9.5.09

mak kau punya hari

selamat hari ibu kepada sesiapa yang bakal jadi ibu(haslinda), sudah jadi ibu(helmi liza), dan juga nak kahwin,semoga jadi ibu(nur nadiah).

syurga di telapak kaki ibu kan? sebab bila dibawah telapak kaki itu maknanya kau sangat hormat, sehingga taraf kepala kau sama dengan telapak kaki ibu kau. maknanya kau perlu tunduk hingga ke taraf paling bawah sekali. demi syurga.

aku ingat masa aku kecik-kecik, cikgu aku cakap syurga bawah tapak kaki ibu, balik sekolah aku cium bau kaki mak aku, pastu cakap,"takde pon mak". kelakar betul. memang kecik-kecik aku suka fikir bukan-bukan dan terlampau kuat berangan. sengal.

memang sukar nak tunduk hingga taraf kaki kepada ibu, aku bukan macam tu. pasti ada benda yang aku nak melawan, tak puas hati. ingin memberontak kononnya. walaupun pemberontakan itu akan berakhir dengan penyesalan. dan tidak kira betapa kau memberontak sekalipon, pastinya mak kau tak kesah untuk terima kau balik dan pasti tetap sayang kau. dan jika mak kau yang buat kau tak puas hati, mesti kau rasa benci kat mak kau. beza betul kasih sayang.

mungkin darah muda, jiwa bergelora.badan sengsara.

selamat hari ibu, kepada yang ada, dan tiada.

4 carutan balas:

revrie 9 Mei 2009 10:36 PTG  

Aku pun pernah cium kaki mak aku senyap2 waktu malam atas sesuatu sebab yang amat aku kesali. Nasib sekarang aku dah jadi anak yang baik. Ini mak aku cakap. Bukan aku self-proclaim ah.

hans 9 Mei 2009 11:11 PTG  

hehhee....macam dkt facebook aku tulis tu...huhu

a.i.n 10 Mei 2009 7:35 PG  

a'ha darah muda suka sengsarakan diri sendiri..
itu semua realiti..
tapi mak aku ensem dan selamat ari ibu...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP