hari ini 19 : akukopi berwajah baru!
1. semoga layout aku yang baru ini membuatkan blog aku lebih cepat load dan lebih memudahkan kamu semua untuk baca. tapi sebenarnya aku lebih suka yang lama.
2. Sekarang aku berada di Melaka, cuti hari pekerja, sabtu cuti, ahad pon cuti. huhu. seronok.
3. minggu depan sambung recording, tak sabar-sabar mahu sambung projek yang tertangguh sudah sekian lama. hampir 2 bulan sebenarnya. Nanti hasilnya aku kongsi sedikit. sedikit je.
4. Nawwar jumpe akak-akak aku semalam. Masaklah kau. hahahahaha.
5. Cuba fikir betul-betul apa yang kau nak? betul ke ape yang kau nak? setiap pilihan perlu ada kualiti yang dilihat. Kualiti yang dilihat itu berapa lama tahannya? Tahan lama atau hanya jangka masa pendek sahaja? mengikut emosi atau mengikut fikiran yang sudah fikir masak-masak?
6. banyak benda yang kita belajar secara luar sedar, setiap perkara yang kita buat, kita dengar atau kita lihat. Tapi persoalannya, baikkah benda yang kita belajar tu? bagaimana jika yang masuk secara luar sedar itu benda yang tak bagus? maknanya kita jadi jahat secara tidak sedar?
7. apa itu lubang? sesuatu yang tiada kan? jadi macam mana boleh jadi lubang? apa itu lubang? jika kita buat satu lubang di dinding. lubang itu sebenarnya kosong. tiada. lubang itu sebenarnya tiada.
8. kita diberi pokok-pokok yang hijau, kemudian kita hancurkan. betapa kurang ajar kita tak menghargai benda yang diberi. seperti diberi hadiah dan dicampakkan ke muka orang yang bagi kita hadiah.
6 carutan balas:
wah, layout baru! cepat doh load kau nye blog
*Baru lagi smart bro. Cepat load.
*Melaka? Kenapa tak habau kan. Tidak aku turun Melaka. Hometown aku tu. Boleh la kita buat 'perjumpaan antara blogger' ha ha ha
*Record apa tu? Musik ke?
tahniah,kerana blog ini dah load x lambat mcam syall lg =)
betul3. cepat je loading
cepat loading tapi yang dulu lebih best. heheh
Memang laju. Aku baru niat nak bukak, dia dah bukak dulu. Haha. Tapi aku lagi suka yang dulu. Biarpun juling mata aku membaca, tapi tetap aku baca. :D
Catat Ulasan