17.12.08

rempitan berleluasa

bila semua orang mengutuk dan memaki mat rempit.

bagi aku sekurang-kurangnya Malaysia mempunyai identiti negatifnya yang sendiri. sama seperti video porn berformat 3gp.. jika Europe dengan hardcore seksnya, jepun dengan jeritan kuatnya, Amerika dengan teenagersnya, Malaysia mempunya identiti pornnya sendiri. rakaman menggunakan handphone dan berformat 3gp.

pernahkah terfikir kalau barat yang memulakan pakaian seperti rempit itu? adakah orang Malaysia ini semuanya akan terikut-ikut? mungkin juga wujud kedai yang sama mahalnya dengan topshop dan menjual aksesori rempit ini.

identiti negatif malaysia ini malangnya tidak diikuti oleh remaja-remaja dari seluruh dunia. Adakah apa sahaja trend yang mulanya di Malaysia ini tidak cool?jika kau orang semua ada idea. apakah lagi identiti negatif yang datangnya dari Malaysia ini?

aku sendiri pon sebenarnya tidak suka dengna mat rempit. aku pon bukan rempit jika kau rasa itu aku. aku lesen motor pon tiada. mereka ini selalalunya berambut kuning keemasan, bercakap kuat di kedai makan, bila tengok wayang gelak kuat-kuat dan suka mengganggu ketenteraman awam. pelik betul aku.

Aku tak tahu jika wujudnya lagi geng yang orang panggil sebagai "budak basikal" zaman dulu kala. mungkin geng ini lah yang enjadi pelapis bagi mat rempit sekarang. bawak basikal tengah-tengah jalan smbl buat bunyi "weng-weng" sekuat hati dengan harapan basikalnya berubah menjadi motor. sekali kena langgar baru tahu.

Mat repmit ini jika membawa motosikal sahaja tiada masalah. tetapi masalahnya timbul bila mereka mengganggu ketenteraman awam. biasalah, bila kawan ramai keliling pinggang, tunjuk belang. dan aku sangat respek dengan sesiapa sahaja yang mula-mula mewujudkan perkataan "mat rempit" itu sendiri. kalau ada royalti, pasti sudah jadi jutawan sekarang.


*identiti negatif itu sekadar sarkastik sahaja. aku bukan berbangga dengan kewujudan identiti negatif dari Malaysia. tidak sama sekali.

25 carutan balas:

isya 17 Disember 2008 pada 2:47 PTG  

i quote u "berambut kuning keemasan, bercakap kuat di kedai makan, bila tengok wayang gelak kuat-kuat dan suka mengganggu ketenteraman awam." <--gediknya mrk.

ni pakaian ke prangai? stakat rambut emas tu sy rasa mg tiru barat je.. sape je yg mula kaler2 rambut kalo bukan barat. lainlah klo mrk menginai rambut. sy dh curious..rempit ade fesyen baju ke? so diorg ni pakai mcm mana?

penanya (?) 17 Disember 2008 pada 4:37 PTG  

/// <--- rempit2 dari geng yang ni mcm mana tu?

Atira. 17 Disember 2008 pada 4:41 PTG  

uh, aku tak suka rempit.
dan juga style mereka.

:P

but again,
baru aku perasan yang rempit ni ada identiti.

heh.

antusabun 17 Disember 2008 pada 4:55 PTG  

Gua paling tak suka bila mereka-mereka ni berlonggok macam sampah kat tempat-tempat yang selalunya mengganggu ketenteraman awam. Menyakitkan mata. Lagi pulak daring orang macam diaorang tu bagus sangat. Nak je gua hempuk. Tapi gua tak macam dulu. Gua dah tua. Kederat dah tinggal setengah.

zinnia zenith 17 Disember 2008 pada 7:07 PTG  

..bile balik kampung..
x suke kuar umah.
sebb mat reampit ramai.
tak nak jadi bahan usikan diorang
bole bawa padah.
layan bawa padah
x layan lagi bawa maut

AkuKopiKauSiapa? 17 Disember 2008 pada 8:08 PTG  

isya :
seluar ptongan carrot cut, baju yang besar sedikit dan lebih panjang dari cawat seluar, rantai, topi, berambut ekor.

penanya:
haha.entah.bila kwan ramai. biasalah.

atira:
taraa...ade identiti kan? hebat diorang nie.huhu

antusabun:
lelaki die tak daring. kalu perempuan gila daring.huhu


datin:
takkan sampai bawak maut kot. huhu. betul. caranya jangan jumpe dgn diorang je.

hans 17 Disember 2008 pada 8:36 PTG  

huhuhu
orang barat taknak ikut sebab membahayakan nyawa..
pasal tu diorang buat seks sebab lambat mati selagi xkena hiv..
haha

Sub,  17 Disember 2008 pada 10:50 PTG  

bukan 100% identiti kita, tapi dah jadi terselit...macam wayang kulit juga, asalnya dari hindu...
sebabnya, motor underbone aka kapchai rempit semua dari luar...modenas pun amik teknikal luar...kita agak ketinggalan zaman, sebabnya, underbone ni asal dari jepun so diorang laa mula-mula ade rempit ni,
baca http://en.wikipedia.org/wiki/Bosozoku
banyak lagi laa...
nak kata barat, memang sana tak boleh pakai underbone/kapchai ni...
sebab sistem jalanraya, ngan nak amik lesen diorang payah, maklumlah maju (tapi moral hancusss)...hahaha...
kat eropah pon, kapchai ni cuma boleh pakai kat greece saja...
entahlah...
aku dah jual motor rempit aku...

Charymien 18 Disember 2008 pada 12:10 PG  

tk tau plak dorang ni tgk wayang gelak kuat2.. hehe

~mademoiselle hana~,  18 Disember 2008 pada 1:23 PG  

sebut pkataan rempit aku emo..huhu..apa kes?

BEEdadari 18 Disember 2008 pada 2:48 PG  

oh. sy pernah drama kne act mcm minah rempit. gila lah. mmg ada identiti seriously! make up mcm antu n sy complaint ky kwn sy perlu ke make up setebal itu dgn kaler2 yg gila ntahpaper? huu.gila burok. pastu seluar jeans sy buat mcm carrot cut. mcm lipat n selit kt bwh cuz xda crrot cut jeans. pastu naik motor kne tonggek. bodo gila!!!pastu line dialogue sumer lucah. ish ish. terok la berlakon jd rempit camaner dorg bole menjalani kehidupan begitu? seksa ok.

Nasir Haris 18 Disember 2008 pada 3:43 PG  

aku rse

pnyakit rempit ni da nk menghilang

tggu la yg bru pulak

omarkhayam 18 Disember 2008 pada 3:54 PG  

rempit tak hilg lagi wo..bersepah. dak2 skolah yg bru dpt lesen la pelapisnya, diorg berani n tak tkut mati, sbb katanya muda lagi, leh enjoy2. kt barat rempit pki superbike, pling koman pun yamaha tzm. perangai pun lebih krg, tpi dress up laen skit, baju kulit, suar jean koyak2,rambut takleh nak kaler, sbb da mmg perang. hrap rempitans ni dpt ubah skit cara hidup, bukak bengkel ke, or inventlaa motor yg power2. pastu gi present kt syarikat2 motor.~ak penah tgk honda cup bulat leh masuk clash, boon siew pun tak terpikit mender camtuh...power tak rempit nih.

jemari bebas? 18 Disember 2008 pada 5:08 PG  

saya benci rempit, dan palig benci rambut ala2 zaman 'hippies'nya itu. Saya rasa seperti mahu menarik sahaja ekor rambut itu~

apeklowek 18 Disember 2008 pada 9:34 PG  

aku tidak reti menulis tapi aku ingin bagi cadangan.. submit an entry pasal 'rempit' kat wikipedia..

pasal asal usul perkataan tu..perangai..fesyen..kegiatan..kumpulan kumpulan..dan smua yg berkaitan..eheheh...mungkin sebab inilah budaya rempit tak tersebar ke luar negara..sebab tidak ada media penyebar..tidak seperti budaya budaya lain yg ada newsletter, forum, website,perjumpaan tahunan, pesta, movie(ini ada tapi tak di tahap yg boleh mempengaruh orang bukan malaysia), MUSIC????

ahahhahaha buatla genre REMPIT! ermm..jap..jap..ada kan?

apeklowek 18 Disember 2008 pada 9:41 PG  

penambahan:
entry tersebut sebnarnya ada di wikipedia..ahaha..aku baru cek..cadangan khairy cam x bez langsung.. aku suka idea buat litar tuh..

AkuKopiKauSiapa? 18 Disember 2008 pada 9:46 PG  

apek lowek :
genre rempit eh? bes gak tuh..
haha

sub:
terima kasih untuk info itu

boxx. 18 Disember 2008 pada 12:55 PTG  

mullet diorang cam sial. =D

mullet tu yang simpan ekor tu.

kan best rempit kita pakai superbike. =D

baru ade identiti sikit. hehe =D

Diloz 18 Disember 2008 pada 5:09 PTG  

untuk sesuatu gejala/budaya mendapat perhatian dari negara lain,banyak aspek yang mempengaruhi kenapa tak boleh di negara lain.contohnya kenapa rempit tidak ada ni Jepun.

1)cuaca.sejuk.sapa mau bawak 140 kalau pakai sluar koyak2 pakai baju nipis besar bai.apatah lagi musim salji.confirm!

2)pengeluaran motor cc kecil sangat berkurangan disini.aku tak tahu kenapa pasaran Msia masih banyak motor rempit.berlumba-lumba nak keluarkan motor macam tu.di jepun,motor macam tu semua dah pupus.kalau ada pun,motor posman atau pakcik jual babi timbang kg.

3)sistem pengankutan dan jalanraya.jalan kat jepun sempit,bawak kereta lagi thrill dari bawak motor.walaupun sempit,jarang pula jem.

4)mentaliti.awek Msia masih ada yg gemarkan rempit-type.jangan salahkan rempit sahaja.mentaliti ni masalah besar la bgi aku.

aku pelik,Msia banyak bonggol.tapi still banyak rempit.jepun satu bonggol pun tak ada.ada teknik mengelak dari bonggol ke?

AkuKopiKauSiapa? 18 Disember 2008 pada 8:13 PTG  

diloz:
jepun ade la..bozosuko tu.tapi aku tak tau sekarang ade ke tak. sbb wujud tahun 1950,tgk dkat link encik sub bagi kat ats tuh.
tapi style die berbeza.

persoalan aku ialah kenapa rempit dekat malaysia nie orang tak ckp style. rempit kat jepun konon org ckp style atau ape. padahal diorang pon same jahat,illegal, bukak music kuat, pakaian pon lain macam, pki jumpsuit.

tapi aku pon tanak pki macam rempit. geli dow. tapi kalau rempit kat malaysia pki jumpsuit ke, jaket kulit dgn headband ke, tapi bawak motor kapcai pon style jugak kan?haha

sEsuki xD 19 Disember 2008 pada 7:02 PG  

"aku lesen motor pon tiada."
macamla mat rempit semua ade lesen moto
bergaye macam ade duet banyak
walhal semua mak bapak yang tanggung
huarghhh3

Ajeem 19 Disember 2008 pada 8:40 PG  

ikutkan hati saya nak komen semua entri kopi ni..memang ada pahit dan manisnya..maklumlah minum kopi ada bergula.kesian malaysia tiada yang berminat meniru apa yang mereka 'idealisasikan'.nak contoh lain ke kopi?saya boleh bagi contoh tapi sensitif sikit..bangsa yahudi yang dianggap oleh umat islam sebagai keji dan kejam pun tidak sanggup menindas dan memperlekeh sesama mereka.tetapi malaysia khususnya melayu macam mana?hmm...tak mau ulas lanjut..

AkuKopiKauSiapa? 19 Disember 2008 pada 11:05 PG  

ajeem:
betul jugak cakap kau mengenai yahudi itu.masalah bila orang malaysia sendiri tidak mahu mengikut apa yang datangnya dari malaysia. bayangkan orang malaysia ketika dahulu terpengaruh dengan pakaian hong kong, japan street style.
kelakar kan?
itu japan street style. berada di malaysia.haha

Chan 30 Disember 2008 pada 12:07 PG  

"porn 3gp." bru nk tulih psl blog tuh. hahaha.

mat rempit sapa x menyampah? bangga juga lah, ada identiti Malaysia yg tersendiri.

(marimelihatdunia.blogspot.com)

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP