Orang Gemuk
menyahut persoalan hans tentang mengapa orang gemuk selalu dibuli. maaf jika sesiapa terasa. aku hanya menjawab persoalan sahaja.
sepatutnya kau semua perlu berasa hairan mengapa orang yang gemuk dibuli. oleh orang yang kurus pulak tuh. bukankah yang gemuk sepatutnya lebih kuat dari yang kurus? tetapi dibuli juga. hairan bukan? orang yang dibogel-bogelkan di sekolah dahulu semuanya yang berbadan besar, berkulit sangat hitam ataupun yang terlampau nerd. Mengapa eh agaknya? kalau di dalam cerita cerita televisyen juga memaparkan perkara-perkara sebegini. aku juga pernah dibuli, dan aku juga membuli orang sekali-sekala, pengaruh rakan sebaya agaknya.
aku dahulu pernah ingin menyelamatkan seorang budak dari terus menjadi mangsa buli kawan-kawan aku yang lain(baik tak?haha). Dia gile babi nerd, memang tak tahan punyer nerd. ini semasa tingkatan 1. kau pernah melihat orang yang memakai baju batik atau baju outing, dengan memakai tali leher, memasukkan baju batik itu didalam, butang smpi atas, memakai seluar sekolah yang cerut, singkat, kemudian pakai kasut kulit dan berjalan bongkok(kedua-dua belah tangannya di parat lutut dan tegak sahaj tangannya)jalan pula terhenjut-henjut?. ini gila nerd dan pelik. dia memang sellau dibuli. aku berkali-kali mengajarnya cara berpakaian dan membetulkan jalannya dan membackupnya bila mahu dibuli. tapi kadang-kadang tidak terdaya. kelakar betul bila ingat balik.
aku rasa atas faktor berserah sahaja oleh mangsa buli. ini memang tindakan bijak berbanding pembuli kerana mangsa buli malas mahu memperbesarkan cerita. tapi jika sudah sampai menjatuhkan maruah. perlulah dilawan balik. tunjuk sahaja keras sedikit, pasti si pembuli berasa takut.
Mangsa buli ini juga selalunya seperti memang mahu dibuli. Aku tidak tahu apesal. apakah salahnya ataupun apa. memang dilihat seperti mahu membuli sahaja, tiada salah tiada apa-apa. tetapi mahu membuli jugak. seronok pula melihat bila orang itu dibuli. Buli-buli yang memalukan adalah lebih efektif pada masa sebegini. aku juga ada kenal dengan satu orang ini sepanjang pengenalan aku dengan dia dari sekolah rendah, dia memang tidak pernah tak dibuli kat mana-mana sekolah pon. kat mana-mana mesti kene buli. dari kecik sampai besar, sampai aku pernah sembahyang jumaat dan ternampak die. sudah besar, itupon aku rasa mahu membuli dia. jahatnya aku. dan aku nampak kawan-kawan die sedang mengenakan dia. masih tak berubah. walaupun sudah besar. apelah.
tapi peliklah, apesal orang yang lain dari lain akan dibuli. aku pelik betul. kesianlah. tak baik betul.
pembuli-pembuli(aku bukan pembuli. aku normal. tidak terlampau jahat dan tidak terlampau nerd) yang merasakan diri mereka sempurna ini hanyalah ingin mencari keseronokan di kala waktu pembelajaran yang sangat membosankan. apa ertinya sekolah jika kau tidak pernah buat jahat lansung. itu bukan sekolah namanya. itu tempat baca buku dan balik.
susah betul topik kau ni hans. kesimpulan yang aku boleh buat. mangsa buli dibuli ialah kerana kurang keyakinan diri.
17 carutan balas:
well,kalau tgk dlm kartun,
yg gemuk mcm si giant tu yg jadi pembuli.
dlm movie pula,yg gemuk dibuli.
tapi realitinya,sama je,ko gemuk ke,kurus ke,dibuli jugak.
pasal ape?
kelemahan tu jelas terserlah.
apa lagi.orang ambil kesempatanlah kan?
cis.aku nerd okay.tapi sori,nerd2 aku,kalau kau nak tgk aku nangis,boleh buli.hahaha.
bila aku nangis,aku tak tau pasal ape orang takut.jadi kwn2 aku x semua admit diorg cuak klu aku nangis.
bodo kan?hehehe =p
(agaknye aku jadi alien kot masa aku nangis,pasal tu diorg takut)
Aku gemuk dan tak pernah dibuli..
mengapa??
fikir2kanlah...
seriousinjury :
sbb ko hensem dan berawek.
haha
membuli itu adalah perkara yg menyeronokkan..lagi2 bila mangsa mendiamkan diri dan rela dibuli..melawan hanya kadang2.. membuatkan rasa nk buli lg..kalau dia senyap je cm xseronok sgt jugak nk buli..
saja tanya pendapat ko, mushi-mushi......
susah ker mushi?
haha
sebab utama dia memang rendah nya tahap keyakinan diri setahap dewa + wali-wali
aku dulu sebab tak yakin dengan diri la..wakakak...
tapi kan nerd2 aku dulu tak penah la lagi aku sampai baju batik masuk dalam seluar..
ku rasa macam aku tersangat mereng lak kalau wat macam tu...
kesiannya dia...
tapi sekarang berani buli aku...
matilah diorang kalau cari pasal..
hahahaha
tapi bila aku menjadi pembuli tegar selama beberapa bulan(aku jahat macam jin masa tu), memang seronok kan buli...haha..tapi bila fikir masa lampau terus kembali insaf..huhu..
tul2..sekolah kena ada suasana buli sikit..baru best tapi buli terlampau membuat aku hampir gila dulu..masa skolah menengah..huhu
haih,panjang bebenor ku menaip..
apa2pun best entry nih..
title utama nya..
sepatutnyeee..
'mangsa buli/org yg dibuli'..hee:P
tp,mungkinla..
sbb ramai org gemok d buli..
tp,saye rase,ramai juge org yg kurus kering dibuli..haha!!
terutamenye bile fizikalnye seperti yg kamu gambarkan..'butang smpai ats,pkai sluar yg singkat,etc'..
org gemok..
slalu mesti kelihatan selekeh,tdk terurus,n selalu bermuke simpati'..
selalunyelaa..'sy terpengaruh dgn filem'..:p
hahaa!!
:)
kaukopiakusyafik
Orang yang lemah akan dibuli, orang yang melindungi kelemahan akan membuli.
Pengalaman buli pada saya mungkin lebih dalam konteks merendah-rendahkan si gemuk. Anda tahu, mengejek si gemuk adalah rutin bagi pelajar seperti saya ketika disekolah rendah. Bukan setakat mengejek fizikal, malah sehingga ke tahap nama bapa, atuk dan moyang. Sungguh bahagia waktu itu. Lagi bahagia apabila mangsa kita menangis teresak2. Tapi tidak bermakna saya juga bukan mangsa buli. Kerana saya juga gemuk!
Tetapi itu dulu. Sekarang tidak lagi kerana sudah insaf agaknya atau menunjukkan sifat2 lelaki matang (sila rujuk blog seriousinjury dgn entrinya "matang"). Sekarang sekiranya saya terjumpa dengan orang gemuk saya tidak akan mengejek atau membulinya lagi.Cukup berkata dalam hati. "Eh, Sihatnya dia" atau " wah, semangat betul dia ya?"
Itu lah adanya.. sekian..
hans :
susah dowh..entri aku tidak seronok dibaca kali ini. aku tau. aku perlu keluar dengan topik sendiri agaknya.
garfield :
tafsiran anda tepat skali!.haha
syafik :
biasalah time sekolah dulu.. satu keturunan diejek.haha.klakar betul.
ko ada ym moshi2...
kalau ada add aku hanis_narnia
ada myspace?
add aku hans_da_vinci@yahoo.com
senang sikit nak cakap
pasal ko suruh tulis superhero tu...
aku rasa perlu ada lah dkt malaysia..
aku sayang cicakman n keluangman
haha
aku teringat papan tanda kat sekolah dulu;
Anda dibuli? Jangan takut. Jangan gentar. Jangan lari.
aku gemuk pe.. takde org berani buli pun.. sbb pe.. sbb aku suka blasah org.. ade lg berani buli aku? hahaha.. tp bkn la belasah suke2.. marah mesti ade sebab.. senior ke junior kalau dah cari pasal ngan aku.. mmg kena tibai ar.. hahaha.. sebenarnya faktor ken buli bukan sebab gemuk atau kurus.. tp bila kita tak yakin dengan diri sendiri.. bila kena kutuk atau diherdik kita tunduk saja tak melawan.. melawan maksud aku tunjukkan keras sket.. jgn sekadar"jgn cakap camtu" cube cakap camni "ko ape hal nak sebok2 pasal aku, aku nak gemuk ke aku nak terbang peduli ape ko" tunjukkan yg kita ni berani melawan.. panjang plak aku cakpa.. weh kopi.. lama tak nampak mai la rantai.. boleh aku buli ang.. weh ebx ade lg?:P
ouh..
ini peijan lomokids kah?
haha..
rantai?
malas la nak pegi..
aku dekat melaka nie..
EBX takde..
sudah habis..
hahaha.. aku ske tajuk nih.. aku nih kecik. kalo ikutkan mmg patut dibuli..
sekolah memang tempat untuk belajar. bukan belajar bace buku je.. belajar care hidup.. belajar care nak survive. kalo kat skolah kite dah kalah ngn pembuli dah keje nanti mmg asek kne kelentong, kene buli je la..
satu care yg aku gune taknak kene buli ialah berkawan dgn pembuli... hahaha..tp jangan la berkawan dgn org yg membuli kite. mmg jadik bahan la... keywordnye carik kawan..
lpas tuh bertindak secool mungkin.. dalam ape2 pon.. pakaian ke, cakap ke.. kadang-kadang setiap cerita kene ade sedikit 'Gebang'... baru sedap cerite tuh.. orang yg dengar pon mesti akan cakap.. wow.. hebat...
hahaha.. yg badan besar cube buat muke ganas. mesti org akan ingt anda pembuli.. jadik dorg xkan buli anda..
apa nak buat.dah muka diorang muka mintak penyepak.
bagi je lah dah diorang mintak.haha.
kat sekolah aku dulu,budak2 yang tak bersukan slalu kena buli.
yang petang2 lepak kat dorm je memang jadi bahan ar ngan budak2 rugby.
aku tak tau ah.sebab aku men benda lain.lantak korang lah.aku malas campur.
weyh..bez r topik nih.esp..respon org..byk buat aku berfikir..
aku kecik..aku malas bersukan..n aku budak yg lepak dorm dan x main rugby(sbab kecik dan tym tu cikgu pilih based on ketinggian..arghh) tapi..aku x plak jadi mangsa buli..yg penting la kan aku rasa..kita kene ada confident..kawan..dan pandai menyesuaikan diri( dgn memahami org di sekeliling kita)..
n pasal superhero tu plak..hmm..ya kita perlu superhero..tapi x semestinya berwatak bertopeng dan sebagainya..kita orang malaysia mmg sgt perlukan sesuatu untuk dipegang..dan dipercayai..dahulu kita ada malaysia boleh..konsep yg hampir sama dengan 'american dreams' yg memajukan amerika..tym ada malaysia boleh..banyak hero hero yg melambangkan semangat itu..petronas..proton..even alex yoong membantu memberi semangat kepada rakyat malaysia untuk berlumba dan jadi lebih innovatif..dan sekarang pula kurang..tidak nampak..yang menonjol pula lebih kepada perkauman.. melayu boleh! india boleh! macam macam.. hilang da malaysia boleh kan..adapun yg bersemangat sebegini tidak diketengahkan..malah selalu dicabar dan diuji dan dipertikai masyarakat..kenapa orang bersemangat malaysia boleh macam yasmin ahmad..adlin..pete teo. afdlin..cicakman..dan sebagainya slalu ditentang..especially oleh pihak media pondan dan melodi yg ..arghhh..tapi sekarang pon masih ada..tapi tidak diteruskan dengan tajuk malaysia boleh..malah sekarang sudah sampai ke angkasa..tapi tu la kan..byk agenda politik pulak di sebaliknya..haish..yg penting aku rasa kita mmg perlu superhero..be it a cartoon..orang..band..ataupun sekadar tulisan..kita perlu satu untuk dipegang..kerna if islam saja di malaysia lainla..tapi kita ada banyak bangsa dan kaum..dan aku percaya islam itu sendiri progresif dan agama yg membuktikan betapa hebatnya 'keyakinan dan kepercayaan'
haish panjang plak..eheh..buat la entry pasal ni plak shi..aku rasa aku boleh mengulas je..tapi untuk buat entry tu mesti x jalan..terlalu banyak memikirkan benda x penting seperti..bahasa..susunan ayat..susunan isi..dan sebagainya..n last last x publish publish..ahahah...
k ada last thing.. pasal pengaruh movie nih..aku salu terfikir..reality dipengaruhi movie or movie dipengaruhi reality?? n aku dapati kedua duanya berlaku..n baru tadi tgk misteri penarek becha kat astro prima..ada dikatakan cerita penarik beca itu 'influential reality' ka apa term nya..aku lupa..tapi begitula maksud lebih kurangnya angan angan or impian pengarang yg last last mempengaruhi masyarakat dan jadi realiti..hmpph..shi..apa lagi misteri pilem pilem p ramlee yg ko da discover..heheh..aku xde cd citer citer p ramlee la..aku nak tgk balik pendekar bujang lapok yg ko katakan tuh..akakak.. da da melalut lak aku..ot banyak tapi tu la aku kata entry nih dan komen komen org di atas nih bez..wat aku rasa nak tulis apa aku fikir..akakak
aku gemuk, x ensem, dan tidak berawek.. mengapa masih tidak dibuli?
WEI MUSHI..SPECKY KN YG KO MKSDKN?SKEMA SYAL DIE TU!HAHA
Catat Ulasan