7.7.11

Signifikasi BERSIH

Seperti yang kau tahu. Aku bukan peminat besar politik. Malahan aku selalu ambil tak kisah. Sebab bagi aku tiada politik yang jujur sekarang ini.

Jika satu orang cakap kerajaan sekarang tak betul. Adakah orang yang cakap itu betul? Atau mungkin dia mahu kelebihan apa yang ada pada kerajaan sekarang terhadap dirinya sendiri?

Jadi orang kata undian di Malaysia tidak bersih. Tidak jujur. Jadi disertakan dengan bukti pengundi-pengundi hantu. Main tipu.

Macam lebih baik tidak perlu ada pilihan raya kalau pilihan raya pon tipu. Lebih baik kasi BN menang setiap kali pilihan raya. Tidak perlu undi undi semua buang masa. Buang duit kerajaan buat kempen.

Manusia memang sifat menentang terhadap pihak berkuasa. Kita akan cuba salahkan pihak berkuasa. Jalan berlubang kita salahkan kerajaan. Minyak mahal kita salahkan kerajaan. Isteri merajuk kita salahkan kerajaan. Semua salahkan kerajaan. Sebab kita tak tahu nak marah siapa. Takkan minyak naik kita mahu salahkan diri sendiri pulak?

Lalu bila kita rasa kerajaan salah. Kita mahu orang lain jadi kerajaan. Kita mahu orang yang kita rasa kita boleh percaya. Orang yang sama menyokong kebencian. Lalu mereka rasa mereka ramai. Cukup ramai untuk memastikan kerajaan sedia ada kalah dalam pilihan raya.

Lalu pilihan raya kerajaan sama masih menang. Lalu berbalik kepada asal, kita salahkan kerajaan. Kita cakap kerajaan main tipu. Mereka sertakan bukti-bukti.

Kemudian contohnya pilihan raya seterusnya orang yang menentang kerajaan tadi menang pilihan raya. Kerajaan tukar kepada orang baru. Lalu mereka( kerajaan baru) suka pula dengan kuasa yang ada. Mereka suka dengan wang, suka dengan kuasa. Cakap apa sahaja decision semua orang ikut.

Kemudian mereka rasa tercabar di pilihan raya berikut. Mereka guna helah yang sama dengan kerajaan sebelum ini. Lalu orang tidak puas hati balik. Kemudian berlaku perhimpunan aman lagi.

Kemudian berulang-ulang lagi.

Aku tak salahkan orang yang ingin mengikuti perhimpunan bersih. Malahan mereka bijak kerana peka dengan apa helah kerajaan sekarang. Mereka mahu hak suara mereka didengar secara adil melalui pilihan raya.

Tetapi yang aku risau ialah kebodohan segelintir orang. Kau tahu jenis orang yang semangat lebih? macam, " pakcik..lek lek ar"

Ataupun cuma sesetengah orang yang enjoy dengan kerosakan. Secara sifat semula jadi atau dibayar itu tidak tahu. Tapi orang yang suka dengan kekecohan dan kekacauan. Yang sepatah haram tak tau pon pasal apa kejadah bersih ini semua tapi cuma mahu kekecohan dan gemarkannya.

Aku harap dijauhi orang bodoh yang begitu.

Tolong. Jaga diri.

3 carutan balas:

NFE. 7 Julai 2011 pada 2:16 PTG  

aku setuju dengan entry nei.ckp kerajaan tak betul,yg kata pun 2 kali 5 je.tengok sendiri negeri yg di naungi pembangkang.haha.semoga aku juga di jauhi oleh org yang bodoh itu. ;)

apekzer 7 Julai 2011 pada 11:43 PTG  

betul la tu, so kerajaan pun lek je, takyah nak bazir duit buat roadblock ape macam nak sekat dierang, biar je dierang bebas. then kita tunggu dan lihat, kalau berul dierang salah dan buat keburukan, takkan rakyat masih bodo tak nampak. bagi can tak smestinya bagi terus, nama pun bagi can, contoh nya macam ni,

ali: eleh, si ahmad tu aku bagi can je die menang lawan boling ngan aku, kalau tak kalah punye.

abu: haa???

Tanpa Nama,  13 Julai 2011 pada 10:55 PG  

aku setuju yg ni, kalo diorang nk kempen ker, nk wat p'arakan ker, nk demontrasi ker, apa ker, lantak la. tapi jgn lak sampai mnyusahkan public sampai org lain xleh cari mkn. kalo btol nk jd pemimpin (BER@#$)pikir2 la effect yg diorg wat kt public tuh..
puuiihhh!!!

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP