31.3.09

gmbr filem dulu2















aku tengok bakrihafiz punyer blog. mengingatkan aku zaman aku berfilem dahulu kala. sampai tahap aku nak jual digital dan beli kamera yg pki filem. haha. ok. kebanyakan gambar pki Kodak ebx.slide filem, cross process, kamera yashica electro, holga dan coloursplash.

sekarang aku dah takde kamera, slide filem makin susah dicari, dan malas nak pegi cuci.



Read more...

30.3.09

hari ini 15 : signifikasi dan rasional earth hour

earth hour aku tidak kemana. Bagi aku earth hour tiada signifikasi. Bagi aku earth hour sama seperti valentine day, mother's day, father's day. Masa seseorang itu berpura-pura untuk menunjukkan keprihatinannya terhadap sesuatu benda walaupun sebelum ini seseorang itu tidak kisah lansung.

Maaf entri aku belakangan ni banyak menulis tentang perasaan, pasti bosan, bukan? membaca aku menulis tentang diri aku sendiri. secara jujurnya, apa yang aku tulis dari dulu adalah apa yang aku terfikir. Jadi, sekrang aku sedang banyak perasaan, apa yang aku tulis pon banyak tentang perasaan lah.

Aku hargai jika apa yang aku tulis berkait dengan kehidupan kamu. walaupun pengaplikasiannya berbeza. Sebagai contoh, jika aku tulis, jangan ego, hanya memakan diri. Walaupun sebenarnya aku tulis untuk seseorang. Tapi jika kamu baca dan kamu sedang ego, dan baru tersedar, aku sangat-sangat hargai.

Aku harap prestasi aku sem ni meningkat, aku takut dengan result studio aku, aku rasa aku berkerja keras, tapi Aisyah dan Ainaa cakap aku kurang bersemangat sem ni. Bukan tak bersemangat bagi aku, cuma lebih banyak berfikir dari main cakap je ape nak buat. Lebih consider tentang banyak perkara.

Lagi sekali maaf untuk seluruh studio, pengurus projek kamu ini nampak seperti kurang semangat. Sebenarnya sukar ingin kawal orang dalam skala yg sgt besar. kalu kecil-kecil memang takda hal. tapi tak apalah, aku dpt belajar.

Jadi, justeru itu, semester depan, HANIF JADI PROJECT MANAGER!!!. hahaha.



Read more...

28.3.09

harap ini bukan pesan yang terakhir

1. Jangan ego. Ego hanya memakan diri sendiri

2. Bukan semua orang kawan. kadang-kadang kawan sebab ingin ambil kesempatan.

3. Marah bukan penyelesaian untuk semua benda. Marah bukan untuk mendapat kehendak hati.

4. kawal menangis. bila menangis jadi lebih menyedihkan.

5. Diri adalah untuk dikawal diri sendiri. Cuba kawal. tolong kawal.

6. Jaga diri. Jaga diri demi diri sendiri. Jangan rosakkan diri untuk benda yang sekejap dan kesan yang berpanjangan.

7. Ada benda jadi salah diri sendiri. Tapi tak nampak sbb mementingkan diri sendiri. jadi jgn pentingkan diri. fikirlah menyeluruh.

8. Ingat semua pesan. nanti seperti ada dalam hati.

9. semoga yang terbaik sentiasa.

P/s : kadang-kadang, kita tipu nak puaskan hati diri sendiri, dan sakitkan hati orang lain. dan akhirnya menyesal.



Read more...

25.3.09

definisi perempuan paling power

kalau satu perempuan banyak cakap pada usia muda, nanti tua die jadi lagi banyak cakap, kalau die cepat marah masa muda-muda, tua nanti die lagi garang. Bagi lelaki pula sebaliknya, semakin tua die jadi semakin cool. Tidak banyak cakap dan lebih rasional. Seperti lelaki otaknya lebih berkembang manakala perempuan otaknya lebih menguncup dan kecut bila semakin tua.

Definisi bagi perempuan paling power ialah perempuan yang menepati cita dan rasa satu orang lelaki. Tidak kira perempuan itu garang, jahat, suka pukul orang. Kalau die penuh syarat untuk lelaki tu, itulah definisi perempuan paling power.tidak ada spesifikasi.


aku sudah jumpa perempuan paling power dan malangnya terlepas.



Read more...

hari ini 14

mata penulis kecil sahaja. setiap hari dia jadi seperti semakin kecil. Dulu hana cakap mata penulis sepet jawa. penulis pon tak dapat bezakan sepet cina dengan sepet jawa atau filem sepet. tak kesahla, penulis suka gadis berbulu mata lentik. jika besar dan lentik penulis akan cair serta merta.

Tempoh hari penulis bertanya lecturer UNGS penulis tentang kaitan dajjal dan free mason. penulis juga turut bertanya lecturer lain. Semua jawapan tidak cukup memuaskan hati penulis. Jadi kononnya penulis ingin ke library, tapi tergendala kerana tidur. Penulis memang selalu tidur tidak kena masa. huhu.

Penulis juga baru sedar sudah lama penulis tidak update blog. penulis sudah merangka-rangka dalam kepala ingin menulis tentang minda separa sedar. tentang apa yang kita lihat atau buat, bukan itu selalunya yang kita dapat. Penulis perlukan lebih perbincangan dan juga rujukan. tapi seperti biasa. penulis seorang yang malas. huhu.

Penulis belakangan ini banyak dengar cerita terperanjat. Banyak sangat. Tentang diri penulis, tentang diri orang lain juga. Mungkin kerana blog penulis ini banyak maksud tersiratnya.

Penulis cuma harap, penulis sihat, pembaca sihat dan orang melayu belajar sejarah.



Read more...

20.3.09

panas hati

perasaan panas hati bila tak boleh nak cakap. perasaan sampai tak boleh nak cakap lansung. bila cakap, salah sikit sudah mahu mengamuk. semua benda tak betul. sejuk ahati pula ialah sebaliknya.

panas hati datang bila perasaan benci meluap-luap. kalau benci, tengok muka pon rasa nak tumbuk. tidak kira cantik mana, hot mana, mantap mana sekalipun, bila benci kita rasa nak tumbuk.

benci banyak sbb, sbb mulutnya, sbb otaknya, perangainya, ataupun apa-apa yang membuatkan dia patut dibenci.

orang yang dibenci akan merasa kasihan dengan dirinya sendiri, tidak sangka dibenci sehingga sebegitu rupa, lebih-lebih lagi jika yang orang yang dibenci ada rasa suka dengan orang yang membenci. Jika pihak ketiga melihat, akan merasa sangat kasihan dengan orang yang dibenci.

orang yang membnci tidak akan merasa apa-apa. kerana sudah benci, pedulik hapa.

p/s : 1st impression sangat penting, sekali sudah benci, benci selamanya, sekali sudah suka, senang je nak benci. silalah rasional.



Read more...

17.3.09

gadis jangan buat

mungkin sudah agak lama aku tak memebri isu gadis dan lelaki. jadi dalam kelas UNGS, aku terfikir-fikir apa gadis jangan buat. sbb aku ingat dulu ada orang ni kasi email kat aku. tanya pasal apa yang gadis jangan buat untuk jaga relationship. mulanya aku cakap pasal perlu faham lelaki tu saja. sudah cukup. tapi dia reply cakap, mungkin lelaki ini perlu difahami, baru disayangi dan bagi perempuan pula perlu disayangi dulu, baru difahami. dan aku 100 peratus setuju.

baik, biar aku list kan apa yang gadis jangan buat, bagi aku sahajalah, jika bagi kau lain, list kan dalam komen atau malas mahu type, fikir sendiri sahaja.

1. mengikut cerita rakan-rakan aku, selalunya perempuan ada masalah mengugut. bukan senggugut. ini mengugut. mengugut ini macam suka cakap ayat macam, "dahla, jangan call i lagi","i nak pegi kat laki laen", ataupun apa jenis ugutan yang lain. orang lelaki ini kadang2 boleh tahan. tapi bila dah selalu memang sakit hati. sbb ugutan ini macam cabaran kan? jadi tunggu sahaja kalau lelaki itu betul2 nak cabaran tuh. lelaki ini mengugut jugak, tapi ugutannya lebih kasar, ugutan seperti ingin menyebarkan video lucah aweknya sendiri. bodoh betul. menyebarkan gambar kemaluan sendiri.

2. ada lagi satu mengganggu schedule. kira kan macam hendak benda tidak ikut masa. time makan nak call, time main game nak ajak keluar. ini semua kacau. kecoh aje. kalau tak layan. maka jadilah perkara yang nombor satu tadi. ugutan yang memaksa lelaki buat tanpa kemahuan dirinya sendiri. kacau schedule ini masalah, banyak benda menyeronokkan terpaksa ditinggalkan.

3. cerita tanpa bosan. aku rasa aku pernah cakap benda ni dalam entri lepas2. sila rujuk.

4. kuat mengarah. point yang ini agak terang untuk difahami tanpa perlu penjelasan. lebih parah, cara mengarahnya macam sial. dahla tak cakap terima kasih, pastu buat muka kerek.

5. cepat lupa. ini apa yang aku rasa semua gadis dalam dunia ada. cepat sahaja lupa. lupa pasal semua benda. ini akibat tidak menghargai. lupa apa yang lelaki tu buat. bila satu buruk jadi, semuanya lupa. ini namanya cetek pemikiran. maaf, tapi benar.


p/s : semua lelaki dengan perempuan ni sama je, kalau kau rasa kau da tak tahan dengan satu orang ni, kau akan jumpe orang lain yang perangai die lain. lebih baik dari orang yang kau tak tahan tadi tuh. tapi percayalah, nanti akan ada perangai lain yang buat kau tak tahan dengan orang yang baru tu pulak. jadi, stay sahajalah.



Read more...

14.3.09

hari ini 13

1. penulisan di bawah label hari ini maksudnya aku tidak ada idea untuk menulis. tapi rasa macam mahu menulis jugak.

2. hujung minggu aku dihabiskan di studio. Tidak keluar ke mana-mana. Sempat tengok cerita slumdog millionaire. cerita ini cerita wajib tonton bagi aku.

3. Belakangan ni, kepala aku selalu sakit. suspek utama ialah bantal aku yang tak bes lansung. Dulu dia bes, sekarang sudah lama, setiap kali bangun pagi kepala rasa berat. ataupun mungkin kerana bangun pukul 2.30 petang menyebabkan kepala sakit.

4. maaf semua, aku sibuk sekarang, aku tiada masa untuk fikir-fikir.

5. jadi mengapa aku tulis juga ni?

6. dahulu aku pernah terfikir saja-saja mahu tulis cerpen. Aku pernah hantar beberapa cerita kepada kawan aku masa sekolah rendah dahulu. hantar pakai post. kelakar betullah ingat balik. macam bodoh.

7. Aku rindu masa dulu, aku suka duduk kat KL central. depan kedai buku yg india kat tingkat 2 tuh. hampir tetiap minggu aku akan lepak kat situ. mungkin aku akan beli buku dan terus baca kat situ. atau aku duduk saja. aku duduk saja maksudnya hampir tak buat apa2.

8. jangan berhenti satu negara jika tempat itu tiada pemerintah, tiada aktiviti ekonomi dan tiada air yang bersih. maksudnya dari segi sosial, ekonomi, dan juga environment. Ini hadis nabi.

9. dalam bahasa sekarang panggil, sustainable development. Hebat kan?



Read more...

10.3.09

hari ini 12 : kerajaan

tulisan yang ini tidak menggunakan sebarang rujukan. jika salah, harap maaf. kerana mungkin ini kali pertama aku bertulis berbaur sedikit politik.

pagi pagi lagi sudah bangun hantar Hana yang hot ke pudu(awak ni hotlah, tergugat saya, saya saja buat muke garang tadi, sbb sy ingat saya hensem bila buat muke garang.haha). pukul 8 pagi,hari bekerja, pastinya sesak lalulintas. kereta haiwan bertransmisi manual memang memenatkan dalam keadaan begini.

aku terfikir perkataan kerajaan. Perkataan kerajaan itu pasti asalnya dari perkataan Raja. kerana raja adalah yang paling atas sekali dalam perlembagaan Malaysia. Kalau perdana menteri yang paling atas, maka dipanggillah sebagai kementerian. takkan mahu panggil keperdanamenterian. kekok pula bunyinya. Jadi siapa yang paling atas sekali sekarang dalam Malaysia? perlukah dipanggil kekronian?

Semasa membuat sandwich Duan tanya aku, perlukah institusi diraja ini? tadi juga dalam kesesakan lalulintas aku terfikir. jadi, memang perlu, Raja ini simbol.(aku sudah terfikir tentang simbolisme, tapi belum masa untuk tulis lagi.) Simbol Melayu, Melayu tanpa raja sudah tak melayulah, mungkin.

jadi mungkin jawapan paling tepat ialah begini, konsep mempunyai ketua, atau pemimpin itu tidak pernah salah. tapi jika ketuanya tidak berfungsi sebagai ketua, barulah konsep mempunyai ketua itu seperti bodoh dan tidak diperlukan.



Read more...

6.3.09

penulisan sejurus membuang tahi

Maaf ya, entri ini agak panjang. sama panjangnya dengan tempoh masa aku membuang air besar tadi, memikirkan pasal benda ini. selepas keluar dari tandas, terus baring, dan menulis benda ini. jadi tajuknya penulisan sejurus membuang tahi. isinya mungkin sedikit bersepah.maaf.

1. aku tengok, pelajar luar negara ni dia outspoken, suka nak betul, susah mengaku salah, cakap direct. Bila keluar ke kota kuala lumpur pon, foreigner-foreigner ni semua kalau nampak dan tengok, diorang nie macam ada satu macam perangai. Apa yang membuatkan diorang jadi macam tu. Darahnya ke?sistem pendidikannya ke?kerajaan ke?Atau bulunya?oh. sedikit racist. maaf foreigner.Jika anda tahu bahasa melayu.

2. Melayu ini selalunya yang senyap, lemah lembut, sedikit lambat, tidak agresif, bersifat berserah dan segalnya yang perlahan. Bagaimana agaknya jika satu dunia ini perangai macam melayu? Aku rasa pasti tiada perang, tiada penjajahan. tapi mungkin banyak negara yang jual tanah kepada negara lain kerana mahu kaya cepat.

3. Dahulu, isu melayu ini sebagai sesuatu yang sensitif,tidak boleh disebut selalu, sebenarnya malu dengan kelemahan sendiri. Hatta, melayu minimalis pon menggunakan perkataan minimalis di akhir perkataan melayu untuk menunjukkan betapa beliau kurang kemelayuannya. Siapa lagi yang malu mengaku melayu? aku pasti ramai. sila sedar, sifat malu menjadi melayu itu adalah sifat teratas dalam senarai kebodohan seorang melayu.

4. Siapa cakap kat aku ntah aku tak ingat. Cara paling mudah membuang budaya, sifat semulajadi satu bangsa itu mudah. Bunuh sahaja semua dan bina bangsa melayu yang baru. Mudah betul.

5. Aku tak malu menjadi melayu. Malah aku suka bercakap bahasa melayu. Aku suka dengan budayanya, sifat lemah lembutnya. ok. itu yang baik. yang buruk tu aku tak suka la.

5. Lihat betapa konsep siapa kuat dia menang mempengaruhi pemikiran semua. Orang melayu yang malas mahu cakap banyak, lemah lembut dianggap bangsa lemah. Kerana melayu tidak melawan, tidak agresif, tidak suka menakluk orang lain. Kita dianggap lemah.

6. tapi mengapa kita tak membangun? biar aku jelaskan, membangun itu bagi aku bukanlah hanya aspek fizikal, bangunan tinggi-tinggi, ibu kota moden gila babi, tapi kalau penduduknya berfikir seperti menggunakan kepala zakar tidak guna jugak. Lihat new york, nampak gah. Isinya hancur.

7. Kita dicanangkan dengan pembangunan dari segi fizikal, dari segi wang, ekonomi. Sifat melayu dengki satu sama lain bukan sebab apa pon. Selalunya sebab harta, cemburu orang lain dapat harta lebih. dapat pangkat lebih. sebab kita dah diajar, dari sekolah, siapa yang kuat, siapa yang kaya, die pemenang. siapa yang tak mahu menang?

8. Ketamadunan china, yang paling tua sekali. Adakah sistem kapitalis digunakan masa itu? tamadun islam pon tak macam tu. Semua orang dapat hak masing-masing. Konsep kapitalis ni betul-betul menghancurkan dunia. Bila menjadikan wang sebagai objektif utama sesebuah negara, bukan pembangunan insan. Percayalah, dengan pembangunan sosial, barulah fizikal itu berkembang. Seperti tamadun islam lah.

9. akhirnya melayu, aku tak percaya malaysia akan maju semaju Jepun dan rakyatnya sehebat cina atau jepun. Tapi cukuplah dengan melayu itu sendiri aman.



Read more...

5.3.09

Entri susulan

Entri aku bertajuk town planner menjadi perdebatan hangat. disebabkan aku tak mahu menjadi orang yang senyap sahaja, jadi aku buat kesimpulan sendiri. Aku tujukan kepada semua yang memberi comment.

Mula-mula, sebelum memberi komen, cuba faham apa yang aku cakapkan, sekurang-kurangnya faham maksud sekular. Mana boleh sekular ini ada yang positif pulak.

apa yang aku cuba cakap dalam entri town planner tuh sebenarnya ialah mengenai sekular. Mengapa pembelajaran di UIA berbeza dengan university lain. itulah yang aku cuba cakap.

Hanif betul-betul menerangkan apa yang aku cuba ingin cakap. jadi biar aku copy paste je kat sini :

maksud sekular itu harus difahami dulu.mungkin perbezaan 'worldview' kurang dibincangkan di university lain dan di
uia ni pulak bak kata entah siapa aku tak ingat kat atas tadi berkenaan dengan misi dan visi, salah satu yg kita tuju adalah INTEGRATION, islamisation, and internationalization.

perjuangan uia ini aku suka. dan aku rasa salah satu kesannya sudah nampak dlam blog ini sendiri, memikirkan dari perspektif islam. dan bukan sekular. dan sebab itu juga aku suka uia, pada pendapat aku ia boleh melahirkan satu dunia yg balance, kerana untuk sesuatu tempat itu aman bahagia , cantik architecturenya, tenang, terancang, dan segala yang baik.

kerana aku bukan sekadar percaya buta tentang apa yang diperkatakan al quran, tapi pengetahuan yg berlandaskan al -quran ni lah yg perlu. kalau boleh semua benda in the lights of quran, be it engineering, archi,planning,law,economics, medic dan sebagainya kalu diamalkan dan dilaksanakan dengan pengetahuan dan pemahaman islam ia akan jadi bagus dan betul dan baik. itu extra point ntuk uia aku rasa.

kalau boleh lahir semula arkitek macam sinan, planner yg berkebolehan macam rasulullah itu sendiri, pengkaji sosial macam ibn khaldun, kan aman dunia. bahagia. aku nak dunia yang bahagia tu. walaupun tak sekarang, at least uia ada usaha ke arah itu.


Semua dapat? terima kasih hanif.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP