2.5.09

wayang gila dan sedikit iklan

mula mula masuk sini

belilah baju di situ, banyak baju-baju yang cantik untuk gadis.

ok, cerita sebenar. tadi itu iklan sikit,

aku terfikir untuk buat wayang yang pelakonnya ialah penonton. Tapi idea ini hanya boleh diguna pakai dalam panggung wayang sahaja.

konsepnya begini,

mula-mula semua penonton masuk dalam panggung wayang, kemudian intro cerita seperti biasa ada nama pelakon semuanya, kemudian keluar white noise. Iaitu macam tv rosak tuh.

kemudian keluar gambar dalam wayang itu sendiri, macam ada kamera di skrin wayang yang menghala ke arah anda semua. maknanya setiap orang akan nampak diri sendiri lah. sebab memang ada kamera yang rekod secara live keadaan dalam wayang.

semua orang pasti sudah gelabah, ataupon tergelak2.

jadi semua orang akan terus melihat di skrin wayang yang tunjuk gambar keadaan dalam panggung.

jadi babak seterusnya ialah, ada hantu keluar dalam skrin. sebagai contoh, skrin tunjuk di kerusi belakang sekali kosong, dan tiba-tiba ada orang baju putih rambut panjang duduk di situ, pastinya semua orang akan melihat kerusi kosong tuh, tapi takde, hanya ada dalam skrin sahaja.

semua orang akan gelabah la kan? jadi masa tu semua orang cuba nak keluar, tapi pintu akan dikunci, semua orang tak boleh nak keluar, mungkin kemudian bunyi pintu wayang seperti di cakar-cakar, kemudian skrin dalan wayang akan tunjuk keadaan luar panggung pula, ada tunjuk gambar hantu sedang cakar-cakar luar pintu.

mungkin perlu ada seorang pelakon tambahan yang akan duduk dalam wayang tersebut dan berlakon dirasuk, semuanya boleh dilihat depan mata, tapi bila dilihat dalam skrin, macam ada hantu cuba masuk badan orang yang berlakon tadi.

mungkin ada tambahan-tambahan idea lain dari kamu untuk menjadikan ia lebih menakutkan. tapi semuanya perlu ada teknologi lah, tapi aku rasa tak mustahil untuk buat.

macam tu lah lebih kurang konsepnya, mesti takut kan? kalau aku dah terus pengsan tengok wayang gila macam ni. haha

21 carutan balas:

emma songall 2 Mei 2009 pada 10:22 PG  

aku suka plot cerita nieh.
gila best!

Anonymous,  2 Mei 2009 pada 10:35 PG  

ape ko igt nih cite coming soon..hahaha..
buatnye hantu tuh betul2 hantu.ha dpt lak hantu tipu tuh tak tau pun ujud hantu betul sbb die igt hantu betul tuh kawan die. hhehe

ko try la wat. pki webcam.test test 1 2 3.. haha.. pki pc wide screen.

haha. mai secawan!!

~AyaN~ 2 Mei 2009 pada 10:42 PG  

haah.aku pun igt ni citer 'coming soon' tu.

Charymien 2 Mei 2009 pada 10:45 PG  

haha gile creative la pemikiran u.
kalau ade btul cerita mcm ni, sure best gile

mamma mia! 2 Mei 2009 pada 10:53 PG  

mcm citer coming soon je hoh

AkuKopiKauSiapa? 2 Mei 2009 pada 11:00 PG  

emma:
mekasih

wen:
bodoh gile plak hantu betul tak dpt bezakan mane satu.haha

ayan dan mma mia:
cite coming soon mcm ni ke? tp aku dpt idea ni dah lame b4 cite tu klua.

@DdY 2 Mei 2009 pada 12:56 PTG  

sakit jantong kalo betul2 jadi.tobat nengok wayang dah.
eh tapi bagus gak kan..orang yg wat projek dlm wayang pown kensel terus..opss!

Olive 2 Mei 2009 pada 1:21 PTG  

gila kreatif pemikiran ko ni

a . i . n 3 Mei 2009 pada 3:29 PG  

hahaa...
besh ape..
sme org sik nk sgt wat cite antu je,
so wat real lagik thrill...
aku pun nk pengsan...

Gua Tak Peduli 3 Mei 2009 pada 4:41 PG  

just for laugh dah buat dulu.

AkuKopiKauSiapa? 3 Mei 2009 pada 7:38 PG  

gua tak peduli :
dlm just for laugh tu yg konon ada malaikat maut tu kan? tapi kalau dlm wayang mesti lagi bes ape. huhu

bakrihafizhisham 4 Mei 2009 pada 12:32 PG  

nice attempt
:D
hehehe.
pergh layout baru!
lama dah tak singgah sini.
hehehe

AkuKopiKauSiapa? 4 Mei 2009 pada 1:32 PG  

bak:
br sgt tuka pon.yg dulu lmbt sgt la load.huhu

AkuKopiKauSiapa? 4 Mei 2009 pada 1:32 PG  

bak:
br sgt tuka pon.yg dulu lmbt sgt la load.huhu

revrie 4 Mei 2009 pada 5:01 PG  

Macam dapat idea daripada coming soon je? Apa pun aku tetap nak jadi cast kalau kao buat. ha ha. Jadi hantu galah. Ok? I'm six feet two.

AkuKopiKauSiapa? 4 Mei 2009 pada 9:01 PG  

revrie :
senannye, aku pon mase tengok poster coming soon tuh aku dpt raserkan bende yg sama. padahal aku da dpt idea dulu da lame da.haha.takpela. byase la.

[z@ck] 5 Mei 2009 pada 7:01 PG  

huih..
cm cite coming soon je..
sebijik sejebon

AkuKopiKauSiapa? 5 Mei 2009 pada 9:27 PG  

zack:
citer coming soon tu hantu dalam wayang kan? aku punyer takde hantu dlm wayang, tapi konon mcm ada hantu. adeh..sume ckp mcm coming soon je nie. kecewa aku..aku nak kene tengok la citer tuh..

cahaya_izzah 15 Mei 2009 pada 11:36 PTG  

YE..sgt sama dgn cita tersebut,,,sila lah tgk

AsrulYahya 24 Mei 2009 pada 8:59 PG  

Aku nk volunter jd org yg cakar2 pintu, hehehe!

no name 21 Jun 2009 pada 9:05 PG  

hahaha...plot die memg best thap cipan..memg tak musthil nak wat..tapi ramai giler pelakon dowh nak kena pkai...huhuhu

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP