ni.

Bandar ialah tempat dimana semuanya dirancangan atau lebih tepat lagi tempat yang sepatutnya dirancang. namun, kalau dilihat, paling jelas di kota kuala lumpur, perancangan dari segi alam sekitarnya perlu aku cakap menyakitkan. Bandar yang baru seperti Putrajaya juga dirancang dengan tidka memntingkan aspek alam sekitar. Bak kata Bro. Ali, Putrajaya itu dicedok bulat-bulat sikit-sikit elemen dari negara lain. Jadi kita dapat lihat banyak lantai keras yang digunakan berbanding rumput hijau. Jujurnya kalau lantai keras,atau bahasa inggerisnya 'pavement' akan kelihatan cantik dalam 'master plan'. Tapi kalau betul-betul tak cantik lansung pon. Ini Malaysialah, iklim sini panas, orang gila je nak jalan tengahari buta panas gila babi tanpa sebab. Bawah pokok lebih syiok.

Interaksi sosial di bandar juga tidka begitu bagus. Hal ini seperti aku cakap sebelum ni. Ruang mempengaruhi sifat manusia, ruang yang sempit akan akibatkan tekanan. Bandar ialah tempat yang sempit, dimana ruang sangat terhad. Jadi hubungan antara masyarakat juga semakin teruk. Jadi dari segi sosial, bandar tidaklah bagus sangat.

Kalau kita pergi ke kawasan kampung, lebih seronok. hijau dan semua orang macam kenal-kenal. Kurang tekanan kerana banyak ruang. Kesimpulannya, perancangan di kampung yang tidak begitu dirancang lebih bagus dari bandar yang dirancang untuk 10 tahun kononnya. Siapa cakap orang kampung bangang?

Pemikiran tidak cukup intelektual dan belum habis belajar aku terfikir sikit, Malaysia ni besar kan? Apesal semua pembangunan nak bertumpu satu tempat, asal tak sebar atau 'spread' kan sahaja, banyak sikit ruang.



Read more...

11.7.09

Saya Jiwa Shuffler



Semalam aku berada di Melaka, saja jalan-jalan lagi, mula-mula ingat nak pergi cherating tapi bangun tidur rasa malas dan pergi Melaka cukuplah. Jalan-jalan nampak ada orang ni pakai baju tulis belakang "saya jiwa shuffler". Aku terkesima kejap. Sebagai orang melaka yang lahir di melaka dan berjiwa melaka. Aku terasa amat sedih dengan baju beliau. Bapak arr...............

Kejap lagi mahu bertolak ke UIA. Macam biasa seperti pelajar universiti lain, memang rasa malas. Tapi mahu ada azam barulah untuk semester baru mahu datang ni, sama macam orang lain jugak.

1. Mahu jalan kaki. Tidak mahu bawak kereta ke kelas.

2. Mahu breakfast tiap-tiap pagi.

3. Mahu membaiki sem lepas yang macam puki.

4. mahu jadi dikagumi semua orang.

5. Kurang bergaul dengan gadis

6. Berfikir terlampau di luar kotak

7. Menonton filem-filem unggul.

8. Kuatkan ingatan terhadap benda remeh.

Selamat pulang ke UIA kepada pensyarah, rakan-rakan seperjuangan, budak-budak sem baru masuk. Moga anda semua selamat.

Lepas ini jarang sikit update blog ya. Doakan macbook aku cepat dapat. Boleh online di studio. huhu.

bye.



Read more...

8.7.09

lelaki gula-gula

Sebenarnya aku malas nak tulis benda ni. Tapi jujur aku takde idea. jadi tulis jelah. urm..aku pernah tulis macam mana nak tackle gadis, macam mana nak tackle lelaki, macam mana nak jadi sundal dan digilai lelaki, macam mana nak digilai gadis. ape lagi? macam-macam aku rasa. Cuba sendiri tengok arkib blog aku. baca lah dibawah label isu lelaki dan perempuan.

OK,

menjawab soalan iaitu macam mana nak tau lelaki sweet-talker atau aku panggil lelaki gula-gula. Maaf ya orang yang tanya aku soalan lain-lain, soalan-soalan kamu kadang-kadang sukar nak dijawab, jadi aku jawab yang mudah dulu ya. Nanti masa aku isap rokok tiba-tiba terdapat idea aku kongsi sama kamu semua.

1. Kalau ada gf selalunya dia akan cerita dekat gadis yang dia ingin tackle pasal keburukan gf dia sendiri. Ini trick biasa. Nanti dia akan cerita yang gf dia tu banyak masalah la, selalu keluar dengan lelaki lain lah, apa-apa sahajalah. Yang penting dia akan banyak cerita dekat kau pasal masalah dia dengan gf dia. tiada cerita yang baik. Ini untuk menghilangkan rasa bersalah kau terhadap gf lelaki tu. Kiranya, nanti kau fikir, "dia dengan gf dia pon tak betul sangat, so tak kesahlah kalau aku lepak-lepak dengan dia"

2. Mungkin juga dia akan cakap yang gf dia jenis tak kesah untuk biarkan dia lepak-lepak, ronggeng-ronggeng dengan gadis lain. Ini semua untuk hilangkan rasa bersalah kau dan supaya kau tak menolak kalau dia ajak ko pegi ronggeng-ronggeng.

3. Mungkin 2 point di atas tak menjawab soalan. tersalah, tapi malas nak delete. ini bukan soalan karangan pon.

4. lelaki gula-gula ini ada macam-macam sebenarnya. Ada saja hobi, seronok tengok gadis gedik-gedik kena puji(ini seronok), untuk tackle, untuk dapat seks mungkin, untuk pau duit juga, apa-apa lah.

5. Lelaki gula-gula ini selalunya berlebihan sikit. (ini bukan sweet talker jenis puji-puji tau, ini jenis cakap jiwang-jiwang, jenis fuck la senang cakap, mat belia punya gaya. jenis puji-puji ni dia lain sikit). Kau pasti dapat tau melalui caranya yang bodoh. Ayat yang digunakan dimulakan dengan "sayang...(+) perkara-perkara jiwang(+) perkara-perkara yang tak baik yang dia mahu."

6. Tanpa sebab yang kukuh, lelaki gula-gula murahan ini selalunya menepati salah satu ciri dibawah, rambut berkilat, bermisai, berbadan jenis sedap-sedap, rambut jenis berombak dan sering berkemeja. Aku tak tau apesal, selalunya aku nampak yang begini.

7. Jika ingin tahu dia ingin benda-benda tak baik seperti buat ingin seks, mahu pau duit atau apa-apa. Sial rujuk point nombor 5.

8. Bagi yang jenis saja puji suka tengok gadis gedik-gedik, selalunya dia akan puji orang yang gedik jugaklah. Orang-orang begini bukanlah sweet-talker yang jenis cibai, sebab dia cuma mahu ingin menceriakan hari anda. Saja mahu kasi kau berbunga satu hari. Jadi tiada masalah sangat. Cuma kalau hari-hari puji orang sama, benda yang sama, mungkin akan jadi menjengkelkan sedikit.

9. Untuk tackle, cakap-cakap manisnya akan berunsur menceritakan tentang gf lamanya.
konon nak tunjuk baik dan betapa kalau kau jadi gf dia memang bahagialah. Mungkin ada beberapa cerita yang akan ditokok tambah. ayat paling biasa aku dengar ialah "dulu saya sayang gf saya tapi saya lepaskan, kali ni taknak lepaskan orang lain pulak". Maaf ayat ni macam pukimak. Tapi kebanyakan orang akan guna ayat ni tanpa sebab yang kukuh, selamat aku tak penah guna.

10. Kadang-kadang ade gadis suka dengan lelaki gula-gula ini. Supaya rasa berbunga setiap hari. Seronoklah kan? aku tidak kisah sangat orang cakap benda manis-manis untuk tackle atau saja suka-suka. Tapi untuk dapat benda tak baik tu aku rasa bodohlah. Banyak lagi trick lain boleh guna.

11. bye



Read more...

hari ini 29 : keter besar tapi bangang


(gambar tiada kena mengena lansung..cuma yang onitsuka tiger kanan sekali tu baru angkat.hehe)

1. Seperti lama tak update blog. Kurang isu la. Takde ape yang aku fikir. Nak tido je rasa.

2. Kelmarin aku dapat message di facebook tanya pasal 'bagaimana nak tahu kalau ada lelaki ni baik dengan dia, macam mana nak tau yang lelaki tu nak tackle dia atau nak kawan je". Aku masih sedang berfikir lagi, dan tak tahu nak tulis disini atau tidak.

3. Selalu betul aku dengar orang cakap "kereta besar tapi bangang", tapi memang tka boleh nak kawal, memang orang bawak keter besar ni selalunya ada bangang sikit.

4. Selalu kereta besar ni yang parking ikut suka hati, keluar simpang ikut suka, hon orang ikut suka, cucuk orang ikut suka, bukak pintu ikut suka, bawak laju ikut suka. Gua bengang gila.

5. Mungkin untuk lebih bagus mereka perlu bawak kancil. Sebijak anda.

6. Malas gila nak masuk UIA balik.

7. bye



Read more...

5.7.09

pasal filem dan lain-lain

hi, sejak dah abis kerja ni, aku selalu tidur petang, kurang naik tren, banyak tengok tv, banyak on9, kurang makan, kurang keluar. Ini semua perkara-perkara yang akan buat aku kurang berfikir, jadi memang nak update blog susah sikit la, jika ada di antara kamu yang tanpa sebab kukuh menunggu aku update blog, minta maaf ya.

OK,

1. Aku suka filem yang setiap orang ada wataknya yang tersendiri, wataknya jelas, bukan watak jenis pemarah atau pon seorang bengis. Wataknya jelas, mungkin seorang yang masa makan die menyanyi dulu, atau bila mara die akan melakukan tekan tubi. Tak tau apesal, aku suka cerita macam tu.

2. Cerita yang banyak teka-teki juga aku suka. Cerita tu boleh jadi perlahan, terlampau perlahan, membosankan, tidak perlu sinematographi yagn melampau, tapi banyak teka-teki perlu diselesaikan. sebagai contoh cerita-cerita m.night shymalan.

3. Cerita yang mengeksploitasikan wanita sebagai penarik. Macam cerita transformer 2, yang mana megan fox menjadi terlampau hot dan terlampau seksi. Gerak perlahan dalam larian untuk menunjukkan ayunan buah dada. oh, klasik.

4. aku tak suke cerita-cerita hero yang terlampau hebat. Hero kalah dulu baru lawan balik. Hero yang boleh buat apa sahaja. Tapi aku rasa james bond yang baru-baru ini aksi dia seronok. Aksinya keras, kasar. Bagi aku sesuatu yang baru bagi filem aksi. Gerakannya tidak lembut.

ok, hal-hal lain,

5. Perkataan lain bagi popular ialah "terkenal". Jadi imbuhan 'ter' itu selalu digunakan untuk sesuatu yang tidak sengaja sebagai contoh 'terpijak' atau 'tertendang'. Maknanya maksud bagi perkataan 'terkenal' ialah menjadi 'popular' dengan tidak sengaja. Beza dengan perkataan 'terbaik' atau 'terhebat' ialah 'terkenal' menggunakan imbuhan dengan kata kerja.

Imbuhan = 'ter' dan kata kerjanya ialah 'kenal'. Jadi kesimpulannya perkataan 'terkenal' itu ialah sesuatu yang tidak sengaja sama seperti perkataan 'tertendang'. Jadi jika kamu 'terkenal', jangan terlampau perasan, sebab itu semua tidak sengaja. Nanti kamu akan 'terjatuh'.



Read more...

3.7.09

hari ini 28 : kemaskini kehidupan!

1. esok sudang mahu pinjam gitar,memang gitar aku tu aku kumpul duit nak beli untuk kasi kawan-kawan aku semua pinjam. rupanya ada cheer comp esok di bukit jalil, mungkin ada persembahan kugiran atau apa aku tak taula sambil gadis-gadis melakukan aksi menari sambil melompat-lompat

ehem....mcm bes. Ramai gadis sekolahan.

2. esok juga hari keberangkatan Nabila Farhana ke perak. Sial betullah. apa aku nak buat satu minggu duduk kat rumah ni.

3. Aku rasa aku sudah jadi macam bro love dari rancangan radio "kami tak hot kami cool itu". Banyak pulak email dan message di facebook bercerita masalah belakangan ni. Tapi tak apa, aku suka juga dengar dan suka juga jawab. aku layan semua.

4. Tanpa sebab yang kukuh, aku agak takut dengan semester depan.



Read more...

2.7.09

lebih gay dari biasa


mengutuk minah rempit yang bising dan gelabah di kerusi sebelah.(tiada dalam gambar)


Memasang Gundam di kerusi tepi kaki lima pasaraya terkemuka one utama. Tak tahu mahu duduk mana.


"gua mau tembak lu"


"gua mau tembak lu lagi"


"gua sudah tembak lu", sambil diiringi tarian tradisional jepun oleh ahli gusti sumo.

***** muka aku tiada kerana hari itu tidak kacak.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP