20.12.08

hari ini 4

Hari ini adalah hari kepulangan aku pulang ke UIA. mungkin tamatlah update aku yang berjulatkan sehari sekali ini semasa cuti begini.

Sejujurnya aku awal-awal percutian dulu memang tak sabar-sabar nak masuk UIA balik. Sebab bosan duduk rumah sorang-sorang mungkin? Selepas mereka bercuti baru la rakan-rakan aku ada untuk menghilangkan kebosanan aku jika sorang-sorang di rumah, jadi aku sudah tidak mahu balik UIA lagi.

dan aku rindu dengan nawwar..(menguatkan semangat untuk pulang ke UIA)

pastinya sem baru ini memerlukan aku untuk berazam. jadi ini azam baru aku:

1. mahu sembahyang full. ini adalah azam dari dulu. tapi mesti tinggal sikit-sikit punya. kali ini akan cuba lagi.

2.mahu kurang tackle gadis dan mengacau gadis. ini adalah pertama kali aku berazam begini. tanpa sebab yang munasabah. aku hanya ingin cuba.

3.mahu bertanya banyak dan memberi pendapat dalam kelas. aku membuat kesimpulan jika banyak bertanya, memberi pendapat dalam kelas, jumpa lecturer di bilik. akan menaikkan gred kamu dalam sesuatu subjek. jadi aku ingin buat.

4.berjalan kaki. aku akan cuba berjalan kaki ke kelas. tapi untuk kelas pagi sahaja. supaya fikiran dapat digerakkan dan peralihan darah lebih lancar. tapi jika smepat sahaja. jika tak sempat. terima kasih sahaja. biar aku membawa kereta berjenama haiwan aku sahaja.

5. lebih kerap menelefon akak-akak dan bapakku. bila aku sudah masuk belajar. aku paling lupa untuk call semua orang. jadi aku akan cuba untuk lebih kerap menelefon mereka. jika ada aktiviti hujung minggu bersama keluarga. aku akan cuba luangkan masa sebaik mungkin. nekad.

6. menghisap rokok gulung. berhenti rokok mungkin sukar. tapi aku akan cuba hisap rokok gulung untuk mengurangkan perbelanjaan.

7. berusaha. aku seorang yang berusaha. kali ini aku akan lebih berusaha dari yang sebelumnya.dalam apa perkara sekalipun.

jika aku berjaya berubah walau untuk 3 peratus sahaja. aku percaya aku tetap memperbaiki diri aku daripada tidak memperbaiki lansung.

salam,

20 carutan balas:

LIZ 20 Disember 2008 pada 10:05 PTG  

ohhh, nkau budak UIA juga rupanya. baru aku tau. haha.
oh ye, blog kau besh. :p

Ims Imahtul 21 Disember 2008 pada 1:03 PG  

wahhhh. cuti aku pn dah habis.
and dr zainora studio master aku.
tiap2 hari kena pki matric card!
skema lah aku lepas ni.

haih.

aku suka azam semester baru kau.

:)

J,  21 Disember 2008 pada 3:37 PG  

Aku rasa kau boleh buat semua.

dR.SiLeNt 21 Disember 2008 pada 4:04 PG  

akukopikausiapa.??
im sisilent..
huhu..

azam yg bgos.
tp agak lucu..
hehe.
moga bjaya la..
may God bless us!

kelam rider 21 Disember 2008 pada 6:59 PG  

trimas atas segala tunjok ajar kau, mungken selepas ini aku perlu membelanja kau sechawan kopi jantan untuk membalas jasamu, wahh.. kita kan lelaki, mmg patot minom air sebegini.. kau seorang anak melayu yang berwawasan, azam kau sungguh realistik! tahniah buatkau..

hana 21 Disember 2008 pada 7:44 PG  

anda ketinggalan satu lg azam
melupakan bekas kekaseh anda. haha. harus duu.

Hunn 21 Disember 2008 pada 10:08 PG  

6. menghisap rokok gulung. berhenti rokok mungkin sukar. tapi aku akan cuba hisap rokok gulung untuk mengurangkan perbelanjaan

Hehh, goodluck, that usually works :)

hans 21 Disember 2008 pada 10:25 PG  

6. menghisap rokok gulung. berhenti rokok mungkin sukar. tapi aku akan cuba hisap rokok gulung untuk mengurangkan perbelanjaan
7. kuat berusaha

hah,apa kata kuat berusaha melupakan rokok..haha..apa2pun rindu la dengan posting2 ko pasnih..
haih..datang la U aku...huhu..

FarhanaLicious 21 Disember 2008 pada 2:09 PTG  

aku nak tanya. kenapa lelaki agak susah nak talipon ahli family diorang?

miss juju 21 Disember 2008 pada 5:00 PTG  

la bdk U rupenyer...
cahyok2..moga2 sumer azam baru tu..berjaya di k0takan.

Ajeem 21 Disember 2008 pada 7:47 PTG  

hmm..awal korang masuk kampus ar...kami 26 baru check in...samalah kit ani kopi..saya boring juga cuti lama2 nii..

pasal merokok tu walaupun jimat/save budget rokok gulung tu(sabahan panggil kira) tpai ia memudaratkan 3 kali ganda.sebagai orang yang pernah merokok saya telah uji benda tu...siap dengan ujian saintifik tau..rokok gulung lebih 3 kali ganda kesan nikotin tu bertindak berbanding rokok yang ada 'filter'.

apa pun,harap azam baru tu tercapai.

Diloz 21 Disember 2008 pada 9:29 PTG  

ini dikira azam tahun baru ke?

fuh,sungguh memberi inspirasi.kim salam kat nawwar.siapa itu?

asybedazzle 22 Disember 2008 pada 12:36 PG  

harap2 azam baru brjaya, hehe
boleh ikut azam ni, usefull. q

Aliya Azmi 22 Disember 2008 pada 2:18 PG  

rokok gulung.
lol. dulu 70sen, skang brape??

omarkhayam 22 Disember 2008 pada 7:01 PG  

so, dak kaed, takder azam, nak datng kelas awal, tanak tido2, tanak ponteng2...hihi.

~dak laki susah nak tepon famili sbb, klu tepon pun, tidak akan memberi kesan yang begitu mendalam, sperti terharu ataupun sedih2 kerana lelaki ini memg begitu.

AkuKopiKauSiapa? 22 Disember 2008 pada 7:14 PTG  

Liz:
kau UIA kah?

imah:
selamat la dengan mdm zainora kesygn kami itu.haha

jannah:
gua PM baru.haha

kelam rider;
haha. semoga aku menjadi anak melayu berwawasan seperti kata kau.

hunn:
huhu. tapi jantung lagi sakit. bak kate ajeem.

hans:
jauh la melaka. kalu dekat sebelah UIA ni boleh la.haha

farhana licious:
urm..aku rase sbb lelaki mementingkan kerjaya, kawan-kawan atau pembelajaran daripada family kot. tak bgs kan?

juju:
ye..sy masih belajar.

ajeem:
betul. aku setuju. tapi ada filter kan? tapi kadang-kadang ade tembakau yang penah aku pki.. seminggu batuk tak stop2. malam takleyh tido. sakit dada.

omarkhayam:
budak kaed. tak tido jela.haha

alif-mikail 22 Disember 2008 pada 7:35 PTG  

azam?
azam supardi ke? agaggagagaga

alif-mikail 22 Disember 2008 pada 7:35 PTG  

UIA mana ni?
selamat maju jaya.. nak maju kena makan di :

restoran alif maju
restoran kapitan maju

beli barang di :

Supermarket terus maju
Kedai Majujaya..

aaa amacam..?

LIZ 22 Disember 2008 pada 11:53 PTG  

haha
aku budak matrix bru
amek engin kat pj :D

Ajeem 26 Disember 2008 pada 4:43 PTG  

kalau boleh 'adjust' ok jg bah tuu..tpai memang pedih di akhir kisah..hehe...sebelum saya taubat daripada merokok,saya telah habiskan hampir ribuan batang 'kirai' alias tembakau tuu..nasib baik tidak k.o...mungkin setiap kali ketagih merokok tu,boleh minum kopi kot..kurang lagi ketagihan merokok...hehe

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP