15.9.11

tak best nya online pakai handphone

Geli tak baca tajuk untuk entri ni?

Sengaja aku gelikan.

Supaya kelihatan seperti blog gadis gadis yang hari hari cerita pasal diri sendiri di blog.

Kalau kau nak tahu, aku sekarang sudah duduk menyewa sendiri. Seorang diri. Beberapa hari lepas kereta aku baru hilang. Jadi aku patut cakap  dugaan yang begitu sukar.

Aku rasa semua orang patut ada komitmen untuk menjadikan mereka rajin berusaha. Contohnya bila orang mahu kahwin, banyak orang kata masa itu rezeki melimpah ruah. Aku patut cakap, betul rezeki melimpah ruah, tapi masa itu buat kita rajin berusaha.

Masa itu kau fikir kau sudah ada komitmen, kau perlu capai sesuatu benda untuk memastikan diri kau hidup, dan mungkin orang yang disekiling kau.

Jujurnya, sebelum ini aku duduk di rumah akak aku, kerja aku sejujurnya agak perlahan. Selepas aku sudah fikir mahu bayar duit kereta, duit rumah sendiri, yang mana aku sengaja bebankan diri aku supaya aku belajar, aku rasa kerja aku bertambah laju.

Jadi makin cepat, sebab kalau album lambat siap, payment pon dapat lambat. haha.

Jadi buat bersungguh-sungguh, supaya payment dapat laju, maka cukuplah aku untuk hidup sepanjang bulan tu.

Dulu, kalau aku malas, aku rasa penat, aku tak ambil booking untuk minggu tu. Kononnya cuti la.

Tapi bila sekarang, fikir rezeki, Aku ambil dan buat bersungguh-sungguh.

Tak boleh dah nak main main sekarang.

Aku pon dah nak kahwin.

Sila berkomitmen. Tahulah susah senang.













Read more...

3.9.11

Entri khas untuk bapak kau.

Aku terbaring satu malam fikir apa yang orang pernah beri dekat aku. Tidak kira lah dari segi pengorbanan mereka atau dari segi yang material iaitu wang dan harta benda. Mungkin yang paling banyak pemberian tu aku terfikir datangnya dari bapak aku sendiri.

Banyak.

Wang.

Barang.

Kasih sayang.

Sepanjang aku belajar. Walaupun aku cari duit sendiri masa aku belajar masa dah nak abis-abis tu. Aku pernah jual sandwich dari studio ke studio. Aku ingat dia punya tagline, "semakin hari semakin sedap". Setiap hari bolehla dapat untung RM20. Aku buat dengan kawan aku. Bila dia kantoi studio, aku pon dah tak buat lagi dah.

Lepastu aku amik gambar potrait. Family potrait. Lepastu couple. Aku jarang ambil wedding sebab busy. Kalau potrait mudah sikit. 2 jam je. Cukuplah belanja setiap minggu.

Tapi perbelanjaan lain? yang dari tadika sampai la ke habis universiti. Duit kereta, duit belanja, minum, makan, baju, spender, beli itu, beli ini. Kira duit yang aku carik sendiri tu memang tak mampu nak tanggung. Tapi sekurang-kurangnya mengurangkan perbelanjaan. Mungkin?

Lepastu aku fikir,

Pelik bagaimana ada orang masih ada hati untuk bersifat kurang ajar? bagaimana ada orang masih ada hati untuk berkira dengan orang yang begitu banyak memberi. Atau kata lainnya mungkin tak menghargai. Pelik kan?

Sejujurnya, sebagai orang biasa, aku sendiri pon ada terfikir macam, "alaa..ayah buat macam ni dekat akak-akak lain, dekat apis(aku bahasakan diri aku apis), tak boleh pulak?"

Tapi aku terfikir je, aku jarang cakap atau luahkan benda-benda macam tu.

Kemudian aku fikir semula, bodoh gila cakap macam tu. Tak terfikir ke berapa banyak bapak aku bagi dekat aku? Macam mana aku boleh ada hati nak cakap macam tu. Yang mana kemudiannya aku cuma senyap aja. Dan buang perasaan bodoh itu jauh-jauh. Sebaliknya menghargai dan berhenti untuk meminta berlebihan.

Jadi aku menjadi bukan orang yang sebegitu. Dan aku cuma tak faham orang yang bersifat sebegitu.

Jujurnya aku seperti kau yang mempunyai bapak juga, menghormati bapak aku, merasa terhutang budi yang amat sangat, atas segala yang diberi, kata kata bijaksana dia, kata-kata semngat seperti bapa-bapa yang lain,(oh, bapak aku sangat hebat memberi motivasi), dan sifat kasih sayangnya dan berlembut.

Dan aku juga seperti anak-anak lelaki yang lain, yang jarang bersifat kekeluargaan sehingga mempunyai keluarga sendiri dan seorang yang mempunyai target dan selalunya mereka usahakan sehingga target mereka tercapai. Sehingga kadang-kala banyak perkara dilupakan.

Tulus ikhlasnya aku meminta maaf.

Namun perlu diketahui aku sedang berdikari.






Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP