Benda yang saya belajar di bangkok
Sebenarnya aku baru pulang dari bangkok untuk jalan-jalan dengan kawan-kawan aku. Trip yang sangat seronok. Mungkin aku patut cakap pengalaman yang susah nak lupa. Aku belajar banyak benda kat sana.
1.Aku belajar pasal betapa susah hidup mereka sehingga mereka buat banyak benda. Kalau aku jalan-jalan aku boleh lihat budak-budak universiti di sana pakai uniform(universiti mereka pakai uniform), jual-jual barang tepi jalan. Mereka takde macam kita ptptn atau loan. Kalau mahu belajar. Perlu cari duit sendiri.
2.Aku perasan mereka begitu lemah lembut. Terlampau lemah lembut. Ada mamat ni jual bukulima, pisau rambo, cota, benda yang elektrik cucuk kat orang tu. Siap pakai subang, tattoo banyak kat badan. Bila cakap, sikit punya lembut lagi. Terima kasih adalah wajib tak kira apa.
3.Mereka sangat hormat satu sama lain. Senyum tak putus-putus. Kalau di Singapore train mereka begitu senyap. Di london pon senyap(suara pak arab je memekak-mekak), di Malaysia lebih kurang. Di bangkok macam semua orang tegur menegur. Satu perasaan yang pelik.
4. aku rasa bila orang cakap pegi Thailand mahu cari pelacur, aku rasa tu suatu benda yang tak patut. Aku rasa mereka tak pilih untuk kerja macam tu. Mereka anggap kerja mereka sedang buat tu sebagai suatu kerja. Masa kami lepak borak-borak dengan mereka(pelacur), saja untuk tahu pasal mereka. Mereka berbeza bila aku jumpa bila dah habis kerja.
Kira lepas habis kerja, mereka normal, pakai baju biasa yang takla begitu menjolok mata. Tunggu bas dekat bus stop. Mereka sebenarnya bukan pelacur. Mereka macam penari bogel. Pelacuran haram di Thailand. Cuma strip club yang dibenarkan. Tapi macam tutup sebelah mata la.
5. antara jalan yang sesak dalam dunia ni ialah Bangkok. Tak percaya cuba banyak baca buku pasal pengangkutan. Semua case study cerita pasal Bangkok. Tapi hairan. Mereka tidak suka hon. Bawa kereta pon sabar.
6. Aku cuma rasa ia berkaitan dengan keagamaan mereka. Mereka kuat betul sembahyang. Dekat shopping complex besar gabak pon ada kuil sebelah. Dan tak kira pakai macam mana. Mereka akan singgah berdoa. Kira mereka sangat menghormati agama mereka.
Jadi, bila kita lihat cerita cerita di tv berkaitan Buddha. Banyak cakap pasal tenang, sabar, cool. Jadi aku rasa mereka begitu kuat agama sehingga berjaya mengadaptasikan keagamaan tu dalam diri mereka. Menjadi orang yang lembut, sabar dan cool.
Islam juga mengajar benda yang sama. Malahan mana-mana agama di dunia tak pernah cakap marah itu suatu perkara yang bagus.
7. Mereka begitu ramah. Sangat peramah sehingga kau boleh tegur siapa sahaja yang kau suka. Tanpa rasa risau.
8. Masa aku ke Bali beberapa tahun lepas, aku perasan mereka suka merenung orang. Kira macam kau bayangkan kau jalan kat kawasan yang ramai orang Indonesia. Mereka suka betul merenung orang. Aku cuma rasa merenung orang adalah satu benda yang bodoh.
Aku cuma rasa orang yang suka merenung orang atau suka pandang pelik dekat orang adalah orang bodoh. Suka menjaga tepi kain orang, kuat cemburu, hasad dengki dan kuat mengumpat.
Semasa aku di Bangkok, aku tak pernah rasa aku macam kena tenung.
9. Aku cuma rasa, Thailand satu negara yang kau patut lawat. Aku respek mereka atas kelembutan mereka dan betapa mereka hormat-menghormati. Aku terfikir untuk ke Vietnam. Orang kata di sana pon macam tu juga. Cakap macam menyanyi-nyanyi.
enjoy la sikit gambar. Ini gambar main uplaod je sebab malas nak pilih. Nanti lebih aku upload dekat Hafizudinhamdan.com
5 carutan balas:
kat hatyai dengan songkhla lain cerita dia pasal trafik, dierang bawak laju dan rally kalah karamjit singh, tapi part lan semua sama.
cuba kau check kot kereta dia orang memang tak dipasang hon ke, rosak ke ;)
Setuju dengan kamu. Aku pernah pergi untuk meeting. Sikap diaorang buat aku rindu nak gi lagi. So, jumaat ni aku nak ke sana. ^_^ Any reccomended place to visit? Dalam kepala aku sekarang ada Chatuchak dan palace je...
chatucha mahal..jangan pegi.
baik pegi pratunam kalau nak shopping. dekat area petchabury tak silap.
ouh.dan ahad pagi ada tomoi. masuk free. aku tak ingat area mana. tapi kene pakai kasut, baju kolar seluar panjang.
hem...okeh..nanti aku usha lagi...thanks Kopi!
Catat Ulasan