26.4.11

Sekali sekala ada gambar aku tiada salahnya

Hari tu aku minta tolong Diloz untuk ambil gambar aku dengan Nabila Farhana. Saja-saja. Setiap minggu aku asyik ambil gambar orang sahaja. Sekali sekala nak juga gambar sendiri diambil.

Sebenarnya sangat sukar bila gambar sendiri diambil. Aku tak boleh nak frame. Aku kurang pasti nak buat apa. Sepanjang proses gambar diambil. Aku tengok Diloz dalam kepala aku fikir, "Macam ni rupanya bila gambar kita diambil"

gambarnya semua cantik belaka! teruja jugak!

Kebanyakan gambar di direct oleh Diloz sendiri dan aku gaya-gayakan lebih kurang aja.

Semua gambar diambil oleh Diloz. Kecuali yang ada muka Diloz. Dan diedit oleh aku.


40d+sigma 30mm f/1.4


gambar feveret aku. Sepatutnya ada bangunan belakang tu. Tapi aku delete.

Bongkok.

saya suka awak punya senyum.

Nabila Farhana nampak garang.

Favourite juga






Aku suka idea gambar ni.


Seperti di angkasa.


terima kasih. Dan semoga aku dapat ambil gambar kau pula. Pasti cool.



Read more...

idea mencantikkan bandar

dulu aku ada tulis idea pasal benda-benda macam ni. Sila klik sini . Dalam tu aku ada tulis idea pasal zebra crossing. Yang diperbuat daripada patung.

Hari tu aku jalan-jalan di Ikea. Aku lalu zebra crossing. Warna kuning. Lepastu aku terfikir. Kan best kalau ada gambar zebra di atas zebra crossing. Pasti lebih menarik. Lepastu aku pon lukis dalam photoshop. Disebabkan aku takda mouse. Lukisan memang macam sial lah jadi.


dapat bayangkan tak?

Jadi kalau dari pandangan atas, mesti nampak macam banyak-banyak zebra. haha.

Merepek sial.



Read more...

16.4.11

gambar seketul(18)

update di hafizudinhamdan.com



Read more...

15.4.11

sekali sekala aku cerita pasal gambar






1. Bagi aku, bila ambil gambar, kau tak boleh fikir gambar tu di dalam kamera sahaja. Macam aku, aku mesti fikir dulu gambar tu akan jadi macam mana dalam album nanti. Contohnya aku ambil gambar macam kat atas ni. Mesti aku kena fikir, "nanti gambar ni aku nak letak kat bahagian atas dalam satu page, then nanti gambar yang lelaki kat bawah pulak, then nanti aku flipkan gambar tu. Jadi, dia akan jadi sebelah2 lepastu nampak macam muka dia bersambung". Mesti kau tak paham kan apa outputnya nanti? haha.

Point yang sebenarnya ialah kau mesti dah plan kau nak susun macam mana dalam album atau dalam blog kau nanti. Setakat cantik dalam kamera nak buat apa.

2. Bukan semua gambar boleh hitam putih. Gambar hitam putih ni bagi aku, selalunya aku aplikasikan dekat gambar yang tiada meaning, tapi konon macam banyak meaning.

Contohnya macam gambar yang out focus, gambar blur, gambar sedang jalan-jalan tiba-tiba tertekan shutter. Gambar yang macam tu sangat sesuai untuk hitam putih.

biar kasi contoh sikit. Gambar ni aku tersilap control white balance sebenarnya, lepastu aku patut pakai f/2.8. Sebab macam terlebih blur pulak. Jadi untuk cover, aku tukar kepada hitam putih.

sebelum(WB silap dan terlebih bokeh)

selepas(cover silap)

ok. Sekarang mana satu lagi macam feel? pastinya yang hitam putih kan?

Tapi sebenarnya kalau boleh jangan tersilap lah. Kalau macam tu abis semua gambar kau hitam putih je. susah lah pulak. Aku selalu mengalami masalah ni sebab dari indoor terus ke outdoor. Cahaya matahri pulak sangat terang sampai tak nampak skrin kat kamera. Nak baca histogram tak reti.


Ok,


Selamat beramal.



Read more...

13.4.11

sikit pasal sustainable development

salam 1 malaysia,

Aku baru lepas exam.

Tadi ada satu soalan dia tanya pasal sustainable development. Dia suruh explain.

Macam biasa aku pon jawab la. Aku cakap la sustainable development ini macam pembangunan yang memuaskan kehendak generasi masa kini tapi tidak dilupai generasi masa hadapan. Sustainable development ini berdasarkan kepada keseimbangan sosial, ekonomi dan juga alam sekitar.

Kemudian aku terfikir lagi,

Aku tulis,

sustainable development ini hampir kepada mustahil. Mana boleh logik sustainable development ini.

Akhirnya pasti perlu ada pembangunan. Cuba dibayangkan, dibuat satu kawasan yang kononnya begitu sustainable katanya. Sampai bila-bila pon boleh pakai. Pasti akan ada satu masa populasi akan bertambah, dengan teknologi perubatan yang begitu canggih sekali, kadar kematian pastinya menurun, populasi hasil migrasi dan kelahiran akan memadatkan sesuatu kawasan.

Maka nanti akan wujudlah pembangunan baru di pinggiran kawasan yang kononnya sustainable tadi. Bila wujudnya pembangunan baru, pastinya hutan-hutan dimusnahkan untuk pembangunan, jadi mana sustainablenya? Pasti akhirnya akan wujud pembangunan baru juga.

Maka sustainable development hampir kepada mustahil. Mana boleh satu pembangunan bertahan sampai bila-bila dan sentiasa memuaskan hati generasi masa kini dan masa depan. Maka tidak akan wujud sustainable development ini. Ia tidak akan sustain, kita cuma melambatkan proses kemusnahan bumi sahaja.

Sustainable development yang sebenarnya ialah tiada pembangunan lansung.

Serius aku jawab macam ni, harapnya lecturer aku tak marah.



Read more...

8.4.11

Benda kau ingat betul tapi salah. Salah sangat.

pakai kitlens jeww

1. Bertanya
Jangan tanya gadis. Sebagai contoh jangan tanya, "boleh tak kalau i nak ambil gambar u tidak berbaju", atau," boleh tak kalau perhubungan intim kita ini i record dalam format 3gp kemudian i akan upload di internet atau pass dekat kawan-kawan". Jangan tanya. Pastinya gadis akan jawab tidak.

Cuma buat sahaja. Kalau mahu record vide. Record aja. Kalau mahu ajak tengok movie. Ajak aja. Jangan tanya, " u nak ikut i pegi tengok movie tak?" Sebaliknya, cuba cakap, " jom ikut i pegi tengok movie".

Logiknya kerana gadis suka perasaan didominasi. Kemampuan lelaki mendominasi, memberi arahan, menunjukkan ciri kepimpinan dan kemampuan memberi arahan dan kuasa.

2. Mengalah
Jangan mengalah selalu, jangan ikut cakap gadis, Mungkin kalau sekali sekala kalah dalam permainan badminton untuk menunjukkan kehebatan dan kegirangan gadis itu tak mengapa. Tapi kebanyakan masa. Jangan mengalah dan ikut cakap.

Nanti gadis besar kepala

3. Ego
Senang hati gadis jika kamu menurunkan ego sekali sekala. Tapi jika tiada ego lansung macam aku ini. Pastinya gadis memijak kepala kau. Sakit kena pijak kepala ni. Serius sakit.

Tiada respect.

Kalau dapat gadis yang faham tidak mengapa, kalau dapat gadis yang tak reti mengalah. Sakit hati tidak terkata.

Macam entri sebelum ini.

Betul-betul yang sebelum ni.

pantang salah, pantang kalah, pantang kena marah.




Read more...

pantang

pantang salah, pantang kalah, pantang kena marah, egois tanpa munasabah.



Read more...

6.4.11

hari ini 52 : hidup kamu dan saya

hari ini aku exam.

ye betul, kejap lagi pukul 9.

Macam biasa, aku bab-bab exam ni memang malas. Malahan aku terlebih malas. Malas gile. Fuhh.

Tapi macam biasa jugak, result gua lagi gempak dari result lu. macam sial.

ok, bukan itu yang mahu dicerita,

Macam ni,

Sejujurnya, bagi aku, aku mesti dapat apa yang aku nak. Bukan aku cakap macam aku begitu bernasib baik sampai apa sahaja yang aku dapat mesti nak.

Kira aku seorang yang betul-betul ada hala tuju. Kira kalau aku cakap aku nak jadi perokok tegar, aku mesti berusaha sampai tahap orang kata aku perokok tegar, kalau aku kata aku nak try amik gambar orang, aku mesti amik gambar orang sampai dapat duit, kalau aku cakap aku nak kumpul RM20k dalam tahun ni, aku mesti akan usaha untuk dapat duit banyak tu. Kalau aku kata aku nak project paper yang pasal bas sekolah tu dapat present kat Perth, aku mesti buat sampai dapat present kat sana.

Dan aku takkan stop fikir setiap hari, setiap hari aku tak stop fikir benda yang aku nak dan strategi-strategi bagaimana untuk aku dapat benda-benda yang aku nak.

Aku jarang ambil mudah untuk benda yang aku mahu.

Dulu aku ingat, lecturer studio aku selalu gelakkan kami masa presentation. Kononnya idea kami terlampau mentah. Masa tu aku bernekad untuk membaca buku sebanyak yang boleh supaya dia tak gelakkan kami lagi. Supaya nanti bila dia tanya aku akan dapat jawab.

Tapi malangnya memang dia tanya tak terjawab lah, dia lecturer, research dah melambak gila, dah dapat Dr. Memang lah tak terjawab. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat tambah ilmu pengetahuan. Malahan tak pernah menyesal. Sekurang-kurangnya dia tak gelakkan lagi.

Malangnya,

ada benda yang bagaimana kita nak pon, takkan dapat. Sesuatu yang dah ditakdirkan tuhan. Kalau aku bersungguh-sungguh untuk kahwin tahun depan pon, bekerja sngguh-sungguh, kalau tuhan mahu aku mati kejap lagi, mati juga lah, kalau tuhan kata aku dibenci perempuan, aku dibenci juga dan tak kahwin sepanjang hidup.

Tapi cuma, jangan berhenti usaha, jangan berhenti fikir dan buat apa yang kau nak.

Rasanya dulu aku pernah cakap, apa yang kau nak, mesti kau dapat, tapi, sama ada senang atau susah, cepat atau lama.



*malangnya aku tak anggap serius exam yang kejap lagi aku akan amik ni. hahaha.



Read more...

4.4.11

Tentang bahasa jiwa bangsa

Apa yang aku tulis dan apa yang kau akan bakal baca ini berdasarkan logik. Bukan berdasarkan kajian. Sebarang bantahan boleh dikemukakan di ruang komen.

Dari sekolah dulu kau selalu dengar. Orang kata bahasa jiwa bangsa. Dalam TV iklan melambak-lambak dia cakap bahasa jiwa bangsa. Yang aku faham dari bahasa jiwa bangsa ialah, cara kau menggunakan bahasa kau, menunjukkan bangsa kau. Jadi maknanya cara kau bercakap, samaada kau mencarut, kau bercakap kasar, seorang yang sarkastik menunjukkan bangsa kau. Iaitu bahasa melayu lah.

Jadi bila aku suka mencarut, menunjukkan orang melayu sebenarnya suka mencarut.

Jujurnya aku kurang bersetuju.

Satu sebabnya ialah aku tak percaya dengan ideologi bangsa.

Sebab bagi aku kita tak patut dibezakan melalui bangsa, ia menjadikan kita berpecah. Kita sepatutnya dibezakan melalui tempat tinggal. Jadi katanya aku orang melaka. Aku sepatutnya bukan dipanggil sebagai orang melayu. aku sepatutnya dipanggil sebagai orang Melaka. Untuk lebih besar lagi. Aku dipanggil sebagai orang Malaysia.

Sebab keduanya ialah,

Kalau bahasa jiwa bangsa, menunjukkan sesuatu bangsa menggunakan bahasa bangsanya sebagai pertuturan harian. Sebagai contohnya orang melayu. Maknanya aku akan menggunakan bahasa melayu sebagai pertuturan harian.

Jadi persoalan aku ialah bagaimana dengan orang Melayu di Sarawak? Mengapa mereka bercakap dalam bahasa sarawak? Orang melayu di Indonesia pon bercakap bahasa lain yang bukan bahasa melayu atau bahasa sarawak. Akhir sekali, betulkah bahasa yang kita guna ini sebagai Bahasa Melayu yang asal atau Bahasa yang asalnya dari Malaysia?

Kalau bahasa jiwa bangsa. Mengapa mereka tukar subjek di sekolah dari bahasa melayu menjadi subjek Bahasa Malaysia.

Malaysia itu suatu bangsa kah?

Jadi bagaimana kita boleh cakap bahasa jiwa bangsa?

Aku rasa lebih kepada "bahasa jiwa asal tempat tinggal".

Tak kira bangsa apa. Kalau tempat tinggal lain, dia cakap bahasa lain jugak. Siapa yang buat slogan bahasa jiwa bangsa ni? Mesti dia tak fikir sebelum buat.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP