31.5.09

hari ini 23: syarikat bas batang.

1. percayalah, dalam menulis blog ini, tajuknya yang paling sukar ditulis. Tajuk diatas ni mengambil masa kira-kira 10 minit untuk aku fikirkan. Tapi tak menarik jugak.

2. Mula-mula, hari ini seronok. Gile bes gile! haha

3. Tiba-tiba aku teringat dekat kawan aku, Ariffin nama dia. Kawan zaman sekolah rendah dulu. Cita-cita dia ingin jadi pemandu bas Batang(nama syarikat bas dekat Melaka. tak tahu ada lagi ke tak sekarang. tapi nama bas itu agak lucah. bas batang.haha)

4. Normal lagi cita-cita ingin jadi polis, askar, ataupun cikgu untuk budak sekolah rendah pada awal tahun 90-an. Tapi kalau ingin jadi pemandu bas mungkin agak pelik, dan abangnya pula(kembarnya) ingin jadi konduktor bas. Tapi ok lagi, cita-cita paling pelik aku pernah dengar ialah ingin menjadi televisyen. Supaya hari-hari boleh tengok TV. Mungkin budak tu tak tahu televisyen bukanlah sejenis pekerjaan.

5. Berbalik kepada Ariffin, dia yang ingin jadi pemandu bas itu sangat taksub dengan bas. Walaupun aku kecil, aku tetap tak faham mengapa ada orang begitu taksub dengan bas. Hobi Ariffin ialah memegang mata sendiri(macam jim carrey buat tu. Dimana aku sangat takut bila dia buat depan aku) dan melukis gambar bas. Pastinya bas Batang.

6. Ariffin ada bukunya sendiri, buku lukisan, penuh dengan gambar bas, Bas yang sedang laju, bas sedang berhenti, bas tiada asap dan ada asap. Masalahnya ialah gamabr bas itu semua sama sahaja, nanti baru Ariffin cakap ini bas sedang laju, yang itu pula bas berhenti. Padahal sama aja aku tengok.

7. Aku pernah tengok Ariffin melukis, dia akan melukis sambil membuat bunyi bas menggunakan mulutnya. Sampailah dia habis lukis. Kemudian tunjuk kat aku. Ariffin sangat suka mendekati aku walaupun aku cuba berjauhan dengan dia. Sebab dia terlampau pelik untuk aku terima. Dia dalam kelas mahu dudk sebelah aku. Kadang-kadang bukan sebelah, mahu dudk kerusi yang sama dengan aku. Peliklah.

8. Aku teringat Abidin(abang ariffin) ada hobi iaitu makan tahi hidung sendiri. Cikgu dan budak perempuan selalu bengang dengan hobinya itu. Dia pula seakan-akan tidak faham apesal orang bengang dengan hobinya.

10. Namun begitu, ramai budak perempuan yang suka dengan Ariffin sebab dia hensem bagi budak sekolah rendah. Tapi malangnya dia sangat pelik. Tapi dia sangat sayangkan kat mak dia.

11. Aku ingat dulu dia selalu telefon aku bila hari tak sekolah, tanya macam-macam. Macamlah esok tak jumpa di sekolah. Tapi sebab aku baik aku layan jelah. Aku pon kecik-kecik sengal gak.

12. Dulu masa kecik-kecik aku ingat aku mempunyai kuasa. Tapi kuasa itu kena tunggu sampai besar baru keluar. Tapi bila dah berumur 22 tahun ni. Takde kuasa pon. Oh, aku sangat kuat berangan, berimiginasi sejak dari kecik. Cikgu aku selalu marah. Padahal aku tengah pikir ape yang cikgu aku cakap. "mungkin cikgu tak faham", kata aku yang masih kecil dan sangat comel dan menjadi kegilaan budak sekolah menengah.hahaha.

13. ok. Ini semua cerita betul tau. Aku tak tipu. Aku cuma teringat cerita dulu. Asalnya ingin tulis benda lain.

14. Manalah kau Ariffin

15. Hari ni hari tembakau sedunia? maknanya kena isap rokok tembakau la? rokok gulung? takleh isap rokok dunhill atau rokok dalam kotak biasa? haha

p/s: aku nak cuba masuk pertandingan menulis tentang hari bapa lah. Gay tak bunyik dia? klik sini kalau nak tahu lagi lebih. Haribapakkau

21 carutan balas:

Tanpa Nama,  31 Mei 2009 pada 1:27 PG  

siapa yang nak jadi televisyen tu kopi?
hahahha.
lawak la.
aripin comel walaupun pelik.

hans 31 Mei 2009 pada 2:31 PG  

maaf oit..lari topik...aku nak gtau nih

assalammualaikum

undi saya dkt www.kuatberlakon.com

click dekat galeri penyertaan

undi mohamad hanis bin ismail

terima kasih sangat-sangat
suruh la adik2 ker kawan - kawan korang undi saya juga yer...
terima kasih sekali lagi

vote aku tau hafiz

redline7™,  31 Mei 2009 pada 3:08 PG  

btol2 lawak nk mampos ni.. hahaha

semut_atas_carpet 31 Mei 2009 pada 3:53 PG  

arifin tu gay.opss..mungkin~oh.tidak.masih kanak2

@DdY 31 Mei 2009 pada 4:51 PG  

hahahaa.entry ko salu wat ako gelak la encik akukopi.
bagus2..hope banyak gelak, cepat la baik demam ako ni..adeiss..

a . i . n 31 Mei 2009 pada 8:13 PG  

pertandingan tu sangat gay..
itu sahaja..

reverie 31 Mei 2009 pada 9:14 PG  

Batang bus ada lagi weh.

Masih keras bergerak atas jalan raya. ha ha ha. =D

Tanpa Nama,  1 Jun 2009 pada 6:47 PG  

chumell gile nak jd TV..
mkn taik hidung..aku salahkan org tua2 dulu2.. sapa suh create *taik idung masen*?? kan dah ramai nak try rase..~!! eewwww...

Tanpa Nama,  1 Jun 2009 pada 6:48 PG  

btw, hari ni hari susu sedunia.. sama2 lah kite minum susu sebyk mungken.. :)

AkuKopiKauSiapa? 1 Jun 2009 pada 7:18 PG  

pije:
ntah. aku tak ingatlah sape..

hans:
ye kwn2..tolong undi die. kesian hans carik undi.hahahahaha, btw aku dah undi.

redline:
cite btol ni.tak tipu.

arifin:
die bukan gay. die syg aku je.haha

addy:
aa..bace lagi.huhu.

ain:
tapi menang dpt 100 woooo...

revrie:
ahaa...batang atas jalan raya? pelik gile.haha..

isya:
tak sampai kau kenal die betul2.haha

elly:
haha. cita-cita paling kelakar aku pernah dgr. aa..susu? kalau susu ehem?

x1y0z2a6 1 Jun 2009 pada 7:59 PG  

mna la dpt idea wat cter nih...isy3..mahakreative thp gaban..t'guling2 bce...haha....

a . i . n 1 Jun 2009 pada 11:18 PG  

kau try ahh jadik gay jap masuk pertandingan tu.. haha..
nanti menang duit belanja kek lapis. ok..

kirim salam Ariffin.. beliau berbakat..

k|ree 1 Jun 2009 pada 6:13 PTG  

hehehe...
tetiba akak teringat kat kawan2 skola apis...
kalau jumpa akak je..dari jauh dah panggil..akak nadiah...
kalau terserempak kat luar..apis mana kak..?heheh...macam la ko tak jmpa dia kat skola..haishhh...
ariffin dan abidin tue..memang comel sgt2...

Unknown 1 Jun 2009 pada 7:37 PTG  

hahahahaha...lawak!lawak!

makan tahi hidung sendiri yea...ermmmm pelik dan pengotor tu... mesti dia ada darah tinggi nanti....

erk! macam mana aku tau!

chikleen 1 Jun 2009 pada 9:23 PTG  

kau ada kwn pelik camtu?
errkk...seram je..
tapi bercita2..
haha..

AkuKopiKauSiapa? 2 Jun 2009 pada 8:16 PG  

farah atau farieah:
ini cerita betul lah.huhu. tak caye ar tu.

ain:
aku sudah lama tak jumpe die da..


akkak nadiah:
biasa..apis mmg rmi peminat.haha

mellmerah:
ni cite betul..tak tipu.aa..ko tau sbb ko kecik2 suka makan taik idung abidin.

linda:
ade la..

x1y0z2a6 2 Jun 2009 pada 8:41 PG  

yeke...??lorr...ingtkn cter tpu...x sgka de gak org cmni..isk3...malaysia mmg plik..hehe..

btw, nma sy farizah ye..

Unknown 2 Jun 2009 pada 7:26 PTG  

cite bt0l?
erm..makan taik idong?
ariffin tu nk d0k sekerusi ngan awk?
wahh mmg gay gayanya..

mynameisdaus 6 Jun 2009 pada 8:40 PTG  

aku amat arif tentang bas ini....ha3...bas yang membawa penumpang dari pelusuk n9 ke Melaka mggunakan jalan dalam....

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP