siri motivasi : keupayaan memilih
ini adalah siri motivasi aku yang kedua selepas entri apa yang kau nak. aku cuba untuk tidak menulis mengenai trend lagi. sudah malas. biarlah itu perbincangan di meja makan bersama duan(apekzer) dan hanif(apeklowek) dan rakan-rakan yang lain sahaja. Walaupun blog ini adalah penulisan sesukahati aku. Tidak bertumpu kepada mana-mana topik yang spesifik. tapi tidak mengapa.teruskan,
seperti aku janjikan di entri lepas, aku ingin menulis tentang motivasi atau kemahiran semasa hidup untuk entri terbaru ini. jadi semasa aku memandu pulang ke rumah selepas bermain game di CC tadi aku terfikir apakah masalah bagi semua masalah di dunia ini. jadi bagi aku punca bagi masalah semua hanyalah...
Keupayaan memilih
betul. semua masalah, kau, aku, dunia ini semua. terletak pada satu. iaitu keupayaan memilih.apakah pilihan kamu? memilih untuk gagal?berjaya?memilih untuk perang atau tidak?memilih teman wanita kamu atau bekas teman wanita kamu?memilih untuk lari dari rumah atau tahan sahaja semuanya? dan segala macam masalah lagi hanyalah terletak kepada keupayaan anda untuk memilih.
Bagi aku, semua orang adalah ketua. Di dalam diri masing-masing. Kau ialah ketua untuk diri kau sendiri. Ketua tugasnya membuat keputusan. Jadi keputusan yang silap akan mengundang bencana. Terpulang kepada kau untuk memperbaiki keadaan. Dan perlu diingat pilihan yang dibuat tidak boleh dipatah balik. berisiko bukan?
Seperti yang aku pernah belajar di sekolah dulu. Cara memilih ialah dengan memikirkan kebaikan, kekurangan dan kelebihan sesuatu perkara yang menjadi persoalan dihati. Tapi ada kalanya teknik ini tidak berguna lansung terutamanya bila keputusannya seri. Jadi pilihlah dengan akal dan hati kau sendiri.
Memang susah untuk memilih, perkara paling mudah seperti mahu gosok gigi dahulu atau basuh muka dahulu pon memerlukan keupayaan anda untuk memilih. Walaupun pilihan itu tidak kompleks, tetapi ia tetap pemilihan bukan? hidup ini memerlukan kau memlilih. jadi pilihlah dengan betul dan tepat. jangan menyesal. jangan tamak kerana kau tidak boleh ada keduanya.
*aku baru lepas membuat pilihan. aku harap aku membuat pilihan yang betul.aku tidak mahu tamak lagi. dan dengan harapan aku tidak akan menyesal.
**setelah menulis ini aku berjalan ke blog orang lain dan sampai ke blog diloz. dia menulis tentang peluang di entri barunya.kebetulan pula. jadi jika kamu semua ingin membuat kesimpulan bagaimana membuat pilihan dan peluang jalan seiringan. klik sini
14 carutan balas:
best gak lepak blog ngko neh..hehe
teruskan blogging.jangan banayk songeh/pilih2
hahah
peace
tahniah kerana berjaya memilih juga akhirnya. just give it a try and see how far can it go. pastu da pileh tu even if rasa mcm alamak tersilap, n tau xbole patah balik,try to make the best out of the situation. wah pandainya! (look who's talking!) ciss. ok la bye.
membuat pilihan yang kurang bijak dan disusuli dengan peluang kedua adalah sesuatu yang patut dimanfaatkan.
kamu telah memilih antara 'menulis ttg topik ini' dari 'tidak menulis ttg trend'lg.
bagus2. pilihan bijak!
aku baru je bace something a bit similar to this at one of ppl's blog. tak ingat sapa. tapi dia cakap pasal chances or peluang. macam apa yang kita buat bila peluang tu datang, apa pilihan kita.
so i guess chances and choices walk together.
hu bes bca. and i'd like to add, if the choices to be made are the choices that would affect the rest of our lives..big choices, do istikharah prayer. it feels really great having to interact with Allah, it feels so much better than great if Allah responds. He responds in so many signs and condition we could never think of. He even change our hearts if our choices are wrong. If you have Him, then thats everything u ever wanted.
cuti suda abeh. isk.
ojeng:
banyak songeh camne?
diloz:
haa..lepas aku tulis ni aku gi blog kau pasal peluang. macam match la plak bile fikir balik. sbb mcm kau ckp. salah pilih dan ada peluang kedua.
mizz eyeliner:
aku menulis apa sahaja.
atira:
aah. dkat diloz punye blog. aku pas tulis ni gi jln blog diloz. dan dia ckp pasal peluang pulak. mcm match peluang dan membuat pilihan.secara tidak sengaja.
isya:
haa..betul betul.
bijak memilih terlalu universal. aku sampai sekarang belum pakar dalam membuat pilihan. haihh.
keupayaan memilih tu penting
tapi kalau tersalah pilih pun kadang2 best
huhu
hei there, nice blog you got here : )
asal chatbox ko xkuar?
aku tak berapa paham pasal ko tulis ego dekat komen tu..leh tak ko perjelas lagi...
salah satu cara analisis sebelum buat pilihan yg aku blajar ialah SWOT (strength, weakness, opportunity, threat) ..hmmm..and pilihlah baik baik..mmg hebat pilihan yang dibuat seseorang jika dia boleh menyingkirkan faktor perasaan tapi itu mustahil dan mungkin bukan yang terbaik bukan? salah pilih pun tidak apa kerana ada peluang kedua atau ketiga dan mungkin tiada peluang... so tiada cara khusus sebenarnya membuat pilihan tepat.. terlalu banyak kebarangkalian..
saya sangat setuju dengan kopi dalam hal ini...punca segala masalah?ia dan boleh dibuktikan dari sudut agama.cuba imbas kembali bagaimana manusia pertama berdosa.ia berkait rapat dengan membuat pilihan.
Saya mesti pilih! (Pesanan ini ditaja oleh Bank Rakyat)
Catat Ulasan