6.12.08

Pemikiran Kelas Tiga

ini bukanlah mengenai pemikiran budak-budak kelas tiga anggerik atau kelas tiga pisang. ini mengenai pemikiran tahap kelas ketiga. Mengapa hanya ada kelas pertama dan ketiga? Dimana kelas kedua? kerana jika diletakkan kelas pertama dan kedua sahaja, tidak nampaklah jurang perbezaan yang ketara.

selalu orang kaitkan pemikiran kelas ketiga ini lebih ke arah melayu, tetpai aku bukan ingin membuat penilaian yang begitu. aku lebih suka meletakkan kepada individu. sesiapa sahaja boleh mempunya pemikiran atau mentaliti kelas tiga ini. tidak kira lah mat-mat salleh, cina, melayu, orang portugal mahupun peniaga kedai dobi atau cristiano ronaldo yang bangsat itu.

1. Malas
tidak mahu berusaha, lebih suka melepak dari membuat kerja. hanya duduk termenung dan kuat berangan-angan sahaja. suka membayangkan sesuatu yang diri sendiri tahu tidak akan dapat jika tidak berusaha. sebagai contoh ingin membuka perniagaan kedai dobi. tapi tidak mahu bekerja mengumpul modal atau apa-apa sahaja. mengharapkan duit-duit itu semua datang dari langit. cuba meyakinkan orang lain bahawa dirinya akan berjaya suatu hari nanti. walhal seekor bangsat.

2. redha
aku tgk berita tadi. mengenai tanah runtuh di bukit antarabangsa. entah siapa cakap dalam TV bahawa kita perlu redha dan bersabar sahaja. Kepala hotak engkau! tidakkah kau tahu buat rumah dekat situ memang mengganggu alam sekitar. tidakkah kau terfikir bina rumah-rumah di atas bukit memang mengundang bencana alam? kau tak terfikir kah untuk cakap jangan ganggu alam sekitar lagi. ada juga yang sudah miskin dan redha sahaja dan mengharap bantuan orang lain. tidak mahu berusaha lebih ka? jangan cari alasan. jika tidak, takkan berjaya. kalau boleh jangan cuba pon. tiada percubaan. buat atau tidak sahaja. jangan cuba. buat.

3.dengki
mencabar orang lain dengan cara dengki. tidak bersaing secara sihat. sabotaj. cara mudah mengangkat diri sendiri. tidakkah kau sedar jika kau sabotaj orang, engkau masih di situ juga. tidak akan memajukan diri lansung. aku benci orang yang dengki-mendengki ini.

4. tidak mahu menerima benda baru
Permasalahan ini selalunya orang tua. Ego dengan pegangan mereka. sebagai contoh, sekolah rendah bukit piatu mengadakan jamuan makan malam dengan tetamunya semua duduk di atas meja bulat. Bila usul untuk membuat semua tetamu makan di bawah secara tradisional. ditolak habis-habisan. kononnya akan tidka sama dengan tradisi sekolah apa bangsat semua. Oh, bodohnya orang begini. aku sangat benci dengan orang begini. kebiasannya aku akan melawan dengan cara sarkastik. benda yang tidak salah dari segi agama atau budaya, jika ia sesuatu yang segar, apa salahnya terima? matilah kau di bawah tempurung.

5. memikirkan hal orang lain dari diri sendiri
aku tidak suka tengok saluran 712. E! channel. ceritanya banyak mengenai cerita artis-artis, gossip-gossip, siapakah yang paling kaya. real life seseorang artis. Bodoh apakah yang aku perlu tengok cerita sebegitu? Apakah pengajaran yang aku dapat? aku rela menonton geng bas sekolah, sekurang-kurangnya ada watak melly yang comel itu. huhu. Sibuk dengan gossip dan mengumpat tentang hal orang lain. Apalah yang aku dapat dengan mengetahui cerita mereka semua itu. Cerita amboi amboi amboi, saluran astro ria. itupon bodoh juga. kalau aku di tempat orang yang menjawab soalan azwan hj ali itu. pasti aku akan kenakan dekat dia balik.

6. pengikut
sudahlah, mengapa kau terikut-ikut dengan ketua kau itu. kau tiada jalan sendiri kah? mengapa kau mendengar bulat-bulat cakap orang? fikirkanlah cara sendiri. tetapi janganlah tolak pendapat orang lain. orang yang menganggap dirinya betul sahaja juga aku kelaskan dalam pemikiran kelas ketiga.

7. Emosi dan tidak optimist
terlampau bersedih dengan sesuatu perkara seperti hidup ini sudah tamat. semacma bodoh sahaja aku tengok. ingin sahaja aku tendang orang-orang begitu. sperti tiada telur. Merelakan apa sahaja yang berlaku, cubalah berusaha sikit. jika hilang gadis, mungkin bersedih. tetapi jika mahu hingga membunuh diri. apalah yang bodoh sangat diri engkau itu? Aku bengang bila orang cakap "aku serabut dengan masalah aku sekarang".tapi dia hanya berserabut mekirkan keserabutan sahaja, tidak mencari penyelesaian atau memulihkan keadaan.parah. kalau aku, aku tidur. lama..kemudian aku akan fikirkan satu persatu.

jika kau orang ade tambahan, silalah tambah di ruangan komentar.

sudahlah,
aku merapu sahaja,
aku perlukan idea lebih bernas,

29 carutan balas:

FarhanaLicious 6 Disember 2008 pada 10:46 PG  

ini aku panggil bagus.
pengikut tu aku sokong. kekadang, pengikut ni hipokrit. mereka mengikut ketua mereka sebab ketua mereka memberi kepentingan kepada mereka. dalam erti kata lain, mereka saling guna mempergunakan antara mereka.

emosi dan optimistik. aku bersetuju gila gila. benda macam ni aku tak dapat nak nasihat. bagi aku, mereka tak matang dan agak pembodoh. begitu kebudak budakan, tak boleh berpikir panjang.

dan. satu cerita. aku elok punya borak dengan kawan aku. tiba tiba aku terlanggar meja. kawanku berkata: tu mesti kutuk aku dalam hati kan?

oh damn! ingat aku jahil sangat ke nak kutuk orang. aku tak tau kenapa banyak sangat cas cas negative dalam kepala otak dia.

arr.. yang tu mungkin dalam tajuk lain kot. hahaha! saja nak cerita kat sini.

BEEdadari 6 Disember 2008 pada 11:57 PG  

Oh. Btol2. Sy setuju sgt. Lagi satu, Judgemental atau bersifat menghakimi. Tak semestinya pakai baju pagoda, sliper jepun tak mampu g kedai Prada, LV atau beli kereta lamborghini cash. Pastu salesgirl tu nak pdg ats bawah, padhal dia tu pekerja, bukan owner pon nk pdg org atas bawah. Bukan mengecilakn pekerjaan dia, tak berniat pon, cuma nk ckp tak patut la dia judge org mcmtu.

pastu sy ckup tak suka org tunjuk hebat, ckp besar, habuk takder. buat tak, angan2 tinggi.ckp x serupa bikin, dan se issue dgnnyer.

pastu sy tak suke org g RTW just nk tgk butter.haha(sajer carik point nk kne sepak ni)

Sindri mau ingat la bhai.

Selamat hari raya haji lah ek wak. Maaf zahir batin lah. *salam* Okay skg baru rasa ringan sket bahu kiri.haha.

seriousinjury 6 Disember 2008 pada 3:03 PTG  

ko sendiri ade ckp yg pemikiran kelas ketiga ni dianggap oleh orang, menjurus ke arah org melayu..dan ko buat penilaian secara umum dan tidak khusus ke org melayu..aku setuju yg tu..tapi munshi, aku nak tny..ko ade x care nak hapuskan pemikiran kelas ketiga di kalangan org-org melayu..sbab yg mat-mat saleh tu mungkin care menghapuskannye lain..christiano ronaldo dan bakal bapak mertuanya pon mungkin lain..aku kate lain, atas sebab faktor budaya kite dan diorang berbeza..harap ko ade penyelesaiannya..mungkin lebih menarik dari mulut ko..

Tora Aman,  6 Disember 2008 pada 4:55 PTG  

Aku juga benci orang yang dengki tapi sendiri tidak mahu berusaha mendapatkan apa yang mereka tiada.Sekiranya kawan mereka lebih sedikit dari mereka juga mereka akan dengki.

Orang yang tidak boleh dilebihi walau sedikit sahaja pun lebih-lebih lagi jika mereka yang melebihi itu lebih muda.Ego tidak bertempat dan tidak mahu menerima nasihat orang lain terutamanya dari mereka yang lebih muda.

Orang yang tidak senang melihat kejayaan orang lain.Hanya mahu diri sendiri yang berjaya.Bila orang lain sedang berada di puncak kejayaan,akan sedaya upaya diruntuhkan puncak itu.

Diloz 6 Disember 2008 pada 6:33 PTG  

kes yang suka lepak kedai kopi sembang banyak gelak banyak,kutuk member gelak ramai-ramai bila awek lalu semua senyap pastu usha dari bawah sampai atas.kalau jalan ngan balak pun kena usha.

selepas itu sambung kutuk dan gelak ramai-ramai lagi.

aku panas lah situasi begini.

apeklowek 6 Disember 2008 pada 8:00 PTG  

terlalu mudah selesa / cepat sangat berpuas hati.. ini bagaimana? kelas ketiga kan?

n pasal perumahan tanah tinggi tu..belum aku baca lagi detail pasal EIA (environmental impact assesment).. aku x sure if ianya syarat ntuk development perumahan..tapi aku rasa ia perlu kan..especially special area camtu..n pasal kelas ketiga nih..ada satu sikap yg x baik mungkin berlaku..KORUPSI..tidak ada gunanya sistem..tidak ada gunanya eia..semua itu tidak guna jika ada korupsi..ingat lagi aku ada seorang lect pernah bagitau..the practice in malaysia..banyak 'copy paste' je..persoalan: bagaimana benda copy paste ni boleh di approve???? mungkinkah sebab sikap dan pemikiran kelas ketiga sesetengah individu?

n lastly kepada semua..walaupun belum selesai lagi isu merescue....selamat menonton the salah menyalahi antara satu sama lain dgn reason yg xde kaitan dengan kes di kaca tv anda! (satu lagi yg aku rasa pemikiran kelas ketiga)

*alfatihah untuk mangsa

apeklowek 6 Disember 2008 pada 8:02 PTG  

haha terlupa..n sikap copy paste tu adalah sumthing yg kelas tiga gak aku rasa..tapi berbeza dgn copy paste yg diubah dan dibaiki..yg aku maksudkan ialah yg copy sebijik sebijik..haish..

AkuKopiKauSiapa? 6 Disember 2008 pada 8:31 PTG  

serious injury :
mudah sahaja..diri sendiri..tidak kira mcm mane..diri sendiri yang perlu ubah.melayu ke hape ke..diri sendiri je yang boleh ubah.

diloz :
itu semua geng yang cakap lebat di kedai kopi.cakap macam nak gulingkan kerajaan, macam lebih hebat dari menteri. balik rumah semua lupa.

apek lowek :
betul betul..cepat berpuas hati adalah kelas ketiga. baru dapat lebih sikit sudah puas. copy-paste dan korupsi itu bukan pemikiran itu sikap. mungkin boleh digolongkan dalam pemikiran yang mahu semuanya mudah. mahu cepat kaya, mudah buat kerja semuanya mudah dan tidak mahu berusaha.

tora aman :
biasalah. manusia memang sifatnya macam tu.

seriousinjury 7 Disember 2008 pada 12:10 PG  

maksud aku faktor yg boleh menggerakkan diri seseorang itu ingin berubah..ko ade carenye?

meo188 7 Disember 2008 pada 1:09 PG  

Post ini menjurus kepada pendapat Tun Dr M terhadap pemikiran tipikal orang Melayu kita. Tp tulisan ini lebih tegas dan transparent.

Serius best post nih.

Hunn 7 Disember 2008 pada 1:15 PG  

"aku tidak suka tengok saluran 712. E! channel. ceritanya banyak mengenai cerita artis-artis, gossip-gossip, siapakah yang paling kaya. real life seseorang artis"

Tahu juga E Channel menayangkan rancangan macam tu =)

AkuKopiKauSiapa? 7 Disember 2008 pada 1:24 PG  

meo :
aku tahu mahathir banyak bercakap benda-benda mcm nie dalam buku dilema melayu yang aku penah baca dahulu. tapi aku tidak menjuruskan kepada melayu sahaja. kesemua manusia.

serious injury:
faktor apa lagi? kalau cakap cara. kau antonimkan sahaja apa point-point aku kat ats. dan kau tambah resipi sendiri

Hunn:
aku sebagai pelajar yang sedang bercuti dan sedang mengganggur. pastinya kesemua Channel aku bukak. macam mane kau nak tau kau suka atau tidak? pastilah dengan melihatnya bukan?

hans 7 Disember 2008 pada 2:21 PG  

1.Malas = ramai yg malas tapi berjaya atas kebijaksanaan mengeksploitasi manusia yang rajin..teruk kan manusia jenis nih

2.Redha = sangat2 setuju dengan ko..dia xkena leh la kata redha..cuba dia kena...kan?kan?

3.Dengki = untuk benda baik xpa la tapi selalu dengki tgok orang berjaya..patutnya tanam dalam diri nak bersaing moga lebih bagus dari yang berjaya tu.

4.Tidak Mahu terima budaya baru = haha..macam2...

5.aku penah jumpa manusia macam ni..kesian dia..risaukan orang lain dari sendiri...baik fikir mak ayah

6.pengikut = xder pengalaman...haha..aku kawan dgn semua orang tanpa mengira pangkat atau darjat..janji hati mau baik..hidup mau gila2...haha

7.haha...terasa aku skit tapi bukan pasal gadis la..buang masa jer sedih pasal pompuan...aku penah alami benda nih...dalam situasi macam ni kena ada betul2 orang yg dapat bantu kita sebab otak dah tak betul akibat tekanan melampau...

sorry komen panjang...sonok baca entry ko...

J,  7 Disember 2008 pada 4:05 PG  

agak betul.

tadi aku baru discuss dgn ayah aku . kitorg compare mentaliti org melayu dengan budaya org jepun. org jepun kat mana-mana pun sangat polite. Walaupun diorg nak lebih dari org lain, diorang takdelah nak tunjuk bagus sangat. And kalau diorg nak tunjuk baguspun (which is rarely), diorang layak nak tunjuk bagus. Ada tanah sekangkang kera pun masih boleh bercucuk tanam. Kat Malaysia ni kalau tanah kecik, mula self-pity, mula dengki org lain..haih

yang tanah runtuh tu, mmg byk pihak yg bersalah. mari kita bawa perubahan, planners sekalian! hahaha

AkuKopiKauSiapa? 7 Disember 2008 pada 4:07 PG  

hans..
takpe..
aku lagi suke orang komen panjang sbb aku suke membaca..haha

jannah :
aa..betul..aku sedang fikir apesal masalah macam nie terjadi. apesal majoritinya melayu yang begini. apesal eh? pelik..
umm..berkaitan tanah runtuh..ini sume salah pak abu la..tanak ajar dorang site planning..kahkahkah..

atira 7 Disember 2008 pada 5:02 PG  

haih, bila lah kita nak sampai tahap pemikiran tahap satu.

btw, pagi semalam aku pergi tgk tempat tanah runtuh tu. redah hutan semata-mata nak ambil gambar.

Wai 7 Disember 2008 pada 9:59 PG  

hmm.... semua kriteria yang disenaraikan, aku dah jumpa. yang penting, aku benci orang2 yang macam ni... bila nak berubah? mungkin 1 hari nanti, atau mungkin sesekali TIDAK....

hmmmm....

Meyra 7 Disember 2008 pada 4:50 PTG  

1st aku nk ckp, aku setuju dgn kau.

aku nk ckp, aku benci dgn org yg bertalam talam ni. i mean, talam dua muka. selalunye org melayu lah. depan kite ckp laen, belakang ckp laen. sejak aku mula masuk U ni, baru aku tahu perangai org2 melayu ni mcm mane. bab dengki mendengki tuh tapayah ckpla. everyday ada kot.

lagi satu, aku mmg benci yg org yg mengikut ni. ok, aku nk crita benda yg mmg jadi, clssmate aku sendiri la. dorg satu geng. bab kutuk mengutuk, gosip gosip mmg dorg la pakar.kadang-kadang aku tgk,sesama dorg pn mengutuk sesama sendiri.mcm aku kata td, talam dua muka. dalam geng dorg, ada yg lemah study, ada jgk yg pandai. tp bile tibe nak exam, si pandai hnya blaja dgn yg pndai. pengikut2 dye yg bodoh tu, dye tngglkn. buat buat lupe mungkin. kau phm maksud aku? sesama sendiri selfish, sesama sendiri dengki.
aku tak tahu nk ckp ape, aku mmg ckp dorg tuh bodoh.

maafla,aku mmg bengang kalau jmpe org mcm ni.


ohya,slmt hari raya korban. (:

J,  7 Disember 2008 pada 7:15 PTG  

aku nak tambah.

jap, aku nak gelak dulu.
hahahahaha.

sebenarnya kan, aku rasa lah, masalah ni jadi kat orang Melayu sebab orang Melayu sendiri tak sedar and tak nak mengaku yang diorg tergolong dalam kategori yang kau cakap.

dahla taknak mengaku dan taknak berubah, tapi kata org lain pulak bersifat mcm tu. sibuk plak cakap orang lain itu ini.

aku bukan menuding jari kepada sesiapa. siapa makan cili dia yang terasa pedasnya.

sejujurnya, aku malas, aku cepat redha, kdg2 aku dengki dengan orang lain, aku kadang-kadang terlalu mengikut, aku emosi dan aku suka bergosip.

mungkin aku pun tergolong dalam golongan yang mempunyai mentaliti kelas ketiga. tapi at least aku sedar, dan aku nak berubah.

kalau aku malas kat studio atau kelas Mohit, tolong remind aku ye?

by the way, kalau Pak Abu ajar pun, aku tak rasa diorang faham. haha.

AkuKopiKauSiapa? 7 Disember 2008 pada 11:07 PTG  

jannah:
betul..aku sendiri pon malas. aku nak keluar dari kelas pemikiran aku sekrang. dan aku sedang berubah. aku menulis mcm nie untuk mmeberitahu jika ada orang yang tidak sedar lagi bahawa kalau diorang suka buat bende yg aku cakap kat ats. jika sedar, dan ingin berubah, lebih baik dari tidak sedar lansung bukan?

@tune® 8 Disember 2008 pada 12:40 PG  

pemikiran kelas ke-3...kelakuan kelas ke-3?
tandas, cleanliness, courtesy...

kite penah marah bile ade pihak buat analysis yg Malaysia tergolong dlm kelas ke-3..the fact is..mmg btul kn...

haih..

Muhammad Azli Shukri 8 Disember 2008 pada 4:43 PG  

yang no 3 tu saya baru sahaja kena kat ofis.

AkuKopiKauSiapa? 8 Disember 2008 pada 4:47 PG  

tune:
biasalah..tanak mengakui kebodohan diri sendiri.

apeklowek 8 Disember 2008 pada 5:38 PG  

ubah..ubah..ubah...susah kan berubah..tapi kita harus..

bakrihafizhisham 8 Disember 2008 pada 9:25 PG  

ala bende ni sendiri mau pikir la kot?

1.malas.
sape tak malas?
ade masenye kan?kalau dah dengki tu,ape yg orang tu buat kite nampak buruk.

2.mungkin die redha dengan apa yg terjadi,
tapi bukan redha dengn pembinaan rumah tu.aku rase bagus koe tegas tapi pemikiran koe pun kene tuka sket kot?

3.dengki
aku pun nympah si dengki tak kemana nih
hoho

4.aku setuju bab nih,esp bile dalam bidang2 aku.lecturer yg tolak penggunaan komputer dalam design bangunan,photographer yg sibuk terkial2 dengan cara lamanya.
cheyt.
tapi kite kene hormat cara mereka macam mereka hormat cara kite.
kau pun tgh sibuk bebel pasal pemikiran kelas tiga,bukan?

5.aku suke tgok channel tu kadang2,
sebab aku boleh set my goals,dan aku boleh ikut yang mana bagus,
yang mana tak bagus.yg hj ali tu memang tak payah tgok.

6.pengikut ni aku kurang paham ape yg koe nak tegaskan sebab semua ayat koe macam tak fokuspada tajuk.
:D

7.optimistic?
aku terasa nak tanya,kau rasa kau optimist atau pessimist?

salaam

antusabun 8 Disember 2008 pada 5:30 PTG  

Orang melayu memang suka tahu benda hal yang remeh0temeh. Isu artis dan dunianya. Apa hal pulak kisah mmawi pegi kursus kawin pun nak cerita? Lagi bagus buat cerita malam pertama. Aku pun setuju.haha

AkuKopiKauSiapa? 8 Disember 2008 pada 8:55 PTG  

bakri hafiz :

terima kasih kerana tidak bersetuju dengan keseluruhan dengan apa yang aku cakap. aku sangat suka bila ade orang tak bersetuju dengna apa yang aku cakap supaya dpt menggalakkkan perbincangan dan aku banyak belajar dari itu.


1. malas
mmg semua orang mesti ada perasaan malas. tapi kalau dah malas melampau mcm mane? keje malas, malas nak berusaha, malas nak memajukan diri sendiri. itu yang aku cuba ckp.

2. redha
aku maksudkan kat sini ialah redha dengna segala-galanya. sebagai contoh, kalau miskin, redha sahaja. tanpa usaha. Islam pon ada ajar, takde orang yang boleh tolong seseorang itu melainkan dirinya sendiri, bukan?

4.taknak terima bende baru
betul kita perlu hormat cara mereka tidak kira yang klasik atau pon menulis pakai batu. tapi aku tak puas hati bila mereka tanak hormat cara kita. bila merasakan ego mereka tercabar kerana mungkin ada orang lagi pandai dari mereka mungkin dan masih mempertahankan cara lama walaupon mengetahui cara mereka itu menyusahkan. kita hormat bila mereka hormat mereka, kalau mereka tidak hormat kita bagaimana?

5. Channel E!
maaf, aku tak suka tengok. aku tak tau ape goals yang aku boleh setkan dengan melihat rancangan tu. mungkin aku boleh melihat cerita itu apabila ingin melihat fesyen kerana aku suka fesyen, wanita terutamanya, atau aku ingin melihat artis-artis comel. tapi tidak lansung untuk setkan goal aku atau apa-apa

6. pengikut
pengikut maksud aku ialah orang yang mengikut. menunggu arahan sahaja, tanpa menyelidik apa yang diarahkan. jika orang ajar buat kerja A perlu teknik 1.kemudian 2, dan 3. ikut shaja seperti ikut manual. tidak mahu ringkaskan kepada teknik 1 dan 3 kemudian siap. tidak mahu mencuba atau belajar dari kesilapan. selalunya orang-orang yang terlampau membaca buku pelajaran dan cikgunya mengajar teknik menghafal mempunyai masalah ini. salahkan sistem pembelajaran Malaysia.

7. aku optimist
aku merasakan sesuatu tidak mustahil. kalau aku pessimist aku akan cepat berputus asa dan aku akan suka memberi alasan. aku sendiri tidak suka orang yang beri alasan. kau boleh tanya budak group aku dalam studio aku betapa aku susah nak cakap tak boleh nak buat satu benda dan tidak suka orang banyak alasan. aku lebih kepada buat terus satu benda dari berfikir-fikir dan rasa macam tidak boleh sebelum satu benda dibuat. seperti yang master yoda cakap. lebih kurang ayat die mcm nie la. "Try not, do or do not." -aku tgk dalam blog aku tak peduli die punyer video sbb aku pon tak layan star wars.


lagi sekali. terima kasih kerana menyuarakan pendapat kau daripada hanya bersetuju sahaja.

ubey 14 Disember 2008 pada 3:16 PG  

mindset ni memang xley diubah. lebih2 lg jika melayu berada di kelompok melayu. kalau dikurung dikuarantin pn mmg tiada hasil. cara terbaik, asingkan melayu dgn melayu. cmpak mereka yang berpotensi tggi ke negara luar, 10 tahun kemudian tarik semula mereka ke dalam. insya Allah. dia bkn lagi typical malay yg kenal dulu

RUDI 27 Disember 2009 pada 2:34 PG  

yg ada jwtan even pagkat ciput asl kn keja opis da kerek smacam bile nmpak pakcik2 yg keja alm flora,syabas n so on..
2 lum lg yg pangkat besar..
x la sume..tp mostly cm2..
agree??

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP