hari ini 21 : kuala lumpur
setiap pagi aku naik tren, dari salak selatan ke masjid jamek, kemudian ke klcc. pukul 8 pagi mesti sampai. Jujurnya aku benci hidup macam tu. semua orang membuat muka serius dalam tren tanpa sebab yang munasabah. Adakah ingin menunjukkan tahap keprofesionalan dengan muka yang serius?
bagaimana agaknya kalau di dalam tren semua orang bertegur antara satu sama lain. ini masing-masing buat muka ketat. akibat terpengaruh dengan televisyen rancangan apprentice berlatar belakangkan kehidupan new york. warga kota keriangan kuala lumpur menjadi kelam kabut, terkejar-kejar dan seperti tidak cukup masa.
jujurnya aku benci kehidupan kerja kuala lumpur, sebelum ni kerja di Vincci tidak terasa sangat, bila kerja pejabat,walaupun aku cuma part time sahaja, aku sudah terasa kebenciannya. masa bergerak terlampau laju, orang-orang sekeliling terlampau laju, pagi pagi bontot sudah disontot orang belakang dalam tren. cibai.
aku faham kelajuan mentafsirkan produktiviti, tapi aku lihat macam kelajuan tak pasal pasal sahaja, kalau terlampau laju gerakan dalam kota keriangan kuala lumpur ni, apesal ada mamat india ni kepala sudah kene cucuk dengan kaca, nurse kat hospital boleh selamba suruh tunggu?sipa berdarah-darah kepala. Apesal aku nak mintak peta kawasan bangsar aku kena naik turun lif dalam DBKL tu beberapa kali? apesal benda berkaitan urusan, urusan kerajaan mesti lambat? tak faham lah. tiada motivasi mungkin?
selamat,
p/s: masa aku tulis ni, sudah ada orang sms aku mahu beli kasut aku, maknanya sudah sold. mekasih.
16 carutan balas:
maybe semua org pown macam kau, fikir benda yg sama. that's y.
mereka semua cepat-cepat dan laju-laju sebab nasi lemak timah akan habis selepas jam lapan.
cube kamu try senyum dn btegur sapa dulu. dgn lelaki. haha. dgn pmpuan nt pk lelaki gatal plak.
mungkin sebab kalau lambat sampai kerja kena potong gaji...tetapi..
yg lambat lambat seperti urusan, hospital,mungkin sebab 'sesetengah' pekerja kerja semata mata kerana gaji.disebabkan gaji tetap sama tidak kisah produktiviti/ tiada pantauan kualiti di tmpt tmpt kerja sebegini( biasanya pejabat pejabat kerajaan dan hospital)..maka mungin jiwa kelajuan mera tidak perlu aktifkan..sebab..takpe, gaji still jalan..
berbanding dengan sesuatu yang swasta, wujud persaingan. persaingan yg memerlukan yang laju.yang kuat..dan rasanya majoriti..yg bergegas ke tmpt kerja pagi pagi, swasta.
aku hari2 nek tren nak pergi kelas..berebut2..
jalan jem...
tren pn sesak...
kekdahnye rase nak terbang je ...
hostel kat bangsar, kampus nak dekat ngan kg baru..
bapak jauh..
kalo naik bas boleh tido....
memang realitinya akan jadi moody...
dah pepagi mcm da berperang dengan perasaan.
kalo xnak sesak bertolak awal2 pagi..
hehe
pagi2 mereka buat muke ketat pasal..
pagi2 otak still sendat..
byk benda nk settle nak kena fikir..tapi wayar dalam otak still belum panas..masih berselirat ant 1 sama lain..
senyumkan ajelah...jgnlah balas dgn muke ketat jugak encik Kopi yer..
nur suhana:
logik..
melon:
hahaha. mungkin..
isya:
aa...dengan lelaki gile tak mencabar. dengna perempuan seronok sikit. tapi takut. sbb sy budak kecil lagi. diorang sume sudah kahwin.haha
hanif:
itulah masalahnya. bila kerja untuk gaji. tiada motivasi.
aisha:
huhu. jauh gak tuh. naik kereta pon jam. tapi memang macam tu. nak buat mcm mane.
shemmi:
haha. karang aku senyum kat semua orang kang bahaye pulak. aa..tapi muka aku memang jenis yang ketat sedikit kalau kau pertama kali jumpe aku. tapi aku sbenanrnya baik hati. huhu.
fikir jadi bos lah amcam?
kalu cmtu xpelah. tegur la yg kakak2 tu..drg pk, ala comel la plak bdak ni...layan jelah.
aah kan. aku pun pelik apesal. macam dah bukan melayu dah pun semua. sebuk dgn hal masing masing sampai x boleh nak senyum dekat orang.
Key Ell(L dia tebal) laju ke?
Dalam tren tu aku buka buku membaca. Kalau tegur pun aku tegur awek2 je. ha ha.
Kerajaan tu bak kata seorang yang aku hormati "they hane no substance upstairs. That's why they are just doing what they do. So, we must understand. After all, what can be done more to handle this kind of people."
takpe. nanti aku jumpe kau aku tegur tak henti.
Awal pagi,sumer owg pun pk jdl utk sepnjg hari,berjela2 keje nk diselesaikan..
~Membayangkan sumer org pun bertegur sp dlm tren...
(En.Kopi sht? Owh...tggl kat mana? Keje apa? lalalala....)
Hm... -_-
Pasni mst bising gler tren,meriah dengan sapaan...
And mungkinkah waktu tue anda akn post something yg menceritakan owg2yg anda jmp dlm tren sk sibuk2?
orang kejar wang jadi harus laju. zaman dh lain mungkin?
mungkin semua orang nak jadi macam cier the patriot kot. heheheh........
hohoho.cube bayangkan kalo korang experience mende yang same berhari2.bersesak2.pegi awal pagi, balik lewat2.
sesungguhnya, korang pun akan takde mood nak senyum2 tetiap hari.
nurse kat hospital mestilah suruh tunggu.sebab kalau ramai2 semua serang.pengsan doc.tunggulah giliran anda.hehehe!
last but not least, malaysia banyak kerenah birokrasi.itu hakikatnya.huhu..
Catat Ulasan