Hari ini
aku jarang menulis yang berkaitan kehidupan aku sehari-harian. malah aku tidak berapa suka menulis perkara-perkara yang sebegitu. mungkin kerana aku tau ia membosankan para pembaca yang sudi membaca blog bangsat aku. tapi hari ini aku nak tulis juga. sekali-sekala apa salah.
hari ini result klua. aku tak boleh berpuas hati sbb kalau aku berpuas hati kat situ jelah sepanjang aku belajar di UIA. Apa yang menjadi keseronokan aku bila subjek studio aku mendapat keputusan yang sangat membuahkan hasil dan bersesuaian dengan penat lelah aku bekerja di studio setiap hari sampai tak tido-tido. Gile babi penat tak ingat dunia. Aku rasa satu studio aku merasa benda yang sama juga. tiba-tiba rindu suasana studio dengan gelak ketawa dan tekanan semasa membuat kerja. Tekanan pon bergelak ketawa. Seronok.
Subjek-subjek yang lain cukuplah sekadar aku tidak fail. terutamanya subjek Dr. azeez yang menjadi kegusaran budak sekelas aku. Subjek elements of infrastructure. Subjeknya bagi aku mudah, tetapi Dr. Azeez ini seorang yang sangat tidak berkrompomi dalam penandaan kertas. Dahla aku ponteng sehingga mendapat surat amaran yang menyebabkan bapak aku marah aku. Tak fail cukup membuatkan aku gembira.
Principle of Urban Planning yang aku sudah jangkakan keputusan memberansangkan juga membuahkan hasil. Mungkin kerana Bro. lukman yang sangat pemurah hati menanda jawapan kertas aku dengan senang hati walaupun tulisan aku buruk gila. Dulu masa sekolah rendah Cikgu Azila, cikgu BM aku pernah mencampakkan buku aku dengan alasan tulisan macam tahi. Aku seorang yang kuat berimiginasi, dan berfikir. Sangat kuat. Semasa itu aku membayangkan bagaimana tulisan macam tahi? mesti kelakar kalau sebiji tahi memegang pensel dan menulis. Ataupun tulisan berbentuk tahi, bulat-bulat dan panjang menyerupai tahi. Kelakar betul cikgu BM aku. Semasa keputusan UPSR aku cikgu azila tipu aku hanya dapat 1 A. padahal aku dapat 5 A. die cakap die tipu sebab tak percaya. ape punyer cikgu. die ingat bile die cakap aku dapat 1 A. keputusan yang sudah sedia itu akan berubah ke mengikut kepercayaan die? pelik betul.
Seperti biasa hari ini aku duduk seorang kat rumah. Bapak aku pegi KL untuk melihat-lihat rumahnya disana. Akak-akak ku yang penyayang masing-masing memang bekerja di KL. Semalam aku bawa kawan aku tidur di rumah aku, alasan aku takut kerana malam sebelum itu aku lepak-lepak bersama bapak aku di pantai klebang dan bercerita tentang hantu. Cuak betul. Sehingga pukul 4 pagi baru tidur akibat membuat aktiviti-aktiviti di rumah. pukul 2 baru bangun dan menghantarnya ke rumah. Kemudian bosan semula.
Aku baru belajar main lagu secondhand serenade menggunakan keyboard. Walaupun suara aku tidak sedap, aku tetap menyanyi dengan tahap kuat sambil bermain keyboard. Aku tidak hebat main keyboard, baru sahaja belajar. aku pasti Cik Hana lebih hebat bermain. Die main jazz tau. jangan main gile. Aku respek gile die. Aku tak dengar lagi macam mane die main dan suara die. Tapi aku rasa die sangat hebat.
Mungkin esok aku ingin jalan-jalan di kota melaka untuk mengambil gambar, dan mencari cari gadis Melaka. haha. Teringat gadis Melaka. Ada seorang gadis berbadan besar yang mencuit-cuit aku di gig semalam dan tersenyum-senyum.Aku melarikan diri kerana takut akan dibahamnya. Gig hardcore, anda pasti tau bagaimana gadisnya bukan? Kalau gig yang lagunya lemah gemalai dan lebih komersial pastinya gadisnya lebih menarik.
Aku baru sahaja dapat tahu yang aku mula sem pada 22 disember, sambil diri aku memaki hamun," Celaka! lambat lagi!, Ape aku nak buat sial!" pelik, aku tidak sabar nak start sem balik. Kerana bosan, Hari-hari lepak dengan orang yang sama, di kedai yang sama, aktiviti yang sama, muke mamak yang sama, orang yang datang bertandang di rumah aku pon orang yang sama. Cadangan aku kepada Muaz dan Sudang bahawa kami perlu mencari gadis, kerana meja kami sahaja tidak pernah ada gadis duduk bersama.
Oh, Muaz dan sudang ingin membuka studio muzik. Ruangnya sudah ada. Cuma perlu mengemas dan membli drum set sahaja. Dan cadangan aku untuk mencari rakan-rakan gadis diperkukuhkan lagi apabila membayangkan pasti seronok bila lepak-lepak di studio muzik dan ada gadis-gadis hot di sofa. haha. Imiginasi bangsat. itupun kalau yang melepak gadis-gadis hot, kalau tidak hot seperti di gig tadi mcm mane? pasti setiap hari kami dibahamnya seorang demi seorang. Takut.
Aku tak makan lagi. Gile babi lapar nak mampus.
12 carutan balas:
cantik layout ko.
wahaha!!jangan mengarut lah!
Saya budak baru belajar..hee..=p
lagi satu,mane ade jazz,keronconglah! =)
ouh..aku igt ko main jazz sbb ko salu ckp psl jazz..aku pon membuat anggapan la..tak kesah la..yag penting ko hebat..n aku baru dgr tadi lagu kat blog ko tuh.. sedap sial suare ko!!!!
kepada sux :
time kasih
haha,aku mmg suke gile jazz.tapi dalam proses belajar.bykla ko punye sedap.aku br dengar balik.tah pape tah yang aku tekan kat piano tu.menggelabah gila.aku mmg menggelabah klu main lagu jazz.keroncong lehla!hehe.
p/s:dah sakit perut lom dgr lagu tu? =p
cik hana lagi :
tak..tak sakit perut lansung..malah gembira dgr..jenis suara yang aku suke..
respek respek!
keroncong itu bagi aku ianya jazz..jazz nusantara kita..ehehe
kau ni kelakarlah.
anyway, congrats atas result Studio and Purp :)
purp kau mesti gempak an.
aku rasa bro lukman bg markah kesian kt aku lalu tak failkan aku.fuhh lega
imah :
aku kan repeat..die mesti kesian kat aku..haha
aku pun harap aku sekadar lulus utk subjek analisis litar tadi. cari gadis melaka, gi kat muzium muzium. mesti ramai.
farhnalicious :
terima kasih ats tips anda..
haha
ah, congrats for your studio.
;D
Catat Ulasan