20.5.11

pengaruh filem dalam kehidupan

Aku suka tengok pi mai pi mai tang tu. Sejak dari sekolah dulu aku suka gila tengok pi mai pi mai tang tu. Bagi aku cerita dia kelakar, banyak isu, dan macam menunjukkan Malaysia. Bayangkan cerita tahun awal 90-an sudah perasan isu-isu ni semua.

Aku suka pemerhatian dia yang orang india bukak kedai belajar memandu, orang cina bukak saloon, orang tua melayu bukak kedai kopi kecil dan beberapa orang muda yang tiada wawasan.

Mereka berbincang isu-isu yang mungkin sebenarnya betul kalau dengar betul-betul. Tapi akhirnya isu-isu mereka tu semua jadi perbincangan di kedai kopi dan kemudian berakhir di situ dan esok cerita lain.

Tak sangka sampai sekarang benda-benda macam tu hingga sekarang masih wujud. Bincang bukan main tapi kosong. tiada implementation.

Tak ubah macam aku juga, cerita di blog pungpangpungpang dan akhirnya aku pon sama.

Sekurang-kurangnya pi mai pi mai tang tu jauh lebih intelligent dari cerita senario yang lawak kosong dan bodoh. Mungkin kelakar. Tapi bodoh.

Tapi mungkin itu lebih baik dari sekarang ini cerita melayu yang sibuk buat cerita gaduh-gaduh, cerita hantu, cerita kelakar tak jadi. Cerita yang jual artis AF.

Mari kita tengok dua sedutan di bawah ya,

cerita melayu



cerita tamil



Jadi pendapat aku ialah,

Ingat tak bila cerita rempit keluar cerita Remp-it di wayang? tiba-tiba semua budak-budak jadi macam nak gila jadi rempit. Berleluasa bukan main. Semua jadi bangang.

Bila cerita kl gengster ni keluar pasti nanti dah budak-budak semua nak jadi gengster pakai rantai besi jalan mendada kerja asyik nak bergaduh je.

Langgar sikit gaduh, cuit sikit gaduh, picit telur gaduh.

Cuba la wayang tunjuk teladan baik sikit. Cerita pasal kucing ke, kekeluargaan ke, hidup seorang pesakit mental ke.

Dunia sekarang orang terlampau suka nafsu.

5 carutan balas:

Kap 20 Mei 2011 4:18 PTG  

picit telur gaduh??
aku kalau kena sanggup grab telur orang itu kuat kuat sampai lumat, bro.
senak tu...

SyuhadaAdros 22 Mei 2011 8:00 PG  

tapi macamana pulak dgn filem yg stok2 'menginsafkan'? humm filem xbyk, tapi drama byk genre macam ni. contoh mcm bila raya atau puasa je byk la cite2 yg kononnya menginsafkan ni.

tapi, pelakon nya? mcm mana? tak terkesan pun dr lakonan? macam mana pulak org yg tengok cite2 mcm tu?

aku rasa insaf cili api je - bak kata ustad aku. insaf sekejap!

tapi benda jahat laaaaaju pulak org ikut!

Chempaka Sari 26 Mei 2011 7:59 PG  

nak cakap macam ni jugak tapi cakap je lah tak tulis dalam blog pun. Baru ni tgk ulangan Pi Mai Tang Tu, serius lawak walu dah lama. Memang byk pengisian dari cerita sekarang....

Chempaka Sari 26 Mei 2011 8:00 PG  

sebab tu aku pilih NUR KASIH dari KONGSI untuk aku bazirkan duit aku. Kau mesti tak tgk kan NUR KASIH... try la tgk best....

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP