3.9.11

Entri khas untuk bapak kau.

Aku terbaring satu malam fikir apa yang orang pernah beri dekat aku. Tidak kira lah dari segi pengorbanan mereka atau dari segi yang material iaitu wang dan harta benda. Mungkin yang paling banyak pemberian tu aku terfikir datangnya dari bapak aku sendiri.

Banyak.

Wang.

Barang.

Kasih sayang.

Sepanjang aku belajar. Walaupun aku cari duit sendiri masa aku belajar masa dah nak abis-abis tu. Aku pernah jual sandwich dari studio ke studio. Aku ingat dia punya tagline, "semakin hari semakin sedap". Setiap hari bolehla dapat untung RM20. Aku buat dengan kawan aku. Bila dia kantoi studio, aku pon dah tak buat lagi dah.

Lepastu aku amik gambar potrait. Family potrait. Lepastu couple. Aku jarang ambil wedding sebab busy. Kalau potrait mudah sikit. 2 jam je. Cukuplah belanja setiap minggu.

Tapi perbelanjaan lain? yang dari tadika sampai la ke habis universiti. Duit kereta, duit belanja, minum, makan, baju, spender, beli itu, beli ini. Kira duit yang aku carik sendiri tu memang tak mampu nak tanggung. Tapi sekurang-kurangnya mengurangkan perbelanjaan. Mungkin?

Lepastu aku fikir,

Pelik bagaimana ada orang masih ada hati untuk bersifat kurang ajar? bagaimana ada orang masih ada hati untuk berkira dengan orang yang begitu banyak memberi. Atau kata lainnya mungkin tak menghargai. Pelik kan?

Sejujurnya, sebagai orang biasa, aku sendiri pon ada terfikir macam, "alaa..ayah buat macam ni dekat akak-akak lain, dekat apis(aku bahasakan diri aku apis), tak boleh pulak?"

Tapi aku terfikir je, aku jarang cakap atau luahkan benda-benda macam tu.

Kemudian aku fikir semula, bodoh gila cakap macam tu. Tak terfikir ke berapa banyak bapak aku bagi dekat aku? Macam mana aku boleh ada hati nak cakap macam tu. Yang mana kemudiannya aku cuma senyap aja. Dan buang perasaan bodoh itu jauh-jauh. Sebaliknya menghargai dan berhenti untuk meminta berlebihan.

Jadi aku menjadi bukan orang yang sebegitu. Dan aku cuma tak faham orang yang bersifat sebegitu.

Jujurnya aku seperti kau yang mempunyai bapak juga, menghormati bapak aku, merasa terhutang budi yang amat sangat, atas segala yang diberi, kata kata bijaksana dia, kata-kata semngat seperti bapa-bapa yang lain,(oh, bapak aku sangat hebat memberi motivasi), dan sifat kasih sayangnya dan berlembut.

Dan aku juga seperti anak-anak lelaki yang lain, yang jarang bersifat kekeluargaan sehingga mempunyai keluarga sendiri dan seorang yang mempunyai target dan selalunya mereka usahakan sehingga target mereka tercapai. Sehingga kadang-kala banyak perkara dilupakan.

Tulus ikhlasnya aku meminta maaf.

Namun perlu diketahui aku sedang berdikari.




6 carutan balas:

k|ree 4 September 2011 pada 4:38 PG  

waa...entri emosi...tp,betul...mmg betul...ayah selali kata...rezeki anak lain2...mungkin, masa akak dapat kurang...tapi,masa adik dapat lebih..sebab, dah kurang tanggungan...yang pntg,semua pun dapat...

dee 4 September 2011 pada 4:59 PG  

yup, tak faham knp lelaki tak boleh hulur setiap bulan kat parents dia walaupun gaji 10k. serius tak faham,

Hidir 4 September 2011 pada 11:12 PG  

aku rasa gak benda ni..fikir ikut hati, aku rasa nak pertikaikan je..fikir ikut otak, rasa mcm tak bagus lah pulak mcm tu...

*nasib baik fikir..

chikleen 5 September 2011 pada 11:43 PTG  

emosi!!mak da le tgh sensitif, bergenang airmata ai baca..

agree ngan Kiree, ayah slalu ckp gitu.tapi sbb mu llki, ayah prolly treat u differently. bantu, tpi saja mau kau rasa susah sket kot. org llki kan kena mcm tu..nnt nk jadik ketua keluarga..mmg kena bljr kerja kuat.

Slmt berdikari lil bro!!
nasib kau pindah jauh sket je, kalau dok oversea..hari2 la weols kakak2 sedih rindu kat kau..

anne,  7 September 2011 pada 11:41 PG  

i respect ppl like u beb.
:)

Tanpa Nama,  14 September 2011 pada 5:55 PG  

bile mase lak gua kantoi studio, mane ade kantoi.. rehat jerr.. haha

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP