14.12.08

Hari ini 2

penulis mengucapkan hi kepada semua dan selamat pagi.

Hari ini penulis berasa bahagia kerana bangun seawal 6 pagi. Membalas komen anda pagi-pagi dan rupanya idea akan datang bila kita bangun pagi. penulis hanya berharap tidak akan tidur pada selepas asar dan waktu maghrib lagi untuk memulihkan pemikiran otaknya yang makin gila dan entah apa-apa.

penulis ingin berterima kasih kepada semua pengunjung blog akukopikausiapapulakkauingatakukesah? ini. belakangan ini penulis jarang berkunjung ke blog-blog orang lain kerana sifat penulis yang sungguh pemalas di kala cuti dan selalu juga keluar rumah. kerana bagi penulis setakat bagi komen yang tidak bernas dan tidak berisi baik tak payah bagi komen. tetapi penulis tetap akan membaca blog orang lain jugak cuma kurang sedikit, dan hanya komen jika ada isi. tapi kadang-kadang penulis akan komen yang entah apa-apa jugak.

kepada encik hans yang selalu YM penulis dan penulis tidak balas. harap maaf. penulis jarang di depan komputer dan tidak offline YM. biarkan sahaja terbuka. maaf lagi sekali.

Penulis mendapat idea untuk menulis tentang rempit. kerana bagi penulis rempit mempunyai identiti Malaysia. Sekurang-kurangnya identiti negatif rempit ini boleh bersaing dengan identiti negatif dari negara barat yang lain. Mana lagi wujudnya golongan yang memakai seluar carrot cut, memakai topi, berambut ekor dan diwarnakan dengan pewarna murah, baju besar melebihi cawat seluar. hanya di Malaysia. Mungkin kalau datangnya dari negara barat. pasti itu menjadi ikutan anak muda di Malaysia bukan?

Penulis seperti ingin membuka kedai menjual pemakaian rempit dari helmet ke kasut tahan kemalangan. Kedai ini bukan menjual barang motosikal. tetapi apa-apa berkaitan rempit. Mungkin menjual pewarna rambut juga. Mungkin akan menjadi ikutan anak muda di barat juga.

Penulis mengundur diri,

23 carutan balas:

antusabun 14 Disember 2008 pada 5:12 PTG  

Padanla tak lawat blog kite..haha

isya 14 Disember 2008 pada 5:17 PTG  

sy xkesah kalo kamu xkesah sy xsuka mat rempit.

Diloz 14 Disember 2008 pada 7:17 PTG  

keluarkan idea kau pasal rempit.
banyak yang aku akan respon nanti.

AkuKopiKauSiapa? 14 Disember 2008 pada 9:02 PTG  

antu sabun :
aku bace blog kau ler..serius.

spiral eyes:
tak mengapa kalu kau tak kesah

isya:
aku pon tak suka sennaye.

diloz:
baiklah..nanti.

Wai 14 Disember 2008 pada 10:15 PTG  

uih? bila dah bangun pagi, idea datang mencurah2.

terlalu bnyk idea sampaikan penulis nak bukak kedai rempit... hmmm....

pasni nak try bangun pepagi buta la....

sHwEeT ByAtcH 14 Disember 2008 pada 11:58 PTG  

kau xkesah?

aku kisah ke?

Malas nk kesah..

apa kes kesah2..

~mademoiselle hana~,  15 Disember 2008 pada 12:17 PG  

bosan do kes mat rempit.
kalau aku tgh drive,pastu ade mat rempit ramai2 memang aku rasa nak langgar.

isya 15 Disember 2008 pada 1:25 PG  

huh. pulak dah. kamu ni confusing la.

AkuKopiKauSiapa? 15 Disember 2008 pada 1:50 PG  

isya:
aku hanya menjadi sarkastik dalam tulisan aku tentang mat rempit di atas.

"Sekurang-kurangnya identiti negatif rempit ini boleh bersaing dengan identiti negatif dari negara barat yang lain. Mana lagi wujudnya golongan yang memakai seluar carrot cut, memakai topi, berambut ekor dan diwarnakan dengan pewarna murah, baju besar melebihi cawat seluar. hanya di Malaysia. Mungkin kalau datangnya dari negara barat. pasti itu menjadi ikutan anak muda di Malaysia bukan?

tak sarkastik eh? sarkastik untuk pihak rempit dan pihak anak muda malaysia. betapa mudah mereka terikut apa sahaja dari barat dan sarkastik untuk rempit yang berpakaian entah apa-apa.

hans 15 Disember 2008 pada 2:13 PG  

cess....aku ym pun mahu dikhabarkan kah?(ada aku kisah??)
adoi.....jgn bagi publisiti sama aku(hahaha)

haha..aku rasa ko bangun awal pagi ko menjadi lebih gila dari sebelum nih(bangun lepas maghrib)
haha..
ntah,cuba kupaskan pasal mat rempit yg ko cakap tu..
nak juga tahu...

hans 15 Disember 2008 pada 2:43 PG  

akukopi : nak minta maaf apanya..bukan da salah pun..haha..tetiba lak ko baik nih..nak suruh aku belanja pizza hut yg baru la tu..kahkahkah..
aku dah merepek..layan spa q la senang..gagagga

Anonymous,  15 Disember 2008 pada 4:08 PG  

rempit mmg identiti malaysia..tu sbb bila cite remp-it menjadi sket dr cte2 kl drift,drift2 ape ntah yg bukan menunjukkan sgt identiti malaysia.. klo cm tokyo drift tu mmg stylo la.. DK pn ade sane..huhu.. dlm negara ni.. rempit la juara..haha..merapu...

isya 15 Disember 2008 pada 5:03 PG  

hua. kopi, sy bru prasan. lambat la sy ni. haha. baiklah. bagus2.

krn mat rempit yg nakal2 ni la jalan raya jd smakin tak slamat. (ada mat rempit baik kot, mana tau) ada byk lg bnda kat M'sia ni yg boleh jd identiti. kite tayah hiraukan mat rempit ni. lg kt ckp, nnt lg die suke..lg die eksyen. pdhal org mnyampah tgk die mencelah2 kat jalan tu. buat gaya2 merepek. mnyusahkan org.

Anonymous,  15 Disember 2008 pada 6:54 PG  

mat rempit stylo..

vidadarisakura 15 Disember 2008 pada 7:14 PG  

eh kaukopiakusiapapulakakuingatkaukesah.
ini komen tidak bernas dan jugak tidak berisi..

saja..
hobi..

pasal ada sepa2 kesah??teda kan?
ko x kesah kan?

semuga ko bejaya dalam bisnes mari-sokong-mat-rempit.
sekian
bai.

*langsungtiadamotifkomendiatassekian*

AkuKopiKauSiapa? 15 Disember 2008 pada 8:04 PG  

aku tak kesah komen tak berisi dari org kepada aku..
aku kesah apa yg aku komen kt org..

♥chubbycekelat ♥ 15 Disember 2008 pada 9:19 PG  

entry maken awie maken siyes la tuan nage..
heheh

AkuKopiKauSiapa? 15 Disember 2008 pada 9:37 PG  

chubbycekelat:
awie mende kau nie?

hana,  15 Disember 2008 pada 12:24 PTG  

hahaha. ape lah hari jadi awie. pelik gle. cakap bagaikan tiada gigi. kahkah. xpaham lah.

AkuKopiKauSiapa? 15 Disember 2008 pada 5:17 PTG  

chubbycekelat:
oh..

hana:
biasalah.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP