26.8.11

untuk orang obses blogger

Kau tau jenis orang yang obses dengan blogger?

Orang yang macam masuk blog contest sana sini, tulis komen sini sana walaupun komen tak penting. letak kat shoutbox orang dia punya link. Nak cari follower seramai boleh. Ada lagi tu sampai plagiat. Apakah kepentingan blog peribadi ni?

Contohnya macam blog aku ni, tiba-tiba aku nak buat contest. Kira link kat blog ni, letak banner kat blog kau apa jadah semua. Nanti aku bagi kau RM100 kalau referral paling banyak.

Ok sekarang dah ada pemenang, kau bagi dia RM100. Lepastu konon traffic ke blog kau jadi banyak. Ramai orang baca blog kau sekarang.

Lepastu?

seriously, lepastu apa?

Macam aku mula-mula tulis blog aku tak harap pon ramai orang baca blog ini atau tidak. Sebenarnya aku pon tidakla begitu hirau sama ada blog ini akan bertambah follower atau tak. Aku pon jarang reply komen, kecuali komen yang membina dan layak direply. Atau pon meninggalkan komen di shoutbox orang.

Aku tulis sebab aku rasa aku ada pandangan, aku ada perspektif. Aku mahu cerita benda yang aku mahu semua orang tahu apa yang aku fikir. Jadi mungkin apabila mereka tahu, kemungkinan besar mereka akan melakukan kritikan terhadap apa pandangan aku.

Kadang-kadang aku tulis sebab aku tak tahu nak cakap dengan siapa. Kira kalau aku sedang emosi, pastinya aku rasa nak tulis disini. Jadi aku tulislah.

Sebenarnya blog kau sukahait kau lah nak tulis apa. Cerita pasal hari hari kau buat seks atau melancap pon aku tak hirau.

Cuma aku tak faham dengan orang yang obses blogger.

Bukan kutuk.

cuma tak faham.






6 carutan balas:

En Hakim 27 Ogos 2011 pada 1:19 PG  

betul4..aku setuju dgn kau..

Sharifah Fatiha 27 Ogos 2011 pada 3:45 PG  

ha'ah. aku pun tak faham. mengarut betul semua tu.

Puteh 27 Ogos 2011 pada 5:20 PG  

tol tu..
mereka rase mereka chantik mereka rasa mereka hensem kot..
heee tapi aku pon xphm np cmtu..
biar laa :)

Asrulsani 27 Ogos 2011 pada 7:23 PG  

ni jenis orang yang sukakan perhatian

syi Er 28 Ogos 2011 pada 12:15 PTG  

seriouslyyy betul! 101% setuju:)

Hidir 31 Ogos 2011 pada 3:32 PG  

ada mereka buat blog sebab nak duit..masuk blog dia dapat 1 sen..sebab tu blog diorg penuh iklan daripada isi

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP