28.11.09

Review kepada mrs. world

Semalam aku tengok mrs. world. Sepanjang aku tengok aku nak gelak aje. Sebab bagi aku mrs. world ialah satu perkara yang sangat mengarut. Perkara yang hampir takde motif. Dengan english masing-masing sepatah haram aku tak faham. haha. Gile babi lawak. Diakui aku suka MILF(kalau agak kau tak tau ape tu MILF, pegi google sendiri. Tapi aku sure kelam rider tau). Tapi mrs. world tetap benda yang bodoh bagi aku.

Cakaplah aku konservatif ke, ortodox ke. Aku tetap rasa kalau dah kawin sepatutnya, laki die patut jaga dia baik-baik dan menolak dari isteri dia jadi bahan eksploitasi. Seperti, model, pramugari(maaf saloma, aku beranggapan pramugari adalah eksploitasi terhadap perempuan), ratu cantik, pengacara tv. apa-apa jelah yang lebih kurang. yang ada unsur eksploit.

Dan aku benci eksploitasi, contohnya cerita jennifer's body, dan baru ini cerita melayu, jalang. Aku cuma rasa kasihan. Tiada respect lansung terhadap wanita. Bila orang di sogok dengan rasa tak respek kepada wanita melalui cerita-cerita yang merendahkan wanita, itulah yang jadi rogol, cabul, ape-apentah lagi yang tak baik. Bodoh.

Akhirnya terus akan merosakkan sesuatu negara, ini hadis nabi: perempuan itu sebagai tiang negara, kalau rosak perempuan dalam negara itu, rosaklah keseluruhan negara itu.

Oh, berbalik kepada cerita mrs. world.

Aku kelakar sebab semua peserta dia senyum aja. Tak kira lah apa kejadian, kalah ke, menang ke, aku rasa kalau terjatuh pon dia senyum je. Senyum, lepastu tepuk tangan. Gila babi fake. Kelakar gila. Masalah dia, kau boleh nampak yang senyumannya lain macam, macam keras gila.

Dan semua peserta dia semua macam berbangga gila sebab dapat masuk mrs. world, mengangkat martabat wanita di peringkat dunia. Aku cuma rasa terlampau bodoh wanita-wanita tersebut, apakah martabat yang diangkat? martabat buah dadanya ka?

Paling penting apa paling aku ingin sampaikan ialah perasaan menghormati wanita. Wanita ini ada kuasa pengaruh yang sangat kuat, jadi bila kau hormat, baru mereka akan hormat kau. Jadi bila mereka hormat kau, barulah mereka tak pengaruh kau buat benda tak masuk akal. Dan bila kau hormat mereka, bolehlah menjamin kehidupan sosial yang sihat.

Maaf, entri ini tunggang terbalik.



Read more...

27.11.09

Hari ini 34 : Kemaskini kehidupan akukopi!

hai hai hai...Apa khabar adik-adik. Sihat tak?

urm.

Aku dengar cerita hari raya haji di Kelantan meriah. Aku tak tau ketepatannya disebabkan aku duduk di Melaka dan bukan di Kelantan. Macam biasa hari raya haji bagi aku yang ahli keluarganya tiada siapa yang pergi haji tahun ini adalah macam biasa saja. Cuma semua akak-akak aku balik, dan aku suka bila akak-akak aku balik. Seronok. Kurang-kurang tak la bosan bagi aku yang macam duduk sorang je kat rumah ni.

Maaflah bagi orang yang baca blog aku dan menganggap cuti-cuti begini aku akan dilimpahi idea dan terus menerus menulis di blog ini. Maaf, cuti kali ini mungkin aku berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan terlampau emosi.

Namun perkara itu semua harap diatasi, dengan sabar dan rasa tenang. saya harap awak pon dapat sabar dan tenang.

Sekarang aku tak nak letak gambar di blog ini lagi. Aku letak di sini. Tumblr. Aku pon tak tau asal aku buat macam tu. Mungkin layoutnya yang lebih cantik dan comel.

Sebenarnya aku dah lama tak dapat email bertanya masalah cinta. Marilah hantar. Nanti aku cuba jawab. Aku suka.



Read more...

25.11.09

Harap ini bukan pesan terakhir 2

DSC_0024
(Serius gambar takde kene mengena)


Maaflah kalau dah beberapa entri belakangan ni semua berkaitan emosi, biasalah orang tengah marah memang macam tu. Tapi sekurang-kurangnya tak delah aku memaki hamun dalam blog dan menulis siap dengan tanda seru banyak kali sebagai contoh :

Babi lu!!!! bapak aku, bapak aku punya pasal lah!!! ni yang aku bengang ni!!!.WARGHH!!!!!

Mesti korang baca dengna menjerit-jerit kan? haha

Jadi terus kepada topik, ini beberapa hal aku ingin cakap,

1. Ada beberapa pesan yang aku cakap, kepada siapa-siapa lah, ada masa nanti, yang kau akan rasa apa aku cakap mungkin berguna. Aku rasa Nabila Farhana kalau membukukan pesanan aku, mesti dah tebal gile dah. haha. Kalau rajin kau carik lah dalam blog ni melambak.

2. Yang menjadi lelaki berani ialah egonya, bukan sebab lelaki itu berani, tapi disebabkan egonya. Egonya untuk nampak berani menjadikannya berani. Jadi kita boleh nampak betapa lelaki ini bersifat luaran, egonya untuk menunjukkan perkara yang diluar.

3. Ego perempuan lebih bersifat dalaman, jadi sebagai contoh, bila bergaduh 2 orang perempuan, egonya yang dalaman itu akan lebih menjarakkan hubungan dan lebih tak bercakap. Tapi kalau luaran seperti sifat takut, mereka sangat rendah egonya.

4. Sebab itu lelaki kalau bergaduh, sekejap dan kemudian berkawan baik.

5. Dan sebab itu lelaki je yang pujuk perempuan.

6. ini je mampu sy tulis.



Read more...

Gambar rerawak

2

1

4

DSC_0102

DSC_0101

DSC_0083

Serius aku benci gle rambut aku sekarang.



Read more...

23.11.09

Aku benci entri emosi

8

Lelaki ini pandangannya dari luar ke dalam. Maknanya dari muka, bentuk badan, ukuran dada dan lentikan pinggul, kemudian baru lah kedalam hati. Jadi untuk mereka masuk kedalam hati perempuan tu perkara yang terlebih susah. Kerana sebelum masuk kedalam perlu lalu luaran. Berbeza dengan wanita yang dari dalam kemudian baru keluar.

Sebab itu ibu-ibu senang memujuk anak mereka, berbanding bapa-bapa yang hanya tau pujuk dengna belikan permainan.

Magic kan?

Betapa kita dijadikan lelaki dan perempuan supaya kita boleh belajar satu sama lain.

Cuma ada orang tak pernah belajar.



Read more...

22.11.09

sikit pasal marah

Belakangan ni aku suka tulis tajuk yang ada tulis "sikit pasal....". Sebab utamanya ialah aku tak menceritakan segalanya pasal topik yang aku bincangkan tu. So aku tulislah sikit pasal. Dan ianya sikit sebab tajuk yang aku tulis tu selalunya terlampau subjektif untuk aku cakap segalanya pasal.

Marah tu datang bila benda yang diperlakukan oleh orang lain terhadap kau, kau tak suka dengan perbuatan tu. So kau marah dengan tujuan supaya orang yang buat tu berhenti dengan tindakannya. Marah ini subjektif, ada orang marah bila dijolok bontot dengan kayu mungkin ada orang yang suka bila bontotnya dijolok dengan kayu. Terpulang kepada individu.

Lama kelamaan perkara yang kita marah dan tak marah akan berubah-ubah, ini selalunya tertakluk kepada orang yang buat kita marah, sebagai contoh , Ahmad marah bila aku menjolok bontotnya menggunakan kayu, manakala aku pula tiada perasaan bila bontot aku dijolok kayu, Jadi bila Ahmad cuba menjolok bontot aku menggunakan kayu pula, aku akan jadi marah.

Sebab,

kalau kau tak suka, kau janganlah buat dekat orang lain. Dan hanya satu cara supaya orang tu faham, ialah buat benda yang sama kepada orang itu juga lah kan?

Supaya tahu sikit, bagaimana rasanya,

*maaf, entri ni paling bangsat sekali dalam dunia, sikit emosi.



Read more...

20.11.09

sikit pasal 'first impression'

7


Tanggapan pertama atau lebih mudah dalam bahasa inggerisnya yang pastinya kau akan lebih faham ialah 'first impression'. Ia adalah bagaimana kau membaca dan mengandaikan seseorang itu buat kali pertama kau melihat orang tu tanpa analisa mendalam atau pemerhatian menyeluruh, hanya berdasarkan pandangan sahaja.

Sebenarnya, apa yang kau lihat dan anggap, itulah yang orang itu akan jadi bila berada dengan kau.

Sebagai contoh, kau melihat Ahmad sebagai seorang yang sangat sombong dan berlagak berdasarkan first impression kau. Bila Ahmad cuba dekati kau, kepala otak kau sudah ada set yang Ahmad ini seorang yang sombong dan berlagak, jadi bila kau cakap dengan dia, kau hanya akan nampak Ahmad sebagai seorang yang sombong dan berlagak. Padahal, Ahmad ialah seorang pengacara TV yang tidak berlagak dan sombong lansung.

Atau mungkin kau 'refuse' untuk mendekati Ahmad, sebab kau sudah anggap Ahmad sebagai seorang yang sombong dan berlagak, tapi hanya berdasarkan mata kau sahaja.

Memanglah untuk masa sekejap sahaja kau akan anggap Ahmad seorang yang sombong dan berlagak,sebab nanti makin lama kau cuba cakap dengan Ahmad kau akan nampak diri Ahamad yang sebenar. Tapi ia tetap memberi kesan sebab, Ahmad kau dapat kesan kebaikannya, orang lain mungkin baik juga tapi kerana first impression, kau 'refuse' walau untuk kali pertama.



Read more...

18.11.09

hari ini 33 : review semester satu

mula-mula aku ingin ucapkan tahniah pada diri aku sendiri dan sesiapa yang belajar dengan aku. Sebab dah habis sem satu. Tahniah juga kepada pembaca blog aku sebab cuti-cuti begini selalunya aku terlebih rajin update blog. Nanti entah apa sahaja yang aku akan tulis. JAdi kalau suka kau baca lah. Jadi, review semester satu huh?

1. projek studio yang agak membosankan, harap sem depan lebih seronok dan boleh banyak eksprerimentasi dengan lebih.

2. Mari belajar menilai, melihat details bukan cerita, mendengar bunyi bukan suara.

3. Sem ini lah duit aku paling banyak habis, sampai ada satu masa aku tinggal 30 sen, kete takda minyak, makan roti dengan jem strawberi yang zul belikan. terima kasih zul sebab kasi aku pau rokok kau jugak.

4. Nabila Farhana lebih comel dari biasa dari hari ke hari. Aku pelik apasal.

5. Semua akak-akak aku yang disayangi dah kahwin, membuatkan aku rasa nak kahwin jugak, kahwin kenduri kecik-kecik pon jadiklah. haha

6. Makin kurang tumpuan dalam kelas, kalau dulu aku boleh cerita balik apa Dr. Azeez cakap dalam kelas dari mula sampai habis. Malangnya sekrang tak lagi, mungkin dah terlampau muak dengan isu jalanraya.

7. Aku betul-betul bersemangat nak berbasikal ke kelas semester depan.

8. aku sekarang layan Gossip Girl. Macam sial tak? aku patut cakap character yang ada dalam cerita tu bagus. Details dia bagus. Kiranya character dalam cerita tu memenuhi pattern manusia. dulu aku pernah cakap manusia ni ada pattern kan?

Jadi dalam cerita tu dia tunjuk kalau perangai satu orang ni macam tu, perkara-perkara lain yang dia buat akan mengikut pattern dia. Aku harap kau faham apa aku cakap ni.

Bagi aku kekuatan dalam drama ialah karakter, karakter yang memenuhi pattern manusia. Jadi bila kita tengok drama tu, kita akan rasa macam real life, logik dan seperti di sekeliling kita.

Jadi penting untuk kita kaji pattern manusia untuk "tackle" manusia tu sendiri.


Maaf, entri pertama selepas cuti memang kebiasaannya bosan sikit. Nanti bila dah balik melaka esok harap-harap banyak isi datang.

Jumpa lagi, moga panjang umur.



Read more...

11.11.09

Sikit pasal Prinsip Keseimbangan

Jadi kita dijadikan dengan seimbang. Kiri dan kanan, lelaki dan perempuan, air dan tanah, baik jahat dan macam-macam lagi. Tubuh badan kita pon seimbang, hujung tangan ke hujung sama dengan tinggi, 2 kali besar tengkuk sama dengan pinggang. Itu semua keseimbangan bukan?

Jadi sekarang kita tak mahu seimbang. Tak mahu duduk di tengah-tengah, mahu lebih hal dunia, mahu paling banyak duit, mahu paling banyak perempuan, mahu paling banyak kereta, mahu kereta paling besar, mahu rumah terbesar didunia. JAdi gay, jadi lesbian pon rosakkan keseimbangan kan?

Jadi bila rosak prinsip keseimbangan itu, macam kita berdiri atas tiang, perlu seimbang bukan? kalau tak seimbang, maka jatuh. Sebab itu kita disuruh moderate(bersederhana). Itu tips hidup bahagia paling mudah. bersederhana, tidak banyak masalah, tidak perlu carik banyak. Bersederhana sahaja.

Jangan rosakkan keseimbangan, nanti hancurlah.



Read more...

1.11.09

hari ini 32 : Setahun

Kepada sesiapa yang baru sahaja baca blog aku. Pada 14.11 ini maka cukuplah aku menulis blog selama setahun. Aku rasa ikut kira-kira aku ada tulis dalam purata 3 hari satu entri lah lebih kurang.

Terima kasih kepada sesiapa yang follow blog aku, tak kiralah korang klik "follow this blog" itu sekadar nak aku klik balik, dan baca blog korang yang ada elemen MLM. Tapi aku tak kisah. Kadang-kadang aku klik jugak. nak nak time bosan. Aku lebih suka baca blog orang yang bagi comment aku.

Sekarang musim peperiksaan, peperiksaan akhir, perlu fokus. Jadi perlu tinggal lebih kurang 3 minggu

*aku tak dapat menulis dengan baik sebab belakang aku ada gadis-gadis memekak dan bising dan menggedik buat aku tak boleh fikir secara tiba-tiba.

Jadi kalau tiba-tiba kamu gadis di belakang aku yang nampak aku menulis ni adalah pembaca blog aku, maka tolong senyap semasa berada di CC percuma ini. Terima kasih.

selamat,



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP