kali ke-2009
seperti yang diduga, entri aku yang lepas tidak mengundang begitu ramai pembaca. aku cuma ingin berbincang.
tidak mengapa,
sudah dua ribu sembilan kali kita menyambut tahun baru.
bagaimana tahun baru anda? seperti aku. aku tidak kemana-mana. aku malas untuk pergi ke tempat yang sesak dengan orang dan perlu bersesak-sesak dalam kesesakan lalu lintas.maklumlah, kereta jenama haiwan ku transmisinya manual. jadi aku habiskan malam tahun ku baru di pusat karaoke bersama rakan-rakan.
secara jujurnya, sangat seronok!! menyanyi macam orang gila. lagu nasyid pon dibelasah sekali.
sempat melihat televisyen, orang ramai gila melihat artis kegemaran mereka melakukan persembahan. lebih baik mereka melihat aku menyanyi di pusat karaoke. lebih seronok. haha.
apakah tahun baru ini?
sebenarnya sambutan tahun baru ini adalah alasan terbaik untuk mencari gadis, menghilangkan kedaraan kamu bagi yang perempuan, pertama kali menunggang arak, atau makan pil syaitan. inilah masanya! apa yang ditunggu lagi?setahun hanya sekali.
inilah malamnya mat rempit akan bersuka ria memerah tempat pulas minyak sekuat hati, mat-mat shuffle akan shuffle sesungguhnya, mat-mat yang layan gig akan moshing berpeluh-peluh, mat-mat yang layan konsert di dataran merdeka atau the curve akan mengambil kesempatan melagakan kepala zakar dengan alur punggung gadis. inilah malamnya, masa yang ditunggu-tunggu setiap tahun.
bila 10 saat lagi tiba waktu tahun 2009, akan berlaku pengiraan, dari nombor sepuluh hingga ke nombor satu. maka bunga api pon akan dilancarkan, masing-masing bersuka ria, berpelukkan, bersorak-sorak.
apalah yang ingin disorakkan?
lebih baik kamu semua pergi menyokong pasukan bola malaysia dengan sorakkan yang begitu kuat
sudah tahun 2009, Malaysia ini diharap lebih maju. pemimpin lebih cerdik dan bijak, pekerja kerajaan menjadi lebih rajin, pelajar lebih berusaha, sistem jalanraya semakin efisyen, dan manusia menjaga alam sekitar.
walaubagaimanapun,
pasti sama dengan penulis blog lain akan mengucapkan selamat tahun baru.walaupon aku terlambat berikutan kesibukan.
jadi,
selamat tahun baru untuk kali yang ke dua ribu sembilan.
14 carutan balas:
Kopi,
Selamat Tahun Baru. Bagi saya tidak perlu adanya sambutan tahun baru jika jiwa,minda dan spritiual masih ditakuk lama..masa tidak akan berkurang atau bertambah walaupun tidak ada sambutan tahun baru...apa maknanya jika hanya sorakan dan azam 'kosong' yang dilepaskan tetapi selepas itu macam air hujan jatuh ke pasir pula...
P/S: Salute dengan penulisan bersahaja dan berterus-terang.
happy 2009
may the year brings you everything divine.
sambut tahun baru..melaga2 punggung di alur..adush! Kopi nyer bahasa..nangis kamus Dewan dengar! tapi takpe..saya suka..terang tepat kena ke batang hidung manusia..
shemmi-mlm tahun baru kunyah kacang cap tangan depan tv...saban tahun..borink..tp xpe.. (-_-)
happy new year bro!
musyi,
selamat tahun baru dan juga maal hijrah.
gambar panorama menarik
:)
dan juga penulisannya juga
:D
happy 2009!
kau pergi karaoke kat mana?
new year
ajeem:
kerana tahun baru itu masa bersuka ria. sbb itu orang bersorak sahaja.
yappie:
mekasih
shemmi:
huhu..melaga kepala la.bukan punggung.
shasul:
selamat juga
bakri hafiz:
panorama tu aku tiru kau la tuh.haha..mekasih kerana mengajar.
atira:
di ampang point
hapeace:
new year kembali
selamat tahun baruu :)
seriously, ur entry tak pernah menghampakan. seronok dibaca.
dah tuh pulak bijak dan bangga menggunakan bahasa melayu yang indah.
yang lain semua sibuk gunakan bahasa penjajah.
perhaps, i want to follow ur blog and link u. can?
k0 rasa nape msty d0rang wat sumer tu ble tbenyer malam tahun baru? malam2 len?
salam maal hijrah
itu ek short term memory awk?
x lmbt klu ak nk wish epi nu year. hehe. dah 10 muharram. keep writing. ramai tu tggu ko menulis
klakar part ko kata semua nak tunjukkan kehebatan masing-masing...
hahaha..
aku juga slalu nyanyi lagu nasyid dlm karoke..
sape nak heran..
hahaha...
slmt lalui hari-hari yang masih baru untuk tahun dua ribu sembilan...
i think its not too l8 to wish u HAPPY NEW YEAR.. hehe..
yup!! spending new year kt rumah lg bez dr lepak kt klcc or wutsoeva..
bahaya.. mat rempit byk cari mangsa..
n i x sggp tgk owg melayu tunggang arak.. pastu wat muka budget bgus kt kte.. eww~ tolong la.. jijik!!
Catat Ulasan