29.11.08

Anti Trend?

aku bukan anti trend. bukan aku tidak suka trend itu ini semua. aku lebih suka haluan kiri. tapi aku bukan menolak segala benda yang trend. Aku cuma tidak suka bila trend itu dijadikan ukuran bagi ketamadunan manusia. bila kau tak ikut trend, kau ketinggalan. aku sangat tak suka begitu.

ikut atau tidak trend adalah hak masing-masing. dan aku pula bebas menulis apa sahaja di dalam blog aku. Trend sepatutnya dijadikan sesuatu untuk mengekspresikan diri, sebagai contoh, fesyen, aku suka fesyen, bila kita mengenakan sesuatu pakaian, kita pasti ingin merasa yakin. Kalau aku anti trend mungkin aku akan pakai seluar dalam sahaja ataupun memakai daun untuk menutup kemaluan. tidak. aku tidak anti trend. tolong faham itu.

Aku banyak mengutarakan mengenai trend disebabkan oleh ketidak fahaman aku terhadap sesuatu yang dijadikan trend itu. sebagai contoh, seseorang yang tidak minat mengambil gambar tiba-tiba membeli DSLR dan menggantung di leher kemana sahaja dia pergi semata-mata trend. Orang yang tidak minat apa-apa berkaitan membakar kek dan tiba-tiba menghasilkan kek cawan atas pengaruh trend. takut ketinggalan kononnya.

Aku menulis blog ini pon bukan kerana trend. Benda yang aku tulis di dalam blog ini ialah benda yang aku fikirkan sejak dari dulu lagi, namun tiada tempat untuk aku menulis. Jadi aku tulis disini. dan puas pula bila menulisnya dan menghiasnya dan bermacam2 lagi kepuasan.

Trend tidak wajib diikuti. permasalahnnya timbul apabila trend itu cuba diikuti dan menjadi seperti pelik sahaja bila melihatnya. Pernah suatu ketika trend memakai baju label indie yang bertulis-tulis di depan itu sperti baju "aku jiwa kosong" itu semua dan trend memakai skinny jeans berwarna merah. Aku akui, bila kena gayanya memang cantik. Tetapi ada juga yang memakainya dengan pelik ataupun senang kata tidak kena gaya. aku pernah lihat orang yang memakai baju begini, bersaiz besar, dipercayai kepunyaan abangnya dan memakai seluar sukan berwarna merah? aku tidak gelak, aku cuma hairan.

Tetapi, tidakkah anda bosan jika semua yang anda lakukan, dilakukan oleh semua orang? pasti anda mahu lebih maju dan menonjol bukan? disini lah trend dapat membantu perkembangan sesebuah pihak dalam apa sahaja bidang. sebagai contoh, Trend kursus kejuruteraan pada suatu masa dahulu di universiti.tanya sahaja "amek course ape?" kebiasannya "engineering dengan muka bangga".ramai bukan mengambil kursus kejuruteraan?. jika terlampau ramai, peratusan untuk kualiti meningkat, tetapi peratusan untuk "haram" juga lebih meningkat, dan akhirnya yang lemah itu, akibat trend akan terkandas, walaupun sebenarnya yang tidka berjaya dalam kejuruteraan itu mungkin hebat dalam bidang lain. tetapi akibat trend pada masa itu, yang lemah dalam bidang kejuruteraan tidak semena-mena ingin mengambil kursus kejuruteraan supaya tidak nampak ketinggalan dan lemah. Dan bila ramai saingannya, pasti setiap orang ingin menonjol, dan disini trend membantu dalam menaikkan kualiti dalam sesuatu bidang. tetapi berlu diselitkan dengan unsur persaingan sihat, bukan dengki mendengki.

Aku tidak anti trend. Aku suka melihat trend, fesyen terutamanya. asalkan kena gaya cukuplah. Trend gladiator shoes yang hangat juga sekejap membawa sehingga minah rempit pon memakainya. dan seperti biasa, minah dan mat rempit akan merosakkan segalanya, sama seperti era kasut timberland dulu. Selamat aku tidak beli lagi kasut timberland semasa mat rempit belum lagi memakainya, kalau tidak, mesti aku tak pakai smpi sekarang. haha.


tidak kisahla apa-apa pun. Harap anda semua faham apa yang ingin aku perkatakan.

terima kasih



Read more...

Lahanat Poyo


untuk pengetahuan cik helmi liza..perkara ini dibuat di rumah anda semasa anda tiada di rumah. maklumlah. bosan dok sensorang.haha. dan sebelum anda bertanya, aku tidak menconteng muke aku, itu aku pki photoshop. saje mau test. 1st time buat ini mcm.



Read more...

28.11.08

Mengapa cupcakes?

sejak belakangan nie. atau mungkin sudah lama dan aku baru sahaja perasan aku tak tahu lah. cupcakes menjadi seperti trend. Coraknya menjadi lebih penting dari rasanya. Apakah sangat keistimewaan cupcakes ini? menurut survey yang aku jalankan secara halus kepada beberapa orang, wanita terutamnya. Rupanya yang comel dan menawan hati telah berjaya memikat gadis-gadis urban untuk membeli cupcakes ini dan sayang pula ingin memakannya. tetapi menurut mereka lagi, " kang kalau simpan kang kene makan semut plak, aku pon makan la. selalunya aku makan sambil menangis" kata gadis itu sambil menangis dan menelan cupcakes yang ke-9 beliau.

kebiasannya, peminat cupcakes ini wanita, memakai sluar seperti sluar tight yang panjg dan ketat seperti sluar renang muslimah, memakai heels, memakai baju ala-ala baju kaftan tetapi pendek dan selalunya, dan aku tidak tahu mengapa, berwarna biru terang baju itu, berambut fringe, memegang DSLR, dan kadang-kala memakai contact lense dan memaki gelang di tangan dengan banyak. mereka akan duduk di kedai-kedai seperti wondermilk, cupcakes chic atau ape2 kedai sambil menyilangkan kaki dan siku diletakkan di atas peha smbl memegang sudu memakan cupcakes.

Perusahaan cupcakes juga semakin meningkat, masing-masing ingin mengekspresikan diri melalui cupcakes yang dihasilkan. Kepuasan seseorang berbeza-beza, aku tidak boleh salahkan itu. tetapi mengapa cupcakes?mengapa cupcakes?perlukah cupcakes?tidak sedap tak apa, janji comel.

rakanku membeli cupcakes dengan jumlah yang banyak, sungguh banyak sehingga 40 biji, katanya die ingin menggunakan cupcakes itu sebagai bekas tanam pokok akibat kecomelan cupcakes itu.dan kalau ada lebih ingin digunakan sebgai hiasan di atas TV.

Mengapa cupcake? mengapa cupcake pon boleh menjadi tren? aku makan tak sedap pon. tadi aku baru menemani Nawwar yang ingin makan di cupcakes chic. takdela sedap sangat sehingga mampu digilai gadis. lagi satu, mengapa gadis?

aku tak faham, mungkin aku perlu memakai topeng cupcake supaya gadis menganggap aku comel.haha

mengarut gile aku..



Read more...

27.11.08

siri muak




Read more...

25.11.08

Cerita Malaysia

aku baru melihat trailer cicakman 2 dan antoo fighter di blog artnerdstudio. pada awalnya aku sangat sangat membenci cerita begini. merepek bagi aku. ini semua cerita berkos tinggi tetapi ceritanya mengarut sahaja.

berkos tinggi?

setelah difirkan semula didalam tandas, semasa duduk membuang air besar. cerita ini sudah menaik tarafkan industri perfileman Malaysia sekurang-kurangnya. Mungkin cara penceritaannya menyakitkan hati penonton. Mlaha, sangat sakit hati aku menonton, nasib baik tidak tengok wayang, pinjam DVD sahaja. kalau tidak, pasti lebih sakit hati.

Bagaimana kalau cerita sebegini diolah dengan lebih baik dengan kesan khas yang lebih baik dari begini. Biar sampai Prof. Razak Mohaideen yang hanya tahu menggunakan artis-artis Akademi Fantasia dan artis yang sama setiap kali cerita dengan kos yang paling rendah tidak dapat cari makan. Aku terbaca artikel David Teo lama dahulu dengan isinya yang sangat menarik minat aku, " untung dahulu, baru seni". KEPALA HOTAK KAU! sangat panas aku membaca artikelnya, tapi itu cara dia. Aku hanya mampu sakit hati sahaja dan luahkan disini.

Tidak ada kepuasan lansung didalam pembikinan filemnya aku rasa.

ok.

bagaimana pula dengan filem-filem Yasmin Ahmad. Ceritanya sangat Malaysia, sesuai dengan status indie filemnya, tidak menggunakan kos yang tinggi dan lebih jalan penceritaannya. Sama seperti cerita cerita dari France yang dapat dilihat melalui saluran Astro Kirana. tekan sahaja remote ASTRO anda(122). tetapi cerita seperti ini di Malaysia sudah ramai yang tiru, penggunaan kamera yang tidak banyak bergerak, dan mempunyai isi yang mendalam dan sebagainya yang anda dapat lihat dan analisa sendiri.

walaupun cerita cicakman dan antoo fighter ini sangat mengarut mungkin, kerana tidak tonton lagi. tetapi sedarkah ia telah meletakkan filem Malaysia di satu aras yang lebih tinggi, dan menanti pencabar yang baru. Setelah ada pencabar baru, mungkin akan lebih hebat lagi dan menggalakkan penerbit filem di Malaysia lebih berani bertaruh kos yang tinggi. Bidang kepakaran juga akan bertambah. Aku suka kalau hal seperti ini terjadi.

Filem antoo fighter dan cicakman ini juga bagi aku tidak terlalu moden seperti filem impak maksima yang drift walaupun untuk pergi ke kedai. seperti yang aku lihat dalam cicakman, filemnya terlampau menekankan kesan khas hingga membiarkan unsur-unsur lain menjadi mengarut dan merepek.

aku bukannya suka filem begini, tetapi aku hanya suka melihat sekurang-kurangnya Malaysia mempunyai kemajuan dalam filem. janganlah mengkritik cepat sangat filem itu dan menakutkan penerbit filem yang lain. Berilah peluang kepada mereka untuk memajukan diri.

Aku juga tidak tahu lansung tentang pembikinan filem, aku hanya rakyat Malaysia yang sangat gemar menonton filem seperti orang lain di Malaysia. Jika kau ingin marah aku sebab aku hanya tahu bercakap sahaja tetapi tidak tahu lansung tentang filem. aku rasa, bukan semua orang di Malaysia tahu, tetapi inilah yang kebanyakan rasa. tidak layakkah untuk aku walaupun hanya untuk berpendapat? matilah engkau di bawah tempurung itu.



Read more...

diskriminasi

Aku seorang tidak suka dengan perkauman. Malah sangat membenci perkauman, aku idamkan kedamaian antara semua kaum di Malaysia terutamanya. Mengapa kalau yang bawak lori mcm orang gila diletakkan di orang india, bawak kereta sesukahati org cina dan melayu tidak ikut masa, dan segala-galanya yang melibatkan perkauman. Tidak adakah kaum Melayu yang membawa lori mcm org gila? mengapa tidak letakkan ke atas individu sahaja.

Pelajar UITM bising-bising tidak mahu kaum lain masuk belajar sana. universiti orang melayu kononnya, mengapa perlu ada kaum lain? bagus sangatkah pelajar UITM?(maaf jika sesiapa terasa) takut dengan cabaran kah? aku sendiri, bila MRSM meletakkan kuota 10% kepada pelajar bukan bumiputra, pada asalnya, budak-budak bukan bumiputra ini memang berada di senarai 10 teratas, tapi semester berikutnya, terdapat beberapa pelajar melayu yang sudah mencabar mereka. akhirnya taraf diri sendiri juga sudah meningkat. jangan takut kepada cabaranlah.

Aku tidak suka perkauman, mengapa perlu membenci kaum lain? kononnya kaum lain ingin menawan tanah melayu yang tercinta ini. jangan marah mereka. cabar mereka, buat apa ingin membunuh mereka, adakah menyelesaikan masalah? jika mereka pijak kita, mengapa tidak melawan? sibuk bercakap di kedai kedai kopi betapa kita patut melawan mereka. tapi seperti biasa, perbincangan habis di situ. esok semua lupa.

sedarkah?, jika tiada kaum lain di Malaysia ini, betapa jahanamnya Malaysia ini, betapa mundurnya melayu dan masih berbangga dengan kejayaan silam. jika setakat berbangga dengan kejayaan yang sudah dikecapi masa lampau dahulu, mengapa tidak teruskan sahaja? mengapa tidak cemburu dengan keupayaan orang-orang dahulu dulu dan membuat sesuatu yang lebih.

aku tidak benci kaum lain, malah tiada alasan untuk aku membenci mereka, apalah yang susah sangat untuk berkawan dengan mereka dan belajar dari mereka. hiduplah di takuk yang lama, jika sangat bodoh, dan sombong di tanah sendiri.

maki lah aku,



Read more...

22.11.08

emosi



nasirah(anak buah) dan ibunya

hobi aku duduk, dan melihat orang. aku gemar betul melihat orang, sambil berfikir apakah yang mereka fikirkan, sampai ketika aku nampak anak2 yang kurang ajar betul kepada emaknya. bercakap kuat, bercakap sinis, meninggalkan orang tua itu berjalan sorang-sorang, tidak hormat lansung!

engkau ada emak?

aku makan diluar setiap hari, aku duduk dirumah sorang2 setiap hari, tiada lagi yang nak menemankan aku bila aku di rumah, walaupon aku hanya balik 2 bulan sekali. aku ingat masa dulu, kalau aku balik, emak mesti suka dan tanak bagi aku balik uia balik. die nak tengok aku.

urm..

emak aku sangat disayangi semua orang di kawasan rumah aku, dia sangat kelakar, sangat baik, selalu membantu orang dan tidak bermuka-muka dengan orang lain. aku satu keluarga tak boleh tahan perut bila die mula mengarut-ngarut crite klaka. kaum-kaum wanita yang masih muda gemar bercerita dengan emak aku, atas sikapnya yang berfikiran terbuka, suka mendengar tapi memberi nasihat dari perspektif yang matang.

aku ingat lagi, aku membawa kawan aku, hana, berjumpa dengan emak aku, mereka berborak dari lepas isya' sehingga pke pukul 2 pagi. keesokannya hana cerita kat aku emak aku menceritakan segalanya-galanya tentang keluarga aku. sehingga menangis-nangis die. dan betapa hana bergelak ketawa berborak dengan mak aku, mak aku membuat kelakar seperti orang muda.tu yang tak boleh tahan tu. huhu.

aku sekarang makan dekat luar, duduk sorg2, bosan gile. kalu emak ade mesti die call aku tetiap kali aku blk lmbt. sekarang takde. betapa aku rindu sume tuh.

aku igt dulu, mak aku nangis bila die dpt tahu aku hisap rokok untuk kali ke 2. pertama, mase sekolah rendah. sewaktu ingin mencuba. mase tu die tak nangis..sbb die tau aku hanya ingin mencuba. kali kedua sewaktu sekolah menengah..tetapi selepas itu, die yang tolong coverkan rokok aku dari kantoi dengan bapak aku.

cerita feveret aku, doraemon dan dragonball. aku igt, mase aku form 1. aku blaja di MRSM serting, mak aku menangis tengok doraemon. hari ape aku tak ingat, pukul 7, die mesti tgk doraemon, hilangkan rindu kat aku, sambil menangis lagi.

ah, aku rindu mak aku.

aku selalu bercerita kat mak aku, aku anak paling manja.aku tak penah malu dengan kenyataan tuh. apa sahaja aku cerita kat die. sehingga masuk UIA, aku jarang bercerita kat die. aku tak tau mengapa, dan sekarang aku menyesal sangat. betapa aku harap aku dapat bercerita kat die seperti dulu.

aku rindu dengan lawaknya, sayangnya, masakannya, tidur di depan tvnya, cara die mencabut uban, malah sendawanya.haha

aku igt, mak aku datang UIA, bagi aku tikar, dan kemudian ajak lepak di kafe untuk berborak-borak. aku tolak, sebab mase tu aku sibuk dengan projek. betapa aku menyesal dan itu kali terakhir sebenarnya.

aku sangat rindu dan tidak penah rasa rindu begini.





Read more...

21.11.08

Penggunaan Bahasa

aku tak suka orang yang menggunakan Bahasa inggeris bercampur dengan bahasa inggeris dalam satu ayat. bagi aku buruk bunyi nya.

sebagai contoh

kau pegi sana, and then kau try guess which one org tu..

urban sungguh bunyinya untuk mereka. aku terima kalau bahasa inggeris tu sebangsat- bangsatnya digunakan dalam satu ayat terus. sekarang kau nak cakap aku tak urban?, kampung sungguh, tidak cukup subang jaya atau damansara? aku tak peduli lansung..dan lebih menggelikan hati dan menjengkelkan perasaan bila perkataan seperti "whatever","duh","talk to the hand", "like, duh" dan disertai dengan muke bajet gossip girl serentak dengan perkataan itu di ekspresikan, aku sungguh menyampah..maaf..tapi hal ini berlaku kebanyakan, yang aku lihat..kepada sekolah-sekolah perempuan..


kepada topik asal..

aku tidak anti Bahasa inggeris..tidak sama sekali..medium pembelajaran sekarang pon sudah bahasa inggeris..tidak ada motif untuk aku membenci..cuma bila cara penggunaannya yang menyakitkan hati dan telinga lah yang membuatkan aku membenci, bukan bahasa itu..tetapi orang yang menggunakannya.

ouh..penggunaan perkataan macam..sebagai contoh.."aku igt macam ahmad tak makan nasi"..
apekah fungsi penggunaan kata macam di sini? adakah ia seperti tidak makan nasi?ataupun nama panjang ahmad ialah Macam Ahmad bin Razak?

dan ade satu perkataan lagi..boleh tak? digunakan seperti ini..Fatimah melihat kasut di kedai..kemudian dia cakap dekat kawan die..."cantik boleh tak?"..disusuli dengan gaya gedik2 dan bersungguh-sungguh menggunakan perkataan boleh tak itu. apakah boleh tak ini? tak sesuai lansung penggunaannya.seperti mahu bertanya kepada kasut itu.."encik kasut..kamu boleh cantik tak?"

banyak lagi..yang aku tak dapat igt pagi2 begini..

susah betul aku nak terangkan menggunakan perkataan di sini, kalu ade suara baru senang..tapi anda sume pasti faham..sbb mereka di sekeliling kau sahaj..atau mungkin kau sendiri..

tidak kisahlah..

-tammat-



Read more...

19.11.08

idea buah


gambar di atas tiada signifikasi dengan penulisan di bawah


idea asal - hanif(apeklowek)
pengolahan - akukopi

1. akibat haru biru dunia politik di Malaysia sekarang. akukopi, hanif, dan apekzer berbincang2. hanif mengeluarkan satu idea yang sgt comel bunyinya dan aku berminat untuk share kepada kawan-kawan ku yang disayangi.

2. ideanya : membuat satu blog yang akan mendapat pengaruh yang besar tetapi tidak berpemilik..pemilik blog hanya boleyh approve sahaja sebarang entri yang dimasukkan oleh pengunjung..

3. entrinya bukan berbentuk tulisan. tetapi berbentuk video dan mungkin tulisan untuk memudah faham kan.

4. perasan tak? kita selalu duduk di kedai minum, dan crite bende2 mengarut, idea2 mengarut, cara penyelesaian masalah sesuatu masalah negara sehingga ke pagi berborak. takkan nak sia siakan sahaja sume idea2 itu.

5. idea hanif ialah kita rekodkan perbincangan itu. tetapi memakai topeng berbentuk buah. seperti perbincangan, buah manggis dan buah rambutan. untuk menunjukkan simbol BUAH FIKIRAN. jadi sume orang hendaklah memilih satu jenis buah.

6. akhirnya satu jenis buah akan menjadi terkenal akibat ideanya yang hebat tentang apa sahaja permasalahan di Malaysia ini. mungkin juga masuk berita tentang idea- ideanya yang hebat.

7. akhirnya buah yang terkenal, mendapat pengikut yang ramai, dan wujudlah seperti komuniti buah manggis. mungkin mengeluarkan t-shirt untuk dipakai.

8. apabila sesuatu itu besar, dan comel pula, pasti ia akan di ambil tahu oleh seluruh negara. dan akhirnya, idea-idea itu mungkin didengar dan diteladani oleh negara

9. gila babi mengarut.tapi comel juga bagi aku..hahaha



Read more...

18.11.08

Terima Kasih Keretapi Tanah Melayu

Semalam, aku berjalan menggunakan perkhidmatan tren, setelah sekian lama. aku sangat berterima kasih kepada KTM atas perkhidmatannya yang lembab seperti menggunakan arang sebagai bahan bakar utama telah berjaya membuatkan aku tunggu lebih lama dan mendengar sekumpulan orang memasang lagu techno menggunakan hp dengan kekuatan maksima di KL sentral seperti satu KL sentral ingin mendengarnya..

Amat berterima kasih sekali lagi kerana membuatkan aku tunggu lama apabila tren yang sepatutnya tiba setelah 15 minit menunggu dibatalkan akibat kecekapan perkhidmatan KTM dan ditambah lagi 20 minit mase menunggu tren tiba jurusan pembatalan tren tersebut. KTM sentiasa mempunyai nilai yang baik, iaitu menggalakkan pergaulan di Malaysia.

SYABAS KERETAPI TANAH MELAYU!!!



Read more...

17.11.08

Tentang tarian shuffle 2




aku tidak suka clubbing, aku tidak suka orang di dalam kelab malam itu sendiri. apatah lagi untuk menyukai aktiviti yang dilakukan didalam. cakap la aku ketinggalan zaman. bagi aku tidak pergi ke kelab bukan bukti aku ketinggalan. jadi secara tak semenanya, aku benci shuffle, yang sudah menjadi ikutan hip muda mudi zaman sekarang, malahan, yang lebih menjengkelkan lagi apabila kelihatan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun terkinja-kinja menghenjak lantai seperti bangsat. bagi aku itu bodoh. aku lebih rela melihat kanak-kanak belajar bermain gitar dari belajar menari shuffle dan sungguh berlagak di depan rakan-rakan.


dan yang lebih menjengkelkan lagi, tarian shuffle ini boleh dilihat di depan maybank di bukit bintang, atau di tepi jalanan. dan ramai pula yang mahu melihatnya. jika mahu menunjuk, biarlah betul-betul hebat, baru membuat seni di tepi jalan. janganlah setakat menghenjak kai ke lantai, memusingkan-musingkan topi sambil memegang kemaluan sudah mahu berseni di tepi jalan. seni itu tiada undang-undang tapi bagaimana jika ia menyakitkan mata dan hati?


Aku bukan anti kepada orang yang mahu belajar, aku sentiasa sokong kepada sesiapa yang mahu mencuba sesuatu benda yang baru. termasuk MELETAKKAN diri dalam kumpulan muzik , MEMEGANG SLR, MENGHENTAK kaki seperti hendak 'shuffle' atau MENIRU gossip girl. aku supportive orangnya. tetapi aku cuma benci jika anda berlagak. jika belajar sehingga hebat dan merendah diri. sumpah aku hormat kamu. aku mungkin cemburu. tapi percayalah, aku cemburu untuk memperbaiki diri aku.
konklusi
tarian shuffle ini FUCK!




Read more...

16.11.08

Pemberitahuan Tentang Permasalahan

permasalahan ini bukanlah sesuatu yang pelik dan musykil.tidak juga rumit.pemberitahuan tentang permasalahn ini juga bukanlah untuk mendapat publisiti bangsat dari sesiapapun. ia unutk dikongsi bersama diri sendiri dan orang yang sudi mendengar atau membaca. permasalahan ini akan menyebabkan beberapa pihak terasa kekurangan atau kebencian yang mendalam terhadap diri aku. kekalutan dan ketidak upayaan memilih adalah punca yang paling ketara. kesilapan ini akhirnya menjurus kepada sesuatu yang lebih celaka dan tidak berkeputusan akibat terlampau rumit. kadang kala ia membawa kepada kacau bilau dan keserabutan kepada otak ini. kadangkala ia membwa kepada pengecilan hati sebelah pihak.

pemberitahuan ini tidak boleyh dibuat secara terbuka seprti pemberitahuan penyitaan kedai, pemberitahuan buka puasa atau hari raya. pemberitahuan ini mestilah sulit dan tersendiri. tetapi aku memberitahu kerana tujuan suka suka. kerana itu, perlu aku habiskan disini.

tammat



Read more...

14.11.08

INI BUKAN SALAH KU!!

diedit HDR dan photoshop

Ini bukan salah aku!! bukan sebab KFC paling taksedap pernah aku makan semalam..dengan coeslaw yang kering, ayam yang masin..aku takkan makan KFC dkat melaka baru lagi, bukan juga sebab aku tak dapat kerja sepanjang bercuti nie dan betapa aku berlagak cakap dekat akak keje vincci(tempat kerja aku sebelum ini semasa cuti) bahawa aku takkan kerja disitu lagi akibat bosan dan tiada pergaulan..

sumpah ini bukan salah aku!!die yang datang aku terima dengan hati yang terbuka..takkan mahu menolak, selesaikan sahaja, sampai keliru mane satu yang dulu, sampai sangup menipu.

tammat



Read more...

Mengapa orang itu..menjadi sebegitu

Terfikir..kalu kita melihat orang..apesal dia begitu?adakah sbb pengaruh televisyen?dengan cerita seperti gossip girl,the OC ataupon ape sahaja cerita remaja sekarang?sbb kawan2?ikut kawan2 untuk Nampak lebih cool..berdansa lupa diri..nak smpi org ckp..’cool la budak tu’..nak sume org tgk..ataupon sbb keluarga?..keluarga kaya raya..sume bende dpt yg berkenan di hati..sume org die igt kuli..ataupon pengaruh band hujan?haha

Kepada persoalan asal

Mengapa die menjadi begitu?
Mungkin sume akan memaki aku, sumpah seranah..bangsat igt diri sendiri bagus..yer..aku faham..faham sgt..tapi ini cume ape yg aku fikir sahaja..kau tak suke..sekarang kau jangan bace..STOP sekarang!

Ok..

kepada pembaca yang ingin membaca

aku tak faham..apesal mahu terikut orang?..bagus sgtkah orang yg kiter ikut tuh?sesuai kah dgn hati, perasaan, jiwa dan raga kite?mengapa sume org pgg dslr ko yang kaya nak beli dslr jugak?org wat weeding ko nak wat wedding?org pegi gig ko nak pegi gig? Orang main band ko nak main band? Yang hampeh, picisan sume merosakkan ape yg ade..

dan ade pula semata2 untuk berlagak..untuk menjadi cool seperti org lain..untuk dilihat dan disukai.supaya tidak ketinggalan di arus globalisasi.kire kalu org tanyer..sume die tau.yg padahalnye die hanya org yg bercakap kuat di kedai makan tempat lepak muda mudi dgn suara yang kuat dgn harapan satu kedai makan tuh dgr ape yg diperkatakan tuh, ataupon didalam tren dgn suara yg lebih kuat dari suara pemberitahuan di stesen manakah anda sudah tiba.

Masalah dengan mereka ini

Masalah dengan mereka ini sebenanyer takde masalah..cume menyakitkan mata, menanahkan telinga je bile berjumper dan terdengar. Bila mereka cerita dengan kite mcm tau sume, dan dengan bangge dan berbesar hatinya menceritakan kekuatan diri sendiri atupun kehebatan diri sendiri. Yang mendengar seperti bodoh, angguk2, ikutkan saje kata.

tammat



Read more...

apa yang kau nak?



edit sedikit dengan photoshop.
D40xF41/1800iso 100

Aku pon tak tau ape signifikasi gambar di atas dengan ape yg ditulis di bawah
Dalam dunia ni.ape saje yang kau nak.cakap je ape.kau akan dapat.tapi keinginan tu mestilah berterusan, tanpa putus asa, tanpa berhenti mencuba. akan dapat.tapi dengan syarat. LAMA, SEKEJAP,SUSAH, atau SENANG.

sekurang-kurangnya ia bagi aku. tapi aku rase memang betul pon. bayangkan ahmad seorang yang miskin. ahmad nak sangat radio. walaupon ahmad seorang yang sangat miskin, die akan tetap akan dapat membeli radio jika keinginannya berterusan setiap hari.setiap hari ahmad akan mengumpul duit, tak kira berapa sedikit, untuk mebeli radio. tetapi masalahnya cuma satu, susah dan lama.
Keinginan. keinginan yang mendalam dan berterusan kepada sesuatu benda membolehkan kau membuat ape sahaja dan mendapat ape sahaja. kalau tak setuju, maki hamunlah aku. aku tak kesah. ini ape yg aku fikirkan.












Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP