30.12.08

Perbincangan Highway

Mengapa perbincangan highway, kerana disini aku, hanif dan duan gemar duduk dan berbincang benda-benda. Jika anda budak UIA, pastinya anda tahu dimana highway ini.

Semalam berbual dengan hanif dan duan. Seperti biasa, perbualan akan meleret-leret sehingga 3-4 jam. Dari isu gadis plastik sehingga ke isu “mengapa Rasulullah suruh kita menuntut ilmu hingga ke negara china?” Seperti kata hanif, teknologi negara China sudah jauh lebih hebat sebelum Eropah lagi. Atau mungkin bila akhir zaman nanti, China akan menjadi sangat hebat, jauh lebih hebat dari Eropah, Kerana sekarang kita dapat lihat kebangkitan negara china. Tapi akhir zaman nanti Islam akan bangkit bukan? Jadi mungkin Islam akan belajar dari negara china, dan menjadi hebat. Dan akan menjadi seperti ratus ribu tahun dulu dimana Islam dan China 2 kuasa yang yang kuat. Eropah ketinggalan jauh di belakang.

Pasti ada maksud tersirat mengapa nabi Muhammad cakap tuntut ilmu hingga ke negara china itu. Kamu semua ada cadangan? tapi menurut komen-komen yang diterima. hadis ini tak tahu kesahihannya. tapi aku rasa mungkin ia sesuatu yang boleh difikirkan.

Dan ini sedikit perbincangan juga,Jika seorang penyanyi di atas pentas membuka baju dan orang Malaysia semua memaki hamun penyanyi itu. Pasti ada sekumpulan pihak yang akan cakap, “alaaa..dia nyanyi bukak baju je..bukan die masturbate atas stage pon..kalau mat salleh rileks je..baru bukak baju dah kecoh”

Kerana ini apa yang barat telah mempengaruhi aku dan kamu semua. Apa sahaja yang datangnya dari barat itu cool dan hebat dan perlu diikuti.

Baik, kolot dalam konteks yang aku sebutkan ini ialah orang yang masih mengamalkan budaya, masih hormat orang tua, masih menjaga pemakaian, masih menjaga adab dan sebagainya. Bukan kolot pemikiran, kolot pemikiran ialah orang yang aku cakap dalam post aku bertajuk “pemikiran kelas tiga”.

Jika Malaysia ini kolot dengan budayanya, tidakkah kamu rasa itu yang perlu dijaga?

Entri kali ini bosan,

12 carutan balas:

Diloz 30 Disember 2008 pada 10:08 PG  

mungkin suatu hari nanti dunia akan berubah.aku harap.tapi mungkin kita tak merasa perubahan itu.sebab mungkin mengambil masa lebih dari 100 tahun.MUNGKIN.

memang salah artis tu buka baju,dan buka aurat sikit.tapi sikit banyak bukan syarat nak dapat dosa.jadi,dia tetap salah.

tapi hukuman dia dapat aku tak setuju.bagi aku tegur sudah cukup.dia pun bukan orang cikai2.background dia bagus.kenapa inul dan pussycatdoll di'halal'kan?
itu aku tak faham.dan semua orang pun diam.

ubey 30 Disember 2008 pada 12:03 PTG  

Pasti ada maksud tersirat mengapa nabi Muhammad cakap tuntut ilmu hingga ke negara china itu. Kamu semua ada cadangan?

jawapan - sebab ni hadis palsu yang sesat lagi menyesatkan. dan beribu2 lagi hadis palsu yang tersebar amat sukar dikekang skrg.

Rfq Kml 30 Disember 2008 pada 6:34 PTG  

tidak maybe.ada satu sumber dan pernah terbaca di suratkhabar Berita Harian menyatakan "tuntulah ilmu sehingga ke negeri China" itu palsu.sahaja untuk pengetahuan umum. :]

omarkhayam 1 Januari 2009 pada 12:52 PG  

~hadis itu tidak palsu cumer dhoif (lemah) maknanya kurang dipastikan sanadnya(org yg meriwayatkan hadis ini)sama ada ia boleh dipercayai atau tidak.

~matannya(isi kandungan hadis ini) mmg dilihat mengandungi pelbagai makna tersirat. dan ak sokong huraian akukopi. dan hadis ini bukan sajer2 nak main2.

~tgk entri ni hnya ader 4 carutan balas, berbanding entri faraj dan telur yg berbelas carutan balas dalm masa sehari stgh. ini juga kolot budayanya.

~diskriminasi terhadap penulisan ilmiah.

*special 1- klu hadis ni palsu, terdapat beriban2 buku mengandungi petikan hadis ini, dan klu hadis ini palsu, blog ini mungkin boleh dimansuhkan kerana menyebarkan hadis palsu.

*special 2- buku2 teks sekolah boleh dibakar kerana menyebarkan hadis palsu.

*special 3- hadis ini bukan palsu

AkuKopiKauSiapa? 1 Januari 2009 pada 7:38 PG  

semua:
ouh..palsu ke?
aku tak tahu pula. nanti aku betulkan entri ini..

Rfq Kml 1 Januari 2009 pada 9:06 PG  

oh.kepada omarkhayam.bace kembali comment aku itu.pernah aku berkata "palsu" then fullstop?buka mata besar2 carik ada atau tidak aku tulis "maybe" di situ.ya.itulah yg aku ingin katakan.hadith ini lemah.jadi aku minta maaf jika tersalah memberi maklumat.sorry omarkhayam dan AkuKopiKauSiapa?.aku bukan seorang yang perfect lolololol -_-

antusabun 1 Januari 2009 pada 7:30 PTG  

Dunia dah terbalik dan akan terbalik dek sifat jahil manusia. Sumber hukum yang betul taknak ikut. Ideologi sesat barat jadi pedoman...

lovie say : 1 Januari 2009 pada 7:39 PTG  

uum aper kene mengena highway dgn china n bkk baju. ngeee
tp bestla blog.

hapeace 1 Januari 2009 pada 11:01 PTG  

yup, kesahihan hadis itu menjadi persoalan..

apeklowek 2 Januari 2009 pada 4:04 PG  

tapi apa salahnya belajar dari negara seperti china? berbanding belajar dari amerika?

sybil,  2 Januari 2009 pada 5:46 PG  

hey man..
aku just nk report this blog.die ade la copy a couple of your entries.so go read it.and do something.i cant stand it.
http://baldimanraksasa.blogspot.com/2008/12/rempitan-malaya.html

AkuKopiKauSiapa? 2 Januari 2009 pada 10:11 PG  

sybil:
wah!!
terima kasih banyak2 kerana memberitahu.
aku sedikit rasa terharu kerana ada orang tiru.
haha..
sekurang-kurangnya ada orang buat backup untuk entry2 aku.
haha
tanx.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP