10.5.12

umur dan imaginasi

Kalau aku boleh buat satu movie, aku nak buat movie pasal imaginasi. Tapi macam biasa, movie atau filem yang seronok pastinya diselitkan beberapa konflik yang akan menarik minat penonton. Penonton mahu perasaan tertanya tanya dan ada "oohh dan aahh" punya moment. Yang paling disukai ialah mengenai cinta dan masa yang makin hari makin sedikit.

Jadi ceritanya mungkin lebih kurang begini,

Ceritanya cuba beritahu iaitu mengenai masa kita kecil kita kuat berimaginasi, kita ada sifat inkuiri yang kuat, kita selalu tanya apesal suatu benda terjadi. Kita percaya dengan wujudnya power rangers, wrestling, faizal hussein yang mapu terbang dan hebat serta pandai shuffle. Kita berimaginasi dan biar jus kreatif kita mengalir.

Bila besar kita lebih gemar fikir kesan dan akibat, kesan dari suatu tindakan, logik dan rasional. Kit abiar imaginasi kita terhalang oleh logik kita sendiri.

Jadi movie yang aku nak buat ialah sifat percaya yang kuat terhadap sesuatu.

Pasal percaya..mungkin dengan sesuatu yang rumit dan kita tak nampak, mungkin pasal cinta lah kan. Bagaimana dewasa menghilangkan sikit demi sikit sifat percaya walau takde benda yang sepatutnya menghilangkan sifat percaya tu.

Tentang bagaimana satu benda yang kita percaya cuma apabila kita nampak atau dibuktikan, kalau tak dibuktikan kita susah nak percaya.

Percaya terhadap benda yang sukar dan rumit.

Contoh percaya ialah percaya yang orang sayang kita, dan kita cuma percaya bila kita nampak, nampak orang jaga kita, ambil berat, beri macam macam. Baru kita nampak dan percaya.

Orang Islam dilahirkan sebagai Islam, jadi mereka percaya dengan kewujudan Tuhan walaupun mereka tak nampak. Tapi Tuhan lebih pandai, Tuhan tahu perangai manusia lalu Dia beri kita macam-macam supaya kita berfikir dan kita kaji pasti ada kuasa yang hebat yang mampu cipta ini semua.

Kita halang kepercayaan dengan rasional dan logik. Bila ada logik, baru kita percaya.

Aku tak tahu bagaimana agaknya rupa filem ini, mungkin tentang kekuatan sifat percaya digambarkan dengan cara yang sangat metafora, mungkin.

Mungkin digambarkan dengan seorang budak kecik yang lahir lahir tak pernah tengok mak bapak, tapi dia sayangkan mak bapak dia dan dia percaya dengan mak bapak dia walau tak pernah tengok.

Tak tahulah macam mana,

Tapi lebih kurang begitulah.




Read more...

1.5.12

BERSIH dan perkara sebenar menurut pendapat aku

Aku bukanlah orang yang begitu suka sangat dengan politik. Aku tak pernah suka pon. Tapi tak suka tak suka pon, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin aku perlu ambil berat dengan apa sahaja yang berlaku.

Aku tau Malaysia ini sepatutnya negara demokrasi, demokrasi iaitu rakyat sebagai orang yang berkuasa. Rakyat sebagai bos. Pemimpin perlu dengar kata majoriti.

Jadi kerana pemimpin negara Malaysia ini kononnya seperti tak mahu dengar suara rakyat, mereka mahu buat demonstrasi.

Lalu kerajaan Malaysia, yang diterajui barisan nasional ini kata, demonstrasi rakyat ini semua didalangi pihak pembangkang. Kata mereka, pihak pembangkang yang mengapi apikan rakyat supaya buat kekecohan, menjadikan malaysia ini negara yang tidak aman seperti sepatutnya.

Kerajaan salahkan pihak pembangkang.

Kerajaan anggap, jika tiadanya pihak pembangkang, rakyat Malaysia ini akan bodoh dan ikut sahaja telunjuk mereka.

Kerajaan anggap, jika tiada pihak pembangkang, maka rakyat Malaysia tidak akan tahu cara guna internet, tidak tahu baca buku dan cuma akan baca Utusan Malaysia dan tengok TV3 sahaja.


Sepatutnya orang yang pergi BERSIH tempoh hari bukan kerana mereka sokong pembangkang, mereka tidak kisah pon siapa yang menang. Mereka bagi aku cuma nak keadilan dalam pilihanraya, kalau kerajaan Barisan Nasional yang menang sampai bila bila pon tak kisah. Janji ianya adil.

Kalau lepas ni pembangkang menang pon, kalau pembangkang tidak adil, sampah, makan duit rakyat, atau Rosmah tiba tiba cerai dengan Najib dan kahwin dengan Anwar Ibrahim sekalipon, mereka tetap akan demonstrasi juga.


Aku tak pergi BERSIH 3.0

Aku tak pernah teringin nak pergi.

Aku tak sokong kerajaan

Aku tak sokong pembangkang lebih lebih lagi Anwar Ibrahim.

Aku tak tau nak sokong siapa.


Aku tau ramai sangat lagi orang yang macam aku. Macam tiada pemimpin yang bagus. 

Akhirnya ramai ramai orang macam aku, mereka lebih gemar tengok TV, duduk duduk, cerita pasal ini di facebook, twitter atau di kedai kopi. Bila balik semua macam takde apa apa jadi. 







Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP