9.12.08

jika kau mahu gadis

disini aku bagi perkara yang kau perlu dan jangan buat jika kau mahu gadis. ini berbeza dengan cara mengorat gadis yang aku pernah tulis. itu lebih kepada spesifik. yang ini lebih umum.

1. jangan meludah di khalayak ramai. ini bukannya tahun 60-an lelaki meludah untuk nampak lebih cool. mungkin kalau kau betapa hensem dan gagah sekalipon. jika kau meludah akan menimbulkan rasa geli dan benci terhadap diri kau. lebih-lebih lagi jika kau meludah dan kemudia buat muke bangge selepas meludah itu. bukan sahaja gadis bencikan kau. aku pon benci melihat orang meludah ni. ditambah lagi dengan bunyi meneran tekak pastu ptuih. sambil menaip ni pon aku nak muntah memikirkan.

2. memakai gel atau minyak rambut terlampau banyak dan menjadikan rambut terlampau berkilat juga akan menggelikan gadis. kadang-kadang sampai meleleh-leleh minyak rambut di dahi. dahi pon jadi berkilat. lepas tu keras plak tu. kalau pakai gel rambut sebaik-baiknya sedikit sudah cukup ataupun jangan pakai lansung. pakailah wax. lebih bergaya dan lebih kacak.

3. rambut leper. ini zaman sekolah rendah punya rambut ni. rambut leper yang lebih-lebih lagi disikat rapi dan belah tengah kemudia berkilat. aku lebih terima belah tepi dari belah tengah. apa kata kau pakai tangan sahaja. lebih seksi dan percayalah, pasti lebih ramai gadis sukakan kau.

4. bermisai tapi tidak berjanggut. pelik bukan? mungkin kau boleh mengorat wanita umur 40-an jika kau mempunyai misai tapi tidak berjanggut. cukur sahaja misai lebat kau tu.

5. membuat kelakar tak jadi. jika kau duduk dengan sekumpulan gadis yang kau tak kenal lansung. jangan cuba tarik perhatian tidak semena-mena.jangan cuba tunjuk hebat. lebih baik kau senyap dan mendengar sahaja. kelirukan hati gadis-gadis ini kononnya kau pendengar yang baik. tambah sikit-sikit sahaja. selitkan dengan unsur jenaka sedikit yang boleh. baru mereka rasa selesa nak lepak dengna kau lagi. jangan menggelabah buat kelakar tak jadi, cakap kuat-kuat. jadi setenang mungkin. kau bukannya ingin tarik perhatian gadis darjah satu.

6. membawa beg tangan girlfriend kau. ini tidak romantik atau sweet. tolong faham. kau patut tahu, beg tangan tuh direka khas untuk wanita. untuk menonjolkan ciri kewanitaan kepada wanita yang memakainya. sebagai aksesori kepada wanita jugak. dan selalunya perlulah disesuaikan dengan pemakaian perempuan itu. tapi kalau kau yang bawa. apa ertinya? bukan sahaja merosakkan pemakaian kau, tapi kepada wanita tu juga. kalau ingin dipegang kejap, kerana gf kau ingin pergi tandas. janganlah kepit di ketiak, pegang jelah macam pegang beg plastik.

7. mencarut. aku suka mencarut. memang kalau mencarut aku cepat je. aku mencarut sebagai penguat kata adjektif. tapi kalau kau dan aku mahu gadis. kurangkanlah mencarut. pilihlah mencarut yang lebih sopan seperti bodoh, bengong, tahi, babi, telur, bangsat atau shit. kurangkan penggunaan seperti butoh, lancau, kimak, puki, pantat, lahanat. kurangkan mencarut berkaitan kemaluan diri sendiri dan perempuan itu.

8. berlagak, bising dan menggelabah. jika kau begini, pastinya ramai gadis bencikan kau. malah berkawan dengan kau pon tak nak. cuba jadi lebih relax. lelaki yang merendah diri, misteri dan tenang lebih diminati. tapi sekali-sekala kelihatan excited. lagi lah gadis suka. gadis ini, kau perlu faham. sifat inginnya terhadap sesuatu benda adalah sangat tinggi. lebih kurang kau berikan kat mereka, lebih mereka inginkan. sebagai contoh. Ahmad seorang yang tak banyak cakap. tapi bila die berborak dengan Aminah. Die jadi lebih banyak cakap. tapi banyak sedikit sahaja. jangan banyak sangat. pasti Aminah sangat teruja merasakan dirinya hebat membuat Ahmad banyak cakap. Dan pasti Aminah ingin berborak dengna Ahmad lagi. Walhal Ahmad hanya menipu sahaja. hahahaha.

9. gadis lebih sukakan lelaki yang serious. Jika kau pemalas sekalipon, berlakonlah seperti kau sedang membaca buku dengan muka yang serious. tetapi janganlah nampak sangat menipu. (mungkin aku patut tulis tentang cara menipu berkesan. haha.) ok. janganlah buat muke terlampau serious. baca sahaja walaupun itu pertama kali kau membaca buku ilmiah. muke kau akan jadi sedikit serious secara sendirinya. Muka serious itu menunjukkan keyakinan dan kebolehan untuk komitmen kau. tapi janganlah pula serious sepanjang masa. pelik pula. tunjukkan muka konsentrasi bila membuat kerja. bila tidak buat kerja. buat bersahaja sahajalah.

10. belajar ilmu terbang. jika kau boleh terbang. pasti ramai gadis suka kau. hahahahahahah.

34 carutan balas:

Shemmi 9 Disember 2008 pada 8:03 PTG  

"Jika Kau Mahu Teruna"
xde ker?
kahkahkah...

asyik ckp pasal mengurat & 'mengurut' gadis aje...
ko memang terer ar bro...

miahahaha...

lullaby 9 Disember 2008 pada 8:23 PTG  

nak tambah lah.

jangan pakai but ala-ala timberland kaler kuning dan menyimpan rambut yang berekor panjang lalu ekor panjang itu diwarnakan dengan warna karat.juga akan kelihatan ekor panjang itu sedikit bergulung hasil dari pemakaian helmet.

sekian terima kasih

misz eyeliner 9 Disember 2008 pada 8:27 PTG  

1. pengotor..
2. dowhh~!
3. skema..
4. erk!
5. tak boleh blah..
6. buruk siot! benci aku tgk.
7. lelaki mcm ni hanya pandai mencarut di dpn org.saje nk tunjuk lagak.hakikatnya 'L.O.S.E.R'!
8. aku pon benci..
9. betul2. jgn buat wayang lebih sudah..
10. yg ni aku tak setuju. ko tipu la kopi...

Hunn 9 Disember 2008 pada 8:29 PTG  

Aku pun rasa nak muntah baca number1. Haha.

Number2 menjijikkan :D

About number3, youre right. But to those who has reach 26+ and your hair is gone day by day, better comb it without parting it. Comb front ways. HAHH.

Number6 is so true!! :D
it reminds me about those guys waiting outside the ladies' washroom. Looks very funny and pathetic.

atira 9 Disember 2008 pada 8:31 PTG  

haha kau memang memahani hati gadis.
tahniah. ;))

semoga ramai jejaka2 yang baca entry kau ni. senang sikit hidup kami.

ah, bestnya kalau aku ada boyfriend yang boleh terbang.

sang peijan berkata kepada hang kopi 9 Disember 2008 pada 8:58 PTG  

senang cakap jangan hipokrit just cover menda yg yg boleh nampak diri seorang pengotor..

si peijan 9 Disember 2008 pada 9:01 PTG  

lupe lak nak gtau..
aku boleh terbang...
come fly with me!!
fly!!

naik air asia :P

antusabun 9 Disember 2008 pada 10:21 PTG  

ni mana lu dapat sumber ni. macam banyak pengalaman je.. mungkin aku boleh follow..haha

antusabun 9 Disember 2008 pada 10:22 PTG  

pada atira, berapa banyak lelaki yang kamu mahu simpan..amboi ayat

Syafik 10 Disember 2008 pada 12:20 PG  

Bagaimana kalau yang ku mahu itu adalah seorang Ustazah. Hehe.

AkuKopiKauSiapa? 10 Disember 2008 pada 12:27 PG  

syafik :
teknik yang aku bekalkan nie boleh pki kat semua. dicampur dengan sifat diri sendiri kau. haha

atira :
time kasih.

antusabun :
atira mmg begitu.

hans 10 Disember 2008 pada 12:32 PG  

1: Haih,tingat apek tua dalam bas masa bulan posa...jijik..apek tua yg keji

2: haha..pakai wax jenama studio loreal..bukan saja menjadi sekacak shah rukh khan + brad pitt tetapi rambut juga berbau wangi

3: guna jari pun boleh

4: pelik kah?tapi aku prefer janggut dari misai

5: haha..setuju

6: haha...aku pegang beg tangan mak aku pun dah segan..ekekkee

7: haha..aku mencarut juga terlampau laju..aku rasa lebih bagus tunjuk perangai sebenar..cuma kalau boleh situasi2 yang perlu mencarut jer la..bukan sepanjang masa

8: ya..selalu buat...

9: haha..selalu kalau dah nama malas tu ko berlakon pun orang xpercaya...

10: sah2 la ko menipu dalam hal nih

saya qaisara 10 Disember 2008 pada 1:14 PG  

HAHA.
sumpah best!
kepada pemilik blog,
izinkan patik menge-link blog anda!
;D

atira 10 Disember 2008 pada 2:49 PG  

lol.
aku adalah seorang gadis yang setia okayy.
i was talking on behalf on girls in general. ;))

apelah.

isya 10 Disember 2008 pada 3:16 PG  

quote : "9. gadis lebih sukakan lelaki yang serious. Jika kau pemalas sekalipon, berlakonlah seperti kau sedang membaca buku dengan muka yang serious."

yeke..aku x suke pun laki serious.tension idup. serious ngan pmalas cam takda kaitan la. aku suke je laki tak serious.. x besla kalo serious. boring. pemalas ofkos la x bes..pmpuan pmalas pun x bes. tp kalo laki x serious, ske mrepek+mlawak (dgn lawak2 yg jd) tp rajin+genius, hehe bes tu.. cemana nak jd camtu? cube ko wat entry camtu plak...haha. anyway, seronok baca blog ko.

FarhanaLicious 10 Disember 2008 pada 4:56 PG  

yang no 6 tu aku paling benci!

tu aje komen aku utk kali ini.

apekzer 10 Disember 2008 pada 5:02 PG  

kalau seorang ahmad tu mmg seorang periang yang hanya duduk diam sewaktu tensyen je.. adekah beliau tidak akan dapat gadis? sebab mebi kadang2 die suke wat lawak splastik dan over dan agak kuat kedengaran sebab suaranya mmg besar? macam mane tu? gadis2 tak gemar ye orang sebegitu?

♥chubbycekelat ♥ 10 Disember 2008 pada 5:12 PG  

weyh ko bley fly ker??
ahahahaha XD

Diloz 10 Disember 2008 pada 6:04 PG  

1.aku meludah time main bola je.tabiat.aku tak suka telan.masin.

2.tancho beb.haha.
3.tancho juga.
4.kalau misai macam Robert Downey Jr cool lah juga en?
5.ini kategori hambar.kurang kretiviti kot.terimalah seadaanya.
6.aku tak buat.sumpah.
7.tak buat jugak.jarang.
8.ha..ini aku agak ar.bising skit.annoying.slalu buat orang terasa gak ah.haih..
9.aku kurang serious.lebih banyak senyum gatal.
10.ahh.tak kira.aku dah ada awek!!

sliparjepunkecik 10 Disember 2008 pada 10:02 PG  

aku x mahu gadis.. aku mahu gadis-gadis.. haha

J,  10 Disember 2008 pada 1:34 PTG  

Duan, kau refer kepada diri kau eh? Hahahah.

AkuKopiKauSiapa? 10 Disember 2008 pada 8:31 PTG  

duan :
ni kau nie..hahaha

qai :
silakan

anis :
mahu gadis-gadis begini juga caranya..
haha

i-sya:
aa..yela..time blajar serius. tapi time main dia main la..kire mcm lelaki yang hebat dan berwawasan la..haha

makcik rokiah 10 Disember 2008 pada 8:49 PTG  

10. belajar ilmu terbang. jika kau boleh terbang. pasti ramai gadis suka kau. hahahahahahah.
<<<< uik... ????.

~mademoiselle hana~,  10 Disember 2008 pada 9:52 PTG  

aku tgh berkira2...
berapa ramai gadis dah kau tackle nih???
wahaha!!

apekzer 10 Disember 2008 pada 10:08 PTG  

si ahmad tu tidak refer kepada sesiapa.. tapi adakah si ahmad akan mendapat gadis jika dia terus berperangai seperti itukah?

omarkhayam 11 Disember 2008 pada 9:00 PG  

klu dlm filem,lelaki yg mcm mner pun (cth jack black) akan dapt gadis2 yg hot.apakah dunia nyata sebegitu jua?...oh.lagi stu, klu lelaki yg jenis (hormon atau berbulu) terlebih,
elakkan dari mencukur, kerana akan menambahkan bulu anda.kan?

AkuKopiKauSiapa? 11 Disember 2008 pada 10:15 PG  

apekzer:
ape yg gadis suke tidak sama. kesukaan terhadap seseorang adalah subjektif. kalau ko bisu pon pasti ade org yg suke.

hana :
serious aku tak pndi tackle org.huhu

omar :
aku mahu jambang..huhu

deeda,  11 Disember 2008 pada 12:25 PTG  

xpndai tackle? pastu camne bleh tulis sme ni? aneh. mesti kwn2 pndai tackle.. usha kwn tackle..hu

this.is.mE 12 Disember 2008 pada 1:53 PG  

weh...
post r new post pasal "jika kau mahu teruna"..
haha!

p/s:nice blog. bleh eh kalo ak nk link.

miss bobby 13 Disember 2008 pada 8:22 PG  

4. bermisai tapi tidak berjanggut. pelik bukan? mungkin kau boleh mengorat wanita umur 40-an jika kau mempunyai misai tapi tidak berjanggut. cukur sahaja misai lebat kau tu.


bab ni : sumpah aku gelak kaw-kaw.

ubey 14 Disember 2008 pada 3:14 PG  

haha. seb bek aku ada janggut ala batista.

britnoy 15 Disember 2008 pada 8:02 PG  

nak tmbh sikit,

jgn hisap rokok dpn gadis. pastu jgnlah hisap rokok kat tempat makan. susahnye nak cari laki yg bebas merokok skrg ni..T__T
alah pompuan pun byk merokok skrg ni..(ha stat dah nak membebel)

Iman Abdul Rahim 13 Jun 2009 pada 6:24 PG  

paling geli lelaki rambut leper :)

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP