11.5.09

ikut resmi anjing

permasalahan dalam diri manusia ialah bila takut lari. lari dari masalah, tak mahu berdepan dengan masalah dan takut dengan cabaran.

tahu anjing? bila dia rasa ada gangguan atau ancaman lagi dia kedepan, lagi dia kejar. cuma satu masalahnya ialah anjing tiada akal untuk berfikir, betulkah apa yang didepaninya? betulkah tindakannya? waraskah pemikiran anjing itu?rasional?

perbezaan antara manusia ialah manusia mempunyai akal untuk menganalisa apa yang berada di depan, tapi perlu semangat macam anjing untuk berdepan dengan segala cabaran, sehingga sampai satu tahap melampaui keupayaan seseorang manusia itu sendiri.

kalau bergocoh(bak kata orang kelantan) atau dalam bahasa melayu biasanya ialah bergaduh, cuma gunakan akal, jangan dipenuhi ego, belum tentu siapa yang menyerah itu kalah, tapi yang penting siapa yang lebih faham dengan situasi, siapa yang lebih banyak belajar dari keadaan.

orang yang menang masa itu cuma akan menang masa itu, dipenuhi dengan rasa bangga dan takbur kerana menumpaskan pihak lawan, tapi orang yang kalah lebih banyak belajar tentang kesilapan, kesalahan yang dibuat semasa kalah. dan akan menaikkan semangat untuk belajar benda-benda baru. dan mungkin satu masa lebih besar keupayaannya berbanding orang yang menang tadi.

tapi aku cakap macam ni kau jangan pulak asyik nak kalah sahaja. itu bahlol namanya. malah terlebih bangang.

lawan sahaja, ikut resmi anjing, tapi dengan gaya manusia berakal.

12 carutan balas:

@DdY 11 Mei 2009 pada 3:04 PG  

ako setuju.biar la kalah, janji kalah ada makna. maksud ako, at least ko belajar something.

tapi kalau gaduh resmi anjing, jangan la jadi macam biatch pulak..
opss!word itu kan sebenarnya bermaksud anjing betina.. =P
harap masing-masing paham maksud ako.

nur_syahida 11 Mei 2009 pada 3:40 PG  

ikut resmi anjing.
bila dia rasa ada gangguan atau ancaman lagi dia kedepan, lagi dia kejar.

bila aku kejar anjing, dia pulak lari. maknanya aku menang dengan mengalahkan anjing.

revrie,  11 Mei 2009 pada 4:16 PG  

Betul betul. Memang bernas. Orang Myanmar dekat area Cheng Melaka pula lagi berani. Jumpa je anjing dia goreng, makan. ish3x. heh he.

Z 11 Mei 2009 pada 5:21 PG  

weh..tapi anjing kt Egypt takut ngn manusia tau.

Aisyah 11 Mei 2009 pada 11:38 PG  

hoho best entry nih. :P

yup btul. bile dah kalah, byk blajar. blajo sabar, buang ego, sedar klemahan diri.. isk3. bile menang, mcm dah bagus sgt la plak.

kuPu-kupu faLeeN 12 Mei 2009 pada 12:34 PG  

aku asa aku da ekot resmi anjing kopi..krn baru je aku ekot..{?}
..aku kj kat woksop n then tmpt woksop ku nie ada kaitan ngn buka insurans.nama insuran yg b`kaitan gn tmpt ku kj nie adalah maa..aku plak ingin berpaling tadah dgn m`isi jawatan kosong yg ada kat maa insurans skrg..aku x g tau aku punye tokey yg aku bakal2 ingin lari dpd kj woksop gn die.. aku srba salah gak sbb t`paksa sembunyi2 cite x g tau die..(adakah aku jahat?)
bukan pe ku try gak isi form kat maa krn aku ingin berubah arah hidup sket..aku cuma nak majukan diri aku~ nak jg tuka arah idup jd lebih up g..betul kan?bosan gak tengok minyak itam dan apa2 g..spana..tayar..

(MAKSUD KU CITA SUMA NIE ADA PERSAMAAN SIKIT YG KU RASA "EKOT RESMI ANJING" BAK KATA KOPI ERTINYA PANDANG KE DPN..KEJAR MATLAMAT MCM ANJING..KEJAR AJE..X TAKUT APER PUN)
*maaflah..harap kopi x t`muntah baca rapuan saya ini,krn berjela sgt..

mantis 12 Mei 2009 pada 8:54 PG  

wah z pandai buat blog la. . tp kopi 2 sp? musykil la

nasirharis 12 Mei 2009 pada 3:40 PTG  

"bila dia rasa ada gangguan atau ancaman lagi dia kedepan, lagi dia kejar."

yeke??belum pernah aku kejar anjing, anjing tu kejar aku balik. haha. special kot anjing ko ckp ni. xpe. ikutlah seperti anjing yg special ini.

AkuKopiKauSiapa? 13 Mei 2009 pada 1:19 PG  

-addy :
tapi jangan kalah pastu wat bodoh je. tak belajar ape2 lah mcm tuh.

-nursyhaida:
sbb anjing boleh bau ketakutan kau.

-revrie:
hoi hoi, aku orang melaka tau. haha. sensitip.

-zakiah:
tu anjing maknanya tiada telur.

-farhanalizious:
mulakan dengan menyalak. haha

-isya:
mekasih, tapi jangan menyerah kalah selalu.

-melon:
ahaaaaa...

-kupu2:
tak..ko tak jahat, tokey tu pon mesti paham punye.

-mantis:
z???kopi tu sape??ko salah orang ke nie? haha

-nasir:
sbb....ko tak baca betul2 apa aku tulis. hahahaha

s a L o m a 13 Mei 2009 pada 6:58 PG  

anjing jiran saya mana reti mau lawan.asal ada awek je mau main kejar2 gesel2..suka betul!!

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP