maksud bagi puisi berdiri
tanpa sebab yang kukuh dan munasabah, aku ingin tulis maksud bagi benda yang aku tulis dalam puisi kedua tuh. sebab bagi aku maksud untuk benda yang aku tulis tu bermakna, sekurang-kurangnya untuk aku. jadi aku ingin kongsi bersama semua.
baik,
berdirilah,
-berdiri di sini membawa maksud mara, maju ke hadapan.
dah, jangan duduk lagi
-jangan malas-malas lagi.
nak berjalan pon boleh,
berlari lebih bagus,
-majulah dengan laju, dengan penuh semangat.
kan ada kaki?
bukan untuk digoyang,
untuk dipijak kan?
-kaki itu kekuatan bagi orang yang berdiri, jadi gunalah segala kekuatan yang ada, jangan disia-siakan dengan digoyang-goyangkan sahaja.
tapi perlu dengan stabil,
kalau salah cara dirinya jatuh pula
-tapi perlu maju dengan bijak, dengan stabil supaya tidak jatuh
kalau ada inersia,
pegang sahaja benda sekeliling,
-kalau ada rintangan yang tidak dapat dikawal, semua orang di sekeliling kamu ada untuk kamu pegang dan kamu harapkan, tapi perlulah benda yang dipegang itu cukup kuat untuk tidak kamu jatuh.
kalau tidak nanti jatuh,
tersungkur,
tergolek-dog
-maksudnya jelas disini, kalau tidak betul pegangnya atau tidak pegang lansung, jatuhla nanti.
berdirilah,
kalau lenguh duduk sahaja
-majulah, kalau malas tak payah.
sekian terima kasih.
selamat,
14 carutan balas:
Straight forward. Contoh poetry post modernism yang tak melibatkan banyak bahasa sukar.
A+
satu penulisan atau hasil ceritera yang nampak simple namun menbawa maksud yg mendalam....keep it up...
ahahaha.
last meaning tue aku suka.
=)
huhuh..dah smangat2 tetibe tak payah plak..
yang simple tu selalunya memang lebih indah..
aku suke!huhu
revrie:
aku memang tulis mcm ni, sbb aku tak reti tulis bahasa bunga2. huhu.
tanpa nama:
bintang takde?
cikgu padi:
mekasih
emma songal:
huhu
isya:
yang last itu sarkastik. perlu untuk kamu terasa. kalau tak terasa, maknanya tak cukup bersemangat.
shemmi:
tapi bunga pon cantik juga. huhu.
cikgu2 bahasa melayu akan menangis kegembiraan & terharu kalau baca puisi ni betul2.....
Cara2 lorh nya puisi.
tapi perlu dengan stabil,
kalau salah cara dirinya jatuh pula
Suka rangkap nie...
5 bintang ar..cikgu BM letak jawatan
kalau lenguh duduk sahaja yg mhal tu.
aku tgh imagine ko tgh menge'rap' puisi ini..ahaha..btw..bez..bez..baguz dan bermakna interpretafsir(echeyh.. promote blog baru..muahahah) sendiri kau..
apek lowek:
oh...konsep yg menarik dlm blog kau.
Catat Ulasan