15.9.11

tak best nya online pakai handphone

Geli tak baca tajuk untuk entri ni?

Sengaja aku gelikan.

Supaya kelihatan seperti blog gadis gadis yang hari hari cerita pasal diri sendiri di blog.

Kalau kau nak tahu, aku sekarang sudah duduk menyewa sendiri. Seorang diri. Beberapa hari lepas kereta aku baru hilang. Jadi aku patut cakap  dugaan yang begitu sukar.

Aku rasa semua orang patut ada komitmen untuk menjadikan mereka rajin berusaha. Contohnya bila orang mahu kahwin, banyak orang kata masa itu rezeki melimpah ruah. Aku patut cakap, betul rezeki melimpah ruah, tapi masa itu buat kita rajin berusaha.

Masa itu kau fikir kau sudah ada komitmen, kau perlu capai sesuatu benda untuk memastikan diri kau hidup, dan mungkin orang yang disekiling kau.

Jujurnya, sebelum ini aku duduk di rumah akak aku, kerja aku sejujurnya agak perlahan. Selepas aku sudah fikir mahu bayar duit kereta, duit rumah sendiri, yang mana aku sengaja bebankan diri aku supaya aku belajar, aku rasa kerja aku bertambah laju.

Jadi makin cepat, sebab kalau album lambat siap, payment pon dapat lambat. haha.

Jadi buat bersungguh-sungguh, supaya payment dapat laju, maka cukuplah aku untuk hidup sepanjang bulan tu.

Dulu, kalau aku malas, aku rasa penat, aku tak ambil booking untuk minggu tu. Kononnya cuti la.

Tapi bila sekarang, fikir rezeki, Aku ambil dan buat bersungguh-sungguh.

Tak boleh dah nak main main sekarang.

Aku pon dah nak kahwin.

Sila berkomitmen. Tahulah susah senang.











5 carutan balas:

mimie hamdan 15 September 2011 pada 8:38 PG  

alhamdullilah...
rezeki tue dtg byk cara..byk rupa...kawin pun rezeki jugak..anak pun rezeki jugak...keluarga pun rezeki jugak...
mimie sentiasa doakan adik2 mimie berjaya dlm apa jua yg pilihan masing2...
insyaAllah...
*comment agak poyo* hehe..

dee 15 September 2011 pada 8:58 PG  

ok , sape pompuan tu? hahaha

Unknown 17 September 2011 pada 7:11 PG  

keter hilang tu mmg gile dugaan weh. klu henset hilang pun dah gelabah gile babi, ni kan keter.

untuk kejer tu, ak rase ko patut lebih organize dan teratur dan hectic. means ari jumaat sabtu ahad shoot, balik terus edit dari isnin sampai kamis, then hantar print, ari isnin depan tu dah bleh deliver and keep going. klu tak larat, just amik job sebulan 2-3 kali. utk wedding ni, klu cepat deliver album, lagi orang suka. dan kesannya lagi ramai orang tempah.

just my 2 cents.

ayuni 17 September 2011 pada 11:16 PG  

dugaan yang besar. tapi Allah sentiasa beri rezeki pada hambaNya. cuma masa yang membezakan.
gudlux la tuk ko. :)

admin@blogdiloz.com 25 September 2011 pada 6:55 PG  

one hell of a big step there buddy.
good luck!

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP