20.7.11

sambungan entri sebelum ini

kau tau,

aku bukan tolak orang yang belajar di universiti. Aku bukan cakap baca buku tak penting. Aku tak cakap yang apa sahaja kau buat sekarang tak penting.

Kalau aku fikir macam tu, dah lama aku berhenti belajar. Dah lama aku pasang cita-cita nak jadi katil. Supaya hari hari boleh baring tak buat apa-apa.

Aku cuma cakap supaya kau buat sesuatu yang kau gembira.

Kalau kau rasa menjadi perancang bandar itu sesuatu passion kau, kau enjoy bekerja membangunkan negara dan rakyat dan ekonomi. Tak salah. tiada siapa cakap salah. Malahan kerja yang mulia.

Aku cuma cakap kerja tidak sepatutnya untuk memenuhi kehendak orang lain. Sebagai contoh bila orang tanya kau mahu cakap kau kerja sebagai Pengurus syarikat ternama dunia. Jadi kau dipandang tinggi.

Kerja sepatutnya sesuatu yang kau happy untuk buat.

Semua orang ada impian. Peluang untuk impian kau kadang-kadang datang tapi kau lepaskan sebab kemahuan orang lain.

Sekarang orang lain itu bila sudah tiada dengan kau. Kau rasa dia kisah pasal kau?

2 carutan balas:

zaren 20 Julai 2011 pada 10:16 PG  

yeahh aku setuju ko kate "kerja sepatutnye sesuatu yg ko happy utk buat"... aku tk dpt2 keje lagi sbb ni la kot.. org kate memilih..tp aku nk keje yg rs berbaloi lepas dah berhempas pulas belaja..bknla nk yg tinggi2..tp at least aku tanak la end up blaja planning tp keje kat field lain..

Tanpa Nama,  20 Julai 2011 pada 8:24 PTG  

Betul la. Kadang2 masa pilih course dulu, pilih yg agak2 glemer dan market kerja banyak. Tp suatu hari tersedar, yang apa sebenarnya yang diri mau. Kerja yg mengejar nama dan wang semata atau kerja yang diri suka dan tetap boleh kejar wang utk hidup sekadarnya (kalau lebih lagi bagus). Dan itu yang terjadi pada kamu. Kamu dah buat pilihan. Dan pilihan tak semestinya 100% memenuhi kehendak (seperti bisa bangun jam 12); itu terlalu perfect dan hakitat adalah tidak, tapi sekurang2 nya memenuhi 60% kemahuan kita, sudah hebat dan boleh jadi gembira. Tak kira la, mau jadi photog atau jual nasi lemak atau kerja pejabat atau petani atau apa sahaja asalkan bukan kerja gelap.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP