21.11.12

kita dah tiada masa untuk semua ini bahagian 2

Dulu aku pernah tulis pasal kita dah tiada masa untuk semua ini. Tapi masa tu aku cuma tulis tanpa isi, kira masa tu aku cuma cakap apa yang aku akan tulis, bukannya jenis yang betul betul beritahu kau apa yang kau perlu buat, apa yang kau tak boleh buat. Aku cakap dalam tu bahawa kita sebenarnya memang dah tiada masa untuk semua ini, kita betul betul dah tiada masa untuk mengetahui isu Diana Danielle mengandung, isu betapa ketiak pemain bangladesh kah punca pasukan Malaysia seri, isu tentang Diandra Arjunaidi nyanyi suara tak sedap dan begitu mempertahankan suaranya sedap sebenarnya di Twitter. Yup. Kita dah tiada masa untuk tu semua.

Kau tahu aku juga tak cakap tentang isu yang lebih global contohnya macam isu palestin dengan Israel, atau isu dunia macam dah tak lama, atau isu politik di Malaysia.

Sebenarnya bagi aku tentang isu yang lebih penting ialah isu diri kau sendiri, keluarga kau, maruah kau, harta kau, keturunan kau. Benda tu aku rasa benda yang kau paling kena jaga. Kira yang aku maksudkan ialah benda yang kau kena jaga ialah perangai diri kau sendiri dan orang atau benda sekeliling kau yang kau sayang.

Bukan aku cakap macam kita tak perlu amik tahu pasal isu dunia yang lain, maksud aku ialah kita bergaduh benda yang sama sejak dari kewujudan dunia ni lagi. Isu lelaki perempuan, isu siapa yang betul, siapa yang salah, isu perempuan selalu fikir benda pelik pelik dan lelaki orang yang malas nak layan.

Kau bayangkan kalau semua orang menjaga diri sendiri, menjaga orang sekeliling yang mereka sayang tapi tidak sibuk untuk ambil tahu pasal orang lain, taklah tak puas hati dengan orang lain dan ingin ambil kepentingan orang lain, pasti semua orang akan hidup aman dan damai dan rileks kan?

Sebab tu aku cakap kita dah tiada masa dah untuk semua ni, kita betul betul dah tiada masa, disebabkan kita betul dah tiada masa untuk sibuk atau hirau perihal orang lain, apa kata kau lebih jaga pasal diri sendiri, harta sendiri, keluarga sendiri, maruah kau sendiri. Yang mana pastinya lebih penting.

Dan kalau semua orang jaga diri sendiri dan keluarga sendiri, pasti senang.



Read more...

20.11.12

Apa yang kau patut tinggal dan simpan

Bila kau dah makin berumur ada banyak benda yang kau kena fikir yang kau kena tinggalkan dan simpan. Bila aku cakap macam ni bukanlah maknanya aku ni dah tua, aku masih muda, remaja dan bergetah, tidak beruban dan tidak boroi.

Ok, mungkin aku patut cakap bila kau makin membesar.

Bila kau makin membesar banyak benda yang kau kena tinggalkan dan simpan. Dan kau kena jadi cukup dewasa untuk kau rasa tanggungjawab supaya kau sanggup tinggalkan. Mungkin kau kena fikir untuk tinggalkan tabiat belanja tak tentu arah, tabiat bangun lewat, tabiat tidak sembahyang, tabiat tidak mahu cari duit dan terbaring depan TV sepanjang hari, macam macam lagi tabiat yang kau rasa bila kau  rasa ada tanggungjawab yang kau kena jaga orang lain dari diri kau, kau kena tinggalkan.

Bukan maksudnya bila kau jadi dewasa dan bertanggungjawab kau perlu jadi seorang yang serius, matang, hisap curut, berbulu lebat, gemar bermain golf dan menonton perlawanan boling padang.

Benda yang kau perlu tinggalkan cuma benda yang kau rasa bila kau ada orang lain yang kau jaga, benda tu akan menyusahkan orang yang kau jaga dan benda yang kau kena simpan ialah supaya orang yang kau jaga tu rasa happy dan senang.

Kau ingat kau dah cukup ready untuk tinggalkan kau punya tabiat. Kau tau, kadang kadang kau ingat kau tau dan kau rasa ready yang sebenarnya tak. Kau rasa kau tahu, tapi macam biasa ayat yang paling gemar orang guna, tuhan lebih tahu.

Aku cuma paraphrase dari ayat akak aku, "Bila kau betul rasa ready, kau ready nak beri komitmen, kau mesti akan dapat orang yang sepatutnya dengan kau. yang penting kau cuma perlu bersedia dan semua pastinya senang"







Read more...

23.10.12

Permulaan

Permulaan bagi blog yang kau biasa baca, kebanyakannya blog gadis bertudung, dan comel, atau lelaki yang kononnya hensem, menulis mengenai artis atau apa mereka buat sehari-harian, bila lama dah tak menulis atau update entri baru, ayat pertama yang kau akan baca mungkin berbunyi "blog ni dah bersawang dah *sapu sapu sawang"

Blog dah bersawang?

Blog dah bersawang?

Blog dah bersawang?

Kira dalam blog kau ada labah labah?

Maaf, aku paling tak boleh terima ayat "blog dah bersawang", atau komen sesuatu dan ada *lariii. WTF?



Jadi ,

aku da lama tak menulis, macam dah hilang rasa untuk menulis. Masa mula-mula semangat update blog hampir tiap-tiap hari. Kadang kadang terlebih siap sehari 2 entri terus. Sekarang dha kurang

Permulaan semula ni aku nak tulis mengenai diri aku sendiri.

Banyak betul permulaan belakangan ni, kau tak sedar kadang kadang permulaan kau mula pada umur kau 25 tahun atua mungkin lewat gila babi. Permulaan yang bagi aku bila kau buat atau dapat atau menimpa benda baru, dan apa yang kau buat tu kau rasa untuk selama lamanya.

Baguslah kalau sedar bila permulaan kau. Kalau kau mula awal maka pastinya kau akan lebih hebat dengan apa yang kau sedang buat.

Bapak aku kehilangan mak aku pada umur dia 55 tahun. Maka pastinya itu satu permulaan baru untuk dia. Berhenti fikir orang lain yang pergi sebagai satu pengakhiran. Jujurnya, bila orang dekat atau yang aku paling sayang pergi, aku selalu anggap pengakhiran untuk aku.

Dah banyak kali.

Aku rasa hidup aku dan tiada guna. Sebab bila kau rancang kehidupan kau untuk bersama dengan sesetengah orang dan tanpa kau sangka orang tu dan tiba tiba beliau tiada. Benda yang kau rancang bertahun-tahun lamanya sekarang punah ranah hancur berkecai.

Untuk anggap perkara itu sebagai permulaan pastinya sukar. Sangat sukar. Percaya cakap aku, aku tau. Jujurnya pasti aku akan merancang tanpa melibatkan orang lain. Tapi sukar juga kerana jika rancang tanpa melibatkan orang lain pastinya kau akan jadi orang yang mementingkan diri sendiri.

Beberapa perkara yang aku belajar ialah, jangan rancang, spontan, ikut flow tapi bukan membabi buta, dan fikir sebelum buat keputusan dan jangan menyesal dengan segala keputusan. Jangan.

Beberapa benda yang kau tak boleh nak lawan bila itu ketentuan.

Mati dan JODOH.





Read more...

13.8.12

Iklan puasa percuma dari akukopi

Macam biasa, aku sangat berminat dengan iklan, filem dan jalan cerita. Jadi hari tu aku terfikir untuk buat iklan puasa, tapi macam biasa, aku tiada peralatan, tiada krew, tiada orang pon nak beli iklan aku, jadi macam biasa aku cuma akan menulis sahaja jalan ceritanya.

Iklan puasa percuma untuk syarikat telekomunikasi tapi dengan medium tulisan.

**********************

(sila baca sambil membayangkan)

Watak seorang wanita, seorang ibu, sedang menangis sambil memotong sayur. Mata merah merah. Kamera dari luar tingkap rumah kampung. Lepastu kamera dari sudut handphone, makcik tu pandang handphone, tinggalkan benda yang dia potong tadi, dan buat call.

Lepastu tukar scene.

Seorang lelaki, umur dalam 25, pakai selimut sedang tidur, handphone letak tepi kepala, sudut kamera dari tepi bantal. Lepastu tiba tiba handphone berbunyi. Mamat tu tersedar. Sudut kamera dari belakang kepala mamat tu, lepastu blur kat kepala dan fokus dekat handphone. Keluar nama, "Ibuku sayang <3 p="p">
Mamat tu angkat phone.

Mamat : Hello, assalamualaikum Mak.
Mak : wasalam, mak saja call nak kejut sahur
Mamat : Ye. Mak masak apa sahur ni.
Mak : Mak masak sambal tumis daging je.
Mamat : Wah..Faveret Man tu
(sambil tu tunjuk mak dia sedang potong sayur sambil menangis nangis)
Mamat : Man rindu.. sangat dengan masakan Mak.
(kamera tunjuk Makcik tu sedang menangis lagi sambil potong)
Mak : Itulah..Nanti kita..

Tak sempat abis cakap, talian terputus.

Makcik cuba call lagi seklai, lepastu keluar operator cakap, "maaf kredit anda tidak mencukupi"

Muka makcik kecewa.

Kamera fokus kat muka makcik sambil letak phone ke bawah

Lepastu sudut kamera turun perlahan lahan dari muka makcik ke bawah sampai ke tangan makcik tu sedang potong bawang sebenarnya.

Kamera out fokus dan fokus ke belakang,

Kat belakang ada meja makan dan ada pintu bilik.

Man keluar dari bilik dan dduk di meja makan.

Lepastu man cakap,

"kredit abis ke mak?" dengan nada sinis lepastu gelak sikit.

Lepastu keluar Text.

"jangan biarkan panggilan anda dengan tersayang terputus. Nikmati kadar panggilan rendah sebanyak 28 sen seminit...selamat berpuasa"







Read more...

24.7.12

Sikit pasal kahwin dari perspektif lelaki

Selalu masalah biasa orang yang fikir nak kahwin, bagi lelaki, ialah duit. Kalau nak kahwin mesti kena ada duit. Untuk kenduri, hantaran, pelamin, makan, apa jadah semua yang segalanya sejujurnya untuk aku sangat sangat membebankan. Aku kumpul berpuluh-puluh ribu, untuk aku habiskan satu hari dengan selamba, sebab orang lain punya kehendak dan kepuasan. Shit.


Sebenarnya bila kita, lelaki, kumpul duit, sebab nak kahwin, sebenarnya buat kita lupa sesuatu perkara yang mungkin lebih penting, mungkin aku patut cakap dari segi persediaan sebagai seorang ketua. Lelaki akan jadi ketua bagi keluarga. Dalam dunia yang kapitalis sekarang, kita anggap duit segala-galanya, jadi siapa yang keluar duit, dia yang berkuasa, siapa yang berkuasa, dia boleh buat segalanya. Kita macam lupa nilai nilai lain yang lebih penting.


Kau tau, 

Aku tak tipu,

Masa bertunang dugaan dia sikit punya lain macam, Kau jadi seorang yang macam bukan kau, tunang kau jadi macam dia bukan yang kau kenal,

Lain, serius lain.

Aku nasihatkan, bagi kau orang yang nak berkahwin,

Kawal diri,

Yang marah kurangkan marah,

Yang nakal kurangkan nakal,

Sembahyang banyak,

Pasal duit, percaya cakap aku, tiba tiba nanti cukup je.

Baiklah,

Selamat berbuka, ya.




Read more...

10.5.12

umur dan imaginasi

Kalau aku boleh buat satu movie, aku nak buat movie pasal imaginasi. Tapi macam biasa, movie atau filem yang seronok pastinya diselitkan beberapa konflik yang akan menarik minat penonton. Penonton mahu perasaan tertanya tanya dan ada "oohh dan aahh" punya moment. Yang paling disukai ialah mengenai cinta dan masa yang makin hari makin sedikit.

Jadi ceritanya mungkin lebih kurang begini,

Ceritanya cuba beritahu iaitu mengenai masa kita kecil kita kuat berimaginasi, kita ada sifat inkuiri yang kuat, kita selalu tanya apesal suatu benda terjadi. Kita percaya dengan wujudnya power rangers, wrestling, faizal hussein yang mapu terbang dan hebat serta pandai shuffle. Kita berimaginasi dan biar jus kreatif kita mengalir.

Bila besar kita lebih gemar fikir kesan dan akibat, kesan dari suatu tindakan, logik dan rasional. Kit abiar imaginasi kita terhalang oleh logik kita sendiri.

Jadi movie yang aku nak buat ialah sifat percaya yang kuat terhadap sesuatu.

Pasal percaya..mungkin dengan sesuatu yang rumit dan kita tak nampak, mungkin pasal cinta lah kan. Bagaimana dewasa menghilangkan sikit demi sikit sifat percaya walau takde benda yang sepatutnya menghilangkan sifat percaya tu.

Tentang bagaimana satu benda yang kita percaya cuma apabila kita nampak atau dibuktikan, kalau tak dibuktikan kita susah nak percaya.

Percaya terhadap benda yang sukar dan rumit.

Contoh percaya ialah percaya yang orang sayang kita, dan kita cuma percaya bila kita nampak, nampak orang jaga kita, ambil berat, beri macam macam. Baru kita nampak dan percaya.

Orang Islam dilahirkan sebagai Islam, jadi mereka percaya dengan kewujudan Tuhan walaupun mereka tak nampak. Tapi Tuhan lebih pandai, Tuhan tahu perangai manusia lalu Dia beri kita macam-macam supaya kita berfikir dan kita kaji pasti ada kuasa yang hebat yang mampu cipta ini semua.

Kita halang kepercayaan dengan rasional dan logik. Bila ada logik, baru kita percaya.

Aku tak tahu bagaimana agaknya rupa filem ini, mungkin tentang kekuatan sifat percaya digambarkan dengan cara yang sangat metafora, mungkin.

Mungkin digambarkan dengan seorang budak kecik yang lahir lahir tak pernah tengok mak bapak, tapi dia sayangkan mak bapak dia dan dia percaya dengan mak bapak dia walau tak pernah tengok.

Tak tahulah macam mana,

Tapi lebih kurang begitulah.




Read more...

1.5.12

BERSIH dan perkara sebenar menurut pendapat aku

Aku bukanlah orang yang begitu suka sangat dengan politik. Aku tak pernah suka pon. Tapi tak suka tak suka pon, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin aku perlu ambil berat dengan apa sahaja yang berlaku.

Aku tau Malaysia ini sepatutnya negara demokrasi, demokrasi iaitu rakyat sebagai orang yang berkuasa. Rakyat sebagai bos. Pemimpin perlu dengar kata majoriti.

Jadi kerana pemimpin negara Malaysia ini kononnya seperti tak mahu dengar suara rakyat, mereka mahu buat demonstrasi.

Lalu kerajaan Malaysia, yang diterajui barisan nasional ini kata, demonstrasi rakyat ini semua didalangi pihak pembangkang. Kata mereka, pihak pembangkang yang mengapi apikan rakyat supaya buat kekecohan, menjadikan malaysia ini negara yang tidak aman seperti sepatutnya.

Kerajaan salahkan pihak pembangkang.

Kerajaan anggap, jika tiadanya pihak pembangkang, rakyat Malaysia ini akan bodoh dan ikut sahaja telunjuk mereka.

Kerajaan anggap, jika tiada pihak pembangkang, maka rakyat Malaysia tidak akan tahu cara guna internet, tidak tahu baca buku dan cuma akan baca Utusan Malaysia dan tengok TV3 sahaja.


Sepatutnya orang yang pergi BERSIH tempoh hari bukan kerana mereka sokong pembangkang, mereka tidak kisah pon siapa yang menang. Mereka bagi aku cuma nak keadilan dalam pilihanraya, kalau kerajaan Barisan Nasional yang menang sampai bila bila pon tak kisah. Janji ianya adil.

Kalau lepas ni pembangkang menang pon, kalau pembangkang tidak adil, sampah, makan duit rakyat, atau Rosmah tiba tiba cerai dengan Najib dan kahwin dengan Anwar Ibrahim sekalipon, mereka tetap akan demonstrasi juga.


Aku tak pergi BERSIH 3.0

Aku tak pernah teringin nak pergi.

Aku tak sokong kerajaan

Aku tak sokong pembangkang lebih lebih lagi Anwar Ibrahim.

Aku tak tau nak sokong siapa.


Aku tau ramai sangat lagi orang yang macam aku. Macam tiada pemimpin yang bagus. 

Akhirnya ramai ramai orang macam aku, mereka lebih gemar tengok TV, duduk duduk, cerita pasal ini di facebook, twitter atau di kedai kopi. Bila balik semua macam takde apa apa jadi. 







Read more...

26.4.12

kehidupan sosial

"kita break!", kata Syuhada kepada Fakhrul.

Fakhrul terpinga-pinga.

"Apesal awak like gambar betina tu?", Syuhada sambung.

Fakhrul lebih terpinga pinga. Tidak disangka, tindakannya semalam untuk like gambar kucing bekas teman wanitanya di Facebook menjadi isu besar. Sehingga begini akibatnya.

Fakrul fikir, fikir dalam dalam.

Fakhrul dah tua,

Tidak disangka like gambar itu isu besar untuk wanita.

Orang sekeliling lebih suka bersosial di alam maya berbanding kehidupan sebenar. Kita tahu pasal orang lain semua melalui internet.

Jika anda mahu terkenal, buat akaun twitter dan follow seramai orang yang boleh dengan kebarangkalian 10% dari orang yang kau follow tu akan follow kau semula.

Jika kau berkecimpung dalam bisnes, jadi terkenal di facebook dengan add orang sebarangan dan buat fanpage.

Jika mahu kelihatan hip, dan hijabista hijabster, buat akaun instagram atau lookbook dan upload gambar tanpa kepala, kononnya untuk tunjuk gambar apa yang dipakai pada hari itu.


Aku ada semua akaun di atas kecuali lookbook.

Sebab aku mestila kena market sebab aku ni buat perniagaan kecil kecilan. Kalau orang tak kenal aku macam mana mahu jual barang?

Berbalik kepada cerita Fakhrul,

Fakhrul senyap,

Fakhrul tak tahu nak cakap apa.

Seperti aku juga yang tak tahu nak cakap apa sekarang,

Lalu Fakhrul log in facebooknya,

Pergi ke privacy setting.

Dan block bekas teman wanitanya.

Syuhada senyum puas.







Read more...

17.4.12

cara penyelesaian isu mansuh ptptn terhebat dalam dunia

sengaja buat tajuknya kedengaran hebat. maklumlah blog ni kan da kurang pembaca. jadi perlulah sesuatu yang sekurang kurangnya kedengaran hebat dan meletup letup pula.


aku mungkin malas sikit nak layan isu pasal mansuh ptptn ni sebab bagi aku sangat sampah. hampir tak logik kau pinjam duit lepastu sesedap rasa je nak buat demo mansuh kan ptptn. kira hutang semua setel tak pasal-pasal. ini orang kedah cakap,"hang biaq betoi?"


wah. dulu masa dapat duit ptptn pegi enjoy huha huha sana sini. beli handphone baru tetiap sem, lepastu nak beli buku minta mak bapak juga. lepastu da habis belajar tetiba nak buat demo mansuh ptptn? haha. seronok gila.


lepastu aku fikir balik.


mungkin sebenarnya boleh mansuh ptptn.


tapi yang dah hutang tu still kena bayar jugak.


maksudnya yang batch baru baru ni.


kira sistem ptptn dilupuskan terus.


sebab, graduan malaysia ni terlampau banyaklah. sebab nak masuk universiti macam senang sangat. habis habis sampah pon masuk kolej ntah apa apa nama ntah tak pernah dengar.


satu sebab senangnya ialah ptptn la. semua orang ada duit untuk masuk universiti.


bila graduan banyak, maknanya supply pon banyak. bila supply banyak, harga pon murah. kiranya gaji murah. member aku ada degree kerja gaji rm1400 je. terpaksa terima sebab susah nak dapat. maknanya orang ambil kesempatan sebab kalau orang tanak kerja, ramai lagi nak terima.


ini semua akibat terlebih graduan.


jadi kalau kerajaan sponsor, maka cuma sikit dapat masuk universiti, tapi yang masuk tu betul betul bagus. graduan pon sikit tapi ada kualiti.


mungkin orang yang heboh sangat pasal isu ptptn ni pon takde masa nak demo demo lalu belajar bersungguh sungguh.


masa sekolah dulu taknak belajar sungguh sungguh nak dapat scholar. lepastu tak dapat, pinjam duit ptptn. lepastu buat demo suruh mansuhkan. bodohnya lahai...


Published with Blogger-droid v2.0.4



Read more...

5.4.12

ORang yang betul

hai hai hai!


Aku sendiri sudah lama tak bukak blog aku sendiri jadi aku rasa tidak hairanlah kalau kau orang semua pon tak bukak blog ni lagi. Maklumlah, sekarang ni dah dewasa, dah ada malas sikit nak tulis blog la, apebenda lah.

Lagi banyak fikir kemudian simpan simpan sendiri je.

Tapi kadang kadang ada benda yang kau fikir, kemudian kau rasa tak patut kau simpan, kau rasa kau patut share sebab bagi aku pandangan ni patut dishare. Jadi kau tak akan rasa pandangan kau seorang sahaja yang betul.

Itulah masalahnya,

Bila kau rasa kau betul.

perasaan yang kau tak boleh salah.

Selalu orang macam ni cepat stress, tidak happy dan banyak problem.

Jadi,

adalah ok untuk kau salah, tak kira kau siapa. Kau boss ke, kau bapak ke, kau perdana menteri ke.

Ego takkan membawa kau kemana, malah menjauhkan diri dari masyarakat.









Read more...

15.3.12

dah lama tak cerita pasal isu sosial

Aku sebenarnya nak carik rumah sewa baru.


Rumah yang aku duduk sekarang ni dia punya bangang punya tuan rumah tu, setelah sekian lama, rupanya dia nak penyewa kat rumah ni majoriti berjantina perempuan. Sekarang majoriti lelaki. Jadi yang penghuninya lelaki kena keluar. Kononnya kalau lelaki yang sewa rumah akan rosak.

Macamlah aku duduk kat sini setiap hari aku kopek tile rumah dia satu satu ke. Jadi dalam hujung bulan empat aku kena keluar.

Aku suka sini, sebab selesa, privasi, cahaya pagi yang cantik, fasiliti semua ok. Orang dalam rumah ni pon semua ok buat hal masing masing. Aku suka macam tu. Jadi aku boleh buat kerja dalam bilik merangkap tempat kerja aku tanpa diganggu.

Jadi aku cariklah rumah,

Hasrat ingin sewa rumah supaya nanti lepas kahwin kira aku dah siap siap prepare untuk Nabila Farhana so dia tinggal bawak body dia je.

Jadi aku cari,

Requirement nya mestilah selesa, matahari cantik masuk tingkap di pagi hari, tingkap yang besar, gated, unit rumah tu menghadap dinding rumah depan, aku tak suka style flat yang tengah tengah dia kosong then ada open space kat tengah tengah tu, terlalu terbuka, then kecik ke besar ke, berapa bilik aku tak kisah sangat.

Then tengok harga. Fuck! RM1300-RM1800 sebulan.

Ini macam baik aku beli rumah je. Kalau lepas kahwin mungkin takpelah, ini sebelum kahwin aku dengan nak kumpul duit berpuluh puluh ribu ni dengan nak bayar sewa rumah lagi.

Kuala Lumpur betul betul membunuh.

Jadi kaitannya dengan kehidupan sosial.

Dalam entri aku yang aku tak tau bila aku ada cerita pasal tempat sekeliling dan kehidupan sosial.

Bila kau dah ada anak, pastinya anak kau akan terpengaruh dengan kawan-kawan sekeliling dia. Jadi jika kau duduk di Sepang, pastinya anak kau akan jadi tipikal budak sepang, kalau kau di Ampang, anak kau jadi tipikal budak Ampang dan begitu juga kalau kau di Subang.

Jadi sekarang kau pilih yang mana?

Masalahnya, pilihan kau tu berkait rapat dengan status kewangan kau. Jadi, budak Sepang dan Hulu Selangor akan terus menjadi budak Sepang dan orang di sepanjang laluan MRR2 ni akan terus menjadi budak di sepanjang laluan MRR2.







Read more...

22.2.12

Sikit pasal kahwin dan komitmen

Topik yang paling hangat sekarang ni untuk diri aku ialah kahwin.


Umur aku sekarang 25.

Shit..

Bila aku tulis ni aku baru sedar umur aku dah 25. Gila sial. pergh.

Ok.

Aku dah 25.

Seperti orang lain umur umur macam ni orang panggil sudah gatal. Sebenarnya bukan sudah gatal. Tapi sebenarnya ialah kau rasa kau nak commit untuk sesuatu. Kau rasa kau dah lebih bertanggungjawab. Tiada lagi main main.

Kau akan rasa, dengan komitmen, akan menjadikan kau seorang lelaki yang bagus.

Ia membuatkan aku terfikir pasal sesuatu. Tentang mas kahwin.

Mas kahwin ialah duit yang kau kena beri dekat bini kau sebagai nafkah. Tiap tiap bulan mesti mahu bagi tak kira bini kau tu anak datuk ke tan sri ke kaya gila babi nak mampos ke apa. Kau mesti kena bagi.

Sebab ia membuatkan kau ada komitmen. Bila kau ada komitmen. Benda itu jadi wajib. Nak tak nak kau kena buat jugak. Jadi tuhan nak kau jadi orang yang berguna.

Kau bayangkan kalau lelaki tak perlu bagi mas kahwin. Mesti banyak yang lupa tanggungjawab dan buat tak tahu.

Masalahnya sekarang,

Ialah wang,

kira kira kasar aku perlu ada lebih kurang RM30k.

Sekarang kau beritahu aku, macam mana dalam masa beberapa bulan tinggal ni. Aku nak kumpul RM30k?

Serius.

Macam mana siut.





Read more...

3.2.12

Perihal kongsi cerita kepada orang

uish. Macam lama tak menulis.


Maksudnya tulis sesuatu yang berkualiti yang kau akan suka baca. Dah terlampau lama tak tulis sampai makin lembab. Ingat dulu zaman dulu tulis macam tak mahu berhenti berhenti. Boleh tulis sepanjang-panjang idea mencurah curah. Orang cakap sebab banyak tengok bahan lucah? Akal jadi pendek. Tapi aku seperti lelaki normal lain. Frekuensi menonton bahan lucah itu tidaklah sampai tahap orang gila seks.

Atau mungkin semakin tua semakin kita banyak berfikir. Maksudnya kita sebelum cakap atau tulis kita fikir. Jadi akhirnya kita tak jadi tulis. Jangan kita salah anggap kalau sudah silap tulis kita boleh padam, masalahnya bila orang sudah baca, sukar dipadam dari otak.

Jadi lebih baik lah senyap dari menulis, atau bercakap. Mungkin sesuatu perkara itu lebih baik biar kita sendiri tahu dari kita kongsi.

Cakap perihal kongsi, atau bahasa lebih mudah fahamnya, "share" .

Cerita baik orang elok dikongsi, cerita buruk orang jangan dikongsi. Kadang-kadang bila kita kongsi cerita buruk, bukan kita sahaja yang membenci orang tersebut. Orang yang kita bercerita itu juga akan membenci turut sama.

Manusia berubah, orang buruk boleh jadi baik, orang baik boleh jadi malaun juga.

Jadi bila kita kongsi cerita buruk orang, orang itu begini, orang ini begitu. Maka tersimpanlah dalam kepala orang mendengar cerita bahawa orang itu begini dan orang ini begitu.

Diberitahu, manusia berubah.

Maka bila orang buruk tersebut berubah pon, maka tiada perubahan pandangan terhadap mangsa yang dianggap buruk tadi. Kerana orang yang mendengar cerita ini kadang-kadang bukan kenal sangat pon dengan orang yang dianggap buruk tadi. Maka kasihanlah orang yang asalnya tadi mahu berubah, tapi tetap dipandang buruk.

Lebih baiklah jangan dikongsi perihal orang. Yang baik tidak berlebihan, yang buruk jangan sekali.





Read more...

12.1.12

hari ini 54 : Nama aku hafizudinhamdan

Hari-hari aku seperti hari hari yang biasa. Mungkin lain sikit seperti hari-hari kau. Hari-hari biasa aku duduk di rumah. Aku kerja sabtu ahad. Buat benda paling aku happy. Bila aku jumpa kawan lama, kawan masa sekolah mesti mereka tanya aku tengah buat apa sekarang. Cis, soalan biasa : -

1. Buat apa sekarang?

2. Kat mana sekarang?

3. Bila nak kahwin?

4. Kahwin jangan lupa jemput

5. Jom beli insurans (soalan tambahan)



Read more...

2.1.12

Tahun baru dan malas layan

Selamat tahun baru 2012. Mugkin sedikit lambat untuk aku cakap selamat tahun baru. Tapi tak kisah la. Hari hari tahun baru. Sebab lebih baru dari tahun sebelumnya. Jadi sama aja lah.

Aku mungkin bukan orang yang terlebih excited untuk horey horey sambut new year. Lagi baik aku lepak-lepak dirumah. Tengok tv. Buat kerja. Lagi bagus.

Dahla ramai, penat, sesak.

Seperti setiap tahun, aku tiada azam yang istimewa. Bukan aku nak cakap setiap hari aku berazam, malah aku tak pernah terfikir pon untuk berazam setiap hari. Aku lalui hari hari aku seperti biasa. Bila aku rasa aku nak berubah kepada yang lebih baik. Aku berubah. Kalau nak berubah jadi jahat, aku berubah. Tak payah la heboh nak berazam dan teruja mengenai tahun baru, tak perlu tunggu sesuatu datang baru nak berubah.

Sebab bila sesuatu datang baru nak berubah, ia bukan dipanggil azam. Ia dipanggil kesedaran. Atau kata lain, sudah terhantuk baru nak terngadah.

Jadi tidaklah perlu tunggu sesuatu baru nak berazam. Buat aja.

Mengenai malas layan..

Kadang-kadang kita bukan malas nak layan. Tapi macam perkara yang di tidak puas hatikan itu terlampau remeh untuk dilayan.

Jadi kita akan cuma layan sedikit kerana malas.

Jadi bila kita tak begitu layan perkara menjadi lebih marah.

Mereka tidak pula perasan, sudah layan sudah cukup baik. Sekarang kau masih nak marah lagi?

Jadi lebih bertambah malas layan kerana merimaskan.

Kita tak boleh terlampau layan kerana ia membodohkan. Tapi kita mungkin perlu bercakap baik-baik. Jadi sekarang kita sudah cakap baik-baik, tapi tetap marah dan tak boleh terima.

Macam mana?



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP