senyap itu tak salah
Dalam perbualan pasti ada satu masa iaitu sunyi. Senyap sahaja dari perbualan. Dua-dua tak cakap. Masa ini untuk mengamati perasaan, memikirkan tentang orang yg berborak dengan kita, dan memikirkan isi perbualan seterusnya.
Senyap itu bukan tanda tidak serasi, tidak masuk kepala atau pon bosan. Senyap itu seronok kalau digunakan dengan sepenuhnya. Perbualan yang dipaksa-dipaksa akan menghasilkan isi percakapan yang tidak membawa maksud dan hanya akan mengakibatkan rasa sakit hati dan menyimpan dendam.
perlu diingat lebih banyak cakap, lebih banyak silapnya.
Cuma apakah yang dalam fikiran kamu semasa kamu senyap dalam perbualan? Kalau apa yang kamu fikir itu bagus, itu perasaan kamu, dari dalam hati, perasaan yang bukan dari mulut sahaja. Sebab itu senyap itu lebih cantik dalam perbualan.
Kerana sekurang-kurangnya perasaan itu asli dan tulus.
15 carutan balas:
biasa jugak nmpk couple yg duduk semeja..sambil memutar2 straw di gelas...masing2 seakan hanyut dlm dunia 'kepala' masing2...
emh...sedang berbicara pakai hati ke hati la gamak nye tu kot..
senyap juga tanda pendam perasaan marah..
=P
senyap itu kadangkala indah dari aku berkata-kata..
sbb yg berkata-kata tu kadang2 menyakitkan hati dan perasaan..
senyap jugak disebabkan couple tue bisu kot..
penah megalami nyer n sgt x bes.senyap tanda kosong pikiran n ati.mau saje d luku org d hadapan itu.
Aku suka perasaan tu. Diam, tatap dan senyum.
sll rasa senyap, tatap dan senyum
yg bikin hati sll gelisah
a ah.senyap tu macam masih bercakap dan orang lain tak dengar.
kalau orang tiba-tiba senyap untuk kentut aku tak suka.
senyap itu membosankan tapi suatu masa memang perlu senyap
shemmi:
tu gatal tuh.hahaha
zack:
yelah..pendam. sampai bila?
aqila:
aa..tu la yg aku ckp..huhu
minister of mind:
haha..mungkin..tapi perlu ada isyarat tangan.
diamondqueen:
tapi kadang2 salah cakap boleh sampai rasa nak bunuh. lebih baik senyap.
revrie:
tapi kalau lelaki mcm mane?hahaha
tanpanama:
betul.
melon:
kalau kentut perlu disertakan sekali dengan perbuatan mengangkat sikit punggung.
hans:
bile dah banyak sgt ckp.
tanpa nama di atas itu aku..mls nak sign in.huhu
Senyap gak coz tgh usha awek yg lagi cun dr awek lu...hahaha!
salam singgah...
sy suka tajuk ini.. sbb salu berlaku & yg kena marah sy kerna senyap hehe.. ni kena kasi si dia baca ini hahaha or sy copy saja hahaha
mak aku cakap senyap tu tanda ade malaikat lalu pkai vespa.
tak tau la kalau mak aku tipu aku ke.
kadang-kadang banyak benda nak cakap.tapi ayat takde.
aku setuju.
kadang2 kata2 yang dikeluarkan menyakitkan hati dan jiwa.
Catat Ulasan