Isteri yang menyerah
Aku berbual dengan akak aku hari tu pasal "A Surrendered Wife". Atau dalam bahasa melayunya isteri yang menyerah. Maknanya isteri yang menyerah segalanya kepada suaminya. Dari hujung kaki sehingga hujung rambut adalah terhadap suaminya serta tuhannya.
Aku patut cakap aku agak bersetuju dengan konsep isteri yang menyerah.
Digambarkan dalam konsep isteri yang menyerah ini adalah yang menurut perintah segalanya dari suaminya. Seorang yang bersabar, seorang yang ikut cakap, penyayang dan segalnya yang lelaki mahukan dari seorang isteri.
Tapi ada juga beberapa persoalan lah macam layakkah lelaki itu mendapat isteri yang menyerahkan segalanya tapi perangai lelaki itu macam haram kuat maki hamun dan segalanya yang perempuan tak mahu daripada lelaki?
Lalau akak aku cakap, seseorang mesti bertindak dan kemudian bersabar. Ini adalah proses dalam menjadi isteri yang menyerah.
Jadi lebih baik kamu(isteri) bertindak dan kemudian bersabar dan tidak mengharap respond sepantas kilat dari lelaki. Hampir mustahil untuk kamu mendapat respond sepantas kilat. Dan penting sekali ialah kamu jangan meminta. Macam minta dibelai, minta dipujuk, minta duit, minta itu minta ini. Minta kasih sayang lah senang cakap.
Eh. Rimaslah. Rimas.
Sebab mesti ada sampai satu time yang orang lelaki ini akan beri tanpa kamu sedar, tanpa kamu perasan. kata kuncinya, lagi diminta, lagi rimas, lagi malas nak bagi.
Tapi sangat penting untuk kamu (perempuan) jangan lupa bila diberi.
Aku betul-betul faham. Jika dalam masa seminggu, 6 hari lelaki tu meluangkan masa dengan perempuan tu, kemudian tinggal lagi satu hari lelaki tu tak layan perempuan tu tapi masa tulah yang perempuan tu paling nak lelaki itu, 6 hari yang diluangkan bersama tu hampir tak bermakna.
Benda macam ni yang selalu buat jadi benda mengarut-mengarut. Kemudian lelaki tu malas dah nak beri. Baik dia beri perhatian kepada kerjayanya. Sekurang-kurangnya kerjayanya memberikan wang. Kalau diberi perhatian terhadap isterinya, isterinya lupa pula dan tak hargai. kata lelaki itu.
Pasti kau yang mendengar seperti tidak adil kan?
sebenarnya ia adil dari segi yang susah mahu digambarkan.
Hubungan lelaki dan perempuan merupakan sesuatu yang kompleks.
Jika kau cakap kuncinya ialah tolak ansur.
Tidak. Jika kau berdua merupakan pasangan suami isteri yang sentiasa bertolak ansur. Kau tidak akan jadi pasangan suami isteri.
4 carutan balas:
adil aku faham sgt... begitu juga lelaki, tak kesah sesiapa asalkan jenis tak pandai kenang. Walah dah bagi seribu ringgit setiap hari, tapi tetiba die nak dua ribu untuk hari, tak dapat..tak dapat die terus cakap "dengan awak ni ape pun tak boleh!" padahal yg sebelum sebelumnya tu dapat je tapi langsung tak hargai.
belajar utk bersabar
belajar untuk memberi
belajar untuk lebih menghargai
lelaki sukar utk menunjukan kaseh syg nye tp bila dia tunjuk,perempuan ada kemungkinan tidak sedar.
aku suke entri ni...let your man come to you..and when they do, embrace it. bnde yg diminta2 x sama dgn ko dpt sesuatu yg spontan dr lelaki/bf ko..ble die tunjukkan ksh syg tanpa disedar bru ko akn btol2 rase nikmat ksh syg tu...kenape perlu minta klu kite dah tau die sygkan kite? ^_^v
betul la kata entry kau ni. betul sangat !
Catat Ulasan